Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 corat-coret::corat-coret::corat-coret::corat-coret

 

 

Pinjaman menguntungkan           

 

Sedang saidina Ali dalam perjalanan hendak membeli makanan untuk keluarganya, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berkata, “Siapakah yang hendak meminjamkan kepada Allah suatu pinjaman  yang baik?” Mendengar tawaran itu, Saidina Ali pun memberikan wang enam dirham yang ada padanya.

            Tidak lama kemudian, Saidina Ali bertemu seorang lelaki dengan untanya. Kata lelaki itu, “Wahai bapa Hassan, belilah unta ini.”

          “Aku tidak punya wang untuk membelinya,” kata Saidina Ali.

            “Aku jualkan unta ini kepadamu dengan harga 100 dirham. Wangnya bolehlah kamu bayar kemudian,” kata lelaki itu. Saidina Ali pun bersetuju.

            Setelah itu Saidina Ali pun berjumpa pula dengan seorang lelaki lain yang hendak membeli untanya. “Berapa harganya?” Tanya lelaki itu.

            “ 300 dirham,” jawab Saidina Ali

            Lalu lelaki itu membeli unta itu dan membayarnya secara tunai. Saidina Ali pun pulang ke rumah membawa wang 300 dirham dengan gembiranya.

            Rasulullah s.a.w memberitahu Saidina Ali bahawa orang yang menjual unta itu adalah malaikat Jibril dan yang membeli untanya adalah malaikat Israfil. Kata baginda, “Wahai Ali, kamu sungguh beruntung, kerana kamu berikan pinjaman kepada Allah enam dirham. Sebagai balasannya, Allah memberikan kepada kamu 300 dirham.”