|
Penempatan Berkhemah
Melibatkan perkhemahan selama sebulan
di pusat-pusat latihan untuk latihan fizikal bertujuan
menanamkan semangat disiplin, ketahanan diri, bekerja
secara kumpulan (esprit de-corp) dan sebagainya. Pusat-pusat
latihan ini ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut:
i. Setiap pusat latihan memuatkan 1,000
orang peserta bagi tujuan memudahkan pengurusan dan
pecahan kepada kumpulan-kumpulan kecil.
Lokasi penempatan di kawasan tepi hutan,
pergunungan, tepi sungai atau tepi pantai
Lokasi di setiap negeri
Mempunyai kawasan latihan dan aktiviti
luar (outdoor) yang mencukupi untuk aktiviti daratan
dan perairan
Kawasan sekitar mempunyai ciri-ciri penempatan
dan latihan yang diperlukan untuk dibangunkan.
Mengambil kira fasilitas berdekatan seperti
lapang sasar, pengangkutan awam, tempat ibadat, hospital,
balai polis, bank dan sebagainya.
Penempatan Berasrama
Penempatan berasrama akan menggunakan
kemudahan penginapan di IPTA dan Maktab Perguruan selama
dua bulan untuk mejalankan aktiviti dan kurikulum, penerapan
patriotisme, pembangunan watak dan khidmat masyarakat.
Pelaksanaan program latihan selama dua bulan ini disesuaikan
dengan cuti panjang atau cuti semester bagi IPTA dan
Maktab Perguruan.
|