___________________________________________________________________________________________________________
Dilahirkan pada tanggal 6hb Januari 1980, anak watan Singapura ini mempunyai minat yang cukup mendalam di dalam bidang penulisan bahasa Melayu. Minat yang dipupuknya sejak dari bangku sekolah lagi, telah membuahkan beberapa hasil tukilan asli si penulis dari segi cerpen, novel, madah dan pantun.
Selain daripada menghasilkan karya-karya yang berbentuk kekata madah sebagai tatapan ramai malah minatnya juga tertumpu kepada penulisan cerpen mahupun novel di dalam aliran bahasa Inggeris. Ternyata setiap perjalanan yang dilalui untuk menghasilkan sesebuah karya tidaklah mudah kerana ianya memerlukan konsentrasi yang secukupnya dan penggunaan bahasa yang kuat untuk menyakinkan pandangan si pembaca. Oleh itu dia amat berterima kasih kepada semua yang bersusah-payah meluangkan masa untuk memberi kata nasihat mahupun kritikkan yang membina.
Terima kasih ini juga ditujukan khas buat semua teman seperjuangan dengannya yang sama-sama maju ke hadapan demi menyemarakkan lagi seni penulisan di Singapura.
Salam Sayang,
Lin Sayang