Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

| DIREKTORI | LATAR | PENGAWAS | INFORMASI | PIBG | STAF | AKADEMIK | KO-KURIKULUM | KARYA | KONFERENS | EDITOR | ALBUM | CADANGAN |

 

Terkini

Laman Web Sekolah Menengah kebangsaan Agama Miri, Sarawak, Malaysia akan dilancarkan oleh Datuk Haji Adnan Haji Satem, PNBS, JBS, PPB. Kementerian Pertanian dan Perindustrian Makanan, pada 24 Mei 2001, di Dewan Serba guna, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri.

 

Objektif utama Laman Web ini diusahakan adalah untuk membolehkan  interaksi dua hala yang lebih efektif di kalangan ibu bapa dan masyarakat umum dengan pihak sekolah.

 

 

Seuntai Kata untuk Dirasa

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Syukur Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan dan limpahan kurnia-Nya dapat kita bersua di ruangan ini. Selawat dan salam untuk Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Menurut kajian cendikia, abad 21 merupakan gelombang ketiga dunia iaitu selepas manusia mencipta daya kreasi yang tinggi dalam era perindustrian dan permulaan tamadun dalam gelombang pertama. Teknologi maklumat menjadi inti pati utama manusia dalam abad ini iaitu setiap individu seharusnya memiliki keupayaan untuk menguasai teknologi maklumat secara maksimum dan optimum. Era ini menyaksikan bahawa masyarakat mula memberi pengiktirafan tentang  kehebatan dan kepandaian seseorang individu berdasarkan sejauhmanakah kepakaran mereka dalam bidang pengkomputeran Justeru itu, SMK Agama Miri atas visi dan misi untuk membina insan yang seimbang dari segi kecemerlangan duniawi dan ukhrawi, mengorak langkah sekali lagi dengan pelancaran laman web ini agar tidak akan ketinggalan dalam era ledakan informasi yang berkembang pesat pada hari ini.

Pelancaran laman web ini juga ialah supaya para warga SMK Agama akan terdedah dengan pelbagai maklumat yang berguna yang boleh didapati dengan adanya kemudahan internet. Warga SMK Agama juga boleh bertukar-tukar idea dan pendapat dengan pelbagai pihak

agar selari dan seiring dengan kemajuan dunia tanpa sempadan dan gelombang globalisasi atau dasar langit terbuka ini. Namun, singkapan tabir globalisasi perlu dikuak dengan iringan ketaqwaan dan keinsanan agar tidak tergelincir daripada sempadan keimanan dan supaya matlamat yang digariskan dapat dituai hasilnya dengan jaya.

Akhirul kalam, saya berharap agar pelancaran laman web pada hari ini menjadi antara penggerak utama ke arah pencapaian wawasan negara pada tahun 2020 yang menuntut pengorbanan yang tidak sedikit daripada warga Malaysia

 

 

Yang benar, 

AMIN BIN MOHD. RASHID

Pengetua,

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri

Sebanyak 3 orang guru SMKAM akan balik ke kampung halaman untuk menabur jasa bakti di negeri masing-masing.  Siapakah mereka yang dimaksudkan?

 

Cikgu Hazalina Ibrahim akan berpindah ke negeri Kelantan Darul Naim

 

Cikgu Masitah Jusoh akan berpindah ke negeri Terengganu Darul Iman

 

Cikgu Zubaidi Ibrahim akan berpindah ke negeri Kedah Darul Aman

 

Kursus Rekacipta dan Teknologi Bahan Simenfero

telah  berlangsung di SMK Agama pada 16~20 APRIL 2001, anjuran Jabatan Pendidikan.

 

 


| DIREKTORI | LATAR | PENGAWAS | INFORMASI | PIBG | STAF | AKADEMIK | KO-KURIKULUM | KARYA | KONFERENS | EDITOR | ALBUM | CADANGAN |