Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

***KoLeKsI PanTuN***

Mari Berpantun Dengan CIK SUE..

Ini adalah sebahagian daripada pantun-pantun yang dapat sue himpunkan dalam laman KOLEKSI PANTUN ... sue mengucapkan berbanyak TERIMA KASIH kepada teman/rakan/kawan dan sesiapa jua yang sudi berkunjung dan menghantar KARYA PANTUN untuk sue....

Berikut adalah senarai pantun yang telah dimasukkan dalam ruangan SEMBANG KARYA di Melayu.com...


Tajuk pantun..

  • Temannnn Seperbicaraaa - Sembang Karya
  • Pantun Bergema - Sembang Karya

    1. Cuba-cuba Berpantun..( 4/5/1999 )

    Mesej pertama:

    Salam Perkenalan Untuk Semua...
    Sue cuba-cuba belajar berpantun...


    2. Cuba-cuba Berpantun LAGI ( 22/5/1999 )

    Mesej pertama;

    Indah kiasan molek tersusun,
    Sembang pantun jenguk sedetik,
    Lama rasanya tidak berpantun,
    Rindu di hati datang mengusik.

    Seminggu hamba di perantauan,
    Rindu rasanya kampung halaman,
    Apa khabar gerangan teman,
    Sehat & bahagia itulah harapan.


    3. Cuba-cuba Berpantun LAGI.1.!!( 28/6/1999 )

    Mesej pertama:

    Rangkapan pantun mengusik jiwa,
    Hendak diteruskan mesej dah panjang,
    'Cuba Berpantun' dirisik sudah,
    Banyak sisipan jadi kenangan.


    3. Cuba-cuba Berpantun LAGI..2..!!( 16/7/1999 )

    Mesej pertama;

    'Cuba-cuba Berpantun Lagi..2..!!' mengungkai sisipan,
    Sisipan mengungkap bicara hati,
    Bicara hati mengukir kenangan,
    Kenangan didakap dalam memori.


    4. Cuba-cuba Berpantun LAGI..3..!!( )

    Mesef pertama:

    Cuba Berpantun rintisan semalam,
    Niat melayang bicara karya,
    Bicara karya menghulur salam,
    Salam sayang berseloka hanya.

    Selembar daun gugur di taman,
    Ku sisipkan pada juntaian kembang,
    Serangkap pantun ku tabur di laman,
    Ku sisipkan pada RUANGAN SEMBANG!


    5. Cuba-cuba Berpantun LAGI..4..!!( 25.8.1999 )

    Mesej pertama:

    Cuba Berpantun LAGI..3 penuh kenangan,
    Sudah ditutup masih diselongkar,
    Sembang KARYA tambat kenalan,
    Tidaklah redup hati yang gusar.

    Ruangan SEMBANG melabur karya,
    Pantun, sajak,novel dan lukisan,
    Jangan dipandang sertailah segera,
    Kalau ditolak takut terkilan!


    sentiasa dikemaskinikan.. Ke intisari laman Muka Depan