Objektif sukatan pelajaran Pengajian Am adalah untuk membina:
· Kebolehan mengeluarkan fikiran yang logis dan teratur dengan menggunakan bahasa yang berkesan;
· Kebolehan mengulas teks secara kritis dan objektif;
· Kebolehan menafsir dan menganalisis teks yang dipersembahkan dalam pelbagai bentuk seperti prosa, puisi, statistik, graf, dan gambar rajah;
· Pengetahuan tentang kenegaraan Malaysia dan pengetahuan am dari perspektif semasa dan perspektif sejarah.
Bentuk
Komunikasi ( Anggaran 300 waktu)
Bahan bacaan yang dipilih merupakan sampel petikan yang sesuai bagi setiap bidang.
Bidang |
Catatan |
Sains sosial: meliputi bidang sosiologi, pendidikan, politik, ekonomi, psikologi, geografi, dan kebudayaan. |
Tumpuan hendaklah diberikan kepada persoalan umum semasa. |
Kemanusiaan: meliputi bidang keagamaan, sejarah, falsafah, sukan, dan linguistik. |
Tumpuan hendaklah diberikan kepada persoalan umum yang menyentuh manusia sejagat. |
Sains dan teknologi: meliputi bidang sains, matematik, kejuruteraan, perubatan, komputer, veterinar, pertanian, dan perikanan. |
Tumpuan hendaklah diberikan kepada sejarah, falsafah, prinsip, dan aplikasinya. |
Karya kreatif: meliputi riwayat hidup, kisah, perasaan, emosi, dan imaginasi. |
Tumpuan hendaklah diberikan kepada aspek kebahasaan. |
1.2
Kedalaman Pengajian Am
Kajian dan pengetahuan berkenaan sesuatu bidang itu hendaklah memperlihatkan kematangan dalam kefahaman dan pemikiran.Pengajian dan pemerolehan pengetahuan melalui pembacaan dan perbincangan itu haruslah memberikan tumpuan kepada yang berikut:
1.2.1 Jenis Komunikasi Prosa
(i)
Mengenali
bentuk-bentuk komunikasi prosa yang lazim
dengan memberikan tumpuan
kepada ciri dan gaya penulisan:
(a) deskriptif
(b) naratif
(c) informatif
(d) penghujahan
(e) penilaian
(ii) Mengenali bentuk laras bidang supaya dapat memahami isi kandungan yang tersurat dan tersirat bagi menjana idea-idea dalam membincangkan permasalahan atau isu dan kemampuan untuk mengaplikasi, menganalisis, mengsistesis dan menilai pengetahuan yang diperolehi serta berkebolehan untuk membuat perhitungan di mana yang relevan.
(iii)
Mengeluarkan idea yang berorentasi pelbagai laras bidang dari bahan-bahan
yang berkaitan dalam bentuk prosa secara teratur dan sistematik dengan
menggunakan bahasa yang mapan dan berkesan. Perbincangan perlu dikaitkan dengan
isu - isu semasa dalam Tajuk 4 (Pengetahuan Am).
1.2.2 Jenis Komunikasi Teknikal
(i)
Mengenali dan memahami bentuk-bentuk komunikasi teknikal yang asas dengan
tumpuan kepada pemboleh ubah, aspek-aspek teknikal, nilai, kejelasan,
persembahan, dan kerja-kerja penghitungan yang berkaitan:
(a) jadual – antara dan dalam sektor; dalam sektor sahaja.
(b) graf ( komunikasi berpaksi ) – garis dan bar; kompaun dan komponen: mudah dan kompleks
(c) carta – pai, aliran; mudah dan kompleks
(d) piktograf – piktogram, gambar rajah
(ii) Menganalisis fakta dan data bagi mengeluarkan idea yang berorentasikan pelbagai laras bidang dari bahan – bahan yang berkaitan dalam bentuk teknikal (perangkaan dan grafik )
(iii) Memilih dan membina media teknikal yang sesuai.
Pengetahuan
Kenegaraan Malaysia ( Anggaran 65 waktu )
Pengetahuan
ini haruslah meliputi sistem pentabiran dan perundangan Malaysia yang berasaskan
perlembagaan negara.
2.1 Perlembagaan ( Rujuk Bahagian 2 dan 3 Perlembagaan Malaysia )
2.1.1 Mengetahui takrif dan konsep perlembagaan, dan konsep ketertinggian perlembagaan.
2.1.2 Mengetahui jenis perlembagaan: bertulis dan tidak bertulis.
2.1.3 Mengkaji perkembangan perlembagaan Malaysia
2.1.4 Mengkaji perlembagaan Malaysia: negeri dan persekutuan
2.1.5
Mengkaji peruntukan utama dalam perlembagaan Malaysia:
kewarganegaraan; hak asasi; sistem pemerintahan – raja berperlembagaan,
demokrasi berparlimen, dan negara persekutuan.
2.1.6 Mengenali jenis-jenis pindaan perlembagaan – pindaan yang memerlukan majoriti 2/3 ahli Majlis Parlimen dan diperkenan oleh Majlis Raja-Raja, majoriti 2/3 ahli Majlis Parlimen, majoriti 2/3 ahli Majlis Parlimen san kelulusan Yang Dipertuan Sabah dan Sarawak, majoriti mudah Majlis Parlimen.
2.2 Sistem Pemerintahan
2.2.1 Memahami konsep umum seperti:
(i) konsep negara dan mengenali ciri
(ii) membezakan sistem negara: kesatuan, konfederasi, persekutuan.
(iii) membezakan bentuk
negara: monarki, republik, demokrasi, autokrasi
2.2.2 Memahami sistem pemerintahan kerajaan Malaysia dari segi sistem negara,
bentuk negara, dan pengasingan kuasa ( pentabiran, perundangan, kehakiman )
2.3 Pentadbiran
2.3.1
Struktur, organisasi pentabiran, peranan, dan tanggungjawab Kerajaan
Perkekutuan (Rujuk Bahagian 4 Perlembagaan Malaysia)
(i) Bidang kuasa – Senarai Persekutuan, Senarai Bersama, Senarai Negeri.
(ii) Struktur organisasi Kerajaan Persekutuan dan fungsinya – Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja, kabinet, kemeterian, agensi awam, suruhanjaya, Majlis. Perhatian hendaklah diberikan juga kepada Sistem Birokkrasi
2.3.2 Struktur, organisasi pentabiran, peranan dan tanggungjawab Kerajaan
Negeri. ( Rujuk Bahagian 5 Perlembagaan Malaysia )
(i) Bidang kuasa – Senarai Persekutuan, Senarai Bersama, Senarai Negeri
(ii) Struktur organisasi Kerajaan Negeri dan
fungsinya – Sultan/Yang
Dipertua.
2.3.3 Struktur, organisasi pentabiran, peranan dan tanggungjawab Kerajaan
Tempatan
(i) Bidang kuasa – di bawah kawalan kerajaan negeri dan kuasa autonomi
(ii) Jenis – perbandaran, majlis daerah.
(iii)
Struktur organisasi Kerajaan Tempatan.
2.3.4 Penyelarasan pentadbiran antara Persekutuan dengan Negeri, Negeri dengan Negeri, Kementerian dengan Kementerian, Persekutuan dengan Kerajaan Tempatan
2.3.5 Kewangan Negara (Rujuk Bahagian 7 Perlembagaan Malaysia )
(i) Kumpulan Wang Yang Disatukan bagi Kerajaan Negeri
(ii) Sumber kewangan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan Kerajaan Tempatan
(iii) Perbelanjaan yang dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan.
(iv) Belanjawan Negara
(v) Kumpulan Wang Luar Jangka
(vi)
Kumpulan Wang Amanah
(vii) Kumpulan Wang Rizab Negeri
(viii) Penyerahan cukai dan royalti kepada Negeri
(ix) Pinjaman Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan
(x) Institusi Ketua Audit Negara
Perundangan
3.1 Sejarah Perundangan Malaysia
Sejarah perundangan dilihat dari segi perkembangan sumber dan jenis undang-undang di Malaysia:
3.1.1 Undang-undang
bertulis: perlembagaan, akta, enakmen, ordinan, perundangan kecil.
3.1.2 Undang-undang tidak bertulis: undang-undang adat, undang-undang Islam,
undang-undang lazim Inggeris, Doktrin Duluan Kehakiman
3.2 Badan Penggubal Undang – Undang
3.2.1 Badan Perundangan Persekutuan
(i)
Komponen Parlimen – Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara, Dewan Rakyat
(ii) Fungsi Parlimen dan Komponennya
(iii) Keahlian Dewan Rakyat dan Dewan Negara – syarat kelayakan dan ke
istimewaan
(iv) Proses penggubalan dan pelulusan undang-undang
3.2.2
Badan Perundangan Negeri
(i)
Komponen Sultan atau Yang di-Pertua Negeri dan Dewan Undangan Negeri.
(ii) Fungsi Badan Perundangan
Negeri.
(iii) Proses penggubalan dan pelulusan undang-undang.
(i)
Suruhanjaya Pilihan Raya – peranan dan bidang kuasa.
(ii) Perjalanan dan prosedur pilihan
raya.
(i) Pentadbiran
(ii) Perlantikan dan pemecatan anggota
kehakiman.
(iii) Kebebasan kehakiman
3.3.2
Fungsi Kehakiman
(i) Mentadbir undang-undang
(ii) Mengesahkan undang-undang
(iii) Mentafsikan undang-undang
(iv) Menyelesaikan pertikaian
(v) Memelihara hak kewarganegaraan
3.3.3 Jenis Mahkamah
(i) Mahkamah Awam – struktur dan bidang kuasa, termasuk perbezaan struktur
mahkamah antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
(a)
Mahkamah Persekutuan
(b)
Mahkamah Rayuan
(c)
Mahkamah Tinggi
(d)
Mahkamah Sesyen
(e)
Mahkamah Majistret
(f)
Mahkamah Penghulu
(ii) Mahkamah Khas Raja-Raja – Keanggotaan dan bidang kuasa
(iii)
Mahkamah Syariah – struktur dan bidang kuasa;
(a)
Mahkamah Rayuan Syariah
(b)
Mahkamah Tinggi Syariah
(c)
Mahkamah Rendah Syariah
(iv) Mahkamah Khas – keanggotaan dan bidang
kuasa.
(a)
Mahkamah Juvana
(b)
Mahkamah Tentera
(c)
Mahkamah Bumiputera
(d)
Mahkamah Perusahaan
(e)
Mahkamah Buruh
(v)
Badan pengadilan yang lain – keanggotaan dan bidang kuasa
(a) Pesuruh Khas Bagi Cukai Pendapatan
(b) Badan Tatatertib Profesional, misalnya Majlis Peguam dan Persatuan
Perubahan Malaysia.
3.3.4
Atur cara Perbicaraan dan Rayuan di Mahkamah
(i) Atur cara
Sivil.
(ii) Atur cara
jenayah.
3.3.5 Perkhidmatan Perundangan
(i) Peguam Negara- Status dan bidang kuasa
(ii) Peguamcara Negara dan Penggubal Undang-Undang Parlimen – Status dan
bidang kuasa
(iii) Biro Bantuan
Guaman- fungsi/peranan
4.
Pengetahuan Am (Anggaran 35 waktu)
Pemahaman
isu-isu penting mengenai Malaysia dan daerah serantau, serta isu-isu penting
mengenai Malaysia dan dunia dari segi ekonomi, kebudayaan, dan kerjasama
serantau.
(i) Pra Dasar Ekonomi Baru
(a)
Rancangan Malaya I (1956-1960)
(b)
Rancangan Malaya II (1961-1965)
(c)
Rancangan Malaysia I (1966-1970)
(ii) Dasar Ekonomi Baru
(a)
Rancangan Malaysia II (1970-1975)
(b)
Rancangan Malaysia III (1976-1980)
(c)
Rancangan Malaysia IV (1981-1985)
(d)
Rancangan Malaysia V (1986-1970)
(iii) Dasar Pembangunan Nasional
(a)
Rancangan Malaysia VI (1991-1995)
(b)
Rancangan Malaysia VII (1996-2000)
(c)
Rancangan-rancangan berikutnya.
Tumpuan
hendakalah diberi kepada dasar-dasar yang meliputi objektif dan strategi;
(i) Dasar Pelbagaian Ekonomi
(ii)
Dasar Pertanian
(iii) Pelan Induk Perindustrian
(iv)
Dasar Perindustrian Berat
(v)
Dasar Pensyarikatan Malaysia
(vi)
Dasar Penswastaan
(vii)
Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran
(viii) Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam
(ix) Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia
(x) Dasar Kependudukan
(xi) Dasar Halacara Baru dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar
4.1.2 Dasar Sosiopolitik
(i)
Masyarakat majmuk – masalah perpaduan, usaha-usaha untuk memupuk
perpaduan : tumpuan hendaklah diberikan kepada
(a)
Dasar Pendidikan Negara ( Falsafah Pendidiakan )
(b)
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
(c)
Rukun Negara
(d)
Persemuafakatan Politik
(e)
Intergrasi Nasional
(ii)
Kecekapan Pentadbiran Awam – tumpuan hendaklah diberi kepada
(a)
Dasar Pandang Ke Timur
(b) Penerapan Nilai-nilai Islam
(c)
Kumpulan Meningkat Mutu Kerja
4.1.3
Wawasan 2020 – tumpuan kepada objektif/matlamat, cabaran-cabaran,
strategi pengisian untuk mencapai matlamat Malaysia Maju dan Pembangunan
Menyeluruh.
4.2 Dasar
Luar Negara
4.2.1
Faktor-faktor yang menentukan dasar luar:
(i)
Kepentingan Malaysia
(ii) Geostrategik
(iii) Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu
(iv) Islam
(v) Bekas Tanah Jajahan
(vi) Dasar Berkecuali
(i)
Pro Barat
(ii) Berkecuali
4.2.3 Malaysia dan serantau (ASEAN) dengan tumpuan kepada dasar dan kegiatan
bersama:
(i) Keanggotaan
(ii) Bentuk-bentuk kerajaan – politik, ekonomi dan
sosial
(iii) Cabaran dalam ASEAN
4.2.4
Malaysia dan badan-badan antarabangsa dengan tumpuan kepada penglibatan
dan kepentingan Malaysia dalam badan-badan tersebut, termasuk persidangan
antarabangsa yang utama.
(i)
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(ii)
Komanwel
(iii)
Kerjasama Selatan-Selatan
(iv) Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
(v) Pertubuhan Negara-negara Islam
Isu-isu,
peristiwa, dan projek terkini yang berkaitan dengan pembangunan negara, serantau
dan antarabangsa. Perbincangan dalam perkara ini boleh diaplikasikan dalam
bahagian bentuk komunikasi.
Bentuk
Peperiksaan
Peperiksaan
bagi mata pelajaran ini terdiri daripada dua kertas, iaitu Kertas 1 dan Kertas
2.
Kertas
1 : Aneka Pilihan (2 jam)
Kertas ini mengandungi 60 soalan aneka pilihan. Calon dikehendaki
menjawab swmua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah.
Kertas
ini mengandungi soalan-soalan seperti yang berikut;
(i)
Soalan yang berdasarkan petikan karangan yang bertemakan sains sosial,
kemanusiaan, sains, dan teknologi, dan sastera kreatif.
(ii) Soalan yang berdasarkan penyelesaian masalah
(iii) Soalan yang berdasarkan pengetahuan kenegaraan yang merangkum system
pentadbiran Malaysia, sistem perundangan Malaysia dan Kenegaraan Malaysia.
Kertas
2: Esei (2 jam 40 minit)
Kertas ini terdiri daripada empat bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian
B, Bahagian C dan Bahagian D. Calon dikehendaki menjawab empat soalaniaitu
satu daripada tiap-tiap bahagian.
Bahagian
A
Dua tajuk karangan yang berorientasikan sastera
akan
dikemukakan. Calon dikehendaki menulis karangan yang panjangnya diantara 300-350
patah kata berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk yang diberikan
Bahagian
B
Dua
tajuk karangan yang berorientasikan sains
akan dikemukakan. Calon dikehendaki menulis karangan yang panjangnya diantara
300-350 patah kata berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk yang diberikan
Bahagian
C
Bahagian
ini mengemukan dua soalan yang terdiri daripada petikan. Calon dikehendaki
mempersembahkan fakta dam maklumat yang terdapat dalam satu daripada
petikan-petikan yang diberikan dalam bentuk graf, carta, dan/atau bentuk-bentuk
komunikasi lain yang seumpamanya.
Bahagian
D
Bahagian ini mengemukan dua soalan yang terdiri daripada graf dan/atau carta dan bentuk-bentuk komunikasi lain yang seumpamanya. Calon dikehendaki mempersembahkan fakta dan maklumat yang terdapat dalam satu daripada graf dan/atau carta dan bentuk-bentuk komunikasi lain yang seumpamanya itu dalam bentuk karangan atau rencana.
Senarai
Bacaan
Bahan-bahan bacaan hendaklah terdiri daripada berbagai-bagai jenis.
Senarai di bawah ini merupakan panduan sahaja, bukan senarai yang lengkap.
1. Bacaan umum
(a)
Akhbar Harian
(b)
Majalah tempatan dan antarabangsa
(c)
Risalah-risalah kerajaan
(d)
Rancangan-rancangan Malaysia
(e)
Perlembagaan Malaysia
(f)
Laporan Ekonomi Tahunan
2. Buku rujukan
(a) Abdullah Sanusi Ahmad, Kerajaan dan Pentadbiran Malaysia, Dewan Bahasa
dan Pustaka Kuala Lumpur, 1982.
(b) Ahmad Atory Hussain, Pengantar Pentadbiran Awam, Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 1983.
(c) Buku tahunan Perangkaan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan
Perangkaan Malaysia, Kuala Lumpur.
(d) Dasar-Dasar Kerajaan Malaysia, INTAN, Kuala Lumpur 1991
(e) Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur
(f) Malaysia kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan , Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991.
(g) Malaysia Year Book, Berita Publishing, Kuala Lumpur.
(h) Prof Ahmad Mohamed Ibrahim & Ahilemah Joned, Sistem Undang-undang di Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.