Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

TUGAS BERJADUAL

Ahli jemaah pengawas  akan bertugas dalam kumpulan lajnah masing-masing .Tugas-tugas ini di bahagikan kepada empat bidang. Ia akan digilirirkan setiap minggu.

Bidang  satu

Urus perhimpunan pagi

-memastikan pelajar menepati masa

-menunggu dan mengatur barisan

-menetapkan pembaca doa

Tatateretib dan Kelengkapan

-Mencatatkan nama pelajar yang melakukan kesalahan pada bila-bila masa

-Mencatat nama dan menasihat pelajar yang tidak lengkap pakaian seragam

-Memastikan setiap kelas dikawal oleh pengawas angkat serta tugasan yang difikirkan perlu.

Contoh:-Pengawas perlu hadir awal lima minit sebelum perhimpunan untuk melancarkan aktiviti.Setiap pengawas perlu mencatat sebarang bentuk kesalahan pelajar pada bila-bila masa.

 

BIDANG DUA

Mencatat nama pelajar lewat

-Catat nama pelajar lewat samada asrama atau harian

-Dapatkan nama melalui ketua pengawas ketika waktu rehat.

Mengawas keadaan waktu rehat

-keadaan kelas dikawal agar tidak mengganggu pelajar lain

-kebisingan perlu diminimumkan

-menegur pelajar yang bising

Membantu pelajar sakit di sekolah

-pelajar sakit dibantu berjumpa guru bertugas

-catat nama, kelas dan masa

serta tugas yang difikirkan perlu.

Contoh:-    Ketua akan membahagikan  ahli untuk bertugas pengawas kelas , pembantu pelajar sakit dan sebagainya.

BIDANG TIGA

Kebersihan Persekitaran Sekolah

-mengarahkan kelas bertugas menjalankan tugas

-mengawasi dan membantu pelajar sepanjang pembersihan

-merangkumi  kawasan blok sekolah, makmal , blok pentadbian , kantin, dewan,kawasan permainan,dan surau.

-mencatat nama pelajar yang mengotorkan kawasan sekolah.

serta tugasan yang difikirkna perlu.

Contoh:-Ketua perlu membahagikan ahli untuk bertugas mengikut zon yang ditetapkan.

 BIDANG EMPAT

Menjaga situasi waktu rehat

-kawalan waktu rehat di kantin dan koperasi

-tatatertib dan mengikut waktu

-catat nama pelajar lewat

-Pengawas masuk ke kelas tepat  pada waktunya(tidak perlu lebih masa)

Mengawal Pelajar ke surau/solat Jumaat

-menjaga laluan ke asrama

-memastikan tidak ada pelajar sihat terlepas ke asrama

-mencatat nama pelajar yang enggan

-pengawas keluar tepat pada masa biasa(tidak perlu keluar awal)

-mengawasi pelajar ketika khatib berkhutbah(tidur/bercakap)

-catat nama pelajar yang lewat/bising

serta tugasan yang difikirkan perlu.

Contoh:-Ketua akan membahagikan ahli kepada dua bahagian iaitu menjaga kawasan kantin dan kawasan koperasi dan semua laluan balik ke asrama.