Saya mengalu-alukan kehadiran pengunjung
ke Laman Rasmi Unit Perancang Ekonomi Negeri
Perak (UPEN). Semoga saudara dan saudari mendapat manfaat
daripada Laman Rasmi UPEN ini.
UPEN adalah satu agensi perancangan pembangunan yang terpenting
di negeri ini. Tugas utama UPEN sebagai badan perancangan dan
penyelarasan pembangunan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi/
jabatan-jabatan kerajaan di negeri Perak. Adalah menjadi hasrat
unit ini untuk menentukan bahawa semua program pembangunan di
negeri Perak berjalan dengan lancar dan seiring dengan matlamat
pembangunan negeri secara keseluruhannya.
Sektor swasta amatlah digalakkan untuk melibatkan diri secara
aktif di dalam pembangunan di negeri Perak. Ke arah tersebut UPEN
bersedia untuk memberi segala bantuan dan nasihat bagi menjayakan
program yang dirancang dan ingin dilaksanakan oleh swasta. Negeri
Perak mempunyai semua ramuan yang diperlukan didalam menjayakan
semua projek dan program pembangunan seperti tenaga kerja yang
murah, mahir dan berpengetahuan dan sumber-sumber asli yang banyak
serta dasar-dasar kerajaan yang pragmatik dan luwes.
Iltizam UPEN adalah untuk bersama dengan semua pihak bagi
mencapai wawasan negeri Perak iaitu menjadikan
negeri Perak sebagai salah sebuah negeri termaju di Malaysia menjelang
tahun 2020 atau lebih awal daripada itu.
Sekian, terima kasih