Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Lihat senarai top 20 pengguna forum canteen

Sekolah.com >> Canteen >> Karya & Penulisan kreatif
Pengendali sahaja : Padam | Buka

Subjek : Salam sealas karya
Oleh Mesej
sue_marie
Ahli Senior
Pada : 06hb Jan 2002 10.15:29 mlm
Edit
Dari : 210.195.216.99

Salam sayang & Kopivosian..
teman-teman yang sue kasehi dan sanjungi..
semoga sentiasa ceria dan sejahtera hendaknya..
hampir sepurnama agaknya sue tidak berbicara karya..
rindu tetap teriring dalam perjalanan masa ..
ditahun baru ini, izinkan sue menitip salam sealas karya..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



~AKUKAH RATNA MU...

Akukah ratna mu
yang datang menghampiri mu
kala cahaya senja
bersalut kemilau di hujung danau

Bertiuplah hai sang bayu
kala langit mengugurkan gerimis
biarku sisipkan nyanyian rindu
mendayu memujuk rindu
lalu berbuai mimpi dalam lenaku

Bicaralah hai ombak di lautan
lagukan bait-bait puisi dari arjuna
akukah ratna mu...
yang hadir menatang bulan di wajah
merenung ke hati mu dengan cahaya senja
setiap malam diserang rindu yang resah

Bisikkan rayuan seruling yang bergema
hai daun-daun yang gemalai
bergoyang bersambut rumput-rumput melambai
sandarkan kepala ku ke hangat dadamu
mentari hampir lusuh di rambut hitam ku
katakanlah ... aku ini ratna mu
maka kasihku mengalir dalam setiap
butir air mata yang berderai

Mengalir air di kali
umpama berdenyut nadi seorang perempuan
kasihnya dipinjam sang purnama
rindunya meniti pelangi senja
yang tinggal diuliti selendang malu
saat burung laut pulang dilambai angin senja...



~sue@gadis dusun~

M_74n
Ahli Setia
Pada : 06hb Jan 2002 11.49:27 mlm
Edit
Dari : 210.186.40.139

Assalamualaikum..

ya.. masa itu terlalu awak
biarpun detik begitu pantas..

S_ana
Pengendali
Pada : 07hb Jan 2002 2.46:10 ptg
Edit
Dari : 202.184.182.6

aku mengejar cahaya
seribu lebih pantas daripada degupan jantungku
mampukah aku menjadikan angin
sebagai kenderaan ke pintu syurgaku?

moga yang bahagia terus bahagia..

eagle
Ahli Setia
Pada : 07hb Jan 2002 4.11:53 ptg
Edit
Dari : 202.185.134.69

sesekali ...
ingin sekali aku memintal
buih buih sabun
yang beraneka warna

ingin sekali
aku menjerat indahnya pelangi
sebagai hadiah buat mu

ingin sekali
aku mengutip haruman bunga
dan aku hadiahkan pada mu
sebagai ....
seperdu ingatan
sejambak kasih ku
semurni cinta ku
sedamai hatimu
untuk kasih dikejauhan

dan selingkar melor
ku sematkan dirambutmu
agar harum mu
akan terus bersama ku

sebuah penghayatan

bongnajib
Pengendali
Pada : 07hb Jan 2002 8.37:39 mlm
Edit
Dari : 210.186.71.77

Assalamualaikum semua

Semakin cantik pintalan bahasa
yang anda semua cicipkan

Dalam menghayati segala yang tersurat
begitu tampak kematangan susunan ayat dan kata yang digunakan, jika ini diteruskan tak mustahil
satu hari nanti ruangan ini akan melahirkan
banyak bakat bakat baru yang dapat dibanggakan oleh negara.

:: noktah ::

Dalam kesamaran tersirat kejituan
giGi2
Ahli Setia
Pada : 07hb Jan 2002 9.16:44 mlm
Edit
Dari : 199.40.206.3

takkan ku biarkan ia berlalu....

sue_marie
Ahli Senior
Pada : 07hb Jan 2002 9.51:21 mlm
Edit
Dari : 210.186.209.217

Andai ada yang bisa meruntuhkan binaan kenangan yang tersisip di sini takkan ku biarkan ia landai dihakis masa ..
telah ku tembokkan dengan rindu yang tidak mampu runtuh walau dihambat bencana..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kenangan Mengusik Jiwa

Malam itu...
nyanyian hati bagai menatang duka
cumbuan angin yang berlalu
meragut segala kepercayaan
lalu lenyap di wajah sayu

Di pinggir hari...
kicau unggas tiada lagi meriangkan rimba
angin terkedu tertunduk layu
ladang kata yang disemai
hilang subur berbuah ragu

Dikau yang terlalu baik di bibir basah
tidak pernah kering mengucap madah
pipit sekawan lepas di bendang sawah
mengizinkan angin menimang bayangan indah

Esok.. meniti mentari siang
adalah pengalaman mencari kehijauan rimba
yang hilang dalam gundah semalam
meninggalkan kenangan ranum mengusik jiwa..


~sue@gadis dusun~

sue_marie
Ahli Senior
Pada : 07hb Jan 2002 10.16:39 mlm
Edit
Dari : 210.186.209.22

Salam sayang..izinkan sue..

M_74
kerana itu juga kita harus bergerak pantas agar tidak disia masa..


ana
jika kamu memilih angin yang kencang maka jantung mu juga akan berdegup kencang yang mengakibatkan porak peranda..
tapi jika kamu memilih angin sepoi yang lembut, jantung mu berdenyut perlahan dengan penuh kesabaran dan ketenangan..
pilihlah mana mahumu...



eagle
ingin sekali ku simpan haruman melor
yang kau sematkan di rambutku
tapi angin menebarkan wangiannya sehingga pudar
lalu.....
yang dapat ku simpan dalam kotak ingatan
hanya seperdu kenangan tentang kasih
walau di kejauhan tetap terasa..



bongnajib
begitulah harapan yang kita pertaruhkan kepada generasi muda yang berbakat.. sesungguhnya merekalah pemangkin dalam dunia sastera..
terima kasih bong atas kehadiran menyuntik semangat pada mereka semua..


Gg
hmmm... walaupun ianya satu cerita duka yang menghiris jiwa..?


~sue@gadis dusun~

eagle
Ahli Setia
Pada : 07hb Jan 2002 11.05:47 mlm
Edit
Dari : 210.187.246.6

Sue ...

simpan lah ...
simpan lah ...
seperdu ingatan dalam kenangan
kerana ianya akan kekal
dan subur untuk detik masa yang panjang

simpan lah kenangan itu
dalam satu memori
walau pun antara jarak yang jauh
namun kewangian kenangan
pasti nya akan terus harum
diruang ingatan
yang tentunya tidak akan padam

disini kita bertemu
disini kita bertemu

lagu mu dan rentaknya
lagu ku dan iramanya
dan dalam syahdu
kita sama sama mengalun
sama mentafsir mimpi
menggapai mimpi
yang sering datang bertamu

dan didusun itu
aku akan terus lena
dalam irama desa yang damai

rentak desa begitu harmoni

M_74n
Ahli Setia
Pada : 08hb Jan 2002 00.56:55
Edit
Dari : 161.142.195.173

Assalamualaikum..

sepantas masa berlalu
masih meniti jarak dibelakang
masih boleh digamit rindu
di malam meruncing
sepntas masa masih dekat
masih mengukur dari anak mata
yang menujah kehidupan
pasti akan ada
sinopsis terakhir
sebelum lelap terus
dari ribaan kekasih..
cuma tidak kenal
siapa diribaan itu?

sifar
Ahli Setia
Pada : 08hb Jan 2002 03.48:57 pagi
Edit
Dari : 210.187.144.22

kopivosian sue dan semua,
harap ceria dihak ceria

sue
harap tiada perlu menahan denyutan bisa lagi.

sifar bertandang nak tumpang seruangan
harap diberi seruangan jua
hidup ini penuh harapan

numpang lagi....



dilema musafir


Berada di ambang pintu daerah baru
mengintai dari celahan yang terbuka
mencari jawapan pada setiap persoalan
yang menarik dilema
ke akal pertimbangan diri yang fana
-dipelawa masuk atas permintaan-

Mungkin aku perlu kekal di sini
menjalani rutin esok yang
telah dimaklumi hari ini
tak perlu menjadi orang baru kembali
-aku ahli senior di sini-

Mungkin aku perlu melangkah masuk ke situ
menjadi orang baru di situ
demi mengukir hari esok yang bersembunyi
berselindung di sebalik impian hari ini
-impian seorang musafir di bumi-

yang pasti qada dan qadar di hadapan
masih lagi satu misteri
sombonglah aku jika ku kata tahu
aku akan untung atau rugi
melangkah ke sana atau
terus tinggal diam di sini...


-sifar-
selasa0340pagi08012002=24syawal1442

bintangsepi
Ahli Setia
Pada : 08hb Jan 2002 06.47:34 pagi
Edit
Dari : 210.186.0.38

salam...

sis sue...

Semusim aku terhenti
melakar warna hati
di laman alasan karyamu
Aku mencari realiti
apa yang bakal kutemui
dalam perjalanan baru
yang menanti
Aku temui
serpihan mimpi
sebalik pelangi
Nyata telah terpaksi
sejauh mana aku berlari
aku kan tetap kembali
mengubat rindu di sanubari...




:: Seandainya masih ada cinta...::

S_ana
Pengendali
Pada : 08hb Jan 2002 1.49:53 tghari
Edit
Dari : 202.184.182.6

sekadar berkongsi puisi

esok esok sahaja]

esok esok sahaja kupulangkan cahaya yang kupinjam darimu bulan
kerana aku masih tidak nampak jalan yang aku harus tuju
kelam begini
alangkah enak ada dodoian mesra ibu tatkala malam dan dinihari
dan bangganya melihat ayahanda membacakan cerita malam
cerita anak sesat
mahu cari pulang
"ayah,ibu kita pinjamkan cahaya bulan kita ya?"

esok esok sahaja kuceritakan padamu kisah gadis yang sepi
hari ini dia telah menemui sesuatu di pelabuhan
kunci percintaan antara dia dan jejaka bunian
senyum dan dia tertawa
"ada kiranya mahu kau pulang bersama aku di dunia lautan?"

esok esok sahaja kuanginkan bantal yang menjadi tempat baringanmu
kerana hari ini dia telah kembali daripada tanah yang berdarah biru
aku mahu menyambutnya dengan senyumanku
dan kuhadiahkan sesuatu yang enak malam nanti
"suamiku,tiada yang lain mahu kukatakan selain rindu"

esok esok sahaja kumelihat mimpi
kerana hari ini dia telah menjadikan impian aku
selamat bersamanya dan aku
selamat jua bersama impiannya
terima kasih
"abang,sayang pasti akan tunggu saat itu"

esok esok sahaja kugambarkan
hati seorang manusia!

sue
kadang kala kita perlu fikir apa yang sebenarnya lebih baik untuk orang lain daripada kita


moga yang bahagia terus bahagia..

sue_marie
Ahli Senior
Pada : 08hb Jan 2002 10.02:34 mlm
Edit
Dari : 210.186.209.148

Salam ku tetap teriring dalam lambaian angin
agar dapat menyampaikan pada kalian..


eagle
terbanglah bersama memori nan indah...kerana..

Di sini ada pertemuan bicara
yang tidak pernah diduga hadirnya
lantas menjadikan aku
perindu sebuah rentak
yang beralun sampai ke desa
pandangannya lebih tajam dari pengelihatan mata
bahkan baunya lebih harum dari kuntum-kuntum bebunga segar
indahnya lebih menawan dari pelangi tujuh lapisan
kemerduan iramanya lebih mengasyikkan
dari kicauan beburung dan debur ombak
ia telah mencipta lagenda
nilai sebuah kenangan..



M_74

Sepantas masa yang berlalu
aku yang jauh tertinggal
tidak mengenal siapa yang berbicara
cuma tahu apa pesannya
kerana pengelihatan diukur dari mata hati
disebalik tirai kehidupan..



sifar
kopivosian om kotohuadan.... hai teman..
hmmm...kenapa ya terlalu bisa denyutan yang dianggap remeh..
sehinggakan ketakutan itu mengenepikan keyakinan diri .. alahai!

Perjalanan yang diteruskan dengan aturan langkah
sehingga kepada sebuah perhentian abadi
hanya mengharapkan impian yang indah
tapi tidak pernah melunasi sebuah ketentuan
sehingga kesedaran wujud
bahawa langkah kita adalah jejak musafir
dan tangan itu menghayun halatuju
destinasinya bukan siapa-siapa menentukan...



bintangsepi..hai sis...

dan aku yang kalian tinggalkan
terkedu pabila airmata tumpah
kerana rindu yang wangi
sepanjang musim bercambah
tidak terasa memekarkan kasih...



S_ana

Esok-esok saja
mungkin kalian akan lebih mengerti
bahawa masa dan kejauhan
bukan pengukur jarak sebuah ikatan..


... maka kasehilah mereka2 itu dan berikan apa yang ada pada kamu..berbahagialah mereka yang menerimanya..

terima kasih teman-teman tersayang..


~sue@gadis dusun~

sue_marie
Ahli Senior
Pada : 08hb Jan 2002 10.10:43 mlm
Edit
Dari : 210.186.209.148

Salam ku hanya sealas karya...

RINDUKU...

Datang bagaikan angin
berhembus menerobos jauh ke dalam
telus ke kamar hati
merangsang membara kasih
itulah rindu padamu

Wangian bak bebunga mekar
menebar aroma sang rama-rama berligar
di subuh menjengah hari mengait fajar
haruman rindu padamu...

Menggunung... memuncak menggapai langit
tidak pernah terkurang walau sedikit
kian bercambah setiap detik
melimpah ruah rindu padamu...

Digenggam tak muat
didakap erat-erat
dipejam.. terlihat
kasih sudah terjerat
cinta itukah pengikat
rindu padamu terhimpun sarat

Rindu itu...
mahar sebuah perkasihan
diletak pada secebis harapan
buat menghiasi danau hatiku...



~sue@gadis dusun~

ramayana
Ahli Setia
Pada : 08hb Jan 2002 10.33:56 mlm
Edit
Dari : 203.121.16.71

Salam puisi merdu buat Sue...!

Maaf! cuma singgah sebentar, kerana terhidu harumnya
bunga karya dari taman 'Salam sealas karya', maka saya
terbuka suara.....tergerak rasa menghulur sapa.....

Saya pesona dengan penggunaan kata bicara yang
melambangkan keharmonian; betapa kamu semakin
dewasa dan kian bijak menganyam bahasa, jua
teliti menyirat makna dalam lapisan warna rasa.....

Petikan I:
..........bebunga mekar
..........rama-rama berligar
..........hari mengait fajar

Petikan II:
..........menggapai langit
..........walau sedikit
..........setiap detik

Petikan III:
..........tak muat
..........erat-erat
..........terlihat
..........sudah terjerat
..........itukah pengikat
..........terhimpun sarat

Petikan IV:
..........sebuah perkasihan
..........secebis harapan

Kesimpulan:-
Tersurat cara, tersirat makna
Terkesan nada, terbetik irama,
Tersusun gaya, teratur bicara.

Begitulah catatan sepintas lalu dariku
yang daif lagi naif dalam serba perilaku!

**Flora**
www.geocities.com/
halamansastera/
ramayanaflora.html

Mesej ini telah diedit oleh ramayana dari 203.121.16.71 pada 9 hb Januari 2002..
giGi2
Ahli Setia
Pada : 09hb Jan 2002 01.00:28 pagi
Edit
Dari : 199.40.206.3

... bersabarla.. kerna, ianya bakal menjelma....

S_ana
Pengendali
Pada : 09hb Jan 2002 09.49:43 pagi
Edit
Dari : 202.184.182.6

sue
dan aku tidak pernah menyangkal
bahawa hubungan yang lahir antara kita
sebenarnya adalah lebih daripada yang kita jangkakan
kita memiliki kekuatan
sebenar benar kekuatan
ikatan persahabatan..

esok sahaja aku melihat masa depan
kerana hari ini telah aku lihat dari semalam

moga yang bahagia terus bahagia..

sue_marie
Ahli Senior
Pada : 09hb Jan 2002 6.35:48 ptg
Edit
Dari : 210.186.209.221

Salam sayang, jumpa lagi bersama bicara..

ramayana...salam puisi bersama..
sue menyambut huluran sapa dengan ucap terima kasih yang ikhlas..
...tiada bunga yang dapat menyegarkan sesebuah taman
tanpa adanya kumbang dan rerama yang berterbangan dan singgah bercanda..

bahasa kita... bahasa biasa...
karya kita.... bicara gelora...
sekadar berbicara... cerita dari desa...


..terima kasih kembali kerana komentar yang sungguh bermakna..


gG...
kita tidak pasti apa yang bakal terjadi nanti..
kerana itu kesabaran harus kukuh menerima segalanya..


ana
kekuatan itu kita letakkan di paksi ikatan persahabatan..
maka kukuhlah hubungan yang terjalin..


Mesej ini telah diedit oleh sue_marie dari 210.186.209.126 pada 9 hb Januari 2002..


~sue@gadis dusun~
eagle
Ahli Setia
Pada : 10hb Jan 2002 00.51:53
Edit
Dari : 210.186.115.39

Salam Buat Sue....

dan hari ini
masih ku susuri
jejak jejak rindu ini
masih ku alun irama semalam
yang semakin segar dalam ingatan

dan hari ini
masih panas sebuah kembara
yang meniti didetik yang berlalu
bahawa disini aku rindu
di sini aku menunggu

akan tetap ku jejak langkah itu
bersama indahnya warna pelangi
yang kau rentang
dan pelangi itu
akan terus ku pegang
sampai ke hujung usia
kerana ...
pelangi itu ada lah
sebuah ilusi buat ku
dari cebis cebis kasih
yang ada pada mu


M_74n
Ahli Setia
Pada : 10hb Jan 2002 00.55:58
Edit
Dari : 161.142.19.120

Assalamualaikum..

aku tidak tahu
di mana rindu itu aku letakkan..
sejalur nafas itu kian perlahan
namun masih aku pertahankan..
kehadiran aku di sini
aku hanya melihat engkau dengan
alunan manja mu
membisik dengan keperawaan
dan aku
seperti pengacau
tatkala senja itu mula terlihat..

sue_marie
Ahli Senior
Pada : 10hb Jan 2002 10.54:22 mlm
Edit
Dari : 210.186.209.228

Salam karya buat semuanya..
terima kasih menemani sue di sini..

eagle

secebis kasih yang tersisa dalam jiwa ini
entah masih adakah tempat untuk bernaung
atau terus diburu duka semalam
yang sukar terhapus dek perjalanan masa
... menjadi pelarian rindu
adalah satu cerita menjejak realiti
menolak ilusi
dan menjadi penunggu setia...



M_74

letakkan rindu pada daun-daun dipohonan
biarkan angin menyampaikan pesanan
maka aku telah tahu
kehadiran sudah tiba di pinggir senja
aku tidak sendirian
walaupun tidak melihat
siapa yang berbicara denganku..



~sue@gadis dusun~

sue_marie
Ahli Senior
Pada : 10hb Jan 2002 11.53:49 mlm
Edit
Dari : 210.186.209.228

Aku tertinggal dalam kegelisahan malam yang panjang..
menunggu seri rembulan sejak beberapa purnama tapi dimanakah pancarnya..hmmmm..

Basah Dalam RiNdU..

Guruh dan petir ku kirimkan
melandaikan gunung ganang
meratakan lembah dan lurah
mententeramkan gelora di samudera biru
dapatlah ku lihat dirimu

Ku seru angin bertiup bebas
mengeringkan lautan luas
terbinalah laluan untuk direntas
dan aku melihat engkau mendepakan tangan
lalu berlari ke pangkuanmu

Sayangnya.....
aku bukanlah purnama
mengambang dalam kamarmu
mencerahkan kesuraman wajah
membenarkan kejelitaan malam
dan menjelmakan mimpi-mimpi indah

Aku juga bukan bebunga
yang mekar di taman mewangi
menyerlahkan warna-warni
membiarkan sang kumbang menyeri

Sememangnya kau tahu siapa aku
perawan dari dusun seberang
pernah menulis puisi di wajah bulan
dan berharap akan dapat ditatap matamu

Tapi.....
bagaimana mungkin engkau harus biarkan
tanah ini bersiram air mata perawan
sedangkan air yang turun ke bumi
ternyata lebih lebat lagi

Basahlah rumput... basah tubuhku
hatiku basah... berendam rindu...



~sue@gadis dusun~

ramayana
Ahli Setia
Pada : 11hb Jan 2002 01.10:47 pagi
Edit
Dari : 203.121.16.71

Aku temankan kau berpuisi...Sue!

Dikejauhan horizon mendung berkabung
Bergumpal mengombak gelombang menggunung
Berbusa gulungan ombak membadai pantai
Agar teritip di batu rindu bisa terlerai.

Berlari mendepa tangan dibirai pantai
Memberi sejuta kenangan melambai santai
Ada tubuh menanti elusan bayu rindu
Sedia menyatu dalam kamar hatimu.

Biarpun kau bukan purnama berwajah cerah
Gerhanamu sudah cukup membuatku gelisah
Aku pungguk setia berlagu didahan rindu
Meski purnama janggal dirayu dimalam syahdu.

Walaupun kau juga bukan bunga mekar mewangi
Kembang kelopakmu mengundang kekupu menyeri
Apapun asalmu dusun mahupun sawah bendang
Dialam zahir tinta hatimu merdu berdendang.

Cukuplah wahai perawan jangan berhati rawan
Air dari kelopak matamu sehebat juraian hujan
Akan kutadah buat bekalan musim kekeringan
Ruang perjalanan perkasihan biarlah berpanjangan.

Biarlah rumput basah oleh embun sendu
Biarlah pohon basah oleh embun syahdu
Tapi janganlah hatimu basah oleh rindu
Kuyup dan ruyup oleh gerimis hatimu.

Pandang dan lihatlah dihujung permatang
Ada jalur warna-warni melintang gemilang
Sang pelangi melengkungi saujana bendang
Petanda sang perantau rindu untuk pulang.



**Flora**









eagle
Ahli Setia
Pada : 11hb Jan 2002 02.37:33 pagi
Edit
Dari : 210.187.246.12

Salam selembar kasih ...

Sue ...

tanam selasih
arah ke Bentan
secebis kasih
sejuta harapan

tanam padi
lebat didusun
rindu hati
rindu tersusun

ada padang
ada belalang
rindu dendam
jangan terhalang

p/s .. Sue pada mei 2002
mungkin eagle akan ke Sabah

S_ana
Pengendali
Pada : 11hb Jan 2002 11.26:59 pagi
Edit
Dari : 202.184.182.6

sue/b]
aku makin keliru
dengan diri aku
dengan perasaan ku
dengan segalanya!!!

moga yang bahagia terus bahagia..

cikmelah
Ahli Setia
Pada : 11hb Jan 2002 6.00:48 ptg
Edit
Dari : 203.106.78.206

assalammualaikum,

kadangkala... masih ada cerita yg tak perlu diceritakan tetapi hati ini tidak mahu menyimpannya

a.k.a. sweetcakcibo
sue_marie
Ahli Senior
Pada : 11hb Jan 2002 10.08:55 mlm
Edit
Dari : 210.186.209.160

Salam karya sealas..
teman-teman tersayang..
terima kasih atas kesudian menemai sue di sini..

ramayana..

Sebagaimana aku melihat sepohonan
menunggu rantingnya berdahan
dan cabangnya berdaunan
begitulah segunung harapan
tumbuh menjadi pulau impian..



eagle

kiambang biru
hanyut ke seberang
apakah rindu
punca bertandang..

semai benih
di tanah paya
hati kasih
apa tandanya


..hmm ke sabah tuh..kat mana yer?


ana
moga ketenangan akan hadir dalam diri mu..
menghapus segala kekeliruan..


cikmelah
hai sweetcc..lama sungguh tak bicara bersama..

hmm.. membiarkan cerita itu akan luput ditelan masa sebelum hati membukanya di pintu ingatan..

~sue@gadis dusun~

eagle
Ahli Setia
Pada : 12hb Jan 2002 03.35:16 pagi
Edit
Dari : 203.106.169.63

Sue ....

ujung padang
indah sekali
bertemu pandang
berdebar hati

gunung semarak
gunung bersemi
rindu tergerak
datang ke sini

pucuk paku
pucuk ubi
memujuk rindu
tiada bertepi

gantang daik
gantang berlukis
datang baik
dendam terhakis

Sue.... akan diberitahu kemudian
terlibat dengan KMK ( Kawalan Mutu Kerja )


semutmerah
Ahli Setia
Pada : 12hb Jan 2002 08.54:41 pagi
Edit
Dari : 192.228.143.163

salam buat sue dan sahabat2 di alam puisi...
tumpang lalu, tumpang berteduh yea!

sesekali aku di sini...

sesekali bertandang di daerah damai ini
kerinduan melilit hati merantai diri
terpaku sejenak
merenung jejak lama di pasir kehidupan
jarak masa memisahkan
bukan pemusnah ikatan sutera unggu yang kita tenunkan

sesekali berlabuh di pelabuhan ini
kalian mengajak aku menilai diri
mencatur hidup yang tak tertafsir
antara kita
akulah yang sering tercicir di dada waktu
mengapa terlalu jauh aku di batasan masa
sedang di sinilah duniaku
kedamaianku
ketenanganku
kekuatanku
apakah hati telah mula terisi
hingga segala milikku terbiar pergi?

.cemutmeyah.

S_ana
Pengendali
Pada : 12hb Jan 2002 09.35:58 pagi
Edit
Dari : 202.184.182.6

sue
apa yang mengelirukan telah selesai
akhirnya aku mengerti
adalah salah berkata kata pada bukan tempatnya

moga yang bahagia terus bahagia..

M_74n
Ahli Setia
Pada : 12hb Jan 2002 10.48:38 pagi
Edit
Dari : 161.142.183.235

Assalamualaikum..

kerana aku sesekali mencari
kerinduan itu dengan emosi..
biarpun rasional itu aku
begitu memahami
sedarkah aku..

eagle
Ahli Setia
Pada : 12hb Jan 2002 1.29:21 tghari
Edit
Dari : 210.186.114.80

sue ...
ana ...
semut merah yang semakin merah
dan mat 74 ...
juga buat bongnajib
dan sifar ... ceria selalu

apa kabar sumernya

cikmelah
Ahli Setia
Pada : 12hb Jan 2002 9.32:04 mlm
Edit
Dari : 202.188.71.80

assalammualaikum,
hai sue....
takleh bersembang... takut terlepas ckp lak.... nanti lain lak jadinye


a.k.a. sweetcakcibo
sue_marie
Ahli Senior
Pada : 12hb Jan 2002 10.25:47 mlm
Edit
Dari : 210.186.209.230

hai teman-teman tersayang..
apa khabar di hujung minggu?
mohon izin bermesej jap..

eagle..hai salam yer salam..

bunga kemboja
berdahan rendah
canda mesra
gurauan senda

batu api
batu belah
satu hati
berpadu jiwa

orang menangis
dia ketawa
kenangan manis
masa berada

ketam batu
bawah batu
dendam rindu
bawa beradu


* hehheh..tak tahu apa yang sue melalut nih...
kalau tak kena jangan mare ..

~~~~~~~~~~

semutmerah
hai cemut... pe khabar yer..dah sihat ker nih..atau camna?

sesekali menambat layar di pantai ini
sudilah cemarkan kaki memijak pepasir
sudilah membuai pantai dengan belaian bayumu
sudilah menemani pepohon nyiur melambai sayu
sudilah melenakan aku yang rindu...


~~~~~~~~~~~~

ana
selalunya kesalahan itu berpihak pada yang mengakuinya
sedangkan ia cuma satu kesilapan yang bukan kesalahan..


~~~~~~~~~~~~~~~

M_74
itulah alpanya kita sebagai insan dianugerah perasaan..
pengakuan tidak saja dapat menamatkan satu persoalan
walaupun pada dasarnya diakui kesedaran...


~~~~~~~~~~~~~~~

cikmelah
hai.. takut terlepas ckp ..?
hmmm..naper tuh..ada yang tak kena yer..
takperlah..kunjungan pun oklah juga..
harap sihat2 jer..ok..

Mesej ini telah diedit oleh sue_marie dari 210.186.209.230 pada 12 hb Januari 2002..


~sue@gadis dusun~
ramayana
Ahli Setia
Pada : 13hb Jan 2002 00.52:43
Edit
Dari : 203.121.16.71

Salam pada teman-teman kalian...juga tuan rumah!
Jawapan kepada bicaramu...sue!

Sebegitu aku tekun meneliti
taburan benih kasih tiap hari
menunggu munculnya pucuk muda
yang cambahnya dari akar jiwa...!



**Flora**
www.geocities.com/
halamansastera/
ramayanaflora.html

eagle
Ahli Setia
Pada : 13hb Jan 2002 08.29:55 pagi
Edit
Dari : 202.185.134.69

Sue...
sebelum b'fast kan elok kalau
kita bagi sepatah dua dulu
baru enak untuk makan pagi

daun selasih
lebat didahan
hati kasih
tak dapat ditahan

daun selasih
dimakan kuda
rindu kasih
datang bercanda

salam sue

sue_marie
Ahli Senior
Pada : 13hb Jan 2002 11.21:04 mlm
Edit
Dari : 210.186.209.188

Salam pertemuan kembali..
teman-teman tersayang..

ramayana..
terima kasih..
sudi menyambut salam sealas karya ..

dalam ketekunan mu
aku melihat air mata harapan
menitis dari setiap mata pena
tercalar di langit biru
mampukah ditatap di sebalik awan..


~~~~~~~~~~~~~~~

eagle..
hai..harap b'fast siang tadi menyelerakan..
tentunya makan malam pun sudah kannn..

burung kenari..
terbang seribu..
tuan kemari..
bersama rindu..

merkah delima..
mencelah perdu..
bawa bersama..
masa beradu..

salam kembali..

~sue@gadis dusun~

sue_marie
Ahli Senior
Pada : 13hb Jan 2002 11.21:43 mlm
Edit
Dari : 210.186.209.188

ada satu rasa yang bertamu di sudut malam ini..
ada bicara yang minta dirungkai maknanya..
ada resah yang melara sekian hari..
izinkan sealas karya berbicara..

*******************************8

PERAWAN DALAM SENDU...

Tiada lagi siulan unggas di rimba
bayu laut sudah jemu membelai pantai
pohon nyiur layu berlagu resah
tinggal lagi sepi menyusur pantai

Perawan itu masih menjual rindu di kaki senja
sesekali menguis kemilau di pasir pantai
sesekali mencuri pandang ombak-ombak berkejaran
kemana lagi rindunya hendak berumah

Setelah ditinggal tanpa pamitan
rajuknya dibawa bertualang di kolam mata
melihat hari-hari mendatang
perawan kembali menampi garam diantara pasir

Seorang budak datang menghampiri
memandang dengan mata kosongnya
di tangan cuma ada setangkai ranting kering
tiada lagi kuntuman bunga diunjuk kepada perawan

Di ufuk... mentari semakin menunduk
di pantai... tertambat sebuah biduk
di tebing... perawan lalu duduk
di hatinya... berbunga pertanyaan yang terjeruk
rajuk rindunya mohon dipujuk
tapi... siapalah dia...???


~sue@gadis dusun~

S_ana
Pengendali
Pada : 14hb Jan 2002 2.11:27 ptg
Edit
Dari : 202.184.182.6

sue
bahagia itu sudah berada hampir di tanganku
tatkala semalam menjadi pertemuan
aku dan seluruh ahli keluarganya
doakan aku kesampaian hajatku

moga yang bahagia terus bahagia..

cikmelah
Ahli Setia
Pada : 15hb Jan 2002 10.35:36 pagi
Edit
Dari : 210.186.96.88

asssalammualaikum,

sue
tah ler sue... takut nanti ada yg terasa.... tapi byk yg sweet nak katakan tak berkesampaian...

a.k.a. sweetcakcibo
M_74n
Ahli Setia
Pada : 15hb Jan 2002 2.31:50 ptg
Edit
Dari : 161.142.19.39

Assalamualaikum..

biarlah.. aku kini menanti angin baru menemani
aku menanti kehadiran angin itu
setelah nafas itu menyepi
dan terus sepi..

giGi2
Ahli Setia
Pada : 15hb Jan 2002 9.23:12 mlm
Edit
Dari : 199.40.206.3

...apa pun yg bakal terjadi..
pandulah jiwa kearah kewarasan..
adakah ia bakal mengugat mindamu?
... hanya kewarasan demi kewarasan.. akan menjadi titik tolak kehidupan...

eagle
Ahli Setia
Pada : 16hb Jan 2002 01.20:46 pagi
Edit
Dari : 203.106.170.56

salam buat sue ...

buah delima
diatas para
rindu diterima
salam membara

perahu daik
bawa berangan
hati yang baik
tetap dikenang

buah ciku
bawa kehulu
hati rindu
ingin bertemu

M_74n
Ahli Setia
Pada : 16hb Jan 2002 12.44:11 tghari
Edit
Dari : 203.106.143.5

Assalamualaikum..

berhatilah dalam hal sebegitu
namun ia tidak tepisah dengan dua alam..

bongnajib
Pengendali
Pada : 16hb Jan 2002 9.32:22 mlm
Edit
Dari : 203.106.147.184

Assalamualaikum Sue

cetusan terakhir mu begitu menusuk kalbu
apakah terjerat satu keperitan?
terungkai satu penderitaan?
terhimbau satu kemuraman?

begitu syahdu
himbauan dicelahan dedaun nyiur melambai layu
ranting nan rapuh di genggaman sigadis kecil
adakah ini jelasan jiwa mu?
satu pertanyaan ku tinggalkan
????????????????????????????



Mesej ini telah diedit oleh bongnajib dari 203.106.147.184 pada 16 hb Januari 2002..


Dalam kesamaran tersirat kejituan
bongnajib
Pengendali
Pada : 16hb Jan 2002 9.32:35 mlm
Edit
Dari : 203.106.147.184

maaf ter load 2X

:: diedit oleh saya sendiri ::

Mesej ini telah diedit oleh bongnajib dari 203.106.147.184 pada 16 hb Januari 2002..


Dalam kesamaran tersirat kejituan
sue_marie
Ahli Senior
Pada : 16hb Jan 2002 10.20:42 mlm
Edit
Dari : 210.186.209.232

Salam sayang..salam pertemuan beriring rindu..
sehari tak bermesej..terasa rindu tidak bersama..
harap kalian sihat dan ceria seadanya..

ana..
sue amat gembira mendengar ana bahagia..
semoga kebahagian itu berkesudahan dengan satu peristiwa
yang bakal menjadi kenangan terindah dalam hidupmu..



cikmelah
kerana terlalu menjaga perasaan orang lain,
ada yang sampai jadi tersiksa..
ada kala kita sangat berhati-hati dalam sesuatu perkara tapi masih ada yang sengaja menyalah ertikannya ..
takperlah..asalkan kita tahu apa yang dilakukan itu benar..



M_74..
sesetengah perkara kita boleh berada dalam penantian.. namun sesetengahnya lagi kita kena berusaha.. angin yang hadir belum mampu bertiup untuk diri kita sahaja..


gG
Benar!..kewarasan itulah kunci kepada tindakan yang benar..
ia juga harus ditemani oleh beberapa perlakuan yang positif dll...



eagle
salam eagle..pe khabar?

asam pauh
hanyut ke kota
salam jauh
bertaut kata

hanyut ke kota
bersama bidara
bertaut kata
dalam bicara

si dara malu
hendak berjabat
bicara bisu
tidak terlihat



bongnajib..

Aku melihat gadis itu
menuai duka di pantai rindu
di hatinya penuh airmata
namun kasihnya tetap setia di sisi senja
....kala biru dia menunggu
....kala ungu dia merindu..
entahlah....



* maaflah kiranya sue terlewat memberi respon terhadap
mesej teman-teman.. dua hari ini kurang sihat..hmmm..

Mesej ini telah diedit oleh sue_marie dari 210.186.209.232 pada 16 hb Januari 2002..


~sue@gadis dusun~
giGi2
Ahli Setia
Pada : 17hb Jan 2002 06.36:38 pagi
Edit
Dari : 199.40.206.3

sekadar berlalu...
mencari sisa-sia kerlingan tajam..
siperindu....

S_ana
Pengendali
Pada : 17hb Jan 2002 11.51:25 pagi
Edit
Dari : 202.184.182.6

sue
terima kasih

dan penutup rumah ini..


moga yang bahagia terus bahagia..

Topik telah dikunci. Sila hubungi pengendali ruangan ini untuk keterangan lanjut.
Sekolah.com | Kad Ucapan | Artikel | Cari Sekolah | Daftar Sekolah | Daftar Ahli
Hakcipta Terpelihara © 2000 : Sekolah.com