Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

PUSAT SUMBER M4P

PUSAT SUMBER ILMU

Pintu Masuk ke Pusat Sumber

Maktab Perguruan Persekutuan

Pulau Pinang

SELAMAT DATANG KE PUSAT SUMBER M4P.

Pengenalan

Pusat Sumber M4P diwujudkan untuk menyediakan kemudahan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada bakal guru dan guru dalam perkhidmatan yang mengikuti kursus di sini. Konsep pembelajaran berasaskan sumber diberikan penekanan dan keutamaan yang menyeluruh. Kemudahan yang disediakan diharap menjadi dorongan kreativiti dan inovatif di kalangan pelajar dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan di maktab serta memenuhi kehendak cita-cita luhur Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pusat Sumber

Maktab Perguruan Persekutuan

Pulau Pinang

11700 Gelugor.

To contact us:

Phone: 04-6603166

E-mail: jilie_m4p@walla.com

Misi

Kepelbagaian Maklumat Di Pusat Sumber Membantu M4P Ke Arah Kecemerlangan

Objektif

· Melengkapkan Pusat Sumber dengan pelbagai jenis media yang terkini dan

mempertingkat kualiti perkhidmatan kepada pengguna.

· Menggalakkan penggunaan kemudahan serta perkhidmatan Pusat Sumber

secara optimum.

Piagam Pelanggan Pusat Sumber

 

· Kami berusaha memberi layanan mesra kepada pengguna pusat sumber maktab ini.

· Kami berusaha meningkatkan kemudahan kaunter seperti perkhidmatan yang cekap,

tepat dan berkualiti kepada pengguna.

· Kami berusaha bersikap baik, ramah dan bersopan dengan pengguna pusat sumber.

· Kami berusaha meningkatkan kebersihan pusat sumber demi keselesaan pengguna

· Kami berusaha membantu pengguna mendapatkan bahan rujukan dengan cepat dan

berkesan.

· Kami berusaha memproses borang keahlian dalam tempoh dua minggu dari tarikh

penyerahan borang.

· Kami berusaha memberi maklumat tertentu yang diperlukan tentang sebarang

pengetahuan berkaitan pusat sumber.

Sistem Pencarian Bahan yang dapat membantu pengguna mencari bahan dengan tepat.

Bahan-bahan dan perabot yang disusun atur dengan kemas untuk memberikan keselesaan kepada pengguna