Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Tadika Roza
Home Lokasi Jadual&Tempahan

Pra-Sekolah/Tadika ] Program Cepat Belajar ] Berita Semasa ]

 

 

Selamat Datang Ke Laman Web Tadika Roza. Sila Semak Sebarang Kekosongan Kelas. Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda.

 

 

TADIKA ROZA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KAMI

 

Halaman ini disediakan bagi memudahkan para ibubapa/penjaga mengenali dengan lebih dekat aktiviti di Tadika Roza®. Pelbagai maklumat dipaparkan untuk membantu anda membuat pilihan yang tepat dalam memastikan anak-anak anda mendapat peluang pendidikan yang sewajarnya demi masa depan mereka yang lebih mencabar.

 

 

Misi Kami

Hasrat kami adalah untuk menyediakan peluang pendidikan kepada kanak-kanak bagi membantu mereka menjadi insan cemerlang dalam semua bidang di masa hadapan.

 

 

Latarbelakang 

Kami adalah sebuah pusat pendidikan pra sekolah yang menyediakan kemudahan pembelajaran kepada kanak-kanak seawal usia 4 tahun ke atas.

Peluang pembelajaran yang disediakan adalah pusat pendidikan pra sekolah dan kursus mambaca cepat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Kami telah berpengalaman dalam mengendalikan kursus membaca semenjak tahun 1996 dan mempunyai tenaga pengajar yang telah memiliki kepakaran selama 7 tahun dalam mengendalikan program tersebut.

Sehingga kini kami telah melahirkan ramai kanak-kanak yang boleh membaca sebelum mereka menjejakkan kaki ke sekolah lagi. Ada di antara mereka juga yang gagal membaca semasa di Tahun 1 dan 2 telah diajar dan dipulihkan sehingga boleh membaca.

Ramai ibubapa/penjaga yang melahirkan rasa kesyukuran di atas pencapaian anak-anak mereka kini.

 

 

Hubungilah kami

Anda boleh menghubungi kami dengan datang sendiri ke tempat kami beroperasi, menghantar 'e-mail' atau menelefon kami seperti di bawah:

Telefon
012-5296785
Alamat
No. 308, Jalan Venice Raya 1, Desa Manjung Raya, 32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan.
 
Electronic mail
Tadika Roza: tadikaroza@yahoo.com

 

 

[ Home ] Pra-Sekolah/Tadika ] Program Cepat Belajar ] Berita Semasa ]

Sila hantarkan e-mail ke tadikaroza@yahoo.com untuk sebarang soalan atau komen berkenaan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami dan juga laman web ini.
Hakcipta © 2003 Tadika Roza
Kemaskini: 22 October 2003 11:04