Semangat Hidup
Cuaca petang agak mendung. Suasana kampung ku
sungguh sunyi. Aku duduk di bawah pokok Tarap. Persekitaran halaman rumah
ku banyak pokok bauh-buahan. Pokok Cepedak, Langsat, Nangka dan paling
banyak pokok kelapa. Aku memerhati di sekeliling. Cuba mencari perubahan.
Ku dapati tiada yang berubah. Tiba-tiba mata ku terhenti pada sebatang
pokok kelapa. Aku teliti perubahan kelapa itu. Buahnya masih lebat cuma
sudah terlalu tinggi. Pokok ini mengingatkan aku pada datuk dan abang sepupu
ku. Masa itu, kami masih kanak-kanak. Aku, adik ku dan sepupu-sepupu ku
bermain di halaman rumah. Matahari sangat terik. Kami kehausan. Lalu abang
sepupuku pergi memanjat kelapa. Sampai di pokok , abang sepupu ku tidak
pula memanjat. Kami hairan lalu pergi mendekatinya. Aku dapati pokok kelapa
itu penuh semut. Abang sepupuku geram melihat semut itu. Dia dapat idea
cara menghalau semuat itu. Satu daun kelapa yang kering terjuntai ke bawah.
Abang sepupuku membakar daun itu. Api menyala dan semakin besar, kami seronok
melihat semut mati tapi api itu semakin besar. Kami semakin seronok
melihat api besar. Anak api berterbangan ku lihat sangat cantik seperti
bunga api. Gembira dapat membunuh semua semut itu. Kami perhatikan api
itu hingga padam. Api itu telah membunuh semua semut malah pokok kelapa
itu juga hangus.
Hari semakin senja, kami masih bermain di halaman. Tiba-tiba aku
terkejut, terdengar suara yang kuat dalam kemarahan, “ siapa bakar kelapa
ini”. Kami menoleh kearah suara. Datuk berdiri dekat kelapa. muka begis.
marah, kemudian menghampiri kami lalu bertanya dengan suara garang, “ bagi
tahu siapa yang bakar ini.” Adik ku ketakutan secara spontan terluah, “
Ken”. Kemudian datuk memanggil abang sepupuku, “Keeen !!!, Keeeen !!!,
Ken dimana kau”, Abang sepupuku turun dari rumah. Gaya geraknya jelas ketakutan.
Setelah datuk nampak abang sepupuku, terluah segala kemarahannya. Kata-kata
datuk banyak yang aku tak faham, aku rasa sepupuku juga tidak faham. Inilah
kali pertama aku melihat datuk dalam keadaan sangat marah. Abang sepupuku
menuju kearah datuk tampa bersuara serta kepalanya tertunduk sedikit ke
bawah. Kami diam serta mendengar, lama-kelamaan suara semakin perlahan.
Suara sudah tidak kedengaran lagi lalu kami menghampiri mereka, Datuk ternampak
kami, lalu kami dipanggil datang. Sebab takut, kami berlari ke arahnya.
Masa itu, kemarahanya telah reda. Datuk mula menasihati kami, seterusnya
bercerita. Barulah aku tahu, datuk marah kerana tidak menghargai tanaman
yang ditanam oleh orang lain, terutama tanaman makanan. Aku teringat ,
datuk pernah bercerita tentang kebuluran, berlaku masa umurnya 5 tahun.
“ Masa itu, bekalan makanan telah habis sebab
kemarau panjang, Tamanan telah kering terutama padi. Cuma ubi kayu hidup
tetapi telah habis dimakan. Datuk tinggal dengan ibu dan abang datuk. Pada
satu hari, ibu dan abang datuk terpaksa pergi mencari makanan ditempat
lain. Datuk ditinggalkan seorang. Datuk hanya ada bekalan makanan
selama 2 hari. Pada hari kedua ibu datuk masih tak balik, Kerisauan dan
kelaparan mula dirasakan. Pada hari ketiga datuk hanya manpu tidur di tepi
Demburan serta memerhati Kuren. Datuk dalam keadaan kelaparan.
Tiba-tiba datang 2 orang pada malam ketiga. Datuk tak kenal orang itu,
meminta izin untuk menumpang di rumah datuk. Sebebarnya Orang itu dalam
perjalanan balik ke rumahnya tapi hari dah malam. Orang itu telah memasak
nasi. Malam itu barulah datuk dapat makan. Orang itu beri datuk nasi. Selepas
makan, datuk terus terlena sehingga pagi. Semasa datuk bangun orang itu
telah pergi. Orang itu telah tinggalkan beras, cukup untuk bekalan 2 hari.
Bagi berjimat, datuk hanya masak bubur nasi cair. Akhirnya Ibu dan abang
datuk sampai pada hari keempat”.
Aku tersentak dari lamunan. Aku perhatikan raut
wajah datuk. Raut wajahnya menunjukan datuk sudah tua tapi masih lagi berkerja.
Datuk rajin cuma tenaga semakin kurang. Aku yakin pengalaman datuk
ini telah mempengaruhi hidupnya. Ku lihat balik pokok kelapa itu. Aku yakin
ia akan kering atau mati. Datuk bersuara,” Ku wariskan pokok kelapa ini
pada kau, Ken”. Aku rasa datuk hanya ingin mengambil hati abang sepupuku.
Tapi aku hairan, datuk serahkan kelapa itu. sedangkan Kelapa itu akan mati.
Honk!!! Honk!!! Honk!!! bunyi hon kereta mengejutkan aku. Aku terjaga
dari lamunan. Aku memandang ke arah kereta. Pemandu dan kereta itu aku
kenal. Abang sepupuku melambai tangan pada ku. Aku membalasnya. Kemudian
dia memberi isyarat. Ku cuba fahami tapi aku gagal. Aku teka, mungkin dia
akan kembali nanti. Aku memerhati keretanya sehingga hilang ditelah selekoh
jalan. Aku melihat di sekeliling. Masih seperti dulu, tidak menarik, semuanya
membosankan. Alangkah baiknya kalau boleh balik zaman kanak-kanak, semuanya
indah, tiada beban, masalah dan sentiasa gembira. Aku teringat waktu kanak-kanak.
Aku selalu bersama adik ku.
“ aku dan adikku di bawa pergi ke sawah. Masa
itu musim menanam padi. Aku dan adikku ditinggal dalam Sulap di
tengah sawah. Aku diamanatkan menjaga adiku sementara ibu dan ayah ku menanam
padi. Aku bosan di dalam, aku mengajak adik ku bermain di tanah. Kami main
kejar-kejar. Tiba-tiba adik ku tergelincir. Anak padi dalam semaian menjadi
mangsa. Beberapa anak padi ini patah dihempap tubuh adik ku. Aku cepat-cepat
membetulkannya. Kebetulan masa itu datuk telah ternampak kejadian ini.
Datuk terus memarahi adik ku. Cara datuk ku memarahi adik ku seperti memarahi
orang yang telah matang. Sedangkan adik ku belum boleh mengerti masa
itu. Aku hanya mampu melihat adik menagis. Aku kasihan melihatnya. Akulah
yang bersalah sebenarnya kerana gagal menjaga adik ku. Datuk berhenti bercakap
serta-merta, mungkin datuk telah sedar. Adik ku belum boleh memahami kata-katanya.
Cuma aku yang boleh memamahaminyai, walaupun bukan semua. “ Padi mempunyai
perasaan, padi itu boleh menagis dan merajuk. Bila kau tamanam padi pada
satu hari nanti, padi yang kau tanam tidak akan tumbuh”. itulah kata-kata
datuk yang masih ku ingat.”
Aku rasa datuk bukannya pemarah. Seingat aku datuk jarang marah malah
tidak pernah memukul cucunya. Datuk hanya marah, berkaitan makanan terutama
padi. Sekarang baru ku faham. Aku sudah tahu, Sikap datuk, perlakuan
datuk, ini kesan dari pengalaman hidup yang datuk lalui. Datuk seorang
yang tabah, bersemangat dan tidak mudah mengalah. Datuk sangat kuat. Ketabahan
datuk dapat ku lihat semasa menghadapi teletah nenek pada saat-saat akhir.
“ Perangai nenek telah berubah. Nenek semakin
pemarah, ada saja tidak kena. Datuklah tempat melepaskan kemarahannya.
Perangai dan percakapannya semuanya mengundang kemarahan. Aku masih kanak-kanak
masa itu. Aku cuba fahami keadaan nenek. Aku semakin takut, perangai nenek
ganjil. Nenek tidak lagi mesra. Suatu ketika, aku telah curi-curi dengar
perbualan pakcik-pakcik ku semasa berbincang. Aku dapat tahu nenek semakin
tenat, hidupnya sudah dekat. Dari itulah aku menyesal, sikap dan anggapan
ku terhadap nenek. Aku kasihan melihat nenek. Penyakit nenek semakin tenat,
anak-anak nenek sudah mula belajar menerima pemergian nenek. Semua anak
nenek, sayang dan mengambil berat keperluan nenek. Pengorbanan nenek tidak
sia-sia, Aku masih ingat masa nenek pergi. Hanya seorang sahaja yang menagis.
Anak-anak nenek tahu, faham dan percaya, nenek pergi ke sorga. Seseorang
yang pergi ke sorga tidak baik di tangisi”.
Aku terus berfikir, “Aku belum berjaya dalam
hidup. Aku tahu nenek pergi setelah berjaya menjalankan tugas. Nenek pergi
dengan bangga. Penderitaan nenek telah berakhir. Tapi aku, seperti penderitaan
mungkin akan bermula. Aku tidak pasti hidup ini, masih adakah yang boleh
memahami.”
Sebuah kereta Proton Iswara memasuki perkarangan rumah ku. Bunyi
kereta ini mengejutkan aku. Aku memerhatinya sehingga berhenti. Abang sepupu
ku keluar. Aku bangun lalu berjalan ke arahnya. Kami bersalaman,
“Bila kau sampai”
“pagi tadi”
“Berapa hari cuti”
“tiga hari, tapi luas aku balik”
Kami berjalan-jalan sekitar halaman. Aku tunggu kata-kata sepupu
ku seterusnya,
“aku rasa hauslah, kita minum air kelapa”
“O.K juga, aku pun lama tak minum kelapa”
“itu, aku punya kelapa, ambil parang”
“itu Tinggi, kau panjat”
“bukan panjat, tebang terus !!!”
Aku tahu, dia tak sampai hati nak tebang. Kami cari kelapa yang rendah.
Aku dan sepupuku berjalan. Dia banyak bercerita tentang peluang pekerjaan,
gaji lumayan. Aku mula berminat lagipun, “aku sudah lama di kampung. Aku
diantara panganggur masih bertahan. Aku sudah 3 tahun tinggal di kampung.
Aku tidak lagi malu dengan sindiran dari sesiapa pun. Ibubapaku sudah bosan
memberi galakan. Aku tidak berminat lagi dengan kerja terutama di bandar.
Sudah bosan. Aku dah merasa dan tahu segala-galanya, cara hidup bandar.
Kini ku lebih suka di kanpung.” Sepupuku minta diri, balik rumah. Aku lihat
sekeliling rupanya sudah senja. Sebelum balik sapupuku mengingatkan aku
tentang tawarannya. Aku memerhati sehingga dia masuk kereta. Aku masuk
rumah, duduk di sofa. Terasa mengantuk.
“Ku lihat datuk baring di katilnya, sudah lama
datuk terbaring kerana sakit. kalau tak sakit tentu datuk di kebun. Sudah
6 bulan datuk terbaring. Semangat datuk tinggi. Datuk mahu sembuh sehingga
ada tanda-tanda kesembuhan. Kata-kata datuk juga masih seperti dulu. Akhirnya
datuk dapat bangun, ramai yang hairan. Datuk mula mengerjakan kerja-kerja
ringan. Tapi 3 bulan selepas sembuh datuk sakit lagi. Rupanya penyakit
datuk tidak sembuh sepenuhnya. Penyakit datuk semakin tenat. Tapi hanya
badan datuk yang berubah tapi semagat tetap sama. Datuk bertahan selama
1 tahun. Pada saat-saat akhir barulah semangat datuk lemah. Datuk tidak
dapat tahan lagi."
Aku terjaga dari tidur. Aku dikejutkan oleh ibuku. Kulihat ayah sedang
duduk di sofa. Aku bangun tapi malas, aku duduk semula. Ayah ku bersuara.
“ Ken ada datang tadi,kata ibu mu?”
“ya, dia jumpa saya”
“pasal kerja”
“ya”
“macam mana lah, kau terima?”
Aku tidak jawap. Ayah tahu keputusan ku. Ibu aku cuma dengar perbualan
kami. Mungkin sudah malas beri dorongan pada ku. Ayah ku hilang minat bercakap
dengan ku. Aku tak peduli lagi, apa yang mereka bincang. Aku bangun lalu
naik atas. Masuk bilik dan terus baring atas katil. Malas fikirkan tentang
tawaran kerja. Biarlah itu berlalu, Aku mahu tidur supaya lupa semuanya.
Aku terfikir, akhir-akhir ini aku selalu terkenang masa silam ku. Aku tak
mahu mengingatinya lagi. Akhirnya aku tertidur.
Aku dapat rasa perubahan kampung ku. Dulu suasana sunyi jadi ceria
dan bertenaga. Kini kampung memberikan aku kegembiraan. Kegembiraa ini
ku dapat rasakan semanjak kehadiran keluarga Maradan. Bagi aku, anak gadisnyalah
punca perubahan ini. Telah berjaya mengubah sifat pemuda kampung,
semakin bertenaga, bergaya serta menonjol. Pemuda-pemuda bersaing merebut
peluang ini. membuat perancangan tersendiri. Aku juga tidak ketinggalan,
sekadar memeriakan suasana. Aku terhibur melihat suasana ini. Pemuda semakin
aktif di luar, rajin turun ke sawah, menghadiri gotong-royong, ke padang
dan akititi lain. Aktiviti yang boleh menonjolkan kehebatan. Tujuannya
menarik perhatian. Aku benci segelintir pemuda, terlalu ikut perasaan.
Menimbulkan keretakan hubungan antara pemuda. Persaingan tidak sihat. Tapi
keseluruhan keadaan masih baik. Aku juga tahu semua ini sementara.
Akhirnya aku juga terpilih jadi hero, Connie terpaut pada ku. Aku
sebenarnya hairan, tidak faham dan bingung. Aku akui banyak teknik ku rancang
tapi aku tak buat. Mungkin sudah jodoh. Semua ini bermula semasa Connie
dan ibunya datang ke rumah ku. Ibunya dan ibu ku kawan rapat.. Lagi pun
keluarganya baru 2 minggu sampai jadi Connie teringin melihat susana kampung.
“Suara orang bercerita mengejutkan aku dari tidur, suara kuat dan
rancak berbual. Aku bangun dari katil lalu turun ke bawah. Malu serta takut
menganggu perbualan mereka. Tangga belakang ku guna. Aku mahu ke bilik
air. Masa aku balik naik atas. Aku terserampak dengan Connie di tepi tangga.
mungkin boring di dalam, lalu merayau-rayau di luar. Aku terkejut.
“ Aaaa ..., apa kau buat di sini”
“tiada!, sajaaa lihat. lihat persekitaran”
“Ooooooh, aku tau, ibu mu lah dalam rumah tu ?”
“ya”
“jadi kaau, pengawal peribadinya, bodyguard from beijing”
“ lebih kurang macam itulah, jalankan tugas”
“ooh, anak baik, niiii murid Jet Li atau kak..kak...Jet Li?”
“apa-apalah”
“seorang Bodyguard wanita menjalankan tugas, memeriksa keselamatan,
manalah tahu ada musuh, ada boom atom, atau apa-apa yang boleh mengancam
keselamatan. Bagusss!, dengan sukarela aku menawarkan diri, jadi pembantu
lagipun aku paakar, situasi, selok-belok kawasan ini”
“suka hati kaulah, tapi tiada gaji, elaun dan jaminan keselamatan”
“aku tak perlu itu semua, lagipun ini kewajipan dan termasuk dalam
tugas ku sebab aku sebenarnya ahli penyelamat dunia, berjuang bersama
ultraman,superman dan lain-lain”
Perbualan kami semakin rencak, aku tukar topik.
Aku tidak mahu Connie tersentuh, tergores dan bosan. Perbualan kami beralih
zamam kanak-kanak. Connie berminat topik ini. Banyak kenagan bersama Connie
masa itu. Connie lebih banyak bercerita. Aku jadi pendengar setia dan terhibur.
Aku kagum dengan Connie, banyak kenagan yang kami lalui masih diingatinya.
Aku cuma ingat separuh dari ceritanya. Aku bawa Connie meninjau sekeliling.
Bagi Connie kawasan ini banyak berubah. Tiba-tiba ada suara memaggil Connie.
Aku lihat ibu Connie dan ibu ku di luar rumah. Aku dan Connie berjalan
mendekati mereka. Aku memberi salam pada ibunya. Ibu Connie mempelawa aku
melawati Connie bila ada masa. “Connie kesunyian di rumah seorang, belum
dapat menyesuaikan keadaan.” Aku bersetuju.”
Pelawaan ibunya tidak ku penuhi, Aku malas pergi ke rumahnya lagipun
tentu pemuda kampung heboh. Aku tidak mahu jadi buah mulut. Connie pula
selalu datang rumah. Aku terpaksalah layan lagipun dapat juga hilangkan
boring. Persahabatan terjalin menimbulkan perasaan cinta. Perasaan ini
telah mengubah sikapku. Kini aku bertenaga serta berkeyakinan. Ibu kulah
orang paling gembira melihat perubahan ini. Hubungan kami pula direstui
kedua pihak. Aku tidak hirau lagi kata-kata pemuda lain. Mereka akan faham.
Persaingan telah tamat.
Di kedai runcit pakcik Guringan, aku duduk seorang. Sudah 15 minit
aku menunggu kehadiran Connie. Kami telah berjanji pergi ke pekan. Di kedai
inilah tempat orang kampung menunggu bas. Sedang aku menunggu, ku lihat
tiga kanak-kanak datang. Mereka sangat riang. Setelah sampai, ku dengar
perbualan mereka. Mereka berbual dalam bahasa melayu. Mereka membeli makanan,
bahasa kaum sendiri langsung tidak digunakan. Berbual dengan pakcik pun
guna melayu. Aku dah pasti mereka ini tidak pandai bahasa dusun. Ku perhatikan
raut wajah mereka. Ku kenal ibubapa mereka, semuanya dari kaum ku. Aku
kecewa, mereka sudah tidak pandai bahasa kaum sendiri. Aku benci keadaan
ini. Ini akan melenyapkan bahasa kaumku. Ibubapa mereka tidak mewariskan
bahas kaum sendiri pada anaknya. Aku anggap anak-anak mereka tidak layak
tergolong dalam kaum ku. Aku sedih membayangkan kepupusan bahasa ku. Suara
Connie menyedarkan aku, Rupanya aku mengelamun. Aku bangkit lalu berjalan.
Aku dan connie memasuki bas. Kami tidak banyak berbual, tidak selesa. Aku
cuba menyelitkan bahasa ibunda dalam perbualan kami.
Setelah sampai di pekan, aku jadi pengikut setia connie.
Kali ini, aku pula yang berjawatan Bodyguard, Aku berjaya menjalankan tugas
dengan cemerlang. setelah boring dan penat barulah kami pulang.
Tiba perayaan Tadau Keamatan tahun itu. Sambutannya
sungguh meriah. Segala persiapan telah disiap, cuma menunggu masanya. Orang
kampung berduyun-duyun ke balai raya. Acara akan bermula sekejap lagi.
Peserta-peserta sudah bersedia beraksi, cuma menunggu arahan dari penganjur.
Ku lihat balai raya sudah sesak tapi masih ramai belum masuk. Rata-ratanya
pemuda. Aku menunggu Connie di pintu pagar Balai raya. Acara sudah mula
tapi Connie belum sampai. Aku mencari-carinya di sekeliling, aku hampa.
Aku masuk dalam. Acara Unuk Gadau sedang berjalan. Kini masuk peserta
ke lima, aku terkejut gadis itulah yang ku tunggu. Rupa-rupanya Connie
ikut bertandingan. Perasaan ku mula berubah, kegembiraan ku bertukar kecewa,
sedih dan marah. Perayaan tidak lagi menarik. Aku bangkit lalu pulang.
Keesokan harinya Connie menemui ku di rumah. Connie minta maaf serta tidak
mengulanginya. Keadaan sudah pulih, aku dah dapat terima lagipun tindakan
connie ini semuanya untuk ku. Ingin buat kejutan. Connie dipilih juara.
Kemudian Connie pula bercadang mengikuti pertandingan Unuk Gadau peringkat
daerah. Aku tidak setuju, bagi ku kecantikan itu tidak perlu ditunjukkan
pada orang ramai. Mulanya Connie akur tapi keluarganya menggalakkannya.
Akhirnya Connie ikut bertanding. Aku tewas, kecewa serta terpaksa merelakannya.
Ku rasa diabaikan serta tidak diperlukan lagi. Aku mula berubah, kembali
pada sifat lama. Ibu ku mula risau, Ibu ku cuba menghalang perubahan ini.
Tampa persetujuan ku, ibu telah pergi berbincang dengan ibubapa Connie,
buat ikatan pertunangan. Mulanya aku membiarkan tindakan ibu tapi akhirnya
aku menghalang. Aku telah sedar, aku sebenarnya dah leka dan lupa diri.
Aku tidak hiraukan lagi keadaan sekeliling. Aku hanya terdengar perkembangannya
dari orang lain. Connie kini bergelar ratu unuk gadau peringkat sabah.
Aku pula melayan perasaan sendiri.
Pagi sungguh sejuk membuatkan aku terjaga. Aku bangun lalu menarik
laci. Aku mencari pil, pil itu aku telan, sudah lama aku tak sentuh tapi
kini ia jadi teman ku kembali. Setelah Connie kembali, Connie masih selalu
datang menemui ku tapi layanan ku kini dah berubah. Biarlah Connie boring
sehingga meninggalkan aku. Itu lebih baik, untuk kebaikan Connie juga.
Aku cuba tidur tapi tak dapat. Hanya mata ku tertutup tapi fikiran
ku melayang.
“ Aku terbayang hari-hari bekal ku lalu. Aku
tidak mampu menghadapinya, aku tidak kuat, tidak sekuat datuk, tidak sehebat
nenek serta anak-anaknya. Sifat-sifat datuk tak mengalir pada diri ku.
Semangat dan kemahuanku lebih tinggi dari datuk tapi ketabahan ku kurang.
Kemahuan datuk hanyalah sekadar dapat meneruskan hidup, makanan cukup.
Tidak lebih dari itu. Setakat ini kebahagiaan datuk. Ayah dan ibu juga
sama. Sifat kesederhana, inilah menghalang kemajuan kaum kita. Aku mahu
lebih dari itu, aku mahu kemewahan, hiburan, wang serta kebebasan. Itulah
kebahagiaan ku. Aku lebih hebat dari datuk, bijak dan mewah. Datuk hanya
ada tanah, kerbau, padi dan beberapa pokok buah-buahan. Semua itu boleh
dibeli dengan duit, duitlah lebih penting. Ini semua sudah kumiliki, aku
hebat, aku disanjung, aku bahagia. Tapi kini aku telah tewas, datuk lagi
hebat, datuk lagi bahagia. Aku tidak boleh lari, aku cuba, cuba tapi tak
mampu. Ini semua kerana datuk. Alangkah baiknya kalau aku tidak tahu neraka
dan sorga. Aku tewas dengan ini. Datuk memiliki kebahagiaan berkekalan
tapi aku hanya ada kebahagiaan dunia. Nenek juga sama, pergi dengan bangga.
Kamu semuanya hebat, hebat. Aku tidak mampu, tidak sehebat kamu”
Bunyi pintu diketuk menyedarkan aku. Ibu beritahu
ada surat. Aku lihat di luar. Matahari dah tinggi, jam menunjukkan 10.35
pagi. Aku bangun lalu pergi mandi. Aku turun bawah untuk cari surat. Surat
itu di atas meja, aku ambil surat sambil duduk di sofa. Aku buka lalu bacanya.
Surat itu dikirim oleh abang sepupuku. Keseluruhan isi surat menceritakan
kehidupannya tapi aku tak suka sebab, ianya tentang keseronokan. Aku dapat
bayangkan abang sepupuku melalui jalan yang ku lalui dulu. Jalan menuju
kehancuran. Aku tertekan, bimbang serta rasa bersalah. Kemudaian timbul
rasa marah. Aku tahu sangat perangainya. Kebimbangan menghantui ku. Aku
mesti bertindak, jangan jadi seperti aku.
Malam itu, aku dalam bilik. Aku berfikir panjang. Aku dah dapat,
aku dah nekad. Aku menyelongkar fail-fail, dah 2 tahun tak ku lihat. Semuanya
masih elok cuma warna dah jadi kekuningan. Aku tersenyum, rupanya sijil
serta kelulusan ku boleh tahan. Aku bangga. Aku susun lalu masukkan dalam
kotak. Pakaian ku lipat, masuk dalam bag. Aku mencapai pen dan kertas.
Aku perlu tulis surat untuk ibu dan Connie. Pagi itu aku bangun awal,
aku mahu jalan sebelum seorang pun terjaga. Kedua surat ku letak atas meja.
Rasanya sedih meninggalkan mereka tapi aku harus pergi. Bas yang ku naiki
dipandu laju. Aku teringat isi surat yang ku beri Connie,
“connie,
aku terpaksa pergi, sebenarnnya. Aku tidak bangga dengan gelaran
yang kau dapat. Bagi ku, Connie sebenarnya tidak layak mendapatnya sebab
kau tidak tahu bertutur bahasa kaum sendiri. Bahasa kaum lebih bernilai
dari piala dan gelaran yang kau dapat. Itu milik abadi dan warisan turun-temurun
kaum kita.
Maafkan aku, aku pergi dulu. Aku mungkin tak kan balik. lupakan aku.
bye... "
Aku terpaksa gunakan isu ini. Connie sebenarnya
kau terlalu baik. Aku terpaksa melaksanakan tugas ku, tugas sangat penting.
Aku mesti dapat jumpa sepupuku, ini mungkin tugas terakhir ku. Aku teringat
pula surat ku untuk ibu,
“Ibu,
Terlebih dahulu saya minta maaf untuk segalanya, anak mu sebenarnya
telah gagal dalam hidup. Gagal jadi anak yang baik. Relakan pemergian ini
sebab tidak mahu menyusahkan lagi. Cukuplah beban yang ibu tanggung selama
ini. Selama ini, anak mu cuba buat penilaian tentang kehidupan sebab terseksa
dengan perbuatan sendiri. Tidak layak jadi anak dalam keluarga ini.
Sudah terpesong jauh dari cara hidup keluarga. Anak mu terpaksa mengambil
cara ini, cara yang mungkin tidak direstui tapi tidak mahu libatkan keluarga,
kesilapan saya lakukan seorang jadi sayalah yang menaggungnya. Saya dah
insaf jadi tak perlulah risau. Akhir sekali, Saya minta keampuna dan kemaafan
atas perbuatan yang saya lakukan. Janganlah risau. Saya telah berada di
jalan benar. Selamat tinggal.”
Perjalanan ku hampir sampai. Aku ubah fikiran.
Datuk , aku sudah dapat keputusan. Aku akan bertanggungjawab atas perbuatan
ku ini. Walaupun ianya terlalu sukar ku lakukan. Biarlah dunia tahu segalanya.
Semoga ini tiada keturunan datuk mengikuti jejak ku. Dalam fikiran ku ini
hanya satu ku mahu, berada di samping datuk nanti. Maafkan aku, akan mencemarkan
nama datuk serta keluarga. Hanya ini caranya.
Aku turun dari bas, aku menuju ke bangunan berwarna biru. Ini tempat
ku sepatutnya dari dulu. Di dalam nanti aku akan ceritakan segalanya. Segala
kesalahan yang ku lakukan. Aku sudah berada di hadapan bangunan. Aku lihat
tulisan pada bangunan itu. Aku baca,”BALAI POLIS”.
Kamus
Demburan
- Tempat masak pakai kayu api
Kuren
- Periuk Nasi yang diperbuat dari tanah liat
Sulap
- Dangau
Tadau Kaamatan - Pesta Menuai
Unuk Gadau
- Ratu Cantik