|
Alumni PLKN diwujudkan adalah ingin mengumpul
kembali ke semua warga wira dan wirawati Program Latihan
Khidmat Negara supaya dapat bertukar - tukar maklumat
dan pengetahuan setelah selesai mengikuti Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN) selama 3 bulan.
Kewujudan alumni ini adalah bertujuan
bagi memudahkan perhubungan di antara para pengurusan
alumni dan ahli serta bekas pelatih PLKN dalam menyalurkan
informasi dan maklumat terkini mengenai program atau
aktiviti terkini yang dirancang.
Selain itu kewujudan alumni ini juga
adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara
para pengunjung halaman ini serta ahli - ahli alumni
PLKN malah kewujudan alumni serta portal ini adalah
untuk memberikan maklumat yang betul dan terkini mengenai
Program Latihan Khidmat Negara kepada umum serta ibu
bapa.
Bagi yang berminat untuk menjadi alumni
di negeri masing - masing anda boleh menghubungi talian
yang di sediakan di bawah
Mohd Faizan Othman
Pengerusi Alumni PLKN Kebangsaan
52f Jalan 1/19
Pandan Indah
56100 Kuala Lumpur
atau hubungi talian 0398732222
|