|
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
adalah satu program pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan
membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan
generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi
nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai
murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga
dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana
dilaksanakan ala Malaysia berteraskan tiga modul utama.
Peserta kelompok pertama peserta yang
akan menjalani Program Khidmat Negara ini adalah mereka
yang lahir pada tahun 1986 yang mana sedang berada di
tingkatan lima pada tahun 2003. Jumlah peserta yang
disasarkan akan terlibat di dalam program ini pada tahun
2004 ialah 85,000 orang setahun daripada anggaran kira-kira
480,000 orang yang layak. Memandangkan hanya 85,000
orang sahaja yang akan dipilih untuk menjalani latihan
Khidmat Negara ini, maka satu sistem pemilihan berkomputer
diwujudkan.
|