Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Selamat Datang ke budakbestblog.com!

budakbestblog.com adalah sebuah laman web yang aku reka berdasarkan kawan aku punyer laman web Maslink.org! namun halaman web ini memang tidak di reka untuk mesra pengguna. Halaman web ini sebenarnya lebih kepada para peminat-peminat beberapa anime pilihan aku dan jugak tentang diri aku serta keluarga aku.

Dalam halaman web ini jugak aku sediakan beberapa lawak-lawak yang bagi aku lawaklah tapi aku tak tau lah apa pendapat korang. Contohnya SENARIO yang lama-lama dan jugak idola aku Afdlin Shauki punye lawak. Paling kurang bila aku mengadap cerita diorang, tekanan kerja yang aku hadapi seolah-olah hilang sementara. So aku harap ianya dapat menolong korang jugak mengurangkan bebanan dalam hati korang. Apapun aku harap korang ENJOY!!!

Idola aku - Tetsuo Kurata

Kalau korang masih ingat lagi dengan cerita Ksatria Baja Hitam (Indonesia Version/ Kamen Rider Burraku-Japannese Version) dah tentu korang masih ingat lagi dengan watak Kotaro Minami. Remaja yang di ubahsuai oleh musuh tanpa kerelaan. Itulah Tetsuo Kurata. Selain dari berlakon untuk cerita Kamen Rider Black/Black RX, beliau juga banyak berlakon dalam pelbagai filem dan drama yang popular di Jepun. Kamen Rider Black telah di iktiraf salah satu manga tersohor di Jepun dan kepopularannya telah menewaskan kehebatan mana-mana cerita dan di tonton bukan sahaja kanak-kanak malahan orang dewasa. Dan dari itulah cerita Kamen Rider Black telah memenagi anugerah Most Popular Manga for a Year 1988-1992 dan Tetsuo Kurata telah memenangi Best Actor for a Year 1988 dan 1990 di Jepun.

18 comment