Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KARANGAN CONTOH
Soalan:
Sejak akhir-akhir ini ramai rakyat Malaysia didapati sangat berminat melakukan aktiviti berjoging sehingga aktiviti ini giat dilakukan di taman-taman rekreasi, di tepi-tepi jalan raya, dan di kawasan laluan kereta api. Anda ingin mengemukakan pendapat anda tentang perkara ini dari segi kebaikan dan keburukan berjoging. Tulis pendapat anda itu untuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda.
 

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BERJOGING
OLEH: HIJRAH HUSIN – SMKTAM

Ramai di kalangan masyarakat di Malaysia didapati sudah mulai sedar akan kepentingan penjagaan kesihatan. Oleh itu, sekiranya kita berpeluang untuk mengunjungi taman-taman rekreasi pada waktu petang kita akan dapat melihat ramai orang yang melakukan pelbagai jenis aktiviti riadah sama ada berjalan, berjoging, atau bersenam dengan menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan khas. Kini telah menjadi perkara biasa sekiranya kita melihat orang berjoging di lebuh raya, di tebing sungai, di tepi pantai, di laluan kereta api, dan sebagainya. Dalam kegairahan kita berjoging, kita perlu berwaspada kerana sekiranya aktiviti tersebut dilakukan secara membabi buta, buruk akibatnya.

Melakukan senaman secara berjoging memang banyak faedahnya dari segi kesihatan. Sekiranya dilakukan dengan betul, daya ketahanan badan akan meningkat. Ini kerana ‘berlari-lari anak’ ini dapat mencepatkan perjalanan darah kerana degupan jantung kita juga turut bekerja keras. Kita akan dapat menyedut oksigen yang banyak dan ini juga bermakna semua organ di dalam badan kita akan dapat berfungsi dengan lebih baik termasuklah sesuatu yang sangat penting dalam tubuh kita iaitu otak. Berjoging juga telah terbukti dapat menambah stamina para atlet yang berjaya sehingga aktiviti ini telah menjadi sesuatu yang wajib dilakukan hampir setiap hari, terutamanya pelari jarak jauh.

Selain itu, berjoging merupakan sesuatu yang dapat dilakukan tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar kerana kita tidak perlu menyediakan peralatan-peralatan yang mahal-mahal. Seseorang peminat joging hanya perlu menyediakan pakaian yang sesuai, sarung kaki, dan sepasang kasut. Kita tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak seperti yang dikenakan kepada pengunjung jimnasium, atau pemain golf. Oleh yang demikian berjoging sesuai dilakukan oleh semua masyarakat Malaysia tanpa mengira taraf hidup atau taraf ekonomi mereka. Di samping itu, berjoging juga seperti aktiviti riadah yang lain, dapat mengurangkan ketegangan dan tekanan sama ada bagi golongan yang bekerja atau para pelajar.

Berjoging juga merupakan senaman yang ringan dan boleh dilakukan oleh semua golongan sama ada tua atau muda termasuklah kanak-kanak. Oleh itu aktiviti ini sering dilakukan secara beramai-ramai, biasanya seluruh keluarga. Malah, jarang-jarang sekali kita melihat senaman ini dilakukan secara perseorangan. Pada tahun yang lalu, kerajaan Malaysia telah melancarkan “Larian Mesra” yang melibatkan beribu-ribu rakyat Malaysia berjoging secara serentak di seluruh negara. Secara tidak langsung acara berjoging seperti ini telah berfungsi sebagai alat untuk mewujudkan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Acara yang berwarna-warni ini juga itu telah mendapat liputan yang meluas dan secara tidak langsung telah membuka mata pelancong dari luar negara untuk melihat Malaysia secara lebih dekat lagi.
 
 

Keburukan berjoging pula sebenarnya wujud kerana orang yang melakukan kegiatan ini tidak menggunakan teknik yang betul. Misalnya tidak menggunakan kasut yang sesuai. Sekiranya keadaan ini berlaku, seseorang itu mungkin akan mengalami kecederaan pada kakinya seperti terseliuh atau luka. Di samping itu, aktiviti ini juga sepatutnya tidak dilakukan ketika cuaca lembab atau hujan. Menurut pakar perubatan, seseorang yang berjoging ketika cuaca lembab seperti  pada waktu awal pagi atau pada waktu malam ketika sudah turun embun, mereka mungkin akan mudah terkena selsema, demam paru-paru, asma, atau penyakit kulit. Oleh itu, tabiat seperti ini tidak seharusnya diteruskan kerana tujuan sebenar berjoging adalah untuk meningkatkan kesihatan, bukan di sebaliknya. Berjoging ketika keadaan gelap juga seolah-olah mengundang kemalangan.

Berjoging juga mendatangkan keburukan sekiranya kita melakukannya di lebuh-lebuh raya atau di tepi-tepi jalan. Ini kerana ketika bernafas, kita mungkin akan menyedut udara yang tercemar oleh asap kenderaan dan habuk yang berterbangan di sana sini. Selain itu, seseorang yang berjoging di kawasan-kawasan yang di sebutkan itu mungkin terbabit dalam kemalangan jalan. Pada suatu ketika dahulu kita pernah dikejutkan dengan berita kematian dua anggota keluarga yang sedang berjoging di laluan kereta api. Dua beranak itu dikatakan sedang berehat lalu tertidur di rel kereta api tersebut sehingga mereka tidak sempat bangun apabila ketika kereta api mendekati mereka. Mereka telah digilis kereta api tersebut dan menemui maut serta merta. Kita sepatutnya mengambil iktibar daripada kejadian tersebut  demi keselamatan kita.

Selain itu, terdapat juga segelintir ahli masyarakat kita yang mengambil kesempatan untuk memperagakan tubuh badan mereka ketika berjoging. Golongan ini biasanya mengenakan pakaian yang tidak sesuai bagi masyarakat Timur. Pakaian yang dipakai boleh dikatakan ‘terlalu ringkas’ sehingga kita berasa malu untuk melihatnya. Keadaan seperti ini boleh mengundang kejadian-kejadian yang tidak diingini, terutamanya bagi mereka yang berjoging di kawasan yang agak terselindung daripada orang ramai. kita tentu tidak ingin melihat kejadian seperti ini berlaku kerana berjoging sepatutnya mendatangkan kebaikan kepada kita, bukan mala petaka.

Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa berjoging mendatangkan banyak kebaikan kepada kita terutamanya dari segi kesihatan. Di samping itu, sekiranya kita melakukan aktiviti ini secara membabi buta, kita akan dapati berjoging juga mampu membuatkan kita menderita atau tidak dapat tidur nyenyak kerana diganggu mimpi yang menakutkan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

LATIHAN KARANGAN 2/2000
Soalan:
Sejak akhir-akhir ini ramai rakyat Malaysia didapati sangat berminat melakukan aktiviti berjoging sehingga aktiviti ini giat dilakukan di taman-taman rekreasi, di tepi-tepi jalan raya, dan di kawasan laluan kereta api. Anda ingin mengemukakan pendapat anda tentang perkara ini dari segi kebaikan dan keburukan berjoging. Tulis pendapat anda itu untuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda.

Arahan kepada para pelajar:
Masukkan perkataan-perkataan yang berikut pada tempat-tempat yang sesuai. (15 minit, 20 markah)

Berwaspada, riadah, terseliuh, memperagakan, ketahanan, keharmonian, liputan, berfungsi, Malah, serentak, ketegangan, pengunjung, terselindung, degupan ,mendekati, digilis, mengundang, terbabit, tabiat, mengunjungi.
 

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BERJOGING
OLEH KAMALIA SHAMSUDIN

Ramai di kalangan masyarakat di Malaysia didapati sudah mulai sedar akan kepentingan penjagaan kesihatan. Oleh itu, sekiranya kita berpeluang untuk___________ taman-taman rekreasi pada waktu petang kita akan dapat melihat ramai orang yang melakukan pelbagai jenis aktiviti __________sama ada berjalan, berjoging, atau bersenam dengan menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan khas. Kini telah menjadi perkara biasa sekiranya kita melihat orang berjoging di lebuh raya, di tebing sungai, di tepi pantai, di laluan kereta api, dan sebagainya. Dalam kegairahan kita berjoging, kita perlu ____________kerana sekiranya aktiviti tersebut dilakukan secara membabi buta, buruk akibatnya.

Melakukan senaman secara berjoging memang banyak faedahnya dari segi kesihatan. Sekiranya dilakukan dengan betul, daya ___________badan akan meningkat. Ini kerana ‘berlari-lari anak’ ini dapat mencepatkan perjalanan darah kerana __________jantung kita juga turut bekerja keras. Kita akan dapat menyedut oksigen yang banyak dan ini juga bermakna semua organ di dalam badan kita akan dapat __________dengan lebih baik termasuklah sesuatu yang sangat penting dalam tubuh kita iaitu otak. Berjoging juga telah terbukti dapat menambah stamina para atlet yang berjaya sehingga aktiviti ini telah menjadi sesuatu yang wajib dilakukan hampir setiap hari, terutamanya pelari jarak jauh.

Selain itu, berjoging merupakan sesuatu yang dapat dilakukan tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar kerana kita tidak perlu menyediakan peralatan-peralatan yang mahal-mahal. Seseorang peminat joging hanya perlu menyediakan pakaian yang sesuai, sarung kaki, dan sepasang kasut. Kita tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak seperti yang dikenakan kepada ____________jimnasium, atau pemain golf. Oleh yang demikian berjoging sesuai dilakukan oleh semua masyarakat Malaysia tanpa mengira taraf hidup atau taraf ekonomi mereka. Di samping itu, berjoging juga seperti aktiviti riadah yang lain, dapat mengurangkan _______________dan tekanan sama ada bagi golongan yang bekerja atau para pelajar.

Berjoging juga merupakan senaman yang ringan dan boleh dilakukan oleh semua golongan sama ada tua atau muda termasuklah kanak-kanak. Oleh itu aktiviti ini sering dilakukan secara beramai-ramai, biasanya seluruh keluarga.______, jarang-jarang sekali kita melihat senaman ini dilakukan secara perseorangan.
 

Pada tahun yang lalu, kerajaan Malaysia telah melancarkan “Larian Mesra” yang melibatkan beribu-ribu rakyat Malaysia berjoging secara _________di seluruh negara. Secara tidak langsung acara berjoging seperti ini telah berfungsi sebagai alat untuk mewujudkan ____________di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Acara yang berwarna-warni ini juga itu telah mendapat ________yang meluas dan secara tidak langsung telah membuka mata pelancong dari luar negara untuk melihat Malaysia secara lebih dekat lagi.

Keburukan berjoging pula sebenarnya wujud kerana orang yang melakukan kegiatan ini tidak menggunakan teknik yang betul. Misalnya tidak menggunakan kasut yang sesuai. Sekiranya keadaan ini berlaku, seseorang itu mungkin akan mengalami kecederaan pada kakinya seperti ___________atau luka. Di samping itu, aktiviti ini juga sepatutnya tidak dilakukan ketika cuaca lembab atau hujan. Menurut pakar perubatan, seseorang yang berjoging ketika cuaca lembab seperti  pada waktu awal pagi atau pada waktu malam ketika sudah turun embun, mereka mungkin akan mudah terkena selsema, demam paru-paru, asma, atau penyakit kulit. Oleh itu, ________seperti ini tidak seharusnya diteruskan kerana tujuan sebenar berjoging adalah untuk meningkatkan kesihatan, bukan di sebaliknya. Berjoging ketika keadaan gelap juga seolah-olah _____________kemalangan.

Berjoging juga mendatangkan keburukan sekiranya kita melakukannya di lebuh-lebuh raya atau di tepi-tepi jalan. Ini kerana ketika bernafas, kita mungkin akan menyedut udara yang tercemar oleh asap kenderaan dan habuk yang berterbangan di sana sini. Selain itu, seseorang yang berjoging di kawasan-kawasan yang di sebutkan itu mungkin __________dalam kemalangan jalan. Pada suatu ketika dahulu kita pernah dikejutkan dengan berita kematian dua anggota keluarga yang sedang berjoging di laluan kereta api. Dua beranak itu dikatakan sedang berehat lalu tertidur di rel kereta api tersebut sehingga mereka tidak sempat bangun apabila ketika kereta api __________mereka. Mereka telah __________kereta api tersebut dan menemui maut serta merta. Kita sepatutnya mengambil iktibar daripada kejadian tersebut  demi keselamatan kita.

Selain itu, terdapat juga segelintir ahli masyarakat kita yang mengambil kesempatan untuk _____________tubuh badan mereka ketika berjoging. Golongan ini biasanya mengenakan pakaian yang tidak sesuai bagi masyarakat Timur. Pakaian yang dipakai boleh dikatakan ‘terlalu ringkas’ sehingga kita berasa malu untuk melihatnya. Keadaan seperti ini boleh mengundang kejadian-kejadian yang tidak diingini, terutamanya bagi mereka yang berjoging di kawasan yang agak _____________daripada orang ramai. kita tentu tidak ingin melihat kejadian seperti ini berlaku kerana berjoging sepatutnya mendatangkan kebaikan kepada kita, bukan mala petaka.

Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa berjoging mendatangkan banyak kebaikan kepada kita terutamanya dari segi kesihatan. Di samping itu, sekiranya kita melakukan aktiviti ini secara membabi buta, kita akan dapati berjoging juga ________membuatkan kita menderita atau tidak dapat tidur nyenyak kerana diganggu mimpi yang menakutkan.