Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Kandungan >> Profil UPEN > Piagam Ke Menu Profil UPEN  



Mengedarkan minit mesyuarat dalam lima (5) hari bekerja selepas tarikh mesyuarat.

Menyiapkan maklumbalas kepada keputusan mesyuarat/perbincangan dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum mesyuarat akan datang.

Menyiapkan Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam tempoh seminggu selepas menerima segala maklumat dan ulasan daripada jabatan/agensi berkaitan.

Memberi ulasan dan pandangan dari sudut sosio-ekonomi dalam masa 2 minggu selepas permintaan daripada tarikh permohonan pelanggan.

Menyiapkan kajian dan laporan pembangunan sosio-ekonomi dalam masa lima (5) bulan daripada tarikh arahan dikeluarkan.

Memberi ulasan ke atas permohonan projek-projek dan cadangan dalam masa 2 minggu selepas segala maklumat mengenainya lengkap.

Menyiapkan kertas Taklimat Pembangunan tiga (3) hari sebelum tarikh taklimat.

Mengemaskini data-data Pembangunan Negeri sebulan sekali.

Mengeluarkan data-data asas Maklumat Negeri dengan serta merta apabila dikehendaki.

Menyiapkan baucer tuntutan untuk dipanjangkan kepada Bahagian Tadbir dan Kewangan dalam tempoh tiga (3) hari tuntutan yang lengkap diterima.

Mempastikan suasana pejabat yang tenang, tenteram, bersih dan indah. Pelanggan akan dilayan dengan mesra dan pulang dengan perasaan yang menyenangkan.

Misi |Visi | Piagam