Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
CORETAN ANAK RANTAU.

        Tanggal 30 Disember 1997 adalah hari yang bersejarah dalam hidup aku. Boleh di katakan sebagai satu hari yang bakal mengubah hari esok bagi aku. Hari itu merupakan hari aku fly ke United States of America lantaran untuk melanjutkan pelajaran ku yang telah selesai di PPP-ITM. Ramai orang sebaya aku mengimpikan saat-saat ini, untuk berada di sebuah negara orang disamping untuk menyempurnakan cita-cita di universiti luar negara. Sebenarnya, bukanlah hasrat aku untuk belajar di negara asing kerana mulanya aku berhajat untuk memasuki IPTA di Malaysia sahaja. Namun, kita hanya merancang, Allah jualah yang menentukan segalanya. Takdir-Nya, aku dapat tawaran Rancangan Bersama dibawah tajaan JPA..dan diterima masuk membuat persediaan di PPP-ITM Seksyen 17, Shah Alam. Alhamdulillah....aku berjaya menyudahkan pembelajaran dengan baik dan dapat meneruskan perjuangan ke luar negara. Sesuatu yang tak pernah kudambakan sebelum ini. Apa yang dapat kuucapkan hanyalah kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah memilih aku untuk ke sana. 
 

        Pagi-pagi lagi aku sudah bangun dari tidur...rasanya jam 3.00 pagi. Ahli keluargaku juga begitu..kerana mereka tak mahu ketinggalan untuk mengucapkan selamat jalan kepadaku. Anak-anak buah aku masih lena dibuai mimpi, tapi sudah ada yang
mencelikkan mata. Mungkin kerana suasana yang agak riuh rendah dek persiapan oleh abang-abangku. Selain abang, emak, angan Ahim kak Idah, bang Lek dan anak-anak turut serta menghantar aku ke lapangan terbang Subang. Sesampainya aku di lapangan terbang, aku dan abang menunaikan solat subuh di surau yang berhampiran. Kemudian, aku menemui rakan-rakan lain yang telah tiba lebih awal. Aku menguruskan luggage, dua buah beg besar. Setelah itu, sessi fotografi antara aku dan ahli keluarga...untuk tatapan aku di sana nanti. Di rumah tadi pun aku sempat bergambar bersama anak-anak buah, kakak-kakak dan abang-abang.

        Kami diminta berkumpul di satu tempat dan diberikan pasport dan tiket penerbangan. Wah...rasanya macam orang besar sahaja....macam VIP jugalah...ahehhe... dan saatnya telah tiba. Kami diarahkan menuju ke balai berlepas. Saat melangkah meninggalkan keluarga di lobi amat mengharukan...namun langkah tetap diatur bersama-sama rakan-rakan lain. Maknanya kini bermulalah era baru dalam hidup kami masing-masing. Pada masa itu apa yang aku rasakan ialah aku mesti tabah dan yakin dalam perjuangan ini. Harapan keluarga dan cita-cita aku jangan sekali-kali dihampakan. Itu tekad aku.

        Penerbangan MAS bertolak jam 9.00am waktu Malaysia. Pengalaman pertama menaiki kapal terbang memang menarik...sebab kata orang naik kapal terbang ni seronok. Huh...memang lah seronok pada mulanya...tapi ada ketikanya saat yang menyeksakan. Mungkin hanya aku yang merasainya ..atau pun bagi orang lain yang pertama kali menaiki kapal terbang???  Perjalanan ke US katanya mengambil masa 16 ke 18 jam..Fuhh...lama tu. Semasa dalam flight, berbagailah kemudahan disediakan...antaranya headphone untuk mendengar muzik. Ada juga screen tv besar menayangkan cerita wayang gambar. Time makan...pehh...aku pun bukannya tau sangat nak minta yang mana. Buku menu tu memang dah baca...last-last aku ikut macam orang lain. Di sebelah aku ialah familyman dengan his son.Bangsa Cina...pada jangkaan aku mereka ni nak pergi melancong ke luar negara sebab di hadapan ialah his wife and daughter.Penerbangan kami ni transit di Narita Airport, Tokyo, Jepun. Sempat berlegar-legar di lapangan terbang Narita. Suasana kat sana gelap..aku tak pasti adakah malam atau pun masih dinihari.

        Perjalanan disambung lagi menuju ke Los Angeles, kotaraya bintang-bintang filem Hollywood. Memang tak tergambar pada aku ketika itu bagaimanakah rupanya LA itu. Setibanya kami di lapangan terbang antarabangsa LA, kami disambut oleh pegawai-pegawai MSD di sana. Mereka lah yang bertungkus-lumus memberi panduan dan pertolongan kepada kami. Mana yang terus fly ke universiti masing-masing, di situ merupakan titik perpisahan. Namun, kelompok aku akan menyambung penerbangan pada tengah malamnya. Kami pun di bawa berehat di hotel Hacienda. Semasa di hotel itu, aku sudah merasakan keseronokan berada di sana. Aku mengambil peluang berjalan-jalan di sekitar hotel dan memasuki beberapa kedai yang berhampiran. Aku berjalan-jalan bersama Erwan Hardy. Makanan disediakan oleh pegawai MSD di LA...alhamdulillah...ingatkan terpaksa menelan roti dan air coke sahaja. Nasi putih berlaukkan daging ayam lagi.

        Tepat jam 10.00 malam, kami berangkat ke lapangan terbang LA, dan kelompok kami akan berpisah lagi menuju ke destinasi masing-masing. Aku dan beberapa orang kawan lagi akan transit di Dallas, Texas. Sebenarnya, hanya aku dan Iskanin sahaja yang akan mengakhiri destinasi kami di Kansas City, Missouri. Yang lain menuju ke destinasi masing-masing. Setibanya di Dallas, kami berpecah lagi. Aku dan Is mencari hala tuju kami ke Kansas City. Di Dallas rupanya kami menghadapi masalah kerana penerbangan ke Kansas City ditunda masanya. Ini kerana cuaca ketika itu tidak mengizinkan untuk kapal terbang berlepas. Salji turun dengan lebatnya. Suasana muram dan persekitaran di luar bangunan lapangan terbang saujana memutih dilitupi salji. Aku dan Is berulangkali memastikan tempat duduk kami dalam kapal terbang adalah terjamin. Sementara menunggu waktu berlepas yang telah ditetapkan, kami berjalan-jalan di dalam lapangan terbang Dallas itu. Perut terasa lapar, kami singgah di sebuah kedai makanan segera. Aku mengambil teh panas dan sebiji muffin. Hmm....nasib baiklah pelayan kedai itu berbangsa Vietnam. Mudahlah sedikit dia memahami sebutan kami dalam bahasa Inggeris. Kemudian, kami mencari tempat menukar duit. Aku ketika itu memegang duit Ringgit lebih RM500 sedangkan ianya tidak laku dibelanjakan di sana. Lantas, kami pun bertanyakan kepada pak guard dan dia menunjukkan tempat untuk menukar matawang adalah di bangunan lain. Kami menaiki tram untuk ke sana. Pertama kali menaiki tram memang menarik. Ketika suasana yang kelam dan suram, kami meredah kedinginan salji dalam tram itu.

          Penerbangan ke Kansas City diumumkan untuk berlepas. Senarai yang dalam waiting list di panggil seorang demi seorang. Aku dan Is memang dalam list tersebut kerana penerbangan sebenar kami telah ditunda. Nama Is dipanggil tapi nama aku takde..
Aikkkk.???? tak kan aku tertinggal di Dallas nih? Aku bertanya semula kepada petugas di sana...akhirnya aku dibenarkan masuk kerana masih ada kekosongan tempat duduk. Alhamdulillah....walau pun kami terpisah dalam kapal terbang itu, tapi aku tahu Is ada dalam penerbangan yang sama.Akhirnya, kami tiba jua ke destinasi kami iaitu Lapangan Terbang Kansas City. Ada dua orang pelajar senior sedang menanti kami. Mereka ialah Emy Sharina dan Wak Don. Dan kami pun meninggalkan lapangan terbang menuju ke kampus University of Missouri Kansas City. Bermula lah era hidup aku di United States.