Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
komunikasi_data_nota

Komunikasi Data


Kandungan

  1. Pengenalan Komunikasi
  2. Komunikasi Data
  3. Sistem Komunikasi Data
  4. Pemindahan Data
  5. Peranti asas komunikasi data yang digunakan untuk pertukaran data


Pengenalan Komunikasi

  • Komunikasi ialah suatu keperluan kepada manusia untuk mereka berhubung antara satu sama lain.
  • Ia merupakan pertukaran maklumat antara dua pihak yang menggunakan maklumat (simbol atau suara) yang boleh difahami oleh kedua-dua pihak yang terlibat.
  • Secara umumnya, komunikasi data adalah berkaitan secara langsung dengan komunikasi harian dan penting dalam kehidupan kita.
  • Bahan perantaraan ialah sesuatu bahan yang membolehkan maklumat sampai kepada dentinasinya dan biasanya dirujuk sebagai media.
  • Tiga komponen yang terlibat bagi memastikan bahawa berjaya atau berlakunya komunikasi adalah sumber, media dan destinasi.



  • Rajah 1: Komponen Komunikasi


  • Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan komuikasi ialah maklumat mestilah boleh difahami, gangguan semasa komunikasi dan sistem komunikasi.
  • Model komunikasi Shannon telah menjadi asas bagi menerangkan komunikasi.
  • Model ini terdiri daripada lima elemen, iaitu sumber maklumat, penghantar, saluran, penerima dan destinasi seperti berikut:



  • Rajah 2: Model komunikasi Shannon


    1. Sumber maklumat yang menghasilkan maklumat.
    2. Penghantar yang mengekodkan maklumat ke dalam bentuk isyarat.
    3. Saluran yang mana isyarat-isyarat dihantar melaluinya.
    4. Penerima yang menyahkod maklumat daripada isyarat yang diperoleh.
    5. Destinasi ke mana mesej dihantar.

  • Elemen yang dikenali sebagai kebisingan merupakan faktor gangguan terhadap mesej yang bergerak di sepanjang saluran yang akan mengakibatkan isyarat yang diterima berubah atau berbeza dengan isyarat asal yang dihantar.


Kembali ke kandungan



Komunikasi Data

  • Komunikasi data ialah perpindahan atau pertukaran data dan maklumat dalam bentuk elektronik dari satu titik ke titik yang lain.
  • Data dan maklumat dalam bentuk elektronik bermaksud dalam bentuk sifar dan satu (0 dan 1).
  • Komunikasi data sebenarnya ialah perpindahan atau pertukaran 0 dan 1 dari satu titik ke titik yang lain.
  • Untuk memastikan data berjaya dihantar dan diterima, penghantar dan penerima mestilah bersetuju dengan tiga faktor seperti:
    • simbol-simbol yang digunakan
    • bagaimana sesuatu data dihantar
    • kadar penghantaran data


Kembali ke kandungan



Sistem Komunikasi Data

  • Tujuan utama sistem komunikasi adalah untuk membolehkan pertukaran maklumat antara dua pihak yang terlibat.
  • Konfigurasi asas yang perlu bagi sesebuah sistem komunikasi data adalah seperti:
    • Peranti penghantaran
    • Talian komunikasi
    • Peranti penerima
  • Terdapat tiga sistem utama, iaitu sistem sumber, sistem penghantaran dan sistem destinasi.



  • Rajah 3: Sistem Komunikasi Data

    1. Sumber: Peranti ini berfungsi sebagai penjana maklumat yang hendak dihantar, contohnya komputer peribadi dan telefon.
    2. Penghantar: Data yang hendak dihantar perlu ditukar kepada bentuk isyarat elektromagnetik supaya peranti komunikasi dapat memahami data yang hendak dihantar. Contohnya, modem akan menukarkan isyarat digital dari komputer peribadi dan menukarkannya kepada isyarat analog supaya dapat dihantar melalui talian telefon.
    3. Sistem Penghantaran: Ia merupakan talian penghantaran yang digunakan untuk menghantar data secara fizikal, contohnya, telefon.
    4. Penerima: Penerima akan menerima isyarat dari sistem penghantaran di mana data itu dihantar. Penerima akan menukarkan semula data dalam bentuk isyarat analog yang diterimanya ke dalam bentuk isyarat digital supaya dapat difahami oleh peranti destinasi. Contohnya, modem akan menerima isyarat analog daripada talian telefon dan menukarkannya kepada isyarat digital sebelum diterima oleh peranti destinasi.
    5. Destinasi: Mengambil data yang datang daripada penerima.



Kembali ke kandungan



Pemindahan Data

  • Komputer menghasilkan signal berbentuk digital yang sebenarnya merupakan kehadiran denyutan elektrik.
  • Setiap denyutan ini diwakili pula nombor binari 1 dan 0 bagi status on dan off. (1=on, 0=off).
  • Sebahagian talian komunikasi mampu menghantar signal digital ini secara terus tetapi talian komuniasi seperti talian telefon, kabel coaxial atau litar mikrowave yang asalnya direka untuk penghantaran suara secara analog tidak mampu menerima signal berbentuk digital.
  • Signal digital ini perlu diterjermahkan terlebih dahulu kepada bentuk analog sebelum dipindahkan. Penterjemahan data dari bentuk digital kepada analog dinamakan modulation.
  • Penterjemahan sebaliknya dinamakan demodulation.
  • Alat yang paling popular digunakan sebagai modulator (peranti yang menukar signal digital kepada analog) ialah modem.


Kembali ke kandungan



Peranti asas komunikasi data yang digunakan untuk pertukaran data

  • Terminal
    • Terminal Dungu
    • Terminal Biasa
    • Terminal Pintar
  • Hos Komputer
    • Kerangka Utama
    • Super Komputer
    • Mini komputer
  • Kod Komunikasi Data
    • Kod ASCII
    • Kod EBCDIC
    • Piawai Unicode
Kembali ke kandungan