Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
> Soalan-soalan Ujian Lisan sebenar tahun-tahun yang lalu.


1. Di samping membawa keburukan, perindustrian juga membawa kebaikan kepada negara. Huraikan.

2. Industri desa mempunyai banyak ruang untuk dimajukan. Pada pendapat anda bagaimanakah kita dapat memajukan industri itu?

3. Mengapakah kawasan hutan perlu dikekalkan?

4. Dasar penswastaan yang diamalkan oleh kerajaan menguntungkan rakyat. Ulaskan.

5. Industri perikanan negara masih belum mencapai tahap kemajuan yang mambanggakan. Ulaskan pernyataan itu.

6. Kebanyakan kempen yang  diadakan tidak mencapai matlamat kempen sepenuhnya. Pada pendapat anda mengapakah keadaan ini berlaku?

7. Pembinaan lebuh raya menguntungkan rakyat. Ulaskan pernyataan tersebut.

8. Kita perlu meneroka kawasan baru untuk dijadikan kasawan petempatan memandangkan bandar-bandar yang sedia ada, penduduknya sudah terlalu padat. Apakah ulasan anda tentang perkara ini?

9. Mengapakah berlaku masalah setinggan?

10. Badan kebajikan masyarakat banyak memberikan sumbangan kepada rakyat di negara ini. Ulaskan.

11. Kajian menunjukkan bahawa pencemaran udara sudah sampai ke tahap berbahaya. Apakah komen anda?

12. Ada pendapat mengatakan amalan adat resam atau adat istiadat membazirkan masa, tenaga, dan wang ringgit. Apakah pendapat anda?

13. Malaysia boleh dianggap sebagai sebuah negara yang telah berjaya mewujudkan perpaduan kaum di kalangan rakyatnya. Pada pendapat anda, bagaimanakah Malaysia mencapai matlamat ini?

14. Sikap pengguna yang tidak ambil kisah tentang mutu barang yang dibeli menyebabkan penjual mengambil kesempatan. Huraikan.

15. Akhir-akhir ini kes kanak-kanak terbiar banyak dilaporkan di negara ini. Berikan ulasan anda tentang perkara ini.

16. Dikatakan bahawa otak yang cerdas berada pada badan yang sihat. Huraikan.

17. Masyarakat di Malaysia pada kesuluruhannya masih belum mementingkan soal penjagaan kesihatan. Ulaskan pernyataan tersebut.

18. Ada pendapat mengatakan bahawa kemajuan dalam bidang perubatan moden mampu memanjangkan usia seseorang. Mengapa?

19. Kemajuan sains dan teknologi telah menjadikan dunia ini (seolah-olah) semakin kecil. Huraikan pernyataan tersebut.

20. Sejak akhir-akhir ini perkembangan sekolah swasta boleh diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Pada pendapat anda mengapa perkara ini berlaku?

21. Banyak amalan budaya bangsa Malaysia sudah mula dilupakan oleh generasi muda. Apakah ulasan anda tentang perkara ini?

22. Banyak usaha telah dijalankan untuk mengekalkan kawasan hutan negara kita. Pada pendapat anda mengapakah usaha ini perlu dijalankan?

23. Rakyat Malaysia kurang berminat bekerja di ladang-ladang kerana tidak sanggup membanting tulang. Apakah komen anda?

24. Pertanian moden bukan sahaja membawa kebaikan tetapi juga keburukan. Apakah komen anda?

25. Ada pendapat mengatakan bahawa tanah terbiar di seluruh negara perlu dimajukan. Apakah komen anda?

26. Pihak yang mahir dalam teknologi maklumat dikatakan dapat menguasai dunia. Ulaskan pernyataan tersebut.

27. Pada masa ini masyarakat didapati kurang memberi tumpuan kepada hubungan kekeluargaan. Mengapakah keadaan ini berlaku?

28. Pelajar perlu dididik dan dilatih menjadi pemimpin koperasi atau persatuan bermula di sekolah. Apakah ulasan anda?

29. Memulihara tempat-tempat bersejarah perlu dipergiat. Berikan ulasan anda.

30. Kebanyakan orang tidak berani mencebur diri dalam dunia perniagaan yang penuh cabaran. Apakah komen anda?

31. Kebanyakan penduduk Malaysia suka makan banyak tanpa mengambil kira khasiat makanan yang dimakan. Ulaskan.

32. Sikap berjimat cermat perlu ditanam dalam diri individu semenjak kecil lagi. Huraikan.

33. Penternak ikan air tawar menjanjikan pelanggan yang menguntungkan kepada pengusahanya. Jelaskan pernyataan itu.

34. Banyak pihak memperkatakan tentang disiplin pelajar-pelajar yang semakin merosot. Apakah komen anda?

35. Belia hari ini tidak berminat menjadi anggota polis atau tentera. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan sedemikian berlaku?

36. Ada pendapat mengatakan bahawa kebanyakan bencana yang menimpa manusia sekarang berpunca daripada perbuatan manusia sendiri. Ulaskan pernyataan itu.

37.Terdapat kemudahan awam yang disediakan didapati sekadar ambil ada sahaja. Ulaskan pernyataan anda.

38. Ada pendapat mengatakan bahawa buah-buahan tempatan tidak patut dijual dengan harga yang mahal. Berikan pendapat anda.

Soalan Ramalan Ujian Lisan Bahasa Melayu SPM 2000

*** SL'99