Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Unit Kursus Jangka Pendek

Yang akan diterangkan dalam kursus jangka pendek ialah :

Objektif Kursus
Kursus yang ditawarkan
Kemudahan yang disediakan
Syarat permohonan
Cara memohon

Pengenalan

Selain kursus sepenuh masa, Kolej Komuniti Paya Besar juga menawarkan kursus-kursus jangka pendek yang bukan saja disasarkan kepada kakitangan awam dan swasta malah ianya juga boleh diikuti oleh semua lapisan masyarakat setempat yang berminat. Dengan adanya kursus-kursus ini, ianya akan dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk memantapkan lagi kemahiran sekaligus meningkatkan kualiti kerja di dalam sesuatu bidang.

Unit kursus jangka pendek berperanan memberi pendidikan berterusan dan sepanjang hayat kepada komuniti setempat untuk meningkatkan potensi diri. Unit ini diketuai oleh Ketua Jabatan Industri Perkhidmatan, Latihan Indusri dan perkhidmatan Sepanjang Hayat. Kursus-kursus pendek yang ditawarkan adalah berasaskan kepada modul-modul yang terdapat dalam kursus sepenuh masa. Bagi memenuhi hasrat pembangunan setempat, kolej ini juga menganjurkan kursus-kursus bersesuaian mengikut keperluan komuniti setempat. Justeru itu, kursus jangka pendek ini adalah lebih fleksibel dan boleh dijalankan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian.

Objektif Kursus

Membuka peluang pendidikan dan latihan sepanjang hayat kepada masyarakat setempat dalam meningkatkan pengetahuan dalam menggunakan Microsoft Word dan Excel seiring dengan perkembangan IT.

Memberi pendedahan dan peluang kepada masyarakat untuk mengekspresi kreativiti dengan mencipta pelbagai elemen grafik dengan menggunakan perisian yang sesuai.

Mendedahkan dan memberikan pengetahuan berkaitan dengan pemasangan litar elektronik.

Mengeratkan silaturrahim dan melahirkan satu hubungan baik dan mesra di antara komuniti setempat dengan kakitangan kolej.

Kursus Yang Ditawarkan

Teknologi Maklumat:

asas microsoft word

asas microsoft excel

asas microsoft powerpoint

asas pemasangan komputer

celik komputer

membina laman web

Multimedia Kreatif

adobe illustrator I & II

adobe photoshop I & II

macromedia flash I & II

asas fotografi

Elektrik

asas pendawaian

penyelenggaraan motor elektrik

kawalan motor elektrik

baik pulih alat elektrik

Kaunseling

teknik belajar

bengkel kerjaya

kemahiran berfikir

kenali personaliti

Am

kemahiran berkomunikasi

penampilan diri

gubahan

memasak

asas pengurusan kewangan

penyediaan akaun

Antara Kemudahan Yang Disediakan :

 

makmal komputer teknologi maklumat

makmal komputer multimedia

peralatan elektronik dan litar

nota modul

pensyarah yang berpengalaman

Syarat Permohonan

Terbuka kepada orang awam yang berminat

Yuran yang dikenakan :-Pendaftaran kursus: RM 5 - RM 20

Yuran hendaklah dijelaskan secara tunai sewaktu hari kursus berlansung.

Cara Memohon

Permohonan bagi Kursus Jangka Pendek Kolej Komuniti Paya Besar boleh dibuat dengan berhubung terus dengan pergawai berkaitan atau datang terus ke :

Kolej Komuniti Paya Besar,

Kementerian Pengajian tinggi Malaysia, d/a SMK Keri Damai, Jln. Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.