Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

KANSER

Kanser Paru-Paru    

Kanser Payudara  

Kanser Usus  

Kanser Serviks

Reaksi orang terhadap pesakit kanser adalah berbeza. Ada yang terlalu takut kepada penyakit kanser, ada yang biasa sahaja dan ada juga yang tidak kisah terhadap penyakit kanser. Ada sesetengah orang pula mengalami ketakutan atau fobia kanser. Ini merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu sentiasa bimbang dan terganggu fikirannya; mungkinkah dia diserang penyakit kanser apabila timbul sesuatu tanda di badannya! Orang seperti ini sering menemui doktor jika timbul apa-apa masalah walaupun remeh-temeh dan fikirannya sentiasa terganggu oleh sebab ketakutan terhadap penyakit kanser. Walaupun kita mesti berwaspada terhadap kemungkinan penyakit kanser, khususnya mereka dalam golongan berisiko sama ada dari segi umur, terdedah terhadap bahan-bahan yang mungkin karsinogenik seperti tabiat merokok, pendedahan terhadap bahan kimia, pancaran X-ray dan sebagainya, namun kita tidak perlulah sentiasa hidup dalam ketakutan hingga jiwa kita tidak tenteram. Sebaiknya, kita mengambil langkah berjaga-jaga dan terdapat ujian-ujian penapisan seperti X-ray, ujian sel pangkal rahim (pap smear), ujian darah atau sebagainya yang boleh mengesan kanser sebelum ada tanda, kita patut mengambil langkah-langkah yang sewajar.

 

Tanda-Tanda Penyakit Kanser

Di antara tanda-tanda penyakit kanser ialah:

1.   Bagi wanita yang mengalami pendarahan selepas persetubuhan, pendarahan haid yang tidak tentu masa, keluar darah haid selepas putus haid, keluar keputihan dari kemaluan, perut kembung, bengkak khaki khususnya jika di sebelah sahaja, susut badan, tidak ada selera makan, bonggol atau ketumbuhan pada buah dada, keluar darah atau susu daripada puting buah dada walaupun tidak menyusukan dan kesakitan pada buah dada.

2.   Bagi kanser paru-paru pula, tanda-tandanya ialah batuk yang tidak boleh dikawal dengan ubat biasa, batuk darah dan sesak nafas. Pada bahagian tekak pula, hidung berdarah atau muntah darah.

3.   Bagi kanser dalam perut dan tali usus, antara tanda-tandanya ialah muntah darah, berak darah, sakit perut dan muntah-muntah yang tidak boleh dikawal. Bagi kanser pada buah pinggang dan saluran perkencingan, antara tanda-tandanya ialah kencing berdarah, sering hendak kencing dan sukar untuk membuang air kencing.

4.   Antara tanda-tanda kanser pada bahagian otak pula ialah sakit kepala, pening kepala yang biasanya tidak boleh diubat dengan ubat penawar sakit biasa. Manakala tanda-tanda bagi kanser tulang dan sendi ialah bengkak tulang atau sendi. Tanda-tanda bagi kanser sistem pendarahan ialah muka pucat, letih-lesu, mudah berdarah jika terkena luka dan sukar hendak tos darahnya serta demam yang tidak dapat dikesan puncanya.

 

Pengesahan Penyakit Kanser

Pengesahan penyakit kanser biasanya dilakukan secara ujian tisu yang diambil  daripada kawasan yang disyaki menghidap kanser (Biopsy) dan seterusnya dikaji di makmal kaji sel (hispatologi). Biasanya, di sinilah sel-sel kanser dapat dipasti dan disahkan. Walaupun demikian, ujian-ujian lain boleh menolong dalam membuat pengesahan kanser seperti ujian Ultrasound, X-ray, skaning MRI, Cat dan lain-lain .

 

Kaedah Rawatan Kanser

Satu perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan rawatan kanser ialah peringkat ketumbuhan kanser tersebut, sama ada ia masih terhad pada satu bahagian tubuh badan ataupun telah merebak ke kawasan persekitaran atau telah merebak jauh melalui saluran darah ke organ-organ penting seperti paru-paru, otak, hati, tulang dan sebagainya. Di peringkat awal, sebelum ketumbuhan kanser dapat merebak, rawatan yang tepat akan memberi hasil yang memuaskan, malah ia mungkin boleh pulih seperti sediakala. Tetapi, apabila kanser telah merebak jauh, kesan rawatan mungkin tidak begitu memuaskan dan pertumbuhan kanser mungkin sukar dikawal.

Satu lagi perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan kanser ialah jenis sel kanser itu dan di bahagian mana kanser itu berlaku. Pelbagai jenis kanser boleh tumbuh dalam badan kita. Jika bentuk sel kanser itu amat luar biasa (anaplastik) maka kemungkinan sel itu membiak dengan cepat dan merebak luas dan ini akan menimbulkan masalah rawatan. Sesetengah sel-sel kanser pula kebal walaupun diberi rawatan dengan ubat-ubat kemoterapi atau dengan rawatan radioterapi. Dalam keadaan begini, hasil rawatan dari pemulihan tidak begitu memuaskan.

Sesetengah penyakit kanser mengeluarkan tanda di peringkat awal lagi, misalnya kanser pangkal rahim di kalangan wanita. Biasanya, sebelum menjadi kanser, sel-sel pada pangkal rahim menjalani beberapa peringkat perubahan, iaitu daripada sel normal kepada sel luar biasa. Kemudian ia menjadi kanser di peringkat awal dan seterusnya kanser membiak Lagipun, kanser pangkal rahim pada wanita boleh dikesan sebelum ia mencapai ke peringkat kanser dengan ujian pap smear. Dengan ini, ia mungkin boleh dicegah daripada menjadi kanser. Dan jika ia telah menjadi kanser, dan dapat dikesan di peringkat awal, ia boleh dirawat sepenuhnya. Tetapi, kanser di dalam perut seperti kanser usus besar, perut, hati ataupun kilang ovari, kadang-kadang menimbulkan tanda yang agak lewat dan apabila tanda-tanda itu timbul, keadaannya telah tenat dan sel-sel kanser telah merebak. Dalam keadaan demikian, rawatan secara pembedahan dan rawatan dengan kaedah yang lain mungkin tidak akan memberi kesan pemulihan yang seratus-peratus baik.

 

Konsep Pembinasaan Sel Kanser Secara Spontan

Pernah kita mendengar cerita orang yang telah disahkan menghidap kanser dan setelah dirawat doktor itu mengatakan keadaan kansernya amat berat dan dia diberi tempoh hidup selama enam bulan atau setahun. Kemudian selepas tempoh tersebut, pesakit itu masih hidup lagi, malah dia lebih sihat daripada sebelum terkena kanser. Ini adalah di antara cerita-cerita yang kita pernah dengar. Pesakit-pesakit yang telah hampa dengan rawatan moden telah pergi berjumpa dengan perawat-perawat tradisional yang memberi bermacam-macam cara rawatan, mungkin secara jampi, atau secara rawatan tradisional seperti jamu, akar kayu, ubat sinseh dan sebagainya. Kita juga telah mendengar kisah seorang pengidap kanser, iaitu Jason Winters yang pernah menghidap penyakit kanser dan telah tempoh hidup enam bulan tetapi dia terus hidup dengan menggunakan ubat-ubatan tradisional daripada berbagai-bagai ramuan akar kayu dan beliau telah mengolah satu ramuan yang dinamakan “Teh Jason Winters” yang beliau percaya boleh mengubati pelbagai penyakit kanser.

Dalam keadaan cemas dan genting seperti ini, manusia akan menggunakan bermacam-macam cara dan kaedah untuk mengatasi masalah dan apabila rakan, teman atau saudara memberi cadangan tentang rawatan yang berkesan, mereka akan terus mencubanya. Walaupun kadangkala kita tidak mengetahui logik atau asas saintifiknya, memang tidak boleh disangkal, bahawa ramuan-ramuan dalam akar kayu atau ubat-ubatan tradisional mungkin mempunyai kesan yang boleh membinasakan sel-sel kanser. Setakat ini belum banyak kajian yang telah dilakukan ke atas ramuan ubat-ubatan tradisional dan ubat akar kayu ke atas pelbagai jenis penyakit termasuk juga kanser.

Pakar-pakar perubatan memang mengakui, bahawa sel-sel kanser pun boleh binasa dengan sendirinya, iaitu dalam proses yang dinamakan regresi spontan. Ini semua adalah dalam penguasaan Allah dan sebagai manusia kita hanya berdoa dan mengharapkan agar penyakit yang dihidapi sembuh.

 

Prinsip-Prinsip Rawatan Bagi Penyakit Kanser

Beberapa kaedah moden telah digunakan untuk merawat penyakit kanser. Antaranya ialah:

1. Pembedahan

2. Ubat kemoterapi

3. Radioterapi

  Pembedahan.

Kadangkala kanser hanya perlu dibedah sahaja tanpa rawatan yang lain. Tetapi ada kalanya, kita melakukan pembedahan ke atas ketumbuhan kanser kemudian diikuti dengan rawatan secara kemoterapi atau radioterapi. Ada sesetengah kanser pula boleh dirawat secara radioterapi sahaja seperti kanser pangkal rahim ataupun kanser tekak jika kanser tersebut masih di peringkat awal lagi.

Pembedahan bagi kanser adalah dianggap sebagai satu pembedahan yang besar dan kadangkala melibatkan pembuangan anggota terpenting. Contohnya, jika kanser itu melibatkan pangkal rahim maka keseluruhan rahim akan dibuang. Bagi kanser buah dada pula keseluruhan buah dada perlu dibuang termasuk sistem kelenjar di sekelilingnya. Jika kanser melibatkan tulang kaki, mungkin kaki tersebut perlu dipotong, dan jika melibatkan paru-paru kemungkinan satu paru-paru perlu dibuang. Begitulah keadaannya jika ia melibatkan lain-lain bahagian dalam badan. Biasanya, pembedahan untuk penyakit kanser memerlukan kepakaran pembedah yang mahir, dan pembedahan biasanya disertai dengan pendarahan. Oleh itu, bekalan darah mestilah cukup.

Waktu pemulihan selepas pembedahan mungkin lama jika ia melibatkan pembuangan anggota penting dalam tubuh. Kadangkala is melibatkan pembedahan untuk membaikpulih atau reconstructive surgery. Misalnya, pembedahan pada muka yang disebabkan oleh kanser pada tulang dagu.

Semua bahagian tubuh yang telah dibedah perlu dihantar ke makmal kaji sel untuk dikaji setakat mana dan apa jenis kanser yang telah menghidapi pesakit. Jika sel-sel kanser telah merebak melalui saluran darah ataupun saluran kelenjar ke bahagian tubuh yang lain, maka pembedahan tidak dapat mengatasi masalah secara keseluruhan. Kaedah rawatan lain perlu diberikan seperti kemoterapi atau radioterapi. Sekarang ini, para pakar penyelidik penyakit kanser telah cuba berbagai-bagai teknik untuk mengesan sejauh manakah sel-sel kanser telah merebak ke organ-organ terpenting dalam tubuh seperti otak, paru-paru, hati, tulang dan sebagainya. Dengan ini, rawatan lanjutan dapat diberikan dengan sewajarnya.

 

Kemoterapi

Sesetengah penyakit kanser seperti kanser darah (leukimia), dan kanser rahim yang dinamakan choricarcinoma biasanya tidak memerlukan rawatan secara pembedahan, tetapi ia boleh dirawat dengan ubat-ubatan atau kemoterapi. Kegunaan ubat-ubat kemoterapi sebagai perawat kanser utama, hanya terhad kepada beberapa jenis kanser sahaja dan sesetengahnya telah saya nyatakan di atas. Tetapi, ubat-ubat kemoterapi sering digunakan sebagai cara rawatan lanjutan selepas seseorang itu dibedah akibat daripada kanser yang dihidapi dan setelah dipastikan kanser itu telah merebak ke tubuh yang lain.

Terdapat banyak jenis ubat-ubat kemoterapi yang biasanya diberikan secara suntikan atau secara ubat tablet. Di negara kita ini, Institut Barah Kuala Lumpur banyak memberikan rawatan ke atas penyakit kanser. Rawatan ini memerlukan pengawasan yang rapi kerana ubat-ubat kemoterapi ini bukan sahaja membinasakan sel-sel kanser, tetapi ia juga boleh merosakkan sel-sel normal. Kesan sampingan ini boleh menimbulkan beberapa masalah kepada seseorang yang sedang mendapat rawatan kemoterapi, misalnya ia boleh menindas pertumbuhan sel-sel darah menyebabkan penghidap mengalami kekurangan dan juga sel-sel darah putih untuk melawan penyakit, menyebabkan pesakit mudah diserang penyakit, khususnya kuman. Kadangkala, pesakit mengalami masalah rambut gugur ketika menjalani rawatan kemoterapi, bibir mungkin pecah terkena ulser. Inilah di antara beberapa kesan sampingan, tetapi dengan pengawasan dan rawatan daripada doktor yang mahir dalam bidang ini, masalah ini, Insya-Allah akan dapat dikawal. Rawatan dengan kemoterapi kadangkala perlu diulang setelah satu atau dua bulan kemudian, dan khususnya jika doktor yang merawat itu mendapati ada tanda-tanda bahawa penyakit kanser itu masih aktif lagi.

 

Rawatan Dengan Radioterapi

Ini adalah satu kaedah rawatan yang penting bagi penyakit kanser. Pelbagai jenis radiasi telah digunakan dan kaedah rawatan ini boleh didapati daripada Institut Barah di Hospital Besar Kuala Lumpur untuk mengatasi pelbagai jenis penyakit kanser. Pesakit perlu dimasukkan ke hospital dan rawatan boleh dilakukan secara pancaran dari luar ataupun pancaran daripada logam radium yang dimasukkan ke dalam bahagian tubuh badan. Misalnya, dalam kes kanser pangkal rahim, rawatan secara radiasi adalah pilihan utama. Dalam kaedah rawatan ini, logam radium radioaktif dimasukkan ke dalam rahim untuk beberapa hari dengan tujuan supaya logam ini akan mengeluarkan bahang radiasi dan membinasakan sel-sel kanser. Di samping ia membinasakan sel-sel kansr, bahang radiasi juga boleh membinasakan sel-sel yang normal. Misalnya, dalam rawatan kanser pangkal rahim, sel-sel normal (kilang telur atau ovari) boleh juga musnah dan ini menyebabkan kehabisan hormon estrogen bagi wanita tersebut selepas rawatan. Kesan kehabisan hormon estrogen pada wanita ialah seperti kaedah putus haid.

Di antara kesan sampingan yang mungkin timbul akibat daripada rawatan radioterapi ialah kesan bakar pada kulit yang mungkin berwarna kehitaman sedikit. Tetapi dengan  teknik rawatan baru, kesan sampingannya dapat dikurangkan. Kadangkala, organ-organ lain di sekeliling ketumbuhan kanser boleh terganggu akibat daripada pancaran X-ray, misalnya seseorang pesakit yang sedang mendapat rawatan radioterapi bagi kanser pangkal rahim. Kadangkala pundi-pundi air kencing dan saluran najis akan mengalami kerosakan sedikit menyebabkan gangguan sementara dalam fungsi organ tersebut.

Perubatan alternatif.

     Terdapat terlalu baryak keadah2 perubatan alternatif atau ‘pilehan lain’, samada dipasaran tempatan atau luar negara untuk mengubati penyakit kanser. Pada asasnya saya bersetuju dengan kegunaan ubatan alternatif tetapi dengan syarat pesakit2 perlu menjalani rawatan perubatan moden dahulu. Perubatan alternatif digunakan sebagai rawatan tambahan atau sokongan khususnya dalam kes2 dimana rawatan moden kurang berkesan.

Dalam internet terdapat banyak laman2 berkenaan perubatan alternatif. Baca dan nilai dengan teliti sebelum membuat apa2 keputusan untuk mendapatkan rawatan alternatif. Ada kalanya rawatan2 tersebut berkesan dan ada kalanya tidak. Kiata berusaha dan bertawakkal kepada Allah swt.

 

Rumusan.

Walaupun ada hadis-hadis Nabi yang bermaksud, “bahawa setiap penyakit ada ubatnya”, masih banyak lagi kaedah rawatan yang belum kita ketahui. Apa yang kita ketahui hanya sedikit sahaja, Allah yang Maha Mengetahui. Walaupun demikian, kita sebagai pesakit perlulah berusaha mencari di mana sahaja kita ketahui ada kaedah  rawatan yang berkesan, khususnya rawatan yang berasaskan sains perubatan moden. Di samping itu, kita juga berdoa pada Allah S.W.T dengan insaf atas musibah yang menimpa diri kita. Kita patut banyak bersabar dan banyak bertasbih. Mungkin ini satu cubaan untuk menguji kesabaran kita, mungkin juga satu balasan bagi kesalahan yang telah kita lakukan di masa lepas. Yang pentingnya ialah kita percaya, bahawa penyakit kanser adalah satu perkara yang diturunkan oleh Tuhan. Tentulah ada sebabnya, hanya kita sahaja tidak mengetahui apa puncanya. Perbanyakanlah berzikir dan bertafakur sambil memuji kebesaran Allah. Dengan bersabar menanggung kesakitan, kita akan mendapat pahala. Rawatan yang berlebihan boleh mempercepatkan maut. Saya sendiri pernah melihat penghidap kanser diberi rawatan secara pembedahan diikuti dengan rawatan kemoterapi serta radioterapi atas keghairahan saudara mara atau doktor yang merawat. Perbuatan ini boleh memberi kesan yang tidak begitu baik kerana seperti yang saya nyatakan di atas, bahawa kaedah-kaedah rawatan seperti kemoterapi dan radioterapi boleh juga merosakkan sel-sel yang normal dan seterusnya mengganggu dan menjejaskan fungsi-fungsi organ tubuh badan yang lain. Rawatan yang berlebihan (overdose) boleh mempercepatkan maut seseorang penghidap kanser.

Satu perkara yang amat penting dalam rawatan penyakit kanser ialah pengesanan diperingkat awal. Oleh itu, kita perlu sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengesan penyakit tersebut di peringkat awal supaya apa juakaedah rawatan yang diberikan boleh membaikpulih pesakit.

  TOP


KANSER PARU-PARU

 

    Seperti organ tubuh yang lain, paru-paru disusun oleh sejumlah sel. Dalam keadaan sihat, sel-sel tersebut membelah diri secara teratur. Bila oleh sesuatu sebab sel membelah secara tak terkendali, terbentuklah tumor.

Tumor Jinak tidak menyusup ke jaringan disekitar nya, dan tidak menrebak ke bahagian tubuh yang lain.

Tumor ganas atau kanser mampu menyusup dan merosakkan  jaringan atau organ disekitarnya.

Kanser paru-paru juga mampu menrebak melalui pembuluh darah atau getah bening yang berada dirongga dada, tulang, otak dan hati. 

  Apakah kanser paru-paru yang paling kerap terjadi???

·         Kanser paru-paru yang kerap terjadi adalah kanser bronkial.

·         Ia adalah kanser yang paling banyak dihidapi sekarang

·         Kadar kematian pada kaum lelaki sudah mendatar namun meningkat naik bagi kaum wanita   

                       

 

 

ROKOK DAN KANSER PARU-PARU  ???

·         Rokok paling kerap dikaitkan dengan kanser ini.

·         Jika anda adalah perokok pasif ( menghidu asap rokok ) risiko mendapat kanser ini adalah 1.5 lebih tinggi

 

LAIN-LAIN KAITAN

Kanser ini juga dikaitkan dengan:

·         Pendedahan pada asbestos : spt kilang kuari

·         dan pada arsenik. kromium, bahan petroleum dan radiasi

 

  APAKAH TANDA_TANDA KANSER INI ???

·         Batuk = 42%

·         Sakit dada = 22%

·         Batuk berdarah = 15%

·         Lelah, hilang berat badan, suara serak =

APA PENYEBAB KEPADA KANSER PARU-PARU

Hasil penelitian membuktikan, rokok adalah penyebab utama timbulnya kanser paru-paru. Asap rokok mengandungi partikel padat tar yang bersikap karsinogen (dapat menyebabkan kerosakan sel, sehingga sel berubah menjadi ganas. Seorang perokok mempunyai kemung kinan 4 - 14 kali lebih tinggi dibandingkan dengan bukan perokok untuk diserang kanser paru-paru. Risiko ini meningkat setanding dengan jumlah rokok yang dihisap, lamanya merokok, dalamnya hisapan dan tingginya kandungan tar dalam rokok. Selain rokok, pencemaran udara oleh zat-zat karsinogen dilingkungan industri seperti asbes dan gas radio aktif radon juga meningkatkan risiko terhadap kanser paru-paru. 

 

Siapa yang Berisiko Tinggi Terkena Kanser Paru-paru

·         Lelaki atau wanita berusia 40 tahun atau lebih

·         Perokok aktif.

·         Perokok Pasif

20% - 30 % kanser paru-paru menyerang perokok pasif, iaitu orang yang berada disekitar orang yang sedang merokok. Walaupun dirinya tidak merokok, namun secara tidak sengaja menghisap asap yang keluar dari hujung batang rokok yang terbakar. (diketahui kandungan zat karsinogennya lebih besar) dari asap yang dihembuskan oleh perokok. Oleh kerana itu isteri perokok mempunyai risiko 20 % 50 % lebing tinggi daripada isteri bukan perokok.

 

Apa Tanda-Tanda Kanser Paru-paru

 

Pada peringkat awal kanser paru-paru tidak memberikan tanda yang khusus , bahkan biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda. Ia biasa dikenalpasti apabila seseorang itu mengadakan ujian kesihatan yang boleh dilihat daripada hasil foto rontgent yang dibuat. Namun sering kali terdiagnosa pada saat kanser telah tumbuh di tahap kritikal. Pada saat kritikal barulah seseorang pesakit akan  menunjukkan tanda-tanda seperti batuk, batuk darah, ngilu dada, sesak nafas, suara parau, atau radang paru-paru berulang. Bila tumor menekan pembuluh darah besar di sekitar paru-paru, ia akan menimbulkan gejala bengkak pada leher dan wajah. Apabila ia menekan saraf disekitarnya maka ia akan  menimbulkan ngilu dan kelemahan pada bahu, lengan dan tangan. Selain gejala tersebut diatas, seperti juga kanser yang lain kanser paru-paru memberikan gejala umum seperti hilangnya nafsu makan, penurunan berat badan kelemahan dan cepat lelah.

 

 

 

 

Bagaimana Mendiagnosa Kanser Paru-paru

 

Bila doktor mencurigai adanya kanser paru-paru, pesakit akan  dianjurkan untuk melakukan serangkaian pemeriksaan seperti :

Melakukan x-ray paru-paru

Pemeriksaan kahak dengan mikroskop

CT Scan iaitu pemeriksaan dengan menggunakan sinar X berseri untuk mendapatkan gambaran yang memastikan adanya tumor diparu-paru. (Diolah oleh komputer). Walaupun demikian CT Scan tidak dapat membezakan tumor tersebut lemah atau ganas

Biopsi  iaitu pengambilan contoh sel paru-paru untuk diperiksa dibawah mikroskop. Tindakan ini biasa dilakukan dengan melakukan broncoscopy, iaitu melalui lubang pernafasan mulut atau hidung dimasukkan selang ke dalam saluran pernafasan, sehingga dapat diambil sedikit jaringan untuk diperiksa dibawah mikroskop. Cara lain iaitu dengan melakukan aspirasi jarum. Dengan bantuan CT Scan doktor akan memasukkan jarum melalui dinding dada untuk mendapatkan jaringan paru-paru. Cairan yang diambil daripada  lapisan paru dipanggil sebagai thoracocentesis.

Laboratorium darah sebagai penunjang

MRI iaitu pemeriksaan menggunakan medan magnet yang dihubungkan dengan komputer untuk mengetahui apakah ada penyebaran ke organ lain

 

Bagaimana rawatan  Kanser Paru-paru

 

Seseorang penderita kanser paru-paru akan ditangani oleh satu kumpulan doktor yang terdiri dari :

·         Doktor ahli Medical Oncology

·         Doktor ahli Bedah

·         Doktor ahli Radiologi

·         Doktor ahli Patologi Anatomi

·         Doktor ahli Patologi Klinik

·         dan doctor- doktor lain yang berkaitan

Kaedah rawatan  ditentukan oleh banyak faktor, termasuk jenis kanser, ukuran, lokasi dan stadiumnya. Selain itu ditentukan juga oleh umur penderita, riwayat penyakit yang diderita dan kesihatan pesakit secara menyeluruh.

Secara garis panduan cara rawatan  kanser paru-paru terdiri daripada :

·         Tindakan bedah / operasi

·         Radiasi iaitu penyinaran untuk membunuh sel kanser- kanser dan menghentikan pembelahannya.

·         Chemotherapy iaitu ubat yang diberikan untuk membunuh sel kanser

 

Bagaimana Mencegah Kanser Paru

 

80 % Kanser Paru-paru disebabkan oleh rokok. Kerana itu pencegahannya dapat dilakukan dengan :

·         Jangan  merokok

·         Berhenti merokok

·         Hindari lingkungan yang tercemar asap rokok atau zat karsinogenik lain.

·         Pakailah alat pelindung bila bekerja dilingkungan yang tercemar zat karsinogenik

 

TOP


 

KANSER PAYUDARA


Apakah kanser payudara?
Kanser payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian di kalangan wanita di Malaysia.

Kanser payudara berpunca dari sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keaadaan yang tidak terkawal. Jika tidak di kesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati.

 

Apakah yang menyebabkan kanser payudara.


Penyebab sebenar kanser payudara tidak di ketahui. Setiap wanita berusia 20 tahun keatas adalah berisiko menghidap kanser payudara.

Faktor-faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanser payudara:

Apa Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Mencegah Kanser Payudara.


Kanser payudara boleh dicegah jika dikesan dan dirawat awal. Kanser payudara adalah salah satu kanser yang paling mudah di kesan.

Pengesanan boleh dilakukan dengan pemeriksaan Payudara. Semua wanita yang berusia 20 tahun dan lebih perlu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) Setiap bulan sepanjang hayat mereka. Bagi wanita yang melebihi 30 tahun mereka perlu juga mendapatkan Pemeriksaan Payudara oleh saorang doktor atau kakitangan perubatan yang lain setiap tahun.

Pemeriksaan payudara secara tetap akan membolehkan sesaorang wanita mengesan kanser payudara pada peringkat yang awal di mana rawatan adalah lebih berkesan.

 

Bila Misti Melakukan PSP ?
Anda mesti melakukanya setiap bulan. Jika anda masih datang haid, PSP mestilah dilakukan di antara hari ke-7 hingga ke-10 selepas bermulanya haid anda.

Sekiranya jangkamasa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah untuk diingati, seperti hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.  

Bagaimana Melakukan PSP
Ia boleh di lakukan dengan 2 cara iaitu, melihat perubahan di hadapan cermin dan mengesan perubahan dengan cara berbaring.

 

A. Melihat Perubahan Di Hadapan Cermin
Lihat pada saiz, bentuk dan keseimbangan bentuk payudara (symmetry) serta paras kedua-dua puting payudara.  

 

Kedudukan 1

Tanggalkan pakaian anda pada paras pinggang, dan lihat diri anda di hadapan cermin.

Kedudukan 2

Angkat kedua-dua tangan ke atas kepala anda. Periksa payudara anda dari berbagai sudut

Kedudukan 3

Berdiri tegak di hadapan cermin dengan tangan anda di sisi. Pusing ke kiri dan ke kanan untuk mengesan sebarang perubahan pada payudara.

Kedudukan 4

Tegangkan otot-otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah.

 Tanda tanda Amaran Yang Perlu Di perhatikan Semasa Pemeriksaan.

B. Mengesan Perubahan Dengan cara berbaring

 

Langkah 1: Persedian

Mulakan dengan PAYUDARA KANAN. Baring mengiring ke kiri dengan membengkokkan kedua-dua lutut anda.Letakkan bantal atau tuala mandi yang telah dilipat di bawah bahu sebelah kanan untuk menaikkan bahagian yang akan diperiksa. Kemudian letakkan tangan kanan anda di bawah kepala.

Gunakan tangan kiri anda untuk memeriksa payudara kanan anda. Gunakan tapak jari-jari anda untuk memeriksa sebarang BENJOLAN atau PENEBALAN

Periksa Payudara anda dengan menggunakan Kaedah- Urutan Menegak (Vertical Strip) don Kaedah Pusingan (Circular).

Langkah 2: Pemeriksaan Payudara Kaedah Urutan Menegak

Periksa seluruh kawasan payudara dalam corak urutan menegak, dari tulang selangka di
bahagian atas kegarisan kutang (bra-line) di bahagian bawah; dan dari garis-tengah antara
kedua payudara anda ke garis tengah di bahagian bawah ketiak anda Megunakan tangan
kiri, mulakan urutan pertama di ketiak anda. Buat pusingan ringan dan kemudian tekan
kuat di tempat ini untuk merasakan sebarang benjolan atau penebalan.

Gerakkan tangan anda perlahan-lahan ke bawah ke arah garis-kutang menggunakan
pusingan ringan dan tekanan kuat di setiap tempat. Di-bahagian bawah garis-kutang
bergerak lebih kurang dua sentimeter ke kiri dan terus kearah atas menuju tulang
selangka anda dengan melakukan pusingan dan tekanan. Bergeraklah ke atas dan ke
bawah mengikut urutan dan liputi seluruh kawasan yang di tunjukkan.

Langkah 3 : Pemeriksaan Payudara Kaedah Pusingan

Bermula di bahagian atas payudara anda, buat pusingan yang besar. Bergeraklah sekeliling payudara anda dengan memerhatikan sebarang benjolan atau penebalan yang luar biasa. Buat sekurang--kurangnya tiga pusingan kecil sehingga anda sampai ke puting payudara. Lakukan ini sebanyak dua kali, sekali dengan tekanan ringan dan sekali dengan tekanan kuat. Jangan lupa periksa bahagian bawah areola (kawasan hitam).

Langkah 4 : Pemeriksaan Lelehan Di Puting Payudara

Menggunakah kedua-dua belah tangan, tekan payudara anda untuk melihat sama ada terdapat sebarang lelehan luarbiasa dari puting payudara.

Langkah 5 :Memeriksa Ketiak Anda

Jatuhkan tangan kanan anda ke sisi dan rasa ketiak anda dengan teliti untuk mengesan sebarang benjolan.

 

 contoh kanser payudara

TOP


 

 

KANSER USUS

 

 

Usus besar adalah bahagian dari sistem pencernaan makanan, yang berakhir pada lubang lepasan atau anus.Setelah makanan dicerna dalam lambung dan usus kecil, makanan masuk ke dalam usus besar. Pada bahagian ini, air yang masih tersisa diserap kedalam tubuh dan sisa - sisa makanan dikeluarkan melalui dubur atau anus.

 

Apa itu Kanser

 

Kanser adalah jenis penyakit akibat pertumbuhan sel yang tidak normal.

Seperti organ tubuh yang lain, usus besar terdiri dari sel-sel tertentu, membelah diri untuk mempertahankan fungsinya. Jika oleh suatu sebeb sel -sel tersebut membelah diri secara tidak terkendali, terbentuklah tumor. Tumor mudah tumbuh dalam suatu kapsul, tidak menembusi jaringan di sekitarnya dan tidak mempunyai sifat menjalar keorgan tubuh yang lain.

Tumor ganas atau kanser dalam pertumbuhannya menyusup dan merosak jaringan disekitarnya, dan mampu menjalar keorgan tubuh yang lain.

Tumor ganas atau kanser dalam pertumbuhannya menyusup dan merosak jaringan disekitarnya, dan mampu menjalar ke organ tubuh yang lain melalui aliran darah atau getah bening.

 

 

 

 

 Apa Gejala Kanser Usus

1. Perubahan kebiasaan buang air besar

2. Sukar membuang air besar

3. Najis bercampur darah (berwarna merah segar atau kehitaman )

4. Bentuk najis lebih kecil dari biasanya, najis seperti kotoran kambing.

5. Rasa tidak enak diperut (kembung, rasa penuh, sembelit)

6. Sesudah buang air besar terasa masih ada yang tersisa

7. Tanpa gejala

 

Gejala tersebut diatas  timbul akibat penyakit yang lain seperti radang usus besar, tukak atau buasir. Segeralah periksa kedoktor bedah bila anda mengalaminya

Apa Penyebab Kanser Usus Besar

Penyebab pasti kanser usus besar belum diketahui, namun beberapa hal dibawah ini terbukti merupakan faktor risiko, antara lain :

 

Riwayat Keluarga

 

Risiko untuk mendapat kanser usus besar meningkat, bila terdapat anggota keluarga yang menderita penyakit ini. Makin banyak jumlah keluarga yang diserang, makin tinggi risiko yang dimiliki

 

Usia

 

Kanser usus besar lebih banyak ditemukan pada usia diatas 50 tahun. Makin lanjut usia seseorang, makin besar resiko yang dimiliki.

 

Diet

 

Pemakanan makanan berkadar lemak tinggi \, berserat rendah, makanan segera akan meningkatkan risiko kanser usus besar.

 

Polip

 

Polip adalah tumor jinak yang dalam pertumbuhannya dapat berkembang menjadi kanser usus besar

 

Polyposis yang diturunkan

 

Pertumbuhan polip dalam usus yang jumlahnya  beratus-ratus sifatnya diturunkan.

 

Radang Usus Besar

 

Penderita radang usus besar mempunyai risiko untuk mendapat kanser usus besar.

 

Bagaimana Mencegah Kanser Usus Besar

1. Hindari makanan yang mengandung kadar lemak tinggi dan makanan segera

2. Perbanyak memakan makanan yang mengandungi serat tinggi seperti buah, dan sayuran segar.

3. Pengangkatan polip

 

Bagaimana Mengesan Secara Dini Kanser Usus Besar

 

Kanser Usus Besar dapat dikesan melalui pemeriksaan dibawah ini :-

 

Bila didalam keluarga terdapat penderita kanser usus besar, pemeriksaan ini dilakukan  setiap 3 - 5 tahun sekali, mulai usia 35 tahun.

 

Catatan :

·    Bila dalam keluarga ditemukan penyakit poliposis yang diturunkan, pemeriksaan- pemeriksaan tersebut dianjurkan sejak usia remaja

·    Bila memiliki faktor risiko yang lain dianjukan untuk konsultasi ke doktor untuk menentukan jadwal pemeriksaan.

 

Bagaimana Rawatan Kanser Usus Besar

 

Pada prinsipnya, pengubatan kanser usus besar dibagi 3 (tiga) iaitu :

1. Pembedahan

2. Penyinaran

3. Kemoterapi

Pengubatan yang diberikan ditentukan oleh berbagai faktor, seperti ukuran tumor dan stadium, lokasi tumor, keadaan umum penderita dan faktor - faktor lain.

TOP


 

 

KANSER SERVIKS

 

 

 

Apa kanser serviks ?

Kanser serviks adalah kanser yang menyerang wanita, ditanda dengan adanya sel ganas dijaringan serviks. Serviks adalah pintu rahim/ peranakan. Peranakan/ rahim adalah rongga berbentuk seperti buah alpokat dimana bayi tumbuh selama kehamilan. Kanser serviks biasanya tumbuh lambat sampai tahap waktu tertentu. Sebelum sel kanser ditemukan diserviks, sel dijaringan serviks berubah menjadi tidak normal yang disebut displasi. Tes pap biasanya akan menemukan  kalinan ini. kemudian. Kemudian sel kanser akan tumbuh dan berkembang lebih dalam kejaringan serviks dan jaringan sekitarnya. Pada keadaan ini biasanya tidak menimbulkan keluhan.

Lesi pra-kenser (NIS)?

Lesi pra-kanser serviks uterus (mulut/leher rahim/peranakan) disebut juga Neoplasia Intraepitel Serviks (NIS), merupakan gangguan diferensiasi sel pada lapisan epitel skuamosa serviks, dan mempunyai potensi menjadi karsinoma serviks. Infeksi HUman Papiloma Virus (HPV) digolongkan juga ke dalam lesi pra-kanser serviks, karena HPV mempunyai hubungan erat dengan kejadian karsinoma serviks

 

Kanser serviks

Gangguan diferensiasi (displasi) berat yaitu bila terjadi perubahan lapisan epitel skuamosa yang mencakup 3/4 atau lebih ketebalan lapisan epitel dasar.

Mangapa kanser serviks menjadi masalah ?

1.  Kanser serviks merupakan penyebab kematian utama kanser pada wainta

2.  Di Indonesia  90-100 kes kanser baru diantara 100.000 penduduk pertahunnya atau 180.000 kes baru pertahun (DKI 8000 kes baru pertahun).

3.  Puncak usia kanser serviks 30-45 tahun yang merupakan kelompok produktif

4.  Kanser serviks ditemukan dalam stadium lanjut

5.  Pengubatan pada tahap pra kanser (displasia dan karsinoma in situ? memberikan kesembuhan 100%. Sedangkan pada kanser serviks stadium I, II, dan III angka ketahanan hidup 5 tahun masing-masing adalah 70-80%, 50-50% dan 30-40%.

Apakah kanser serviks dapat disembuhkan

·      Pra kanser serviks dapat disembuhkan.

Bagaimana cara mendeteksi stadium pra-kanser?

·      Lakukan pap smear !!

Bilaujian Pap Smear dilakukan?

Pap smear dilakukan pada wanita berusia lebih dari 20 tahun atau keurang dari 20 tahun bila sudah melakukan hubungan seksual. Pemeriksaan dilakukan setiap 2 kali berturut-turut dan bila negatif, maka pemeriksaan berikutnya paling sedikit setiap 3 tahun sampai berumur 65 tahun. Akan tetapi wanita dengan resiko tinggi atau pernah mendapat hasil abnormal harus diperiksa setiap tahun. Frekuensi yang lebih tidak akan menambah faedah.

 

Siapa wanita yang berisiko tinggi?

 

Beberapa keadaan yang diduga berhubungan erat dengan terjadinya kanser serviks iaitu:

1.  Melakukan hubungan seksual pada usia muda

2.  Berganti-ganti pasangan seksual

3.  Sering hamil

4.  Mempunyai anak pertama pada usia  muda

5.  Status sosio-ekonomi

6.  Mengabaikan kebersihan alat genital

Bukti bahawa aktiviti seksual berhubungan dengan kanser serviks sbb:

1.  kanser serviks 4 x lebih banyak dijumpai pada wanita

2.  Risiko terkena kanser serviks 4 x lebih besar pada wanita yang telah melakukan hubungan seksual sebelum usia 17 tahun

3.  Risiko 7 x lebih besar pada wanita yang mempunyai pasangan lebih dari satu

4.  Kanser serviks tidak ditemukan pada wanita yang belum melakukan aktiviti seksual

5.  Angka kejadian rendah pada wanita yang mempergunakan kondom atau diafragma pada waktu aktiviti seksual

6.  Angka kejadian rendah pada wanita yang berhubungan seksual dengan wanita yang disunat

7.  Angka meningkat naik pada kelompok pengamal seks bebas. Pada kelompok wanita muda bebas seks (dalam jangka 12-48 bulan) menyebabkan kenaikan angka pra-kanser 3%

8.  Terdapat kenaikan angka kejadian pada monogami yang suaminya mempunyai pasangan seks lebih dari satu

9.  Terdapat hubungan erat antara kanser penis dan kanser serviks dibeberapa daerah

 

  Cara Rawatan kanser serviks?

Ada tiga cara utama pengobatan kanser serviks iaitu

1.  Operasi

2.  Radiasi

3.  Kemoterapi

TOP