Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Pilih warna latar:

TAJUK-TAJUK UNTUK UJIAN LISAN BM SPM

1  PERINDUSTRIAN
Jenis-jenis / Kebaikan & keburukan / Penggunaan teknologi moden

2  INDUSRI DESA
Jenis-jenis / Usaha-usaha dan tujuan memajukan industri desa / Sambutan terhadap hasil keluaran industri desa

3  ISU PEMBALAKAN
Kesan Pembalakan/  Usaha -usaha mengekalkan kawasan hutan/  Isu pembalakan haram

4  TEMPAT REKREASI
Fungsi dan peranan taman rekreasi / Sambutan masyarakat terhadap taman rekreasi / Penyediaan kemudahan di taman rekreasi

5  PENSWASTAAN
Faedah - faedah penswastaan / Perkembangan penswastaan di Malaysia / Penglibatan pihak swasta dalam bidang tertentu

6  INDUSTRI PERIKANAN
Masalah yang dihadapi oleh nelayan / Penggunaan teknologi moden dalam industri perikanan / Perkembangan dan sumbangan industri perikanan

7  AGENSI KERAJAAN
Jenis-jenis agensi kerajaan / Peranan dan fungsi agensi kerajaan / Keberkesanan agensi kerajaan

8  KEMPEN
Tujuan diadakan kempen / Sambutan masyarakat terhadap kempen / Keberkesanan kempen

9  INDUSTRI PELANCONGAN
Usaha dan cara memajukan industri pelancongan / Kesan industri pelancongan kepada negara / Perkembangan industri  pelancongan

10  PERUMAHAN
Masalah  perumahan pada hari ini / Isu yang berkaitan dengan pemaju perumahan / Usaha mengatasi masalah perumahan

11  LEBUH RAYA
Perkembangan lebuh raya hari ini / fungsi lebuh raya / Isu yang berkaitan dengan lebuh raya

12  PENGIKLANAN
Isu pengiklanan / Pengaruh iklan / Kesesuaian iklan

13  SUKAN
Perkembangan sukan di Malaysia / Faedah-faedah bersukan / Usaha-usaha meningkatkan mutu sukan

14  ISU KEPENDUDUKAN
Isu rakyat termiskin / Migrasi dan perpindahan penduduk / Isu kepadatan penduduk

15  BADAN KEBAJIKAN DAN SUKARELA
Penglibatan masyarakat dalam badan kebajikan / Sumbangan dan peranan badan kebajikan sukarela / Masalah-masalah yang dihadapi

16  PENCEMARAN ALAM
Punca-punca pencemaran alam / Usaha-usaha mengatasi / Kesan daripada pencemaran alam

17  GOTONG-ROYONG
Kebaikan amalan gotong royong / Amalan gotong royong pada hari ini / Cara-cara menggalakkan gotong royong

18  SAMBUTAN HARI PERAYAAN DAN KEBESARAN
Cara-cara menyambut hari perayaan dan kebesaran / Kesan-kesan mengadakan sambutan hari perayaan / Suasana sambutan hari perayaan

19  ADAT RESAM DAN ISTIADAT
Adat resam pelbagai kaum / Fungsi dan peranan adat resam / Amalan adat resam pada hari ini

20  ISU PENGANGGURAN
Punca-punca pengangguran / Usaha-usaha mengatasi pengangguran / Kesan daripada pengangguran

21  ISU TENAGA KERJA ASING
Faktor-faktor kedatangan tenaga kerja asing / Usaha-usaha pengawalan tenaga kerja asing / Kebaikan dan keburukan tenaga kerja asing

22  KESEDARAN SIVIK
Usaha memupuk kesedaran sivik / Kebaikan mempunyai kesedaran sivik / Sikap masyarakat pada hari ini

23  PERPADUAN KAUM
Kepentingan dan faedah perpaduan kaum / Usaha-usaha memupuk perpaduan kaum / Perpaduan kaum pada hari ini

24  ISU KEPENGGUNAAN
Kepentingan pendidikan kepenggunaan / Peranan dan fungsi persatuan pengguna / Masalah yang dihadapi oleh pengguna

25  HOBI  DAN  KEGIATAN  MASA  LAPANG
Jenis-jenis hobi / Fungsi dan tujuan bergiat dalam sesuatu hobi / Usaha-usaha menggalakkan masyarakat mempunyai hobi

26  ISU WARGA TUA
Sikap masyarakat terhadap warga tua / Usaha-usaha membantu warga tua / Kebaikan membantu warga tua

27  ISU KANAK-KANAK
Isu kanak-kanak terbiar / Penggunaan tenaga kerja di kalangan kanak-kanak / Tanggungjawab masyarakat terhadap kanak-kanak

28  KESIHATAN
Kepentingan kesihatan / Cara-cara menjaga kesihatan / Tahap kesihatan rakyat

29  MAJIKAN DAN PEKERJA
Tanggungjawab majikan terhadap pekerja / Kualiti kerja dan produktiviti / Etika kerja

30  TELEVISION / VIDEO / FILEM
Pengaruh terhadap masyarakat / Kesesuaian rancangan terhadap masyarakat / Fungsi dan peranannya

31  PASAR RAYA / PASAR TANI / PASAR MALAM
Perkembangan di Malaysia / Kebaikan dan keburukannya / Sebab-sebab tempat tersebut menjadi tumpuan

32  AMALAN MEMBACA
Sikap membaca di kalangan masyarakat / Usaha memupuk minat membaca di kalangan masyarakat /  Faedah membaca

33  PERUBATAN MODEN
Perkembangan perubatan moden / Kesan penggunaan ubat-ubat moden / Kemudahan perubatan di Malaysia

34  PERUBATAN TRADISIONAL
Peranan dan pengaruh bomoh / Perbandingan p.moden dengan p.tradisional / Keberkesanan penggunaan perubatan tradisional

35  SAINS DAN TEKNOLOGI
Kemajuan dan perkembangan / Ciptaan-ciptaan baru  / Kesan sains dan teknologi

36  ISU PENDIDIKAN
Perkembangan pendidikan di Malaysia / Masalah pendidikan di Malaysia / Kepentingan pendidikan

37  AKTIVITI KOKURIKULUM
Jenis-jenis aktiviti kokurikulum / Kebaikan dan faedah menyertai kokurikulum aktiviti kokurikulum pelajar

38  KEBUDAYAAN
Kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia / Konsep kebudayaan kebangsaan / Pengaruh luar dalam kebudayaan

39  NILAI-NILAI MURNI
Usaha memupuk nilai murni / Kepentingan mempunyai nilai-nilai murni / Nilai murni di kalangan masyarakat hari ini

40  KHAZANAH BUMI / HUTAN
Jenis-jenisnya / Usaha-usaha mengekalkan khazanah tersebut / Sumbangan kepada negara

41  PERLADANGAN
Isu tenaga kerja di bidang peladangan / Perkembangan dan sumbangannya kepada negara / Usaha-usaha memajukan sektor perladangan

42  ISU PERUNDANGAN
Peranan dan fungsi undang-undang / Keberkesanan undang-undang / Jenayah di negara kita

43  PERTANIAN TRADISIONAL
Kebaikan dan keburukan pertanian tradisional / Mengapa p.tradisional masih diamalkan / Kesesuaian pertanian tradisional pada zaman moden

44  PERTANIAN MODEN
Kebaikan dan Keburukan pertanian moden penggunaan teknologi moden dalam pertanian / Isu pasaran dan harga hasil pertanian

45  ISU TANAH
Masalah tanah terbiar / Penerokaan tanah secara haram / Kesan pembangunan yang pesat

46  SEMANGAT KEBANGSAAN
Usaha-usaha memupuk semangat kebangsaan / Kepentingan semangat kebangsaan kepada negara / Penghayatan semangat kebangsaan di kalangan masyarakat

47  HAL-EHWAL SEMASA
Perkembangan politik tanah air / Masalah-masalah sosial di negara / Kemajuan negara dalam bidang ekonomi

48  PERMAINAN TRADISIONAL
Jenis-jenisnya / Fungsi dan peranannya pada masyarakat / Usaha bagi menghidupkan dan mengekalkannya

49  ISU  KEKELUARGAAN
Hubungan kekeluargaan sekarang / Cara-cara mengekalkan hubungan kekeluargaan / Kepentingan  kekeluargaan di kalangan masyarakat

50  PROJEK PERUMAHAN
Tujuan diadakan projek perumahan / Kebaikan dan keburukan projek perumahan / Jenis-jenis projek perumahan

51  KOPERASI DAN PERSATUAN
Jenis-jenis dan peranan / Fungsi dan tanggungjawab koperasi @ persatuan sambutan  terhadap  koperasi @ persatuan

52  PENYAKIT BERBAHAYA
Jenis-jenisnya / Cara-cara mencegahnya / Punca-punca  penyakit berjangkit

53  MUZIK
Dunia muzik hari ini / Kerjaya dalam bidang muzik / Kebaikan dan keburukan muzik

54  SEJARAH
Tempat-tempat bersejarah / Pemulihan tempat-tempat bersejarah / Permasalahan dalam mengekalkan tempat -tempat bersejarah

55  PERNIAGAAN /PERDAGANGAN
Jualan murah / Barang-barang tempatan dan barang import / Kebaikan berniaga

56  AMALAN PEMAKANAN
Jenis-jenis makanan di kalangan masyarakat di Malaysia / Makanan seimbang / Kebersihan tempat
menjual makanan

57  JIMAT CERMAT
Tujuan berjimat cermat / Cara-cara menggalakkan berjimat cermat / Faedah-faedah mengamalkan berjimat cermat

58  PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR
Perkembangan di Malaysia / Cara-cara menggalakkan masyarakat makan ikan / Masalah yang dihadapi oleh penternak ikan

59  DISIPLIN PELAJAR
Tahap disiplin pelajar hari ini / Punca-punca yang menimbulkan masalah disiplin / Usaha-usaha mengatasi masalah disiplin

60  MEDIA CETAK
Jenis-jenis media cetak / Pengaruh media cetak / Peranan dan fungsi media cetak

61  ALAT PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN
Jenis-jenis alat pengangkutan dahulu dan sekarang / Isu berkaitan dengan kenderaan awam / Peranan dan fungsi pengangkutan

62  SEMANGAT KEJIRANAN
Pentingnya semangat kejiranan / Usaha meningkatkan semangat kejiranan / Permasalahan kejiranan hari ini

63  PROJEK PENGINDAHAN KAWASAN
Tujuan dan fungsi mengindahkan kawasan / Cara-cara mengekalkan keindahan / Permasalahan dengan pengindahan kawasan

64  ISU KESELAMATAN NEGARA
Peranan pasukan keselamatan / Keadaan keselamatan negara pada hari  ini / Kerahan tenaga rakyat

65  ISU ALAM SEKITAR
Keadaan alam sekitar hari ini / Usaha-usaha mengekalkan alam sekitar / Tujuan mengekalkan keindahan alam sekitar

66  ISU LABEL
Kepentingan dan fungsi penggunaan label / Keberkesanan penggunaan label / Isu permasalahan penggunaan label

67  BENCANA ALAM
Jenis-jenis bencana alam / Punca-punca bencana alam / Usaha menghadapi bencana alam

68  SENI  MEMPERTAHANKAN DIRI
Jenis-jenis seni mempertahankan diri / Perkembangan seni mempertahankan diri / Kebaikan dan keburukan seni mempertahankan diri

69  KEMUDAHAN AWAM
Jenis-jenis kemudahan awam di Malaysia / Sikap dan tanggungjawab masyarakat / Permasalahan kemudahan awam

70  BUAH-BUAHAN TEMPATAN
Kebaikan dan kelebihannya / Sambutan masyarakat terhadapnya / Usaha memajukan industri buah-buahan tempatan
 
 
 
  


CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Soalan:
Dengar Pernyataan ini. Negara kita sedang pesat membangun ke arah sebuah negara perindustrian. Ada pendapat mengatakan bahawa aktiviti perindustrian boleh mendatangkan kesan yang negatif. Apakah pendapat anda?

Jawapan:
Saya bersetuju dengan pendapat itu. Memang di samping kesan positif, terdapat juga kesan yang negatif seperti pencemaran alam sekitar. Misalnya dengan wujudnya kilang-kilang, maka didapati pencemaran alam sekitar tidak dapat dielakkan. Pencemaran udara berlaku akibat asap yang keluar dari kilang-kilang tersebut. Sesetengah pengusaha kilang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri. Mereka sanggup membuang sisa-sisa toksid ke dalam sungai atau laut. Dengan itu, berlakulah pencemaran air. Kilang juga mengeluarkan bunyi bising daripada jentera atau mesin yang mereka gunakan. Selain itu, aktiviti perindustrian juga menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini kerana tenaga kerja yang ramai diperlukan dan negara kita kekurangan tenaga buruh. Seperti yang kita sedia maklum, kemasukan buruh asing ini boleh menjejaskan peluang pekerjaan penduduk tempatan dan tenaga kerja asing ini juga sering kali menimbulkan masalah sosial yang lain seperti masalah jenayah dan membawa penyakit yang berbahaya seperti AIDS.

Di samping itu, pembinaan kilang-kilang juga menyebabkan banyak hasil pertanian yang berkurangan. Ini kerana untuk mendirikan kilang-kilang, banyak tanah atau kawasan yang digunakan untuk tanaman hasil pertanian telah digunakan seperti ladang getah, ladang kelapa sawit, dan sawah padi. Sekiranya hal ini berterusan, negara kita akan mengalami masalah kekurangan hasil pertanian yang serius dan kita terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mengimport hasil pertanian tersebut. Terdapat juga kawasan-kawasan perindustrian yang didirikan di kawasan bandar seperti di Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Ipoh dan Bandaraya George Town. Kawasan-kawasan ini menjadi semakin sesak dengan kenderaan yang keluar masuk dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk sehingga tidak terkawal terutamanya pada waktu pagi dan petang.

Soalan Tambahan 1:
Tadi anda telah menyatakan beberapa kesan negatif atau keburukan aktiviti perindustrian.  Pada pendapat anda bagaimanakah kita dapat mengatasi masalah tersebut?

Jawapan:
Tentang masalah pencemaran dari kilang, pada pendapat saya pihak kerajaan, khususnya Kementerian Sains dan Alam Sekitar hendaklah sentiasa membuat lawatan ke kilang-kilang yang sedang beroperasi di seluruh negara ini dan memastikan pihak pengusaha kilang-kilang tersebut menggunakan penapis asap. Ini kerana terdapat banyak pengusaha kilang yang tidak menggunakan alat tersebut. Di samping itu terdapat juga kilang-kilang yang memasang alat tersebut pada corong asap, tetapi oleh sebab terlalu lama tidak digantikan dengan yang baru, maka alat tersebut tidak berkesan lagi. Pada pendapat saya mereka harus diberi amaran keras bagi kesalahan pertama dan denda yang berat bagi kesalahan yang berulang. Bagi masalah pembuangan bahan sisa toksid, saya berpendapat agak sukar untuk membanteras kegiatan ini kecuali dengan kerjasama orang ramai. Dalam usaha untuk menangani masalah ini, saya rasa orang ramai harus memberi kerjasama dengan melaporkan kepada pihak yang berkuasa sekiranya ternampak kegiatan tersebut dilakukan.

Dalam hal ini, pihak media elektronik juga perlu mendedahkan kepada orang ramai tentang rupa bentuk kegiatan tersebut dan rupa bentuk bahan toksid yang berbahaya itu. Usaha ini adalah merupakan kempen untuk menghapuskan kegiatan yang tidak bertanggungjawab itu. Saya yakin sekiranya ada kerjasama daripada pihak kerajaan, pihak media,dan orang ramai, kegiatan ini dapat dipatahkan.

Soalan Tambahan   :
2. Tadi anda mengatakan bahawa aktiviti perindustrian boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Bolehkah anda jelaskan lebih lanjut lagi tentang masalah itu?

Jawapan:
Seperti yang kita sedia maklum, kawasan perindustrian merupakan sebuah kawasan yang besar dan terdapat banyak kilang yang didirikan di kawasan tersebut. Oleh sebab keadaan jalan raya di negara kita masih belum sempurna iaitu tidak cukup luas untuk menampung jumlah kenderaan yang banyak di kawasan perindustrian itu, maka akan berlakulah kesesakan. Kenderaan yang banyak menggunakan jalan raya di kawasan tersebut merupakan kenderaan berat untuk mengangkut barang-barang, bas kilang yang membawa pekerja kilang, dan kereta serta motosikal orang perseorangan. Kesesakan ini biasanya berlaku antara pukul 9 hingga pukul 11 pagi dan antara pukul 4 hingga pukul 6 petang. Hal ini mungkin dapat dielakkan sekiranya tidak terlalu banyak kilang-kilang didirikan di satu tempat yang sama.

Soalan Tambahan  :
3. Apakah kemungkinan yang akan terjadi sekiranya masalah yang anda kemukakan tadi tidak dibendung dengan segera ?

Jawapan: Jika masalah ini tidak dikawal maka negara kita mungkin akan mengalami masalah yang rumit untuk mengatasi pencemaran udara dan air. Begitu juga dengan masalah kesesakan lalu lintas. Udara dan air yang tercemar akan mengakibatkan pelbagai penyakit. Industri pelancongan juga akan turut terjejas kerana pelancong tidak berminat lagi untuk melancong ke negara yang udaranya tidak bersih dan sesak. Sekiranya kesihatan kebanyakan rakyat terjejas, usaha-usaha pembangunan akan turut terbantut dan wawasan pemimpin kita tidak akan tercapai.

 
  



 

SYARAT, PERATURAN, PEMARKAHAN DAN TATACARA UJIAN LISAN

1.  Ujian ini merupakan ujian yang wajib diduduki oleh setiap calon SPM.
2.   Markah penuh untuk ujian ini ialah 40%. Pembahagian markah diberi seperti berikut:

    31 hingga 40 = Baik
    16 hingga 30 = Sederhana
    1 hingga 15 = Lemah

Markah yang diberi berpandukan prestasi atau pencapaian calon seperti berikut:

(A)  BAIK :
i.    dapat bertutur dengan fasih dan lancar
ii.   menggunakan sebutan baku sepenuhnya
iii.  dapat bertutur menggunakan intonasi yang betul
iv.  mengemukakan isi dengan tepat dan huraian yang jelas
v.   dapat memberi respons yang sesuai dengan soalan
vi.  pada keseluruhannya menggunakan bahasa yang gramatis
vii. mempunyai pengetahuan yang luas dan menampakkan kematangan fikiran.
 
(B)  SEDERHANA :
i.   perbualan masih lancar tetapi kadangkala tersekat-sekat
ii.  terdapat intonasi yang salah- isi masih tepat tetapi huraian kurang jelas
iii.  respons masih sesuai-penggunaan bahasa masih gramatis
iv.  pengetahuan agak terhad dan kematangan fikiran sederhana.

(C)  LEMAH :
i.    pada keseluruhannya menampakkan ketidakcekapan penguasaan bahasa
ii.   kebolehan berbual amat terhad
iii.  hanya dapat berbual dalam beberapa ayat pendek
iv.  terdapat respons yang tidak menepati soalan
v.   pengetahuan agak cetek / dangkal
 
4.  Ketika anda menunggu giliran, anda dibenarkan membuat rujukan sendiri atau membaca senyap tetapi anda tidak dibenarkan berbincang.
5.   Selepas anda menjalani ujian, anda tidak dibenarkan masuk semula ke bilik menunggu. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya tidak meninggalkan bahan rujukan anda di dalam bilik menunggu ketika keluar untuk menjalani ujian.
6.  Ujian akan dijalankan dalam 3 sesi seperti berikut. Pastikan anda tidak terlewat atau tidak datang pada sesi yang tidak sepatutnya anda hadiri :

SESI  PERTAMA      8.00 HINGGA 10.00 PAGI                         ( 12 CALON )
SESI KEDUA           10.00 PAGI  HINGGA 12.00 T.HARI         ( 10 CALON )
SESI KETIGA          12.30 T.HARI HINGGA 2.00 PETANG      ( 10 CALON )

7.  Peruntukan masa keseluruhannya bagi setiap calon yang menjalani ujian ini ialah 10 minit.
8.  Satu pernyataan akan dikemukakan kepada setiap calon. Anda dikehendaki memberi pendapat, penjelasan, huraian, atau komen mengenai pernyataan tersebut. Ini bermakna selepas pernyataan itu dibaca, anda dikehendaki berbual secara berterusan dalam beberapa ayat yang panjang ( 15 hingga 20 ayat) dalam tempoh masa lebih kurang 5 minit.
9.  Anda juga perlu menjawab antara 3 hingga 4 soalan pendek dalam masa 5 minit yang seterusnya.
10. Anda dikehendaki menggunakan bahasa Melayu yang gramatis iaitu yang betul tatabahasanya dan menggunakan sebutan yang baku.

11.  Markah akan dipotong sekiranya anda:
i.   tidak dapat bertutur dengan lancar dan terlalu banyak tersekat-sekat.
ii.  tidak dapat berbual dengan menggunakan ayat-ayat yang panjang.
iii.  kurang pengetahuan tentang tajuk atau skop yang dikemukakan.

12.  Sekiranya anda merupakan pelajar yang gagap secara semula jadi, anda hendaklah memberitahu guru anda untuk dimaklumkan kepada pemeriksa untuk diberi pertimbangan.
13.  Anda tidak dibenarkan menukar tajuk yang diberi. Namun begitu, anda boleh meminta pemeriksa mengulangi bacaan pernyataan sebanyak sekali sahaja sekiranya anda kurang jelas. Oleh itu anda sepatutnya mendengar dengan penuh tumpuan perhatian ketika pernyataan itu dibaca oleh pemeriksa.
14.  Anda hendaklah berbual dengan nada suara yang jelas.
15.  Anda hendaklah duduk dengan baik dan tertib di hadapan pemeriksa dan tidak meletakkan tangan anda di atas meja pemeriksa ketika ujian dijalankan.

 



Ingin melihat   Soalan-soalan sebenar?