Di dalam kejohanan tersebut, Rumah Merah iaitu Rumah Saidina Umar, telah merang kulgelaran juara ke seluruhan. Manakala tempat kedua telah disandang oleh Rumah Hijau iaitu Rumah Saidina Ali. Tempat ketiga ialah Rumah Biru iaitu Rumah Saidina Uthman dan tempat keempat ialah Rumah Kuning iaitu Rumah Saidina Abu Bakar. Disamping itu juga, pertandingan kawad kaki antara rumah, unit beruni form dan persatuan telah diadakan. Tempat pertama untuk pertandingan kawad kaki antara rumah disandang oleh Rumah Saidina Uthman, manakala pertandingan kawad kaki unit beruniform dan persatuan, tempat pertama disandang oleh Persatuan Bulan Sabit Merah.
Acara-acara yang dipertandingkan ialah acara padang, acara balapan dan acara jarak jauh. Disamping itu, kejohanan ditamatkan dengan persemhan seni mempertahankan diri oleh ahli Persatuan Karate-do sekolah. Bacaan ikrar kejohanan dibacakan oleh saudari Khairunnisa Hamidun selaku olahragawati sekolah.
LAPORAN RUMAH SUKAN
RUMAH SAIDINA ABU BAKAR
ORGANISASI :
|
Guru Penasihat: |
UstazAzhan |
|
|
Cikgu Oliver Cikgu Liew Sau Poh Cikgu CarolineLane Cikgu Ngimbang Puan Latifah Pn.CarolineTom |
|
Pengerusi: |
Mohd Ezwan Razali |
|
Naib Pengerusi: |
Dyg Nur Ervina |
|
Setiausaha: |
Jamilah Hajemi |
|
Bendahari:
|
Alrashid Abd Rahman Jusmin Jani |
Rumah Saidina Abu Bakar terdiri daripada 168 orang ahli. Rumah ini mengenakan yuran sebanyak RM 2.00 setiap ahli. Pada 29 Mac 2000 , Rumah Saidina Abu Bakar telah menyertai sukan tahunan sekolah yang diadakan di Stadium Mini Miri. Rumah ini gagal mengekalkan kedudukannya seperti tahun lepas. Namun begitu, ahli-ahli rumah ini menerimanya sebagai satu cabaran untuk meningkatkan lagi usaha untuk merebut kembali kejuaraan yang pernah disandang.
ORGANISASI :
|
Guru Penasihat:
|
Ustaz Jaafar Ustaz Mukti Ustaz Ismail Cikgu Rosli Cikgu Masitah Cikgu Magdelan |
Pengerusi:
|
Mohd Herman Juli Riza Kasim |
|
Naib Pengerusi:
|
Yazrul Hakimi Zuliana Muktar |
|
Setiausaha: |
Norsilawati Jamari |
|
Bendahari: |
Asmah Julaihi |
Rumah Saidina Usman telah mengadakan latihan sukan dan kawad kaki pada setiap petang menjelang Sukan Tahunan Sekolah 2000. Dalam sukan tahuna itu, Rumah Saidina Usman telah berjayamenjuarai bahagian Perempuan Kelas 1. Pasukan kawad kaki rumah juga telah berjaya menjadi johan perbarisan.Adalah menjadi kebanggaan rumah sukan ini apabila beberapa orang atletnya dipilih untuk mewakili sekolah dalam MSSMB. Mrerka yang menjadi kebanggaan itu ialah Headar Tawang, Shafri Wijaya, Hanif Hazemi, Hasnah Borhan dan Herman Juli.
ORGANISASI:
|
Guru Penasihat:
|
Cikgu Zubaidi Cikgu Adi Afzal Puan Mackinna Puan Tsau |
Pengerusi: |
Awg Shahrizan Awg Abu Bakar |
| Naib Pengerusi: |
Noor Erniza Mat Salleh |
| Setiausaha: |
Abg Sufri |
| Bendahari: |
Masnaih Mawi |
Rumah Saidina Umar telah mengadakan latihan sukan dan kawad kaki pada setiap petang seperti yang telah dijadualkan untuk setiap rumah sukan menjelang Hari Sukan Tahunan Sekolah 2000. Para peserta rumah yang terlibat mengadakan latihan lebih kurang pada pukul 3-4 petang untuk pelajar lalaki da 4-5 petang untuk pelajar perempuan di padang sekolah dan kawasan yang berkenaan. Rumah Saidina Umar telah berjaya meraih johan keseluruhan pada Hari Sukan Tahunan Sekolah. Adalah menjadi kebanggaan rumah sukan ini apabila beberapa atletnya dipilih untuk mewakili sekolah dalam MSSMB. Mereka yangmenjadi kebanggaan itu ialah Khairunnisa Hamidun, Awg Shahrizan Awg Abu Bakar, Baderuzzaman Azahari, Wan Khairul Ikhwan, Mohd Ashrul dan Ramzul Adly.
ORGANISASI
Guru penasihat:
Cikgu Nordin
Ustaz Lutpi
Cikgu Hairul
Pn. Nurazian
Pn. Sharifah Maimunah
Pengerusi:
Iskarnain Dillah
Naib Pengerusi:
Nor Khalida Abu Bakar
Setiausaha:
Supermi
Bendahari:
Morliana Saifuddin
Rumah ini terdiri daripada 170 orang ahli. Rumah ini mengenakan yuran sebanyak RM.5.00. Pada 29Mac 2000, Rumah Saidina Alitelah menyertai sukan tahunan sekolah yang diadakan di Stadium Mini Miri. Rumah ini telah mendapat tempat kedua. Walaupun gagal menyandang juara keseluruhan seperti tahun lepas, ahli-ahlinya menerimasebagai satu cabaran untuk meningkatkan lagi usaha merebut kembali kejuaraan yang pernah disandang.Selain daripada itu, rumah ini turut juga menyertai pertandingan bola sepak antara rumah dan berjaya merangkul tempat kedua. Bagi pertandingan nasyid pula, rumah ini telah mendapat tempat kedua juga