Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Pentadbiran
Senarai GC
     Terkini
     Tukar Jawatan
     Bersara
Analisis/Statistik
Aktiviti
     2004
     2003
Mesyuarat
Album
Inovasi/Kreativiti


















BIRO KEBAJIKAN & SOSIAL

 Artikel
 Pengumuman
 Pautan
 Hubungi Kami









DARI MEJA YANG DI PERTUA

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, saya ingin melafazkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya MGCK telah berjaya menubuhkan sebuah laman web yang akan memberi makna yang besar kepada perkembangan pendidikan di Kelantan khasnya.

Objektif utama penubuhan laman web ini adalah untuk menjadikannya sebagai satu pusat perkongsian maklumat di antara guru-guru cemerlang, pegawai-pegawai pendidikan, guru-guru, dan para pelajar. Penubuhan lama web ini juga membuktikan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah diutilisasikan dalam bidang pendidikan sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memartabatkan sistem pendidikan di Malaysia ke arah pendidikan bertaraf dunia.

Laman web ini menyediakan maklumat-maklumat penting mengenai Majlis Guru Cemerlang Kelantan seperti senarai guru cemerlang, pentadbiran, analisis dan statistik serta aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan. Selain itu, laman web ini juga bertindak sebagai sumber rujukan untuk setiap mata pelajaran termasuk contoh-contoh penyediaan rancangan pengajaran, nota--nota, soalan-soalan peperiksaan dan lain-lain. Penghasilan laman web ini membuktikan bahawa usaha berterusan daripada MGCK ke arah merealisasikan wawasan pendidikan.

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan laman web ini. Akhir sekali, harapan saya agar laman web ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.

Sekian, terima kasih


"GURU CEMERLANG TERUS GEMILANG"


Suhaimi bin Yusof
GC Fizik
SMK Machang
18500 Machang
Kelantan

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Sejarah
Sastera
Fizik
Kimia
Biologi
Matematik Tambahan
Sains Pertanian
Pengajian Am
Teknologi Maklumat
Ekonomi
Pendidikan Matematik
Pendidikan Pemulihan
Geografi
Prinsip Akaun
Pendidikan Khas
Kemahiran Hidup Bersepadu
Pendidikan Agama Islam
Binaan Bangunan
Kajian Tempatan