Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

PRODUK MUTIARA HARUAN

SELAMAT DATANG KE HALAMAN HASIL-HASIL DARI HARUAN.

  • BAHAN UTAMA PRODUK
  • PATI IKAN HARUAN

    Pengenalan

    Ikan Haruan adalah dari jenis ikan air tawar yang paling popular di Malaysia.Ia dimakan oleh semua lapisan masyarakat dan berbagai bangsa. Ianya mempunyai banyak khasiat untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, khususnya penyakit-penyakit kulit dan kecederaan yang disebabkan oleh pembedahan atau kemalangan (lama atau baru). Terdapat dua jenis ikan haruan yang berkembang-biak di Malaysia iaitu nama saintifiknya sebagai Channa Striatus dan Channa Melanosoma. Ianya telah diuji secara klinikal di kebanyakan pusat penyelidikan di Asia.

    Kandungan

    Dari segi terma perubatan, ikan haruan mempunyai asid arachidonik. Ia akan bergabung dengan asid amino, alanine, proline, argine, serine, leucine dan phenylalanine. Kesemuaannya bergabung untuk membantu polypeptide yang bertanggungjawab menyembuh penyakit-penyakit kulit dan luka.

     

    JINTAN HITAM

    Keajaiban dan keunikan Jintan Hitam telah dikenali dan dirasai sejak berabad yang lalu. Digunakan secara menyeluruh oleh masyarakat Arab di dalam kebanyakan masakan.

    "Al-Habbah Al-Mubarahah adalah sejenis rumput. Warnanya hitam dan bermusim pada setiap tahun. Ia termasuk di dalam jenis Nigelle dan Ranunculus. Tumbuh subur di Mesir dan negara-negara sekitar Laut Tengah dan India. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa tumbuhan ini berasal dari Parsi (Iran)"

    Dedaunannya kecil serta halus, bunga berwarna biru, buahnya terbungkus dan di dalamnya terdapat biji-biji kecil berwarna hitam yang boleh digunakan sebagai ubat.

    Yang paling popular sekali penggunaannya ialah apabila Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, maksudnya:
    Gunakanlah (makanlah) jintan hitam, sesungguhnya ia adalah penawar bagi semua jenis penyakit, kecuali maut." (Bukhari)

    Riwayat Lain :
    "Pada jintan hitam terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali maut"

    Sabda baginda lagi:
    "Tetaplah dengan jintan hitam ini, kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi segala penyakit, kecuali mati" (Bukhari/Muslim)

    Beberapa jenis penyakit yang dapat disembuh oleh jintan hitam ialah :

    * rambut gugur * sakit mata
    * sakit telinga * mati pucuk
    * sakit kerongkong * insomnia (susah tidur)
    * semua jenis penyakit kulit * meringankan sesak nafas
    * kencing manis * memperbanyakkan susu ibu
    * darah tinggi * pneumonia
    * cepat menyembuhkan patah * penenang dan ubat tidur
    * radang buah pinggang * selsema
    * sakit kepala * sakit pundi-pundi kencing dan batu karang
    * sakit gigi * galgata (urtcaria)(kelopak garam)
    * jerawat * demam
    * mengekalkan awet muda * cacing
    * ketuat * lelah (asma)
    * gout * tiada selera makan
    * senak memulas * haid tak teratur
    * kencing tidak lawas * mengeluarkan angin dari perut
    * menurunkan tahap kolestrol di dalam darah * menyembuhkan batuk
    * cirit-birit * rheumatism
    * semua jenis penyakit saluran pernafasan * buasir (buta atau tidak)
    * cirit-birit
    * gestrik * dan sebagainya.

     

     

    MADU SAWDA

    Keistimewaan LEBAHtelah diabadikan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud "Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam warna sebagai PENAWAR bagi segala penyakit" -- an Nahli : 69

    HABBATUS SAWDA berkesan bagi meringankan, memperbaiki atau menyembuh masalah kelamin, sperma lemah, ketidaksuburan ovam, mati pucuk, batu karang pada hempedu, masalah buah pinggang dan pundi kencing, Insomnia, masalah jantung dan otak, anti tumor, anti kanser, kelesuan, kelebihan kolesterol (lemak dalam darah), paras gula dalam darah, tekanan darah tinggi, radang hati, radang usus, gangguan saraf, sendi, ghout, batuk yang lama (kronik), batuk kering(tibi), membersihkan perut, menghancur dan mengeluarkan angin, mengeluarkan kahak, sesak nafas dan lelah terutama pada Bronkial Asma dan Kordiak Asma.

    Minyak yang terdapat dalam HABBATUS SAWDA sangat berkesan untuk semua penyakit puan (Mestris, Indometerritis, Ophoritis, senggugut, dua tiga kali datang haid dalam satu bulan atau tidak datang langsung, luka dan tersumbat pada saluran falopian atau pada kilang ovari, keputihan yang berlebihan dan berbau, mengecut semua jenis ketumbuhan, terutamanya ketumbuhan pada buah dada dan pada pangkal rahim, buasir, resdung, melawaskan dua saluran buang air. Perjagaan kulit/kecantikan/awet muda, melancarkan susu ibu dan sangat berkesan selepas pembedahan dan selepas bersalin.

  • JENIS-JENIS PRODUK
  • PATI MADU SAWDA

    Pati Madu Sawda mempunyai khasiat untukmenghancurkan kahak, membersihkan perut, memulihkan sesak nafas dan lelah, mengatur perjalanan haid, melancarkan susu ibu, melawas dua saluran buang air, lumpuh, ghout, bengkak sendi, sakit pinggang, keputihan, kemandulan, batuk kering, buasir, resdung dan gestrik.

     

    Kategori : Makanan Kesihatan
    Kandungan : 480 ml
    Bahan Aktif &#;: Madu Iran
    Herba asli
    Habbatus Sawda

    Harga
    Semenanjung Malaysia : RM 49.60
    Sabah/Sarawak : RM 53.60

     

     

     

     

    PATI IKAN HARUAN

     

    ( FORMULA PATI IKAN HARUAN TROPIKA )

     

    Hasil adunan Pati Ikan Haruan Tropika dan Jintan Hitam dirumus khas untuk mengekalkan kesihatan dan kesegeran tubuh badan.
    Ianya mampu melicinkan dan menegangkan kulit badan, menyembuhkan luka dalaman dan luaran badan.
    Sesuai diamalkan selepas bersalin atau pembedahan dan melambatkan kematian tisu dan sel. Baik untuk mereka yang pernah jatuh terhempas.
    Disyorkan untuk dimakan bersama dengan KOPI JINTAM untuk mempercepatkan tindakbalas penghadaman dan penyembuhan.

    Kategori : Makanan Kesihatan
    Kandungan : 80 tablet
    Jangkamasa Kegunaan : 40 hari

    Harga :
    Semenanjung Malaysia RM 25.60
    Sabah / Sarawak RM 26.90

    Bahan aktif : Channa Striatus
    Nigella Sativa

     

    WIRA-1

    ( FORMULA PATI IKAN HARUAN )

    Persediaan herba khusus untuk lelaki. Terdiri daripada ramuan akar-akar kayu terpilih. Khas untuk urat-urat saraf, lenguh-lenguh badan dan kebas anggota badan. Sesuai bagi mereka yang kurang stamina, selalu merasa lemah dan letih serta kurang bermaya untuk bekerja.
    Bertindak sebagai pembuka selera bagi mereka yang kurang selera makan. Amat sesuai diminum dengan KOPI JINTAM. Insya Allah.

     

    Kategori : Makanan Kesihatan
    Kandungan : 80 tablet
    Jangkamasa Kegunaan : 40 hari
    Bahan aktif : Channa Striatus
    Nigella Sativa

    Harga :
    Semenanjung Malaysia : RM 19.80
    Sabah & Sarawak : RM 20.80

    WIRA-2

    ( FORMULA PATI HARUAN TROPIKA )

     

    Persediaan herba khusus untuk lelaki di bahagian "dalaman". Tambahan daripada WIRA-1.

    Wira-2 - diadun daripada akar-akar kayu terpilih. Dirumus khas untuk lelaki yang mengalami masalah kelelakian dan yang telah berumahtangga kerana dapat memberi nikmat dan kepuasan di dalam hubungan kelamin serta memberi kecergasan pada urat saraf dan membuang angin-angin dalam badan.
    Wira-2 dapat membantu di samping berusaha dan bertawakal kepada Allah. Ambil 2 biji tablet di makan waktu petang. Digalakkan amal secara berterusan. Jangan ambil lebih dari 2 tablet setiap hari. Dicadangkan supaya diminum dengan KOPI JINTAM. Sebaiknya diamalkan bersama WIRA-1 sebagai pembuka selera bagi mereka yang kurang selera makan.

     

    Kategori : Makanan Kesihatan
    Kandungan : 40 tablet
    Jangkamasa Kegunaan : 20 hari
    Bahan aktif : Eurycoma Longifolia

    : Smilax Myositiflora
    : Corchorus Capsularis

    Harga :
    Semenanjung Malaysia : RM 19.80
    Sabah & Sarawak : RM 20.80

     

    SURI-1

    ( FORMULA PATI HARUAN TROPIKA )

    Persediaan herba khusus untuk wanita. Ramuannya diadun khusus bagi wanita yang menghadapi masalah urat-urat saraf, sakit-sakit dalam sendi dan banyak angin dalam badan. Sangat sesuai bagi wanita yang mementingkan kesihatan badan kerana ia dapat memberikan tenaga dan kesegeran kepada wanita yang selalu cepat rasa letih dan kurang bermaya. Juga dapat merawat penyakit keputihan.

    Sesuai diamalkan untuk wanita selepas bersalin. Diminum bersama dengan KOPI JINTAM atau TEH HERBA. Insya Allah.

     

    Kategori : Makanan Kesihatan
    Kandungan : 40 tablet
    Jangkamasa Kegunaan : 20 hari
    Bahan aktif : Hippocratea Indica
    : Corchorus Capsularis

    SURI-2

    ( FORMULA PATI HARUAN TROPIKA )

    Persediaan khusus untuk wanita. SURI-2 dapat membantu mengembalikan tenaga dan semangat kewanitaan. Ia adalah hasil ramuan antara ikan haruan dan akar-akar kayu terpilih dan lain-lain; bagi membangkitkan selera dan nafsu wanita. Berkesan untuk merawat masalah peranakan yang selalu berair. Istimewa untuk mengecutkan saluran peranakan dan urat saraf.

    Dirumus untuk wanita selepas bersalin dan dicadangkan di makan bersama KOPI JINTAM atau TEH HERBA. Insya Allah.

     

    Kategori : Makanan Kesihatan
    Kandungan : 40 tablet
    Jangkamasa Kegunaan : 20 hari
    Bahan aktif : Hippocratea Indica
    : Rafflesia Hasselti
    : Croton Caudatum

     

    TERA

    ( FORMULA PATI HARUAN TROPIKA )

    Tera adalah "Makanan Tambahan" untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Adunan pati ikan haruan tropika dan bahan makanan terpilih; kismis dan badam dengan juzuk-juzuk tertentu dapat membantu ke arah kesihatan mental. Kismis sangat sesuai untuk mental kanak-kanak yang sedang membesar. Badam pula berfungsi untuk menambah kecergasan di dalam tubuh badan seseorang.

    Tera sangat sesuai diamalkan oleh kanak-kanak, pelajar sekolah, orang yang baru sembuh daripada sakit yang selalu jadi lupa (pelupa).

    Kategori : Makanan Kesihatan
    Kandungan : 80 tablet
    Jangkamasa Kegunaan : 40 hari
    Bahan aktif : Vitis Vinifera

    Harga
    Semenanjung Malaysia : RM 25.60
    Sabah & Sarawak : RM 26.90

     

    GAGA

    ( FORMULA PATI HARUAN TROPIKA )

    Gaga diadun secara tradisional daripada herba terpilih bersama ikan haruan. Sangat mujarab bagi merawat kencing tak lawas, kencing sakit/pedih, penderitaan akibat batu karang serta kencing bernanah. Jika rasa sakit sudah berkurang selepas pengambilan dos awal, ulangkan pengambilan dos GAGA untuk kelancaran pembuangan air kecil selepas (3) tiga atau (4) empat jam.
    GAGA juga bertindak untuk menghancurkan batu dalam sistem perkumuhan. Selepas beberapa hari anda tidak akan merasa sakit lagi selepas membuang air kencing anda. Anda akan rasa lebih sihat dan yakin untuk terus menikmati gaya hidup bijak lebih cemerlang.

    Kategori : Makanan Kesihatan
    Kandungan : 40 tablet
    Jangkamasa Kegunaan : 40 hari
    Bahan aktif : Imperata Arundinacea
    : Sauropus Androgynus

    Harga :
    Semenanjung Malaysia : RM 19.80
    Sabah & Sarawak : RM 20.80

     

    LEGULA

    ( FORMULA PATI HARUAN TROPIKA )

    Persediaan khusus untuk pengidap kencing manis. Diadun dari herba yang terpilih. Jika diamalkan berterusan, Insya Allah dapat menyembuhkan penyakit kencing manis sama ada baru atau lama.

    Makan 2 biji tablet pada setiap petang dan sentiasa periksa kandungan gula di dalam badan untuk mengetahui keberkesanannya. Selepas 10 hari menggunakannya, anda akan berpeluh lebih dari biasa dan pergerakan anda akan lebih lancar dan "ringan".

    Jika anda terasa panas jarakkan bilangan hari atau kurangkan jumlah tablet. Dicadangkan dimakan bersama KOPI JINTAM dan PATI IKAN HARUAN.

    Ramuan LEGULA akan bertindak lebih berkesan dengan pengambilan KOPI JINTAM secara berterusan. Insya Allah.

    Kategori : Makanan Kesihatan
    Kandungan : 80 tablet
    Jangkamasa Kegunaan 40 hari
    Bahan aktif : Tinospora
    : Andrographis Paniculata

    Harga :
    Senenanjung Malaysia : RM 25.60
    Sabah & Sarawak : RM 26.90

     

    RESDUNG

    ( FORMULA PATI HARUAN TROPIKA )

    Resdung berpunca daripada debu-debu yang kotor dan makanan yang tidak sesuai. Mungkin juga faktor keturunan dan perubahan cuaca.

    Tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal di kulit muka, kulit kepala, gusi, dalam telinga, berjerawat atau berbintik-bintik di muka. Resdung mengandungi bakteria yang aktif dalam darah dan akan menyerang pada bahagian yang terdedah kepada debu-debu kotor seperti di bahagian muka dan kuku kaki. Tablet resdung akan dapat mengawal dan mencegah bakteria dalam darah daripada terus aktif.

    Elakkan daripada memakan segala makanan yang gatal seperti udang, sotong dan lain-lain semasa pengambilan tablet resdung. Dicadangkan supaya diminum bersama KOPI JINTAM. Insya Allah.

    Kategori : Makanan Kesihatan
    Kandungan : 80 tablet
    Jangkamasa Kegunaan : 40 hari
    Bahan aktif : Ervatamia Dendrocolla
    : Channa Striatus

     

    MAKJUM GAMAD

    Hasil adunan antara Ibu Gamad (sejenis hidupan laut yang terdapat di perairan Langkawi) dengan akar-akar kayu yang terpilih. Dirumus secara terdisional untuk penggemar-penggemar makjum. Rasa makjum yang asli dan dikelaskan sebagai UBAT TRADISIONAL.
    Jika diamalkan berterusan, anda akan bebas daripada beberapa masalah seperti kencing tidak lawas, badan selalu terasa letih dan tidak bertenaga. Merawat masalah sakit sendi, sakit otot dan sakit pinggang serta angin dalam badan. Sesuai untuk lelaki dan wanita. Jika terasa panas badan yang berlebihan, ambil setengah biji sahaja dan minum air dengan banyak dan kerapa.

    Kategori : Makanan Kesihatan
    Kandungan : 20 biji @ 80gm
    Jangkamasa Kegunaan : 30 hari
    Bahan aktif : Ibu Gamad
    : Corchorus Capsularis
    : Cyrtophyilum Peregrirum

    TEH HERBA

    TEH HERBA diadun daripada daun-daun kayu serta bunga-bunga terpilih. Sangat sesuai bagi mereka yang mementingkan bentuk badan yang ramping dan kelihatan menarik. TEH HERBA bertindak memotong lemak-lemak yang berlebihan dalam badan.
    Sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah berat badan tanpa mengira jantina. Untuk wanita TEH HERBA ini sangat sesuai diamalkan bersama SURI-1 atau SURI-2.

    Kategori : Makanan Kesihatan
    Kandungan : 100gm

    Harga :
    Semenanjung Malaysia : RM 14.80
    Sabah & Sarawak : RM 19.40

    KOPI JINTAM

    KOPI JINTAM diadun daripada biji-biji jintan hitam yang terpilih. Rasanya seperti kopi tetapi tidak mengandungi biji kopi. Jintan hitam digunakan sebagai perencah utama di dalam masakan harian oleh kebanyakkan bangsa di dunia dan digunakan sebagai ramuan utama di dalam adunan ubat-ubat herba. Amalkan sebagai minuman kesihatan. Ia bertindak mencegah serangan penyakit di dalam badan. Berkesan dalam mengubati semua jenis penyakit kulit, buasir berdarah, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

    Abu Hurairah r.a. berkata Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda;

    "Tetapkanlah kamu dengan AL-HABBAH AL-SAWDA' (jintan hitam) kerana sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali AL-SAM. Dan AL-SAM itu ialah maut."
    Hadis diriwayatkan oleh Bukhari.

    Kategori : Makanan Kesihatan
    Kandungan : 400gm.
    Jangkamasa Kegunaan : 45 hari
    Bahan aktif : Nigella Sativa

    Harga :
    Semenanjung Malaysia : RM 21.60
    Sabah & Sarawak : RM 22.70