|
Sebuah Jawatankuasa Kabinet Mengenai
Kerahan Tenaga telah dibentuk dalam Mesyuarat Kabinet
pada 30 Oktober 2002 untuk mengkaji keperluan pelaksanaan
Kerahan Tenaga ini. Jawatankuasa ini dipengerusikan
oleh Y.B. Menteri Pertahanan dan dianggotai oleh 7 Menteri,
seorang Penasihat Perdana Menteri yang bertaraf Menteri
dan 5 Timbalan Menteri.
Di dalam mesyuarat pertama pada 12 November
2002, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga telah
menerima pengunaan istilah Khidmat Negara bagi menggantikan
istilah Kerahan Tenaga. Jawatankuasa Kabinet Mengenai
Khidmat Negara (JKMKN) telah menubuhkan 4 buah Jawatankuasa
Kecil iaitu Jawatankuasa Kecil Kewangan, Jawatankuasa
Kurikulum, Jawatankuasa Undang-Undang dan Jawatankuasa
Logistik bagi membantu jawatankuasa ini menyediakan
perancangan dan menyelaraskan keperluan pelaksanaan
Program Khidmat Negara.
Kabinet pada 28 Mei 2003 telah meluluskan
cadangan pelaksanaan Program Khidmat Negara dan Akta
Latihan Khidmat Negara 2003. Dewan Rakyat meluluskan
Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara pada
25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang
ini pada 7 Julai 2003
|