(Ringkasan Tarikh)Sejarah Umat Islam: 
Dari Kelahiran, Kegemilangan hingga Kemunduran

Abu ‘Izuddin ‘Abd as-Salam

Gambaran tentang kejayaan dan kemuliaan umat Islam ini telah hilang dari minda kebanyakan kaum muslimin ketika ini. Ini kerana zaman kejayaan dan kemuliaan mereka wujud ketika mereka masih lagi hidup dalam naungan Negara Islam yang menerapkan sistem Islam. Satu-satunya generasi yang sempat menyaksikannya adalah generasi yang hidup pada zaman akhir Khilafah Uthmaniyyah. Merekalah satu-satunya generasi yang mempunyai kesempatan untuk menyaksikan sisa-sisa kebesaran umat Islam yang hidup dalam naungan Negara Islam. Oleh kerana itu, antara kemuskilan yang ditemui di tengah umat Islam ketika ini adalah kemuskilan mendekatkan gambaran yang telah hilang itu dalam minda mereka disebabkan oleh realiti ada ketika ini.

Sekalipun demikian apapun kemuslikannya, kemuliaan umat Islam dalam naungan Negara Islam itu bukanlah catatan sejarah dan angan-angan semata-mata. Ini kerana bukti-buktinya benar-benar ada dan memenuhi ruangan sejarah selama 13 abad. Ketika ini, orang Islam yang mempunyai akal sihat pasti akan merindui semula kejayaan dan kegemilangan Islam dan kemuliaan mereka di bawah naungan Negara Islam. Oleh kerana itu, pemahaman yang benar dan jernih terhadap realiti tersebut akan meningkatkan keyakinan umat ini untuk meraih semula kemuliaan dan kejayaannya.

***

570 M

1. Kekalahan Abraha di dalam percubaannya untuk memusnahkan Kaabah.

2. Kelahiran Muhammad (saw). Bapa baginda, Abdullah, meninggal dunia sebelum kelahiran Nabi.

576 M

Ibu baginda, Aminah, meninggal dunia ketika Nabi berumur 6 tahun.

594 M

Muhammad (saw) berkahwin dengan Khadijah.

610 M

1. Muhammad (saw) dilantik menjadi Rasul (utusan) Allah.

2. Memulakan Fasa Dakwah Pertama: Membina para sahabatnya dan penganut Islam yang baru secara rahsia di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam. Firman Allah SWT. yang maksudnya:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum melainkan mereka mengubah apa yang ada di dalam diri-diri mereka." (Q.s. ar-Ra'd [13]: 11).

613 M

1. Fasa Dakwah Kedua: Dakwah secara terbuka setelah turunnya ayat:

"Maka sampaikanlah secara terbuka dengan apa yang diperintahkan kepadamu dan berpalinglah daripada orang-orang musyrik."           (Q.s.al-Hijr [15]: 94).

2. Interaksi di antara orang Islam dengan kafir bermula.

619 M

1. Israk dan Mi’raj

2. Mencari Nusrah (perlindungan) dalam rangka menerapkan Islam daripada orang-orang yang memiliki pengaruh serta kekuatan, dan suku-suku, kaum dengan syarat mereka memeluk Islam.

621 M

1. Fasa Dakwah Ketiga: Fasa dakwah yang ketiga bermula.

2. Baiah Aqabah Pertama: Rasulullah saw. telah diberi baiah oleh suku al-Aus dan al-Khazraj yang berasal dari Yathrib (Madinah).

3. Muhammad (saw) mengirim Mus'ab bin 'Umayr ke Yathrib untuk mengajarkan Islam kepada suku tersebut.

4. Sebahagian besar penduduk Madinah memeluk Islam.

622 M/1 H

1. Baiah Aqabah Kedua: Rasu-lullah telah menerima penyerahan pemerintahan Madinah dari al-Aus dan Khazraj. Baiah Aqabah Kedua ini diberikan oleh 73 lelaki dan 2 wanita. Mereka memberi Muhammad (saw) baiah untuk memeluk Islam dan memberi perlindungan kepada Nabi (saw).

2. Perintah untuk berhijrah dike-luarkan oleh Muhammad (saw) kepada para sahabat. Quraisy merancang untuk membunuh Muhammad (saw), tetapi perancangan mereka gagal dan Muhammad (saw) berjaya melakukan hijrah.

622 M / 1 H

Negara Islam ditegakkan

622-32 M

1. Muhammad (saw) sebagai Ketua Negara Islam Pertama.

2. Mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajirin.

3. Menubuhkan masjid sebagai pusat pentadbiran agama dan politik.

4. Menandatangani Wathiqah Ma-dinah (Piagam Madinah) antara kaum muslimin (Ansar dan Muhajirin) dengan orang-orang kafir musyrik dan Yahudi Yathrib.

624 M

Peperangan Badar: Islam dan kaum muslimin menang. 313 kaum muslimin berhadapan dengan 1000 kaum kuffar. Peperangan yang paling penting dalam sejarah Islam.

625 M

Peperangan Uhud: Pihak kaum muslimin kalah. Sebahagian dari tentera Islam mengengkari salah satu dari perintah Muhammad (saw) dan meninggalkan posisi penting di medan perang. Muhammad (saw) sendiri telah tercedera.

627 M

Peperangan Khandaq (al-Ahzab): Islam dan kaum muslimin menang. Selepas peperangan ini pihak Quraisy tidak lagi mampu untuk melancarkan serangan terhadap orang Islam.

628 M

1. Peperangan Bani Quraydah: Islam menang,

2. Perjanjian Hudaybiyah: Perjanjian damai dengan tempoh maksimal 10 tahun, yang dimaterai oleh kaum muslimin dengan Quraisy. Langkah politik Nabi (saw) yang bijak. Antara lain untuk menghancurkan pakatan antara Quraisy dan Khaybar. Dengan demikian, kekuatan pihak Quraisy semakin lemah.

3. Titik perubahan dalam Sirah.

4. Mengutus surat kepada para pemimpin dunia untuk mengajak mereka kepada Islam.

5. Peperangan Khaybar: Islam menang.

629 M

Peperangan Mu'tah: Perang antara pihak Islam dan Rom. Kaum muslimin berundur. 3,000 orang Islam berhadapan dengan 200,000 kaum kuffar.

630 M

1. Pebebasan Makkah: Selepas pihak Quraisy melanggar Perjanjian damai Hudaibiyah, Makkah berjaya dibebaskan oleh Nabi saw.

2. Peperangan Hunayn: Islam me-nang.

3. Peperangan Ta'if: Islam menang.

4. Peperangan Tabuk: Rom berundur.

631 M

1. Tahun Deligasi:

2. Suku-suku Arab yang lain di Semenanjung Arab memberikan baiah mereka kepada Nabi saw.

632 M / 11 H

1. Haji Pepisahan: 100,000 kaum mus-limin menghadirinya.

2. Muhammad (saw) mempersiapkan bala tentera Usamah bin Zayd untuk menyerang Rom.

3. Kewafatan Muhammad (saw).

632 - 661 M/11 - 40 H

Al-Khilafah ar-Rasyidah

632 - 34 M/11-13 H

Khalifah Abu Bakar As-Siddiq

632 M

1. Para sahabat melantik Abu Bakar se-bagai Khalifah.

2. Meneruskan misi Usamah bin Zayd.

3. Abu Bakar memerangi golongan murtad dan suku Arab yang engan membayar zakat.

633 M

1. Peperangan Yamamah: Islam berjaya membebaskan selatan Syria.

2. Penaklukan al-Hirah di Iraq.

3. Pengumpulan al-Qur'an: Quran dikumpulkan dalam bentuk buku yang diketuai oleh Zayd bin Thabit.

634 M / 13 H

1. Peperangan Ajnadin di Palastin.

2. Abu Bakar meninggal dunia.

634 M - 644 M/13-23 H

Khalifah ‘Umar bin al-Khattab.

636 M

1. Barah dan Ba'labak dibebaskan.

2. Damsyik dan Hims dibebaskan.

637M

1. Syria dan Jordan dibebaskan.

2. Peperangan Yarmuk yang dipimpin oleh Khalid bin al-Walid.

3. Bandar al-Kufah dibina.

638 M

1. Iraq dibebaskan.

2. Peperangan al-Qadissiyah.

3. Jerusalam dibebaskan secara aman.

4. Peperangan Jalula': Parsi dikalah-kan.

5. Banyak lagi kota-kota di Syria di-bebaskan.

639M

1. Penyusunan Kalender Hijrah.

2. Para sahabat mengesyorkan per-mulaannya didasarkan kepada peristiwa yang paling penting dalam sejarah Islam, iaitu penghijrahan Nabi (saw) dari Makkah ke Madinah untuk mendirikan Negara Islam.

640M

Kawasan di Iraq dan Syria yang masih tinggal di bebaskan.

641M

Qaysariyyah dibebaskan.

642 M

1. Mesir dibebaskan.

2. Kaum Yahudi berpindah dari nege-ri Arab ke Syria.

643 M

1. Empayar Parsi runtuh, dan Iran dibebaskan.

2. Peperangan Nahawand

644 M / 23 H

1. Tripoli (Libya) dibebaskan.

2. Azerbaijan dibebaskan.

3. Hamazan dibebaskan.

4. Asfahan dibebaskan.

5. ‘Umar dibunuh oleh seorang Majusi.

644 - 656 M/23-35 H

Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan.

648 M

1. Syapur dibebaskan.

2. Tripolitania dibebaskan.

652 M

Khurasan dan Naisapur ditakluki.

653 M / 35 H

‘Uthman dibunuh di Madinah.

656 - 661 M

Khalifah ‘Ali bin Abi Talib.

658 M

Peperangan Jamal: Peperangan antara Khalifah ‘Ali dengan penentangnya.

659 M

Peperangan Sifin: Perang antara Khalifah Ali dengan penentangnya, iaitu Mu'awiyah.

1) al-Hasan al-Basri (643-732M)

660M

Peperangan Nahrawan: Peperangan untuk menentang golongan Khawarij.

661M / 40H

‘Ali dibunuh di Kufah.

661- 661 M/40 H

Khalifah al-Hasan bin ‘Ali.

661 M

Al-Hasan mengundurkan diri selepas 6 bulan.

661- 750 M / 41- 132 H

Al-Khulafa al-Umawiyyun

661 - 680 M/41-60 H

Khalifah Mu'awiyah bin Abi Sufyan.

661 M

Mu'awiyah menjadi khalifah, selepas al-Hassan memberikan baiahnya.

663 M

Burqaha (Libya) dan Kuwar (Sudan) dibebaskan.

663-6671 M

Kebanyakan negeri di Asia ditakluki.

680-683 M

Khalifah Yazid bin Mu'awiyah

683-683 M

Khalifah Mu'awiyah bin Yazid.

683-692 M / 64-73 H

Abdu-llah bin Zubayr menjadi Khalifah. Dia dibunuh oleh golongan Umawiyyun.

683-692 M

Khalifah Marwan bin Hakim.

691 M / 72 H

Kubah Batu (Dome of the Rock) dibina di Jerusalam.

692-705 M

Khalifah ‘Abd al-Malik bin Marwan.

696-705 M

Banyak bandar-bandar Rom dibe-baskan.

698-703 M

Keseluruhan Utara Afrika dibebaskan.

705 M

Turkistan dibebaskan.

705-715 M

Khalifah al-Walid bin ‘Abd al-Malik

706 M

1. Perluasan Masjid Nabawi.

2. Pembebasan Bukhara dan tempat-tempat lain.

711 M

Andalusia dan sebahagian Perancis dibebaskan

712 M

1. Sind dan Punjab (India) dibe-baskan.

2. Khawarizm dan Samarqand dibe-baskan.

713 M

Kabul (Afghanistan) dibebaskan.

715 M

Tus dibebaskan.

715-717 M

Khalifah Sulayman bin Abd al-Malik.

1) Iman Zayd bin ‘Ali (700-742 M)

2) Imam Abu Hanifah (700-768 M)

3) Imam Ja'afar (700-768 M)

4) Ibn Ishaq (708-774 M)

5) Imam Malik (713-797 M)

717-720 M

1. Khalifah ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz

2. Kemiskinan sifar di Negara Islam.

3. Tiada orang yang layak mene-rima zakat.

4. Dana dari zakat digunakan untuk membebaskan hamba di Eropah.

720-724 M

Khalifah Yazid bin ‘Abd al-Malik

732 M

Pertempuran Balat as-Syuhada di tengah Perancis. Islam dikalahkan.

743-744 M

Khalifah al-Walid bin ‘Abd al-Malik

744-744 M

Yazid (an-Naqis atau kurang) bin al-Walid

744-744 M

1. Khalifah Ibrahim bin al-Walid

2. Penerjemahan buku-buku Hellenistic (flasafah Yunani) ke bahasa Arab. Ini mengakibatkan lahirnya golongan Mutakalimin, seperti Mu‘tazilah, Jabariyyah, Ahlussunnah dan lain-lain.

744-750 M

Khalifah Marwan (al-Himar atau keldai) bin Muhammad

755 M

‘Abd ar-Rahman ad-Dakhil memula-kan pemerintahan di Andalusia.

132-923 H / 750-1517 M

Al-Khulafa al-Abbasiyyun

750-754 M

Khalifah Abu al-‘Abbas as-Saffah, memerintah dari Al-Kufah.

754-775 M

Khalifah Abu Ja'far al-Mansur

756-766 M

Pembinaan kota Baghdad.

775-785 M

Khalifah al-Mahdi

1) Imam Syafi‘e (767-820 M)

785-786 M

Khalifah al-Hadi

786-809 M

1. Khalifah Harun ar-Rasyid

2. Penaklukan banyak kawasan Rom.

3.  Imam Ahmad bin Hanbal (781-856 M)

4) Imam Muslim (wafat 833 M)

809-813 M

Khalifah al-Amin

813-833 M

Khalifah al-Ma'mun

1) Imam al-Bukhari (816-878 M)

833-842 M

Khalifah al-Mu'tasim Bi-llah

837 M

1. Khalifah menyahut seruan seorang perempuan Islam yang meminta pertolongan kerana ditawan oleh Rom, dan menyelamatkannya.

2. ‘Ammuriyah dibuka. 30,000 Rom terbunuh dan 30,000 yang lain ditawan.

1) Abu Dawud (824-897 M)

842-847 M

Khalifah al-Wathiq Bi-llah

1) Ibn Majah (831-895 M)

847-861 M

Khalifah al-Mutawakkil ‘Ala-llah

1) an-Nasa'i (837-925 M)

861-862 M

Khalifah al-Muntasir Bi-llah

866-869 M

Khalifah al-Mu'tazz Bi-llah

870-892 M

1. Khalifah al-Mu'tamid ‘Ala-llah

2. Di abad ke-4 Hijrah, seruan me-nutup pintu ijtihad telah terdengar, selepas al-Qaffal mengeluarkan fatwa mengharam-kan ijtihad. Bagaimanapun, secara rambang masih terdapat ramai mujtahid dalam Negara Islam.

1) Imam at-Tirmidhi (wafat 918 M)

892-902 M

Khalifah al-Mu'tadid Bi-llah

899 M/264 H

Kemunculan golongan Qaramita. Yang kemudian dihancurkan pada 458 H.

1) Imam at-Tabrani (wafat 932 M)

902-908 M

Khalifah al-Muktafi Bi-llah

908-933 M

Khalifah al-Muqtadir Bi-llah

913 M/301 H

Al-Hamra Qasr (istana al-Hamra) dibina di Seville, Andalusia.

930 M / 317 H

Qaramita menyerang Makkah ketika musim haji dan melarikan Hajar Aswad.

933-934 M

Khalifah al-Qadir Bi-llah

934-940 M

Khalifah ar-Radhi Bi-llah

940-944 M

Khalifah al-Muttaqi Li-llah

944-945 M

Khalifah al-Mustakfi Bi-llah

945-974 M

Khalifah al-Muti’ Li-llah

947 M/336 H

Sayf ad-Dawlah mendirikan Pemerin-tahan Hamadiyin di Allepo.

969 M

Kota Kahirah dibina.

970 M-972 M

1. Al-Mu'iz menbina Universiti al-Azhar untuk menyebarkan fahaman Fatimiyah.

2. Salah ad-Din al-Ayyubi kemu-dian membersihkan al-Azhar dari fahaman tersebut.

974 M-991 M

Khalifah at-Ta'i Li-llah

987 M / 377 H

Masjid Agung Cordova dibina.

996 M-1031 M

Khalifah al-Qadir Bi-llah

996 M -1021 M

Al-Hakim Bi-Amri as-Syaitan (bukan Bi-Amri-llah) memerintah Mesir.

1) Imam bin Hazm (994 M-1064 M)

1031 M-1074 M

Khalifah al-Qa'im Bi-Amri-llah

1037 M/429 H

Kaum Saljuk diketui oleh Tughril menakluk Khurasan.

1046 M/489 H

Pope Urban II memulakan Perang Salib Pertama.

1060 M

Kepulauan Sicily dibebaskan.

1070 M

Alb Arsalan dikalahkan oleh Rom. Rajanya ditawan, dan dibebaskan setelah membayar tebusan.

1074 M-1094 M

Khalifah al-Muqtadi Bi-Amri-llah

1090 M/483 H

Permulaan kumpulan al-Batiniyyah, dihapuskan pada 1256 M.

1094-1118 M

Khalifah al-Mustazhir Bi-llah

1099 M

1. Kumpulan al-Batiniyyah muncul di Asfahan.

2. Kaum Salib menguasai Jerusalam, dengan pertolongan golongan Fatimiyah.

1107-1108 M

Kaum Salib menakluki Tripoli dan sebahagian Syria.

1109 M

Yusuf bin Tasfin al-Babar menga-lahkan kaum Salib di Andalusia.

1) Imam Sarkasyi (wafat 1112 M)

1118 -1135 M

Khalifah al-Mustarsyid Bi-llah

1135-1136 M

Khalifah ar-Rashid Bi-llah

1136 - 1160 M

Khalifah al-Muqtafi Li-Amri-llah

1148 M

Khayr ad-Din Zinki mengalahkan kaum Salib berhampiran Damsyik

1160 -1170M

Khalifah al-Mustanjid Bi-llah

1169 -1193 M/564-589 H

1. Salah ad-Din memerintah Mesir.

2. Kaum Fatimiyah dikalahkan.

3. Pembersihan al-Azhar dari faham-an Fatimiyah.

1170 -1179 M

Khalifah al-Mustadhi Bi-Amri-llah

1171 M

Salah ad-Din memberikan baiah kepada Khalifah.

1177 M

Salah ad-Din membina tembok bandar Kahirah.

1) Ibn Asakir (wafat 1193 M)

1179-1225M

Khalifah an-Nasir Li-Dini-llah

1187 M

Salah ad-Din mengalahkan kaum Salib di Hittin (Palastin), al-Quds (Jerusalem) dan Syria dibebaskan.

1193 M

Salah ad-Din meninggal dunia.

1) Ibn Rusyd (wafat 1217 M)

1219 M

Kaum Salib menawan Dumiat (di Mesir)

1220 M

Ganghis Khan (Tatar) menawan Turkistan, Bukhara, Samarqand dan Khurasan.

1221 M

Al-Malik al-Kamil membebaskan Dumiat.

1225 -1226 M

Khalifah az-Zahir Bi-Amri-llah

1) Imam ar-Razi (wafat 1228 M)

1226-1242 M

Khalifah al-Mustansir Bi-llah

1229 M / 626 H

Kaum Salib menawan Jerusalem buat kali kedua.

1) Ibn Qudamah (wafat 1242 M)

1242 -1258 M

Khalifah al-Mu'tasim Bi-llah

1244 M / 642 H

Jerusalem dibebaskan kembali.

1249 M / 647 H

Kaum Salib melancarkan serangan kali ketujuh dan yang terakhir, diketuai oleh Louis IX, dan ianya gagal.

1256 M

Kekalahan mutlak kaum al-Batiniyyah di tangan Tatar.

1258 M

1. Hulaku menawan Baghdad dan membuhnuh Khalifah; Kaum Tatar membunuh 1.6 juta orang Islam. Dua penghianat iaitu Ibn al-Alqami dan Nasir ad-Din at-Tusi membantu kaum Tatar.

2. Titik kearah perubahan yang lebih parah terhadap intelektual Umat Islam yang memang telah merosot.

3. Ketiadaan Khalifah selama 3.5 tahun.

4. Al-Malik al-Muzaffar Qutuz (dari Mesir) mengalahkan kaum Tatar di Ayn Jalut (Palestine).

1) Imam an-Nawawi (1223 M-1277 M)

1261 -1262 M

Al-Mustansir Bi-llah, Khalifah terakhir di Baghdad.

1262-1301 M

Khalifah al-Hakim Bi-Amri-llah I

1262 M

Kebanyakan kumpulan kaum Tatar memeluk Islam.

1265 M

1) Ibn al-Ahmar menawan kembali 32 bandar di Andalus.

2) Halaku, raja Tatar meninggal dunia.

1281 M

1) Al-Malik al-Mansur Qalawun (dari Mesir) mengalahkan kaum Tatar di Syria.

2) Sultan Qalawun membebaskan Tripoli (Syria) dari kaum Salib selepas 150 tahun.

1293 M

Islam tersebar di kalangan tentera Tatar.

1299 -1326 M

Uthman I. Sultan Uthmaniyyah yang pertama. Dia berperang melawan Rom.

1) Ibn Taymiyyah (1263 -1328 M)

1301 -1339 M

Khalifah al-Mustakfi Bi-llah, I

1326-1329 M

Ourkhan I, Sultan Uthmaniah yang kedua. Dia menakluki Asia Kecil (Turki).

1) Ibn Kathir (wafat 1373 M)

2) Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah (wafat 1350 M)

1339 -1341 M

Khalifah al-Wathiq Bi-llah I

1341 -1352 M

Khalifah al-Hakim Bi-Amri-llah II

1325-1362 M

Murad I, Sultan Uthmaniah yang ketiga.

1352 -1362 M

Khalifah al-Mu'tadhid Bi-llah Pertama

1361 M

Murad membebaskan Adranah.

1362-1377 M

Khalifah al-Mutawakkil 'Ala-llah I (Pengangkatan Pertama)

1365-1405 M

Taimurlink (Mongol) memulakan peperangan terhadap kaum Muslimin.

1377 -1377 M

Khalifah al-Mu‘tasim I (Pengangkatan Pertama)

1377 -1383 M

Khalifah al-Mutawakkil 'Ala-llah I (Pengangkatan kedua)

1383-1386 M

Khalifah al-Wathiq Bi-llah II

1383 M

Murad menakluki Sofia.

1386 -1389 M

Khalifah al-Mu‘tasim Bi-llah I (Pengangkatan Kedua)

1389-1406 M

Khalifah al-Mutawakkil 'Ala-llah I (Pengangkatan Ketiga)

1389 M

Peperangan Kosovo, Murad mengalahkan Serbia (Yugoslavia)

1389 -1401 M

Ba-Yazid I, Sultan Bani Uthmaniyyah keempat.

1393 M

1) Bulgaria dibebaskan oleh Ba-Yazid.

2) Perancis dan German dikalahkan.

3) Taimurlink menakluk Baghdad, pertama kali.

1401 M

1. Taimurlink menakluk Baghdad, kali kedua.

2. Taimurlink menakluk sebahagian Syria.

1402 M

1. Taimurlink menakluk Ankara, Ba-Yazid tertawan.

2. Ba-Yazid dibebaskan, banyak kawasan kaum Muslimin dibebaskan semula.

1403 -1421 M

Khalifah al-Must'in Bi-llah

1421 -1451 M

Murad II, Sultan Uthmaniyyah keenam.

1422-1428 M

Murad menakluk semula kawasan yang ditakluk oleh Taimurlink.

1) Ibn Hajar (wafat -1474 M)

1430 -1441 M

Khalifah al-Mu'tadhid Bi-llah II

1431 M

Albania ditakluk oleh Murad II

1441-1450 M

Khalifah al-Mustakfi Bi-llah II

1450 -1459 M

Khalifah al-Qa'im Bi-Amri-llah

1451-1481 M

Muhammad II, Sultan Uthmaniah ketujuh.

1453 M / 857 H

Constantinople (Istanbul) dibebaskan oleh Muhammad II, yang kemudian mendapat gelaran al-Fatih yang bererti sang pembebas.

1458 -1460 M

Serbia (Yugoslavia) dibebaskan.

1459 -1479 M

Khalifah al-Mustanjid Bi-llah

1462 M

Bosnia (Yugoslavia) dibebaskan.

1479 -1497 M

Khalifah al-Mutawakkil 'Ala-llah II

1480 M

Sebahagian kepulauan Greek ditakluk oleh Muhammad al-Fatih.

1481 -1512 M

Ba-Yazid II, Sultan Uthmaniyyah Kelapan.

1492 M / 897 H

1. Kejatuhan Granada.

2. Inquisisi Spanyol. Pemerintahan Islam di Spanyol ditamatkan.

1) Imam as-Suyuti (1471 -1533 M)

1497 -1508 M

Khalifah al-Mustansik Bi-llah (Pengangkatan Pertama)

1508 -1516 M

Khalifah al-Mutawakkil 'Ala-llah III (Pengangkatan Pertama)

1512 -1520 M

Saleem I, Sultan Uthmaniyyah kesembilan.

1514 M

Tabriz (Iran) ditakluk, Shah Ismail dikalahkan.

1516 M

Peperangan Marj Dabiq: Syria ditakluk oleh Bani Uthmaniyyah.

1516 -1517 M

Khalifah al-Mustansik Bi-llah (Pengangkatan kedua)

1517 -1517 M

Khalifah al-Mutawakkil 'Ala-llah III (Pengangkatan Kedua)

1517-1924 M/923-1349 H

Al-Khulafah al-Uthmaniyyun

1517 -1520 M

Khalifah Saleem I

1517 M

1. Al-Mutawakkil meletakan jawatan Khalifah untuk Saleem I

2. Peperangan al-Ahram: Mesir ditakluki oleh Uthamaniah.

1520 -1566 M

Khalifah Sulaiman II

1521 M

1. Belgrade (Yugoslavia) ditakluk;

2. Gereja terbesar telah diubah menjadi masjid di mana Khalifah Sulaiman mendirikan sembahyang Jumaat.

1522 M

Rhodes ditakluk.

1526 M

Buda (separuh dari Budapest, Hungari) dibuka; Raja Louis telah terbunuh.

1527 M

Austria menawan Buda.

1529 M

1. Buda ditakluk semula, Austria berundur.

2. Vienna dikepung tanpa ditawan.

1532 M

Algeria dibebaskan oleh Uthma-niyyah daripada Sepanyol.

1534 M

1. Tabriz ditakluk semula.

2. Uthmaniah memerintah Baghdad.

1535 M

1. Tunisia dibebaskan oleh Uthma-niyah daripada Sepanyol.

2. Pulau Crete ditakluk.

1539 M

Perdamaian dengan Austria yang bersetuju untuk membayar Jiziyah.

1541 M

Pest (separuh Budapest, Hungari) ditakluki Khilafah Islam. Raja Austria berundur.

1543 M

Bandar Niche (Selatan Perancis) dibebaskan untuk sementara waktu.

1549 M

Sulaiman meminta Ibrahim al-Halabi untuk menulis sebuah buku berkenaan Perundangan Islam yang bertajuk Multaqa al-Abhur; Sulaiman digelar sebagai Sulaiman al-Qanuni.

1560 M

Tentera laut Uthmaniyyah mengalahkan Sepanyol di Jerba.

1565 M

Pulau Malta dikepong.

1566 M

1. Szeged (Szigetva di Hungari) ditakluk.

2. Sulaiman meninggal dunia akibat penyakit ketika diambang kemenangan.

1566 -1574 M

Khalifah Saleem II

1568 M

Austria bersetuju untuk meneruskan pembayaran Jizyah.

1571 M

1. Pulau Cyprus ditakluk.

2. Pope beusaha untuk mengga-bungkan Venice dan Sepanyol untuk menawan semula Cyprus.

1572 M

Spanyol menawan semula Tunisia.

1573 M

1. Perdamaian dengan Venice.

2. Cyprus kembali semula kepang-kuan Negara Islam dan Venice terpaksa membayar denda ketenteraan.

1574 -1595 M

Khalifah Murad III

1575 M

Polania memilih untuk tinggal di bawah perlindungan Khilafah Islam.

1577 M

Kargstan ditakluk.

1578 M

1. Portugis menyerang Maghrib

2. Maghrib dibebaskan dari Portugis.

1583 M

Taghistan dibebaskan.

1590 M

Sharwan, Luristan, dan Azerbaijan dibebaskan secara aman.

1595-1603 M

Khalifah Mehmet III

1596 M

Orlo (Hungary) dibebaskan; Austria kalah.

1603-1617 M

Khalifah Ahmad I

1606 M

Perdamian dengan Austria, Austria berhenti membayar Jizyah.

1617 -1618 M

Khalifah Mustafa I

(Pengangkatan Pertama)

1618 M-1622 M

Khalifah 'Uthman II

1622 M

Golongan Inkishari (tentera khas) menjadi terlalu berpengaruh dan mula mengubah Khalifah mengikut kehendak mereka.

1622 M-1623

Khalifah Mustafa I (Pengangkatan Kedua)

1623 M

Shah ‘Abbas menawan Baghdad.

1625 M

1. Buat pertama kalinya mubaligh Kristian berada di Lebanon dan mula meracuni pemahaman umat Islam terhadap Islam.

2. Serangan mubaligh Kristian bermula.

1623 -1640 M

Khalifah Murad IV

1635 M

Tabriz ditakluk semula oleh Khilafah.

1638 M

Baghdad ditakluk semula oleh Khilafah.

1640 -1648 M

Khalifah Ibrahim I

1645 M

Pulau Crete ditakluk semula.

1648 -1687 M

Khalifah Mehmet IV

1663 M

Kota Neohazel (Austria) ditakluk.

1672 M

1. Limburg ditakluk buat jangka waktu yang singkat.

2. Polania dikalahkan dan bersetuju untuk membayar Jiziyah.

1683 M

Vienna dikepong untuk kali terakhir; kebanyakan kota-kotanya berjaya dibuka tetapi Pope telah menyeru kepada negeri-negeri Eropah untuk membantu Austria dan akhirnya mereka berjaya mengalahkan kaum muslimin.

1686 M

Austria, Polania, Venice, Malta, Russia dan Pope telah membuat perjanjian suci dan berjaya merampas semula Budapest dan Neohazel.

1687 -1691 M

Khalifah Sulaiman II

1688 M

1. Samandriah, Qlubaz dan Belgrade terlepas ke tangan musuh.

2. Kaum muslimin hilang kawalan ke atas bandar Udine dan Niche di Eropah.

1690 M

Samandriah, Belgrade, Udine dan Niche dirampas semula.

1691-1695 M

Khalifah Ahmad II

1695 -1703 M

Khalifah Mustafa II

1695-1703 M

Khalifah Mustafa menyerang Russia.

Seluruh negara Eropah menyerang Negara Islam.

1703-1730 M

Khalifah Ahmad III

1711 M

Khalifah Mustafa mengepung Tzar Russia tetapi panglima tentera melakukan pengkhianatan kerana wang dan membebaskan Tzar dengan satu perjanjian.

1730 -1754 M

Khalifah Mahmud II

1737 M

Russia dan Austria dikalahkan oleh Islam.

1739 M

Perjanjian Belgrade dengan Russia dan Austria; Belgrade dan banyak kawasan-kawasan lain diserahkan kepada Negara Islam.

1754-1757 M

Khalifah Uthman III

1757-1773 M

Khalifah Mustafa III

1771 M

Armada laut Russia ditumpaskan oleh armada laut Islam.

1773-1789 M

Khalifah 'Abd al-Hamid I

1773 M

Russia kalah di darat di tangan Islam.

1774 M

Russia mengalahkan kaum muslimin; perjanjian damai telah ditanda-tangani.

1784 -1787 M

Russia dan Austria merampas banyak kawasan dari tangan orang Islam.

1789-1807 M

Khalifah Saleem III

1789 M

1. Austria menawan Belgrade dan Serbia.

2. Orang-orang Russia menawan ban-dar.

1798-1799 M

Napoleon Bonaparte menawan Mesir, dan membawa masuk kebudayaan Perancis.

1790 M

1. Perjanjian damai dengan Austria.

2. Belgrade dan Serbia kembali ke pangkuan Negara Islam.

1801 M

Napoleon ditundukan di 'Akka (Palestin).

1801 M

1. Napoleon tumpas di Iskandariah dalam Petempuran Laut Abu Qir.

2. Perjanjian damai dengan Perancis.

1804 M

Tentera Rasmi dibentuk, disamping pasukan Inkishari.

1806 M

Russia dan Britain menyerang Negara Islam.

1807-1708 M

Khalifah Mustafa IV

1807 M

1. Britain tumpas setelah mengepung Bosporus.

2. Muhammad ‘Ali mengalahkan Britain di Rashid; Britain berundur dari Mesir secara keseluruhan.

3. Perjanjian damai di antara Perancis dan Russia untuk berhadapan dengan negara Islam.

1808-1839 M

Khalifah Mahmud II

1817 M

Serbia keluar dari Khilafah.

1826 M

1. Kegagalan Revolusi Greek.

2. Athen ditakluk.

3. Pasukan Inkishari dibubarkan; Tentera Rasmi mengantikannya.

1828 M

1. Negara Eropah membantu Greek untuk memisahkan diri dari Khilafah.

2. Tentera Rasmi berhadapan dengan Russia.

3. Russia menyerahkan semula banyak kawasan Islam setelah menandatangani satu perjanjian damai.

1830 M

1. Perancis menawan Algeria.

2. Khilafah mula mengambil Tanzi-mat dari Perundangan Eropah.

1839-1861 M

Khalifah 'Abd al-Majid

1856 M

Peperangan al-Qirm; Perancis dan Britain melawan Russia.

1860 M

Perancis menawan Syria untuk membantu orang Kristian.

1) Imam as-Syawkani (wafat 1873 M)

1861-1876 M

Khalifah 'Abd al-'Aziz

1861 M

Perancis berundur dari Syria.

1864 M

Serbia merdeka tetapi di bawah perlindungan Khilafah.

1867 M

Tentera Islam meninggalkan Serbia secara keseluruhan.

1869 -1879 M

Pembinaan Terusan Suez oleh Perancis.

1876 -1876 M

Khalifah Murad V

1876-1909 M

Khalifah 'Abd al-Hamid II

1876 M

1. Revolusi Bulgaria tercetus dengan bantuan Russia tetapi gagal.

2. Serbia menyerang tentera Islam dengan bantuan Russia: Islam mengalahkan mereka dan merampas Bulgaria dan keseluruhan Serbia.

1877 M

1. Russia dan Romania dikalahkan selepas mereka menyerang orang Islam.

2. Russia dan Hungary menawan Pleven (Utara Bulgaria).

3. Russia dikalahkan dan Kaisar dibebaskan; Russia telah tumpas sebanyak enam kali.

1878 M

1. Russia menawan Sofia, Pleven, dan Edrine (Turki).

2. Perjanjian damai dengan Russia.

3. Bulgaria dan Serbia mencapai kemerdekaan.

4. Edrine dan lain-lain kawasan orang Islam kembali semula ke tangan orang Islam.

5. Britain merampas Cyprus.

6. Perjanjian Berlin, pihak Eropah membahagi-bahagikan tanahair orang Islam.

1909-1918 M

1. Khalifah Mehmet V

2. Khilafah di bawah pengawalan kaum Nasionalis Turki.

1911 M

Umat Islam Libya bangun menentang Itali di Tripoli.

1912 M

Peperangan Balkan melawan Greek, Bulgaria, dan Serbia. Pihak musuh telah berjaya merampas keseluruhan kawasan orang Islam di Balkan.

1913 M

Pergerakan Sanusiyyah bemula di Libya untuk menentang penjajahan Itali.

1914-1918 M

1. Peperangan Dunia Pertama: Kaum muslimin kalah dalam peperangan tersebut dan Negara Islam semakin mengecil.

2. Britain merampas Palestine dan Trans-Jordan.

1916 M

1. As-Sharif Husayn di Makkah mengkhianati Khilafah dan besengkongkol dengan Perancis dan Britain untuk menentang Khalifah.

2. Persetujuan Sykes-Picot oleh kuasa-kuasa Eropah untuk menguasai tanah air kaum muslimin.

1917 M

Balfour, Perdana Menteri Britain, berjanji akan memberikan orang Yahudi sebuah tanah air di Palestin.

1918 -1922 M

Khalifah Mehmet VI

1920 M

1. Mustafa Kamal (Pengkhianat) mengetuai pemerintahan di Turki.

2. Negara Islam dibahagi-bahagikan di antara pihak Bersekutu yang menubuhkan pemerintahan Nationalisme Arab dan Turki di kesemua kawasan yang ditakluki; kebanyakan negeri-negeri Umat Islam menjadi koloni Barat.

1922-1924 M

Khalifah ‘Abd al-Majid II

1922 M

Kekuasaan Khalifah dimansuhkan; ‘Abd al-Majid tidak memiliki kuasa.

1923 M

Kamal Pasha (Pengkhianat) mengisyti-harkan penubuhan Republik Turki dan mengharamkan seruan adzan dalam bahasa Arab.

1924 M

1. Ketiadaan Khilafah.

2. Khilafah dimansuhkan secara mutlak oleh Kamal Pasha (Pengkhianat) dengan bantuan Penjajah Barat, natijahnya maka berakhirlah pemerintahan Islam yang berusia 1,300 tahun.

Nabi (saw) bersabda:

"Barangsiapa mati tanpa bai'ah kepada khalifah di tengkoknya, matinya adalah mati Jahiliyah."

3. Pergerakan Khilafah di India.

4. Sekularisme diisytiharkan di Turki, Negara Islam secara rasmi dibubarkan.

1925 M

1. Pakaian Islam untuk lelaki dan wanita digantikan oleh pakaian Barat dalam usaha permodernan di Turki. Hijab bagi wanita diharamkan!

2. Kalendar dan cuti Islam diman-suhkan di Turki.

3. Perundangan keluarga Islam di-mansuhkan.

4. Kamal Pasha mati akibat penyakit kelamin. Ketika saat kematiannya hampir tiba, dia mencadangkan kepada Duta British ke Turki untuk mengambil-alih jawatan Presiden Turki. Duta tersebut enggan menerima tawaran tersebut.

1928 M

1. Hassan al-Banna menubuhkan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir.

2. Tulisan Arab diganti dengan huruf Latin di Turki.

1939-1945 M

Perang Dunia Kedua

1941 M

Penubuhan Jamiat Islami oleh Moulana Abu A‘la al-Maududi.

1947 M

Negara Pakistan ditubuhkan

1948 M

Hilangnya tanah Palestin ke tangan Yahudi.

1949 M

Rampasan kuasa tajaan Amerika yang pertama di Syria. Husni az-Zaim mendapat kekuasaan.

1952 M

Jamal ‘Abd an-Nasir menduduki tampuk pemerintahan Mesir melalui rampasan kuasa tajaan Amerika.

1953 M

Taqiy ad-Din an-Nabhani mendirikan sebuah parti politik Hizbut Tahrir untuk mendirikan semula Negara Khilafah.

1956 M

Britain, Perancis, dan Israel menyerang Mesir. Sinai dan Gaza dikuasai oleh mereka. Mesir menerima resolusi PBB untuk membenarkan pasukan PBB berada di Sinai. Perkara ini sebenarnya dicadangkan oleh Amerika.

1960-an M

Jamal ‘Abd an-Nasir menyesatkan umat Islam dengan menyerukan kepada semangat Nasionalisme Arab.

1967 M

Al-Quds (Jerusalem), Tebing Barat, Gaza dan Sinai dijajah oleh Israel.

1968 M

Rampasan kuasa yang dirancang oleh British di Iraq, yang membawa Ahmad Hassan al-Bakar kepada kekuasaan. Permulaan kepada kemunculan Sadam Hussein.

1969 M

Muammar Qadafi merampas kuasa di Libya melalui perancangan pihak British.

1970 M

Peristiwa 'September Hitam', pembunuhan di Jordan, ribuan telah terbunuh di tangan pihak bersenjata Raja Hussein Jordan dan Arafat.

1978 M

1. Khomainie mendapat kekuasaan di Iran melalui revolusi yang dirancang oleh Amerika.

2. Taqiy ad-Din an-Nabhani (yang menubuhkan Hizb ut-Tahrir) meninggal dunia.

1979 M

1. Soviet Russia menjajah Afghanistan. Jutaan kaum Muslimin terbunuh. Selepas kaum Muslimin mengalahkan Soviet, pemimpin mereka mula berperang sesama sendiri.

2. Saddam Husayn dari Iraq memulakan Perang Iran-Iraq, ratusan ribu kaum muslimin terbunuh.

1982 M

1. Israel menyerang Lebanon. Mereka membantu militia Kristian untuk melakukan 'Penyembelihan Sabra dan Shatila'.

2. Peperangan dan kebuluran men-dominasi Afrika, disebabkan oleh dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Barat, Russia, PBB, IMF, dan Bank Dunia. Ratusan ribu manusia terbunuh.

1990 M

Perang Teluk Kedua yang dirancang oleh Amerika. Ratusan ribu kaum muslimin terkorban.

1991 M

1. Persidangan Madrid; Israel, PLO, Jordan, Syria dan lain-lain negara bertemu, melalui tekanan dari pihak Amerika, bertujuan untuk menyekat Israel melalui proses damai.

2. Puak Kristian Serb melakukan pem-bersihan etnik, rogol, penyeksaan dan pembunuhan ribuan kaum muslimin.

2. Masalah baru semakin kusut; Palestin, Kashmir, Afghanistan, Bosnia, Burma, Filipina, Chechnya, China, India, Indonesia.

1992 M

Keruntuhan Soviet Union. Natijah yang tabie dari kepalsuan Marxisme. Amerika telah berjaya dalam usahanya untuk memusnahkan Soviet Union.

1993 M

Satu persetuajuan telah ditanda-tangani antara Israel dengan PLO di Washington.

1994 M

1. Pembunuhan Mesjid Hebron; seorang pendatang Yahudi telah membunuh kaum muslimin ketika mereka sedang bersembahyang.

2. Israel dan Jordan menandatangani perjanjian yang menyerahkan hak kaum muslimin terhadap tanah air mereka.

1996 M

1. Israel menyerang Lebanon untuk melengahkan perlaksanaan perjanji-annya dengan PLO.

2. Israel membuka trowong Al-Aqsa, sebagi satu lagi helah untuk melegahkan perlaksanaan perjan-jiannya.

3. Puak Taliban mengambil kuasa di Afghanistan. Satu lagi versi Islam yang keliru dihidangkan buat tatapan dunia.

? M

1. Khilafah Islam tegak semula.

2. Rutuhnya ideologi Kapitalisme.

Kita Memerlukan Khilafah Sekarang:

[Disusun dengan beberapa penambahan dari History of Islam, Islamic Culture Workshp, Walnut, USA]