Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 
Kata-kata Aluan Daripada Bahagian Pentadbiran
Penolong Kanan
PENOLONG KANAN
Hjh.Ramlah Hj.Husin
PENGETUA
PENGETUA
Hj.Morazuki Hashim
PK HEM
PK HEM
Hj.Abdul Aziz Lebai Omar

Asalamualaikum,
Dalam usaha untuk memberikan ruang dan kemudahan kepada warga sekolah ini mendapatkan maklumat tambahan, maka pihak sekolah telah menyediakan bilik maklumat yang dilengkapi dengan komputer yang mempunyai kemudahan internet dan telah mewujudkan sistem LAN atau sistem jaringan yang banyak membantu kerja-kerja pendokumentasian dan kerja-kerja merekod .Usaha ini juga untuk memastikan para pelajar dan guru SMKTAM tidak ketinggalan dalam perkembangan dunia IT yang kian mencabar pada masa ini.

Dengan terbinanya laman web ini, diharapkan semua warga sekolah dapat memanfaatkannya serta memberikan sokongan serta kerjasama untuk memastikan laman ini sentiasa "hidup" dan dikemaskinikan dengan maklumat yang perlu dari semasa ke semasa.

Saya juga mengharapkan agar laman ini dapat dijadikan suatu media yang interaktif untuk para pelajar dan guru berinteraksi terutamanya ketika di luar waktu sekolah. Oleh itu, selain memaparkan kegiatan dan maklumat tentang sekolah ini, diharapkan laman ini juga dapat dilengkapi dengan bahan pembelajaran yang sesuai untuk dijadikan sebagai bahan rujukan ilmiah bagi para pelajar dan guru.

Dengan minat dan kebolehan yang ada di kalangan warga sekolah ini, saya yakin laman web ini akan terus berkembang dan dapat menarik lebih ramai pelawat pada masa yang akan datang.

Sekian.

Tuan Hj Murazuki
(Pengetua SMKTAM-2000)


Depan
Aktiviti
Projek
Kajian
Rakan Siber
Akademik
Sukan
Persatuan

Jurnal
Forum
Berita
~Sembang
Projek
E-Pembelajaran
Carian