Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
MENULIS ISI TERSURAT
Isi tersurat bermaksud isi penting yang boleh diambil secara terus daripada petikan yang anda baca. Isi tersurat tidak boleh dipetik secara 100% daripada petikan (bermaksud: dari mula ayat hingga ke akhir ayat). Kesalahan seperti ini mengakibatkan anda tidak diberi sebarang markah.


A. Tidak perlu menulis contoh secara langsung.

1.Jumlah media cetak seperti akhbar, buku dan majalah telah berkembang dengan pesat dari segi jenis dan jadual ...

J: Jumlah media cetak telah berkembang dengan pesat.

2.  Matlamat yang hendak dicapai oleh komunikasi am ialah menyampaikan pengetahuan dalam bentuk penerangan, ilmu, dan hiburan dalam bentuk nyanyian, tarian , dan lawak jenaka.

J: Matlamat yang hendak dicapai oleh komunikasi am ialah menyampaikan pengetahuan.

3. Para petani telah menikmati pengurangan duti alat-alat pertanian termasuk baja, racun serangga, cangkul, mesin menuai, dan enjin.

J: Para petani telah menikmati pengurangan duti alat-alat pertanian.
 

B. Tidak perlu menulis contoh secara tidak langsung.

4.  Tindakan kerajaan terhadap pengemis dengan menangkap, menahan, menempatkan di rumah kebajikan atau menghantar pengemis asing pulang ke negara asal mereka menelan belanja yang besar.

J: Tindakan kerajaan terhadap pengemis menelan belanja yang besar.

5.  Hasil utama pertanian negara kita seperti getah, kelapa sawit, kelapa, nenas, dan tembakau adalah untuk di eksport.

J: Hasil utama pertanian negara kita adalah untuk di eksport.

C.  Huraian sesuatu konsep tidak perlu dimasukkan.

6.  MARDI, badan yang memainkan peranan utama menjalankan penyelidikan dalam bidang pertanian telah berjaya menemui baka koko jenis baru.

J: MARDI telah berjaya menemui baka koko jenis baru.

D. Gantikan rangkaikata yang panjang dengan satu konsep yang sama maksud.

7.  ....pasir, simen, batu mamar, dan kepingan atap.

J:  ...bahan binaan.

8. ... Amerika Syarikat, Jepun , negara-negara  Eropah...

J:  ... Negara-negara maju.....


 
 --ISI TERSIRAT-