Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Kembali ke

 SATU SOROTAN DARI PERSPEKTIF LINGUISTIK

TENTANG PENGUASAAN BAHASA MELAYU

DALAM KALANGAN MURID-MURID PEKAK *

 

Oleh

ABDULLAH BIN YUSOFF **

PENSYARAH

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

MAKTAB PERGURUAN KOTA BHARU

KELANTAN

 

Abstrak

Kedudukan mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) dalam sistem pendidikan negara sangat penting. Murid-murid pekak yang bersekolah terpaksa juga menguasai BM jika ingin maju dalam akademik walaupun mereka terpaksa berdepan dengan berbagai-bagai rintangan untuk menguasainya. Kertas kerja ini adalah telahan penulis berdasarkan sorotan linguistik tentang penguasaan dan kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid pekak dalam menguasai BM. Hal ini berguna kepada mereka yang terlibat dengan pendidikan murid-murid pekak kerana BM adalah mata pelajaran penting bagi mendapat sijil dalam peperiksaan awam dan kelayakan untuk memohon pekerjaan dengan  kerajaan. Oleh itu, kegagalan untuk lulus dalam mata pelajaran BM dalam kalangan murid-murid pekak membawa impak besar kepada mereka. Kertas kerja ini juga cuba mengenalpasti beberapa keadaan yang membawa kepada kesukaran murid-murid pekak menguasai BM secara teori dan praktis. Dari segi teori, BM mempunyai ciri-ciri yang sukar dikuasai oleh kebanyakan murid pekak. Kebanyakan murid pekak juga tidak memperoleh BM sepertimana diperoleh oleh kanak-kanak berpendengaran biasa. Manakala dari segi praktis, kebanyakan mereka tidak mendapat pendedahan seawal dan secukupnya tentang BM. Di samping itu, kertas kerja ini juga akan membuktikan bahawa ‘pekak’ bukan faktor utama yang menghalang mereka dalam menguasai BM. Cadangan-cadangan juga dikemukakan bagi membantu murid-murid pekak mempertingkatkan penguasaan BM. Apabila memahami situasi dan kesukaran yang dialami oleh murid-murid pekak dalam menguasai BM diharapkan guru-guru dapat: (1) mengenalpasti bagaimana murid-murid pekak memperoleh dan  mempelajari BM,  (2) mengenalpasti kesukaran mereka dalam menguasai BM (mendengar dan bertutur, membaca dan menulis), (3) mengenalpasti hubungan antara memperoleh dan mempelajari BM dengan kesukaran yang dialami dan, (4) merancang strategi untuk membantu mereka menguasai BM.

 

 

 

 

________________

* Kertas kerja ini belum diedit. Penulis memohon maaf di atas kesilapan bahasa.

 

**Abdullah Yusoff mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam pendidikan murid-murid pekak. Berkecimpung dalam bidang ini mulai 1983 dan juga telah menghasilkan beberapa kajian dan kertas konsep berkaiatan dengan pendidikan bahasa murid-murid pekak yang di siarkan dalam Jurnal Dewan Bahasa. Pernah menjadi guru dan penyelaras di kelas percantuman dan juga bertugas sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Pendidikan Khas, KPM. Kini bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Ilmu Pendidikan di Maktab Perguruan Kota Bharu Kelantan. Di samping itu beliau juga bergiat aktif dalam Persatuan Orang Pekak Kelantan sebagai penasihat persatuan. Sekarang ini beliau juga dalam peringkat akhir menyiapkan tesis Ph.D yang telah dipertahankannya, yang diajukan kepada Universiti Birmingham, United Kingdom.

 

1.1 Pengenalan

Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar persekolahan yang memperlihatkan kepentingan dan statusnya dalam sistem pendidikan negara. Kepentingan BM ini dapat dilihat dalam peperiksaan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kelayakan untuk menjawat jawatan awam dalam perkhidmatan negara, yang mana murid-murid dikehendaki lulus dalam BM untuk mendapat sijil SPM, yang merupakan tiket atau syarat bagi memohon sebarang jawatan awam dalam Kumpulan Pekerjaan C ke atas (B dan A). Hal ini memperlihatkan bahawa setiap murid yang gagal dalam BM tidak layak untuk menerima sijil SPM dan tidak memenuhi syarat untuk memohon pekerjaan dalam kumpulan tersebut (Kumpulan C dan ke atas). Kegagalan ramai calon dalam kalangan murid-murid pekak dalam BM membawa implikasi besar ke atas kelangsungan masa depan mereka.

 

1.2              Definisi Konsep

Konsep yang memperlihatkan makna khusus dalam kertas kerja ini seperti berikut:

 

(i) Bahasa: ‘the systematic, conventional use of sounds, signs, or written

symbols in a human society for communication and self-expression’  (Harris& Hodges, 1995:132-133). (Alat komunikasi yang sistematik, yang dipersetujui dan digunakan oleh sesuatu komuniti bagi tujuan komunikasi dan pernyataan fikiran sama ada dalam bentuk lisan, isyarat atau tulisan).

 

(ii) Pemerolehan bahasa: Situasi yang mana kanak-kanak memperolehi bahasa yang digunakan oleh masyarakat persekitaran secara menyerap, tanpa dipelajari atau dipaksa. Manusia juga dikatakan mempunyai/dibekalkan dengan ‘alat pemprosesan bahasa’ (language acquisation devices atau LAD) semenjak lahir yang membolehkan mereka memperoleh dan menguasai bahasa dengan mudah dan cepat. Proses ini sangat aktif berlaku sebelum kanak-kanak berumur 12 tahun (Kreshan & Terrell,1983). Hal ini juga dikatakan kanak-kanak mampu menguasai lebih daripada satu bahasa di usia muda jika didedahkan kepada mereka. Pemerolehan bahasa ini berlaku samada secara dinuranikan, peniruan atau interaksi dengan individu lain.

 

(iii) Pembelajaran Bahasa: Situasi yang mana seseorang mempelajari sesuatu bahasa, lazimnya bahasa lain setelah menguasai bahasa pertama atau bahasa ibunda. Keadaan ini dikatakan sangat sukar kerana seseorang terpaksa mempelajari unsur-unsur sesuatu bahasa yang dipelajari secara tidak ‘natural’ (contoh, mengingat dan menghafal tatabahasa, kosa kata, dsb.). Semasa proses ini seseorang akan banyak melakukan kesalahan dan kesilapan. Namun, ramai juga yang berjaya menguasai bahasa yang dipelajari. Contohnya, murid-murid pekak dan BM.

 

(iv) Murid-murid pekak: Frasa ini merujuk kepada murid-murid ‘pekak’, ‘cacat pendengaran’, ‘bermasalah pendengaran’ dan ‘tuna dengar’, yang mana penggunaan istilah bagi merujuk kumpulan pelajar ini tidak konsisten dalam sistem pendidikan negara. Walau bagaimanapun istilah-istilah tersebut berbeza, frasa ini merujuk kepada seseorang yang mengalami kurang pendengaran (lebih 40 dB) sehingga bermasalah untuk memahami pertuturan biasa. Selalunya, masalah pendengaran akan membawa kepada masalah pertuturan (tidak dapat bertutur dengan jelas atau bisu), yang membawa masalah kepada seseorang untuk menguasai kemahiran-kemahiran berbahasa yang lain (lisan, kefahaman, membaca dan menulis).

 

1.3              Pemerolehan Bahasa Melayu Kanak-kanak Pekak Dalam Keluarga Tidak Pekak

Pengkaji-pengkaji yang membuat kajian terhadap kanak-kanak pekak bersepakat menyatakan bahawa lebih-kurang 90 peratus kanak-kanak pekak mempunyai ibu bapa berpendengaran biasa (Paul, 1998). Data terhadap status ibu bapa murid-murid pekak yang dipungut Abdullah (dlm persiapan) memperlihatkan angka yang sama. Kebanyakan ibu bapa mereka (di Malaysia) tidak berpendidikan tinggi, tinggal di luar bandar dan tidak mengambil berat tentang kepentingan komunikasi menyebabkan mereka tidak pasti apakah bentuk bahasa (lisan, isyarat, tulisan) yang patut digunakan bagi tujuan komunikasi. Kanak-kanak ini dibesarkan dalam persekitaran berbahasa lisan yang digunakan oleh orang-orang di persekitaran mereka. Natijahnya, mereka tidak memperoleh BM dengan natural. Disebabkan BM ada tatabahasanya (aturan) tersendiri, kanak-kanak ini juga tidak dapat menguasai tatabahasa tersebut.

 

Bahasa adalah alat komunikasi, mereka membesar dalam keadaan kesukaran dalam berkomunikasi. Bahasa juga dikaitkan dengan ilmu pengetahuan (language is knowledge), oleh itu mereka dibesarkan tanpa ilmu pengetahuan yang sepatutnya mereka perolehi sepertimana kanak-kanak berpendengaran biasa yang seusia  dengannya (peer group). Mereka ke sekolah dengan asas pengetahuan (knowledge) yang lemah berbanding dengan rakan mereka yang berpendengaran. Hal ini dapat dilihat pada bentuk bahasa, kosa kata dan ayat yang digunakan mereka semasa awal persekolahan.

 

Kesimpulannya, kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga berkenaan membesar dalam keadaan:

 

(i)                  Lemah dalam memperolehi BM secukupnya

(ii)                Lemah dalam menyatakan fikiran dengan jelas dalam BM

(iii)               Lemah memahami komunikasi orang lain

(iv)              Lemah penguasaan ilmu

(v)                Tidak dapat bertutur dengan jelas

 

Hal ini membawa kepada kesukaran dan kelemahan mereka dalam pencapaian akademik. Namun, keadaan ini sedikit sebanyak dapat diatasi jika kanak-kanak tesebut mendapat cukup pendedahan dan latihan BM seawal mungkin. Hal ini akan dibuktikan dalam perbincangan selanjutnya melalui dapatan kajian literatur (Literature Review Search) dan silang budaya (cross-culture research) untuk dibuat anologi. Di samping itu, pembuktian didedahkan juga melalui data semasa dan pengalaman langsung (first-hand experiences) penulis.

 

1.5       Pemerolehan Bahasa Isyarat Kanak-kanak Pekak Dalam Keluarga Pekak

Berdasarkan pengetahuan penulis, tidak ada satu pun kajian yang membincangkan bagaimana kanak-kanak pekak di Malaysia memperoleh bahasa isyarat. Sebaliknya terdapat beberapa kajian yang menghuraikan bagaimana kanak-kanak pekak berbangsa Inggeris memperoleh bahasa Inggeris yang dapat dijadikan anologi. Antara yang popular ialah Mcintire, 1994; Volterra & Erting,1994; Paul & Quigley,1994 dan Kretschmer & Kretschmer,1978.

 

Dalam proses pemerolehan bahasa, kanak-kanak (tanpa mengira pekak atau tidak) terlebih dahulu menggunakan ‘bahasa isyarat badan’  (BIB) sebelum bertutur. Mereka juga terlebih dahulu memperoleh kemahiran semantik (makna). Lazimnya, dalam lingkungan 2 tahun, kanak-kanak yang berpendengaran biasa akan menggantikan BIB dengan bahasa lisan dalam berkomunikasi. Kanak-kanak pekak pula akan meneruskan menggunakan bahasa isyarat badan bagi tujuan berkomunikasi.

 

Pada ketika ini bahasa isyarat yang digunakan oleh kanak-kanak diperoleh samada berbentuk semulajadi (menangis apabila lapar), peniruan (ikut isyarat yang digunakan oleh orang lain) atau penerokaan (ciptaan sendiri berdasarkan situasi dan keperluan). Isyarat-isyarat ini tidak boleh dianggap sebagai ‘bahasa’ kerana tidak memenuhi ciri-ciri sesuatu bahasa seperti ‘arbitrary’, ‘sistematik, ‘berkomunikasi’, ‘berkembang’ dan ‘dipunyai’. Isyarat-isyarat tersebut adalah kod-kod yang tidak bersistem dan digunakan untuk situasi tertentu sahaja, yang difahami oleh mereka yang berdekatan sahaja. Isyarat ini juga dikenali sebagai ‘isyarat keluarga’ (home sign).

 

Seperti yang dibincangkan, terdapat dua situasi yang dapat menggambarkan bagaimana kanak-kanak pekak memperoleh bahasa isyarat. Pertama, melalui isyarat-isyarat yang terbentuk semasa komunikasi di antara anak pekak dengan individu berpendengaran normal dalam persekitaran (ibu bapa dan ahli-ahli keluarga berpendengaran) bagi keperluan asas berkomunikasi. Kedua, melalui komunikasi dengan ibu bapa atau ahli keluarga yang pekak dan menggunakan bahasa isyarat sebagai media komunikasi.

 

Isyarat-isyarat tersebut diperolehi sama ada secara natural, ciptaan baru, peniruan dan penerokaan kerana keperluan. Susun atur  isyarat-isyarat akan membentuk ayat. Ayat-ayat yang digunakan kanak-kanak pekak membolehkan mereka berkomunikasi sesama mereka tanpa sempadan seperti anak-anak berpendengaran. Mereka mampu menyatakan apa-apa  sahaja asalkan ia dalam cakupan pengetahuan mereka. Perkembangan bahasa isyarat ini bertambah aktif apabila kanak-kanak pekak mulai bersekolah di sekolah yang ada kanak-kanak pekak (sekolah khas atau sekolah integrasi).  Mereka mula berinteraksi dengan rakan-rakan mereka yang lain dan memperoleh bahasa isyarat dengan cepat. Hal ini akan menambahkan kosa kata dan kemampuan mereka merakamkan apa-apa sahaja bagi tujuan berkomunikasi.

 

Manakala kanak-kanak pekak dalam keluarga yang mempunyai keluarga pekak mengalami proses pemerolehan bahasa sama seperti bahasa lisan yang diperolehi oleh kanak-kanak berpendengaran biasa. Ibu bapa atau ahli keluarga pekak menggunakan bahasa isyarat sepanjang masa dengan mereka. Proses ini membolehkan kanak-kanak berkenaan mendapat pendedahan cukup untuk menguasai dan menggunakan bahasa isyarat. Apabila mereka membesar mereka memperoleh bahasa berkenaan dan menggunakannya sepanjang masa.  Kecekapan dan keupayaan mereka bertambah apabila mula bersekolah dan berinteraksi sesama mereka yang pekak.

 

Terdapat beberapa kajian di Barat yang memperlihatkan kanak-kanak pekak yang dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang pekak lebih matang, berilmu dan pencapaian akademik mereka lebih baik jika dibandingkan dengan anak pekak dalam keluarga berpendengaran (Marschark, 1997). Namun, jika ahli keluarga pekak tidak berpendidikan, kenyataan ini dapat disangkal. Walaupun begitu, akhir-akhir ini dapatan kajian memperlihatkan bahawa anak pekak yang selalu berinteraksi dan belajar bersama ibu bapa mereka didapati lebih maju dalam pendidikan (Paul, 1998; Marschark, 1997). Dalam hal ini dua faktor yang dapat menyumbang kepada pencapaian akademik kanak-kanak pekak iaitu, (1) komunikasi saling memahami dan (2) belajar bersama ahli keluarga.

 

1.6       Bentuk Bahasa Yang Digunakan Kanak-kanak Pekak

Dari perspektif linguistik, saluran komunikasi dapat dilakukan melalui tiga saluran (mode of communication) iaitu lisan, isyarat dan tulisan. Ketiga-tiga saluran tersebut digunakan oleh murid-murid pekak dalam komunikasi. Mereka menggunakan

 

(i)                  lisan bagi pertuturan BM,

(ii)                isyarat bagi  ‘Bahasa Isyarat Malaysia’ (BIM) dan ‘Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM)

(iii)               tulisan bagi BM dan BIM

 

Manakala dalam konteks pendidikan, terdapat tiga kaedah digunakan dalam pengajaran bahasa kepada mereka iaitu pertuturan, Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) dan BIM.  BIM digunakan sebagai sampingan (supplement) atau secara informal iaitu selari dengan bahasa yang digunakan oleh orang pekak. Setiap satu kaedah tersebut dibincangkan di bawah bagi memudahkan kefahaman. Hal ini juga bagi membuktikan bahawa perbezaan antara ketiga-tiga kaedah tersebut membawa implikasi kepada murid pekak menguasai BM. Di samping itu diharap dapat difahami akan kesukaran-kesukaran yang dialami oleh murid-murid pekak dalam mempelajari BM.

 

1.7       Kaedah Pertuturan

Kaedah pertuturan memerlukan murid-murid pekak bertutur sepertimana murid-murid biasa. Lazimnya, latihan melalui kaedah bertutur diberikan kepada murid-murid yang mempunyai sisa-sisa pendengaran. Rasional penggunaan kaedah pertuturan berasaskan kepada anggapan bahawa murid-murid pekak yang ada sisa pendengaran seharusnya digembeling kebolehan pendengaran mereka semaksimum mungkin untuk menguasai bahasa pertuturan. Anggapan kedua ialah murid-murid pekak merupakan kumpulan minoriti dalam masyarakat yang berkomunikasi melalui pertuturan, oleh itu penguasaan bahasa lisan amatlah perlu untuk membolehkan mereka ‘selesa’ dalam masyarakat (Paul, 1998).

 

Dalam mempelajari mana-mana bahasa pertuturan, faktor kebolehan mendengar adalah penting. Ketidakmampuan kita mendengar tidak membolehkan kita mengajuk atau meniru bunyi-bunyi sesuatu bahasa yang kita pelajari. Ramai dalam kalangan kita tidak dapat bertutur dalam bahasa Jepun kerana tidak pernah mendengarnya. Inilah keadaan yang berlaku kepada murid-murid pekak dalam mempelajari bahasa lisan. Dapat dibayangkan betapa susah dan sukarnya murid-murid pekak diajar dan mempelajari bahasa lisan. Lagipun, mengajar bertutur bukan tugas utama persekolahan kanak-kanak pekak. Tugas mengajar bertutur terletak di atas bahu professional lain (contoh, audiologist dan jurupulih pertuturan0, bertutur hanya sampingan yang diajar dalam mata pelajaran BM. Yang hendak diajar di sekolah adalah kandungan kurikulum yang dipecahkan kepada beberapa mata pelajaran. Kaedah pertuturan dikatakan gagal mempertingkatkan murid-murid pekak menguasai kurikulum persekolahan (Lihat Chue Tee Tee, 1970, 1976, 1977, 1991). Berbagai-bagai sebab yang membawa kepada kegagalan ini.

 

Ketidakbolehan bertutur oleh murid-murid pekak tidak ada kaitan dengan kecacatan mana-mana alat artikulasi dan artikulator pertuturan sebagaimana anggapan sesetengah anggota masyarakat. Alat-alat anatomi dan fisiologi pertuturan mereka adalah normal. Dalam pengajaran pertuturan, alat bantuan pendengaran sangat penting bagi murid-murid ini kerana alat ini berfungsi menguatkan bunyi dan membolehkan murid-murid pekak mendengar bunyi bahasa dengan lebih jelas.

 

Mampukah mereka menghasilkan pertuturan sebagaimana pertuturan murid-murid biasa? Pengalaman penulis sebagai pengajar bahasa kepada murid-murid ini memperlihatkan bahawa murid-murid pekak tidak mampu untuk bertutur seperti murid-murid biasa. Mereka hanya mampu untuk menghasilkan beberapa perkataan sahaja semasa berkomunikasi lisan, malah pertuturan mereka tidak sama seperti bunyi bahasa yang sepatutnya. Adalah sukar untuk memahami pertuturan mereka jika guru tidak biasa dengan mereka.  Hal ini ada kaitanya dengan kelewatan memberi latihan dan pendedahan bunyi bahasa kepada mereka. Sebagai contoh, ada kes murid pekak yang mempunyai sisa pendengaran tetapi kerana tidak mendapat pendedahan dan latihan berbahasa awal menyebabkan mereka ke sekolah tanpa boleh berbahasa lisan.

 

Di samping itu, murid-murid pekak juga mengalami kesukaran untuk memahami pertuturan. Hal ini mungkin berpunca daripada pendengaran mereka terhadap perkataan atau ayat-ayat yang diujarkan tidak jelas. Memahami makna perkataan dan ayat lisan adalah sesuatu yang merumitkan bagi murid-murid pekak. Selain itu, kebolehan murid-murid pekak bertutur tidak menjamin bahawa mereka dapat menguasai kemahiran berbahasa Melayu, terutamanya dari aspek penulisan dan kefahaman. Ada yang tidak dapat memahami teks mudah dan menghasilkan ayat yang betul tatabahasa apabila menulis walaupun mempunyai kebolehan lisan.

 

Walau bagaimanapun, latihan-latihan pendengaran dan pertuturan yang diajarkan kepada mereka membolehkan mereka sedikit-banyak membantu memahami pertuturan jika berkomunikasi dengan orang berpendengaran biasa. Hal ini mereka lakukan dengan mengagak bunyi bahasa dan gerak-bibir.orang yang dilawan bertutur. Murid-murid ini juga terpaksa menggunakan bahasa lisan jika bertutur dengan orang yang tidak dapat memahami isyarat mereka.

 

Sesukar manapun mereka mempelajari bahasa lisan, kegigihan mereka patut disanjung, dan begitu juga kepada guru-guru yang mengajar mereka. Kebolehan murid-murid pekak menguasai bahasa lisan adalah sesuatu yang istimewa. Jika latihan-latihan pertuturan dilakukan seawal mungkin, iaitu semasa peringkat bayi lagi, peluang untuk kanak-kanak pekak bertutur adalah lebih positif.

 

1.8       Kaedah Bahasa Isyarat Orang Pekak (BIOP)

Manakala kaedah ‘bahasa isyarat orang pekak’  adalah kaedah yang menggunakan isyarat sebenar orang pekak dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada murid-murid pekak. Hal ini belum diperkenal dan dilaksanakan secara rasmi di Malaysia. Terdapat guru yang menggunakannya samada secara sedar atau tidak semasa berkomunikasi dengan murid-murid mereka. Bahasa isyarat orang pekak di Malaysia dikenali sebagai ‘Bahasa isyarat Malaysia (BIM) (Persatuan Orang Pekak Malaysia, 2000) Kaedah ini menyampaikan bahasa melalui isyarat sebenar orang pekak yang membabitkan pergerakan badan seperti tangan, mimik muka dan kepala.  Perlu diingatkan bahawa terdapat isyarat yang tidak berasaskan bahasa isyarat orang pekak. (Contoh, isyarat digunakan polis trafik, Kod-kod dalam KTBM).

 

Rasional penggunaan kaedah ini adalah sebagai mengiktiraf  bahawa BIOP adalah satu bahasa yang pemiliknya adalah komuniti orang pekak. Oleh itu, penggunaanya sebagai media pendidikan merupakan alat penyampaian ilmu yang memudahkan mereka memahami apa-apa yang disampaikan. Umpamanya amalan ini ada dilaksanakan di United Kingdom, Sweden dan Amerika.

 

Kajian-kajian oleh sarjana linguistik bahasa isyarat orang pekak (BIOP) memperlihatkan bahawa BIOP mempunyai status yang sama dengan bahasa lisan yang dituturkan oleh satu-satu masyarakat. Umpamanya kajian oleh Stoke (dlm Maher, 1996) ke atas bahasa isyarat America dan Kyle dan Woll (1985) ke atas bahasa isyarat British. Bahasa isyarat Indo-Pakistan oleh Zehsan (2000). Manakala kajian ke atas bahasa isyarat Malaysia baru mula diusahakan oleh Persatuan Orang-orang Pekak Malaysia dengan usaha pertamanya menerbitkan buku ‘Bahasa Isyarat Malaysia’ (Persekutuan Orang Pekak Malaysia, 2000).  Nampaknya, kita terkebelakang dalam hal ini. Usaha oleh persatuan orang pekak sekadar mengumpul isyarat-isyarat sahaja. Pada 1996 penulis mengkaji ‘Pembentukan Bahasa Isyarat Orang Pekak’ melalui desertasi Sarjana Bahasa Moden yang diajukan kepada Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Membuat pembacaan ke atas kajian ini sedikit-banyak dapat memahami bagaimana bahasa isyarat berkenaan terbentuk dan perkaitannya dengan pemikiran mereka.

 

Maklumat penting daripada kajian-kajian oleh sarjana tersebut ialah bahasa isyarat orang pekak adalah berbeza di antara satu-satu negara. Keduanya, bahasa isyarat mempunyai tatabahasanya tersendiri yang berbeza dengan bahasa lisan yang dituturkan dalam sesebuah negara.  Kaedah ’bahasa isyarat’ yang digunakan di sekolah kanak-kanak pekak di negara kita tidak boleh dikelaskan sebagai bahasa isyarat atau diiktiraf sebagai satu bahasa, walupun disampaikan melalui isyarat kerana kebanyakan kod (KTBM) dan aturan yang digunakan berbeza dengan BIM. 

 

Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran BIM  secara formal tidak diajar kepada murid-murid pekak di sekolah. Berdasarkan pengalaman penulis, kebanyakan murid-murid pekak menggunakan BIM apabila berkomunikasi sesama mereka dan begitu juga dengan guru-guru mereka. Antara alasan mereka tentang hal ini ialah mereka mudah memahami bahasa mereka, manakala guru pula menyatakan BIM lebih pantas dari segi penggunaannya dan juga mudah difahami oleh murid-murid pekak. Contohnya:

 

BM
BIM

1. Dia tidak datang ke sekolah

1. Dia sekolah kosong

2. Saya hendak ke tandas

2. Saya tandas

3. Bapa dan ibu datang berjumpa, bercakap-cakap

    dengan saya dan membawa saya balik bercuti di

    rumah

3. Datang bapa dan ibu jumpa cakap balik cuti

    rumah

 

Apa yang diajar di sekolah ialah Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM). Kebanyakan guru tidak dapat membezakan antara kod KTBM dengan BIM (temubual penulis dengan guru-guru pengajar murid pekak sepanjang mengendalikan kursus/mesyuarat semasa menjawat jawatan Penolong Pengarah, JPK mulai 30 Jun 2001 – 16 September 2002), yang juga merupakan penyumbang kepada kesukaran murid-murid pekak mempelajari BM kerana kesalahan penggunaan KTBM. Hal ini berpunca kerana KTBM dan BIM disampaikan melalui isyarat. Yang berbeza ialah BIM mempunyai tatabahasanya sendiri manakala KTBM adalah kod ciptaan yang mewakili bahasa Melayu dan patuh kepada tatabahasa bahasa Melayu. Secara anologinya, kita dapat menerima bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah berbeza dan mempunyai tatabahasa yang berbeza walaupun disampaikan melalui lisan. Begitu juga KTBM dan BIM, kedua-duanya disampaikan melalui medium isyarat. Yang pertama adalah kod yang mewakili bahasa Melayu dan yang kedua adalah berstatus ‘satu bahasa’ dan ada tatabahasa  tersendiri. Tanpa memahami konsep ini, BM tidak dapat diajarkan kepada murid-murid pekak dengan baik kerana guru tidak dapat membezakan antara KTBM dengan BIM yang mempunyai tatabahasa yang berbeza.

 

1.9    Kaedah Komunikasi Seluruh Kod Tangan Bahasa Malaysia

Amalan di negara kita, pengajaran dan pembelajaran BM kepada murid-murid pekak adalah melalui gabungan daripada dua kaedah di atas. Kaedah ini dikenali sebagai ‘Komunikasi Seluruh Kod Tangan Bahasa Melayu’. ‘Komunikasi seluruh’ merujuk kepada situasi yang mana guru menggunakan apa-apa sahaja untuk membolehkan murid-murid memahami bahasa. Mimik muka, lakonan, pertuturan dan sebagainya digunakan. Manakala ‘Kod Tangan Bahasa Melayu’ merujuk kepada penggunaan kod yang disampaikan melalui isyarat bagi mewakili setiap kosa kata BM. Hal ini bermakna guru menggunakan pelbagai media (isyarat, lisan, lakon) semasa pengajaran untuk disesuaikan dengan kebolehan murid-murid yang berbagai-bagai darjah pendengaran. Bagi murid yang pekak sederhana mereka berpeluang mendengar bunyi bahasa dan yang pekak teruk dapat memahami melalui isyarat. Mereka juga mungkin lebih faham apabila guru-guru menggunakan berbagai-bagai media semasa pengajaran.

 

Satu elemen penting dalam pengajaran melalui kaedah ini ialah penggunaan serentak pertuturan dan isyarat. Guru-guru juga perlu menguasai kod yang ditetapkan untuk mewakili kata BM. Guru-guru perlu menguasai setiap kod bagi mewakili kosa kata BM semasa pengajaran mengikut topik dan subjek yang diajar. Di samping itu guru juga perlu memahami prinsip-prinsip penggunaan kod bagi mengambarkan proses morforlogi yang berlaku dalam BM. Umpamanya kod bagi kata dasar, kata majmuk, kata ganda dan kata berimbuhan ada tatacaranya tersendiri. Selain itu, kod-kod bagi setiap jenis imbuhan iaitu depan, apitan dan belakang mesti dikuasai guru-murid supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

 

Antara rasional penggunaan kaedah ini ialah untuk memberi keadilan kepada murid-murid pekak yang terdiri daripada pelbagai kategori kepekakan. Ada yang pekak sederhana, teruk dan yang tidak dapat mendengar langsung (sangat teruk). Melalui kaedah ini murid-murid dapat memahami pengajaran berdasarkan keupayaan mereka. Agaknya yang pekak sedikit melalui lisan, yang pekak sederhana melalui campuran lisan dan isyarat, dan yang pekak teruk dan sangat teruk melalui isyarat. Istimewanya kaedah ini murid-murid berpeluang mendengar pertuturan serta isyarat yang disampaikan serentak oleh guru.

 

Di samping itu, terdapat beberapa halangan dalam menggunakan kaedah ini. Yang pertama berkaitan dengan penyelarasan kod dan kedua, berkaitan dengan ketidakcukupan kod bagi merujuk kata dalam bahasa Melayu. 

 

Penyelarasan kod merujuk kepada penggunaan kod yang tidak selaras bagi merujuk setiap kata dalam bahasa Melayu. Terdapat berbagai-bagai kod yang digunakan murid-guru bagi merujuk kata yang sama dalam bahasa Melayu. Umpamanya bagi kata ‘ibu’, guru-murid di sekolah di Pantai Timur  menggunakan isyarat yang berbeza dengan yang di Utara. Impaknya adalah sangat besar apabila murid-murid ini bertukar sekolah atau melanjutkan pelajaran ke sekolah di kawasan lain kerana mereka akan berdepan dengan masalah tidak memahami isyarat yang digunakan di sekolah baru. Hal ini berlaku kerana guru-murid tidak berpegang kepada buku panduan KTBM yang dibekalkan kepada sekolah yang di dalamnya dimuatkan bukan sahaja kod-kod tetapi prinsip-prinsip penggunaannya (Abdullah, 1993).

 

Sementara ketidakcukupan kod merujuk kepada situasi yang mana kod tidak ada bagi merujuk kata dalam bahasa Melayu terutamanya berkaitan dengan ilmu atau istilah-istilah tertentu. Jika dilihat kepada jumlah entri kata dalam bahasa Melayu yang sekitar 32 ribu kata dasar (Kamus Dewan, 1983) kod yang dibukukan adalah dianggarkan sekitar 15% daripadanya.  Hal ini amat menyukarkan guru-murid dalam memahami kurikulum persekolahan. Walau bagaimanpun Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Khas sentiasa berusaha untuk menangani masalah ini dengan membukukan kod-kod baru. Umpamanya sehingga kini terdapat sekurang-kurangnya lima buah buku kod telah diterbitkan dan yang terbaru ialah usaha-usaha telah dilakukan untuk menerbitkan buku yang mengandungi semua kod bagi merujuk setiap kata yang terkandung dalam kurikulum persekolahan.

 

Daripada perbincangan tersebut memperlihatkan bahawa terdapat beberapa kaedah untuk mengajar bahasa kepada murid-murid pekak.  Daripada pengalaman penulis dan pandangan kebanyakan guru-guru murid pekak, kelemahan mereka dalam akademik adalah berpunca daripada ketidakcekapan murid-murid pekak menguasai Bahasa Melayu. Peranan guru amat penting untuk menangani masalah ini dan penglibatan semua pihak juga perlu bagi membantu murid-murid ini memaksimumkan kebolehan mereka. Walau bagaimanapun jika murid-muurid pekak dapat bertutur dan menulis dengan baik, ini adalah hasil daripada persekolah yang mereka lalui. Malah, bilangan mereka yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat universiti juga turut bertambah.

 

1.10 Sukarkah Mempelajari BM? : Perspektif Kanak-kanak Pekak

Bagi kanak-kanak pekak, mempelajari BM merupakan satu kerja/tugasan yang amat sukar kerana BM adalah bahasa kedua bagi kebanyakan mereka. Kajian dan laporan oleh Teng Shin Min (1986), Mohd Hashim Omar (1985), Abdullah Yusoff (1992, 1993, 1995, 1996) dan Gog & Teh (1990, 1993) mengesahkan keadaan ini. Kesukaran ini diketahui oleh ibu bapa dan ahli keluarga yang mempunyai anak pekak dan guru-guru yang mengajar murid-murid pekak. Kebanyakan guru dan ibu bapa tidak memahami mengapa kesukaran itu berlaku. Oleh itu, mereka tidak dapat mengatur strategi berkesan bagi membantu murid-murid pekak secara maksimum untuk mempelajari BM. BM adalah bahasa ilmu persekolahan dan tanpa menguasainya, teks yang dibaca sukar difahami dan tulisan tidak dapat dihasilkan dengan betul.  Harapan untuk mereka berjaya dalam akademik adalah tipis.

 

Kesukaran ini ada kaitan dengan konsep ‘pemerolehan bahasa’ dan ‘pembelajaran bahasa’, ciri-ciri BM yang kompleks, kecelaruan tentang penggunaan KTBM dan BIM seperti yang dibincang di atas. Ini dapat dibuktikan bahawa kebanyakan murid-murid pekak apabila tamat persekolahan, mereka tidak mampu menguasai pertuturan dan kefahaman, lemah dalam bacaan dan kefahaman terhadap teks yang dibaca, lemah dalam penguasaan KTBM dan ‘tidak menguasai kurikulum (knowledge)’ yang disampaikan. Terdapat pelbagai faktor lain yang menyumbang kepada kelemahan menguasai kurikulum tetapi faktor tidak menguasai BM seperti yang dibincangkan merupakan faktor yang mungkin penyumbang yang besar.

 

1.11     Bukti BM Sukar Dipelajari Oleh Murid-murid Pekak

(i) Bukti Ciri-ciri BM

Dari aspek linguistik, bahasa Melayu merupakan satu bentuk bahasa yang dikelaskan sebagai aglutinatif yang membawa maksud bahawa pembentukan katanya mengalami proses yang boleh mengubah makna dan kelas kata sesuatu kata (Nik Safiah, 1978). Dalam BM terdapat beberapa cara kata terbentuk iaitu sama ada secara ‘kata akar’, ‘berimbuhan’, ‘bermajmuk’, dan ‘berganda’. Bagi murid-murid pekak, kata akar yang lazim diguna pakai tidak begitu sukar dikuasai. Namun jika sesuatu kata mengalami proses ‘pengimbuhan’, ‘pemajumukan’ dan ‘pergandaan’ kata tersebut sangat sukar dikuasai. Hal ini mengelirukan kefahaman dan penggunaan mereka kerana sifat BM yang boleh mengubah makna dan kelas sesuatu kata apabila mengalami proses tersebut. 

 

Contoh pertama dapat dilihat pada kata ‘ajar’, terdapat beberapa makna lain apabila mengalami proses pengimbuhan seperti Rajah di bawah.

 

Rajah 1: Proses Pengimbuhan Kata ‘ajar’

 

 Kata ‘ajar’ dan Imbuhan

Kata Berimbuhan

Perubahan

Kelas Kata

 

Makna dalam BI

meng + ajar

Mengajar

Kata kerja

to teach (intransitive)

be(l) + ajar

Belajar

Kata kerja

to study

peng + ajar

Pengajar

Kata nama

a teacher

pe(l) + ajar

Pelajar

Kata nama

a student

meng + ajar + kan

Mengajarkan

Kata kerja

to teach (transitive)

meng + ajar + i

Mengajari

Kata kerja

to train

ajar + an

Ajaran

Kata nama

a teaching or philosophy

peng + ajar + an

Pengajaran

Kata nama

the teaching

pe(l) + ajar + an

Pelajaran

Kata nama

a lesson

mempe(l) + ajar + i

Mempelajari

Kata kerja

to learn

terpe(l) + ajar

Terpelajar

Kata nama

Educated

berpe(l) + ajar + an

Berpelajaran

Kata nama

Knowledgeable

(Sumber: Disesuaikan daripada Nik Safiah; 1978: 49)

Setelah mengalami pengimbuhan, kata ‘ajar’ (Kata kerja), makna asal kata ‘ajar’ berubah dan sesetengahnya mengalami perubahan kelas kata (Kata Kerja kepada Kata Nama) yang mana sangat sukar difahami oleh murid-murid pekak. Kebanyakan kata dalam BM boleh mengalami proses pengimbuhan.

 

Contoh kedua, kebanyakan kata akar BM dapat mengalami pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan yang mana semakin rumit untuk difahami oleh murid-murid pekak seperti Rajah di bawah.

 

Rajah 2: Proses Pembentukan Kata dalam BM

 

Kata Dasar

Kata Berimbuhan

Kata Majmuk

Kata Ganda

Buku

Bapa

Cantik

Rumah

Kereta

Berbuku

Kebapaan

Kecantikan

Perumahan

Berkereta

Buku lali

keibubapaan

…………

rumah pangsa

Kereta kebal

Buku-buku

Bapa-bapa

Cantik-cantik

Rumah-rumah

Kereta-kereta

 

Apabila kata dalam BM mengalami proses-proses di atas, makna kata berubah dan kehadirannya dalam ayat juga berbeza. Hal ini bermakna murid-murid pekak bukan sahaja bermasalah dalam memahami ‘konsep kata’ tetapi juga sukar untuk memahami ayat dan juga penggunaanya dalam ayat seperti berikut:

(i)                  Buku itu di atas meja.

(ii)                Buku-buku itu di atas meja.

(iii)               Buku tebu itu sangat keras.

(iv)              Hatinya terbuku apbila tidak dapat melepaskan kemarahannya.

(v)                Buku lalinya cedera

 

Contoh ketiga, ayat dalam BM mempunyai pelbagai bentuk. Ayat selapis adalah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu prediket. Subjek adalah bahan yang dicerita dan predikat menceritakan prihal subjek (Hukum D-M). Ayat ini tidak begitu sukar untuk difahami oleh murid-murid pekak. Ayat majmuk pula adalah ayat yang mempunyai sama ada lebih satu subjek atau prediket. Pembentukan ayat-ayat majmuk lebih sukar kerana membawa makna yang lebih kompleks yang mana gabungan daripada dua atau lebih ayat selapis. Ayat majmuk pula ada yang berbentuk gabungan (setara), pancangan (ayat anak dipancang masuk dalam ayat induk) dan campuran (campuran pelbagai ayat). Rajah 3 memperlihatkan jenis-jenis ayat tersebut.

 

Rajah 3: Bentuk Ayat Dalam Bahasa Melay

 

Ayat selapis

Ayat majmuk gabungan

Ayat majmuk pancangan

Ayat Majmuk Campuran

1. Orang itu sangat rajin.

 

2. Pegawai itu masih belum sampai.

1. Dia membaca buku cerita.

 

2. Bapanya membaca buku cerita.

1. Dia membeli seluar.

 

2. Seluar itu berwarna biru

 

1. Dia sedang menonton television.

 

2. Kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur.

3. Sangat rajin orang itu.

 

4. Masih belum sampai pegawai itu (Nik Safiah et al, 1993:458)

3. Dia dan bapanya membaca buku cerita

3. Dia membeli seluar berwarna biru.

3. Dia sedang menonton television tetapi kawan-kawanya yang sudah letih lesu telah lama tidur

 

Contoh keempat, ayat-ayat BM juga ada pelbagai ragam. Ragam ayat BM ialah ‘penyata’, ‘tanya’, ‘perintah’ dan ‘seruan’. Yang membezakan antara satu-satu ragam ayat adalah intonasinya. Ketidakmampuan murid-murid pekak mendengar menyebabkan mereka sukar memahami ragam-ragam ayat BM. Setiap ragam ayat BM seperti di Rajah 4.

Rajah 4: Ragam Ayat Dalam Bahasa Melayu

 

Ayat Penyata

Ayat Tanya

Ayat Perintah

Ayat Seruan

 

Ini bapa saya.

 

Itu bapa awak kah?

Ambil buku itu dan letakkan di atas meja.

Amboi, cantik sungguh anak itu!

 

(ii) Bukti Lisan

Murid-murid pekak bermasalah dari segi pendengaran yang membawa kepada sukar untuk memahami bahasa pertuturan. Mereka juga bermasalah dari segi bertutur kerana tidak mampu menyebut perkataan dan ayat-ayat BM dengan jelas. Hal ini semuanya ada kaitan dengan ketidakmampuannya mendengar. Deria pendengaran adalah telinga dan kerosakan di bahagian-bahagian berlainan pada telinga membawa kesan berbeza terhadap pemerolehan, pembelajaran dan penguasaan bahasa. Rujuk Lampiran 1.

 

Kebanyakan murid-murid pekak apabila tamat persekolahan tidak mempunyai kemahiran dalam pertuturan/lisan. Mereka juga sukar untuk memahami bahasa lisan yang membawa kesukaran untuk berinteraksi dalam bahasa lisan. Oleh itu setelah sekian lama berada di sekolah, mereka tidak mampu berinterkasi melalui bahasa lisan dengan orang berpendengaran.

 

(iii) Bukti Tulisan

Bahasa Melayu mempunyai tatabahasanya tersendiri yang membezakannya daripada kebanyakan bahasa-bahasa dunia yang lain. Aspek-aspek seperti ‘fonologi’, ‘morforlogi’, ‘sintaksis’ dan ‘semantik’ terbina di atas asas yang dipersetujui oleh komuniti penggunanya, yang membentuk hukum (tatabahasa) BM. Pengguna yang menggunakan BM dan didapati menyeleweng daripada hukumnya di anggap sebagai pengguna bahasa BM yang salah. Pada masa kini, penulisan BM menggunakan aksara ‘Roman’ yang mempunyai 26 simbol (a hingga z) dan struktur utama dalam BM ialah SVO (Subjek-Verb-Objek) seperti ayat-ayat berikut:

a.       Ali makan nasi

(S)   (V)    (O)

b.      Dia menendang bola berwarna kuning.

(S)       (V)           (          O                   )

 

Terdapat empat pola dalam pembinaan ayat-ayat BM. Pola-pola itu seperti berikut:

a.       Frasa Nama + Frasa Nama

(Abdullah     +     guru       )

b.      Frasa Nama + Frasa Adjektif

(Anak Cikgu Abdullah + pandai bermain catur)

c.       Frasa Nama + Frasa Kerja)

Maimunah anak Encik Ramli  + memandu kereta KIA)

d.      Frasa Nama + Frasa Sendi)

(Murid-murid pekak + di dalam dewan besar sekolah)

Dari aspek penulisan, tatabahasa dan ejaan perkataan dalam BM adalah berasaskan kepada bahasa lisan. Hal ini dapat membantu murid-murid berpendengaran dari segi mengeja dan membina ayat kerana mereka dapat mengeja berdasarkan bunyi sesuatu kata dan menulis ayat berdasarkan bahasa lisan. Sebalikya murid-murid pekak tidak memiliki ‘keistemewaan’ ini kerana ketidakmampuannya mendengar. Oleh itu, kebanyakan murid-murid pekak tidak berkemampuan untuk menulis berdasarkan tatabahasa BM.

 

Kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji tempatan seperti (Abdullah, 1993, 1996; Goh & Teh 1990, 1993; Izani 1995) memperlihatkan bahawa murid-murid pekak tidak memiliki kemahiran dalam penulisan walaupun berada di peringkat sekolah menengah (lebih kurang 12 tahun bersekolah). Kelemahan mereka yang ketara adalah dalam aspek berikut:

 

(a)    Lemah dalam penggunaan kata tugas (function word) (seperti, tetapi, sambil dan, untuk) dengan betul.

(b)    Kelemahan dalam menggunakan kata berimbuhan.

(c)    Tidak dapat menyatakan idea dalam bentuk ayat yang gramatis.

(d)    Lemah dalam pembinaan ayat.

(e)    Kurang berupaya untuk menghasilkan karangan yang menyatakan sesuatu rentetan peristiwa dengan jelas.

 

Beberapa contoh karangan yang mempunyai ciri-ciri di atas seperti dalam Lampiran 3.

 

(iv) Bukti Kefahaman

Kefahaman murid-murid pekak terhadap percakapan lisan dan bahan yang dibaca juga lemah. Kebanyakan mereka tidak dapat memahami percakapan lisan. Sebilangan kecil daripada mereka dapat menangkap makna daripada gerak bibir dan ada juga yang dapat memahami berdasarkan pendengaran yang mereka ada. Semuanya berpunca daripada tidak dapat mendengar dan tidak dapat memahami BM.

 

Memahami teks yang dibaca juga merupakan sesuatu yang rumit bagi murid-murid pekak. Dalam siri kajian dijalankan Abdullah (1993b) ke atas 30 pelajar pekak berusia antara 15-17 tahun mendapati majoriti daripada mereka sukar memahami ayat-ayat majmuk BM. Kajian ini menggunakan 10 pola ayat tunggal dan 10 pola ayat majmuk BM. Rumusan dapatan Abdullah seperti berikut:

 

            “… didapati ayat majmuk sukar difahami pelajar [pekak] jika dibandingkan

            dengan ayat tunggal. Hal ini demikian kerana ayat majmuk panjang-panjang,

            mempunyai pelbagai subjek dan prediket, serta dihubungkan oleh pelbagai jenis

            kata hubung. Idea yang hendak disampaikan lebih kompleks dan luas serta

memerlukan pendengar [pelajar pekak] mentafsirkan mesej dengan cekap untuk

dapat memahaminya”

                                                            (Abdullah, 1993b:522)

 

Dalam satu lagi kajian dilakukan Abdullah (dlm persiapan), yang dimuatkan dalam draf desertasi PhD beliau meperlihatkan bahawa daripada 67 murid-murid pekak yang dikaji (15-17 tahun), didapati 36 boleh membaca dan selebihnya tidak dapat membaca walupun menggunakan kosa kata dan ayat tunggal mudah. Anehnya, keupayaan mereka yang boleh membaca adalah setara dengan pelajar sekolah rendah yang berada dalam Darjah 4 ke bawah. Bila diajukan teks BM yang setara dengan tingkatan mereka (Tingkatan 1-3), kebanyakan mereka tidak memahaminya. Hal demikian memperlihatkan bahawa aspek kefahaman dalam kalangan murid-murid pekak terhadap bahasa lisan BM dan teks yang dibaca adalah lemah.

 

1.12     Mengapa BM Sukar Dikuasai Oleh Murid-Murid Pekak?

Telah dibuktikan bahawa dari aspek linguistik, BM merupakan satu bahasa yang sukar dipelajari oleh murid-murid pekak. Malah dapatan daripada beberapa pengkaji terhadap murid-murid Cina dan India yang mempelajari BM mendapati mereka juga sukar menguasai BM walaupun mereka dapat mendengar. Dipercayai murid-murid Cina dan India sudah dapat menguasai BM dengan lebih baik kerana kebanyakan mereka adalah kelahiran Malaysia berbanding dengan ibu bapa mereka yang berhijrah ke sini.  Berasaskan perbandingan dapatan di atas, mungkin sebab-sebab berikut berupa penyumbang kepada kesukaran murid-murid pekak mempelajari BM, antaranya:

 

(i)                  Tidak mengalami proses ‘memperolehi BM’ tetapi ‘mempelajari BM’. Hal ini sama dengan penutur bahasa asing yang mempelajari BM. Bahasa pertama murid-murid pekak adalah BIM dan bahasa pertama murid-murid India adalah Tamil, Cina-Hokien atau Kantones.

(ii)                Tidak mendapat pendedahan awal, seperti semenjak lahir sehingga bersekolah. Kebanyakan mereka datang ke sekolah dengan kosa kata yang terhad dan sukar memahami BM.

(iii)               Kelemahan dari aspek pedagogi, iaitu tidak ada kaedah khas untuk mengajar BM kepada murid-murid pekak.

(iv)              Kelemahan dari aspek praktikal/penggunaan KTBM sebagai medium/mod komunikasi di sekolah. KTBM dicampuradukkan dengan BIM dan hal ini sangat mengelirukan.

(v)                Sifat BM yang agak kompleks untuk dipelajari.

(vi)              Pengaruh BIM ke atas BM

 

1.10  Adakah Pekak Penyebab Utama Mereka Lemah Dalam BM?

Satu persoalan yang rumit untuk dijawab. Walaupun demikian, berasaskan pengalaman mengajar (15 tahun) dan menyelidik bahasa murid-murid/orang pekak  dan bahan bacaan secara silang budaya, penulis mengatakan PEKAK BUKAN PENYEBAB UTAMA MURID-MURID PEKAK LEMAH DALAM BM. Perbincangan buktinya seperti berikut:

 

(a)  Kelemahan dalam BM bukan dialami oleh murid-murid pekak sahaja. Murid-murid berpendengaran biasa (Melayu, Cina, India) juga ada yang lemah dan tidak dapat menguasai 3M (membaca, menulis & mengira). Laporan Seminar Pendidikan Khas Kedua 2002 mendapati terdapat 3 hingga 10 peratus murid-murid berpendengaran biasa yang tidak dapat membaca dan menulis. Oleh itu, pekak bukan faktor utama menghalang kemampuan murid-murid pekak menguasai BM kerana yang berpendengaran juga lemah dalam BM. Cuma yang berbeza, bilangannya (peratus) lebih tinggi daripada murid-murid berpendengaran.

 

(b)  Perbualan peribadi penulis dengan Teh Kean Hoe dan Amir & ibu Amir (2002) mendapati Teh & Amir tidak mengalami banyak masalah dalam mempelajari bahasa walaupun pekak. Penguasaan BM yang baik membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke universiti dan memperoleh kejayaan yang baik. Teh mengalami pekak setelah berusia sekitar 9 tahun dan Amir pekak semenjak lahir. Latarbelakang berbahasa mereka amat berbeza. Amir mengikuti bidang Sains Komputer dan Teh dalam bidang Pendidikan & Linguistik di peringkat ijazah pertama dan M.A (Master) dalam Sains Komputer. Terdapat ramai lagi murid-murid pekak yang berjaya dalam akademik walaupun bilangan mereka sangat kecil. Yang pentingnya di sini adalah keupayaan mereka meraih kejayaan dalam BM. Hal ini memperlihatkan bahawa PEKAK bukan penghalang utama kelemahan murid-murid pekak dalam BM. Mengenalpasti faktor-faktor lain yang membantut murid-murid pekak menguasai BM adalah satu usaha baik jika guru-guru mereka dapat mengenalpastikannya.

 

(c) Laporan peperiksaan memperlihatkan bahawa bilangan calon pekak lulus dalam BM bertambah. Malah terdapat calon pekak yang lulus dengan cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM dan STPM. Dikatakan peningkatan angka ini selari dengan kualiti guru khas. Lihat Jadual keputusan peperiksaan dalam Lampiran 2.

 

(c)  Akhir-akhir ini terdapat beberapa pelajar pekak sedang belajar di IPTA dan IPTS. Di samping itu terdapat beberapa orang yang telah tamat belajar di IPT dalam dan luar negara yang memperlihatkan mereka mampu menguasai BM. Lihat Lampiran 4

 

1.11     Cadangan Mengatasinya

Di bawah adalah beberapa cadangan yang mungkin dapat membantu penguasaan BM dalam kalangan murid-murid pekak.

 

(i)         Pendedahan awal kepada BM (lisan, kefahaman, tulisan)

(ii)        Mendapat perkhidmatan bercorak perubatan dan kesihatan supaya pendengaran dapat dipulihkan

(iii)       Mendapat latihan berbahasa secara bersistematik dan berterusan

(iv)       Sikap ibu bapa dan murid pekak terhadap BM hendaklah positif

(v)        Pedagogi BM yang sesuai dengan murid pekak seperti ‘kaedah mengalami dan menghayati BM’, ‘Kaedah Bottum-Up’,’metalinguistik’, ‘kaedah proses’ dan ‘Kaedah analisis konstruktif’.

(v)        Guru juga harus bersikap positif terhadap kebolehan murid-murid pekak.

 

1.12     Kesimpulan

Kebolehan murid-murid pekak menguasai BM adalah satu kelebihan dalam pendidikan. Penguasaan BM yang baik membantu mereka memahami teks yang dibaca dan menulis atau melahirkan fikiran dengan bentuk yang difahami pembaca. Membaca adalah aktiviti yang berkait rapat dengan penguasaan ilmu pengetahuan secara langsung. Oleh itu, murid-murid pekak harus berusaha menguasai kemahiran ini. Anggapan yang menyatakan murid-murid pekak tidak dapat menguasai BM adalah pegangan yang lemah kerana laporan-laporan terkini berkaitan pencapaian mereka memperlihatkan bilangan mereka yang berjaya dalam BM bertambah. Oleh itu, usaha-usaha oleh ibu bapa dan ahli keluarga sangat penting supaya proses memperolehi BM berjalan secara semulajadi. Mereka yang terlibat dalam perubatan dan kesihatan pula bertanggungjawab dalam mendiagnosis tentang kepekkan dan nasihat kepakaran dalam penyediaan alat bantuan pendengaran dan latihan-latihan awal berkaitan dengan bahasa. Manakala peranan guru pula mengusahankan sessi pengajaran dan pembelajaran dengan pegadogi berkesan supaya murid-murid pekak mampu menguasai BM. Di samping itu, murid-murid pekak perlu disedarkan bahawa pencapaian baik dalam peperiksaan selalunya mempunyai peluang yang lebih untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa. Oleh itu berbantukan guru, ibu bapa dan ahli keluarga mereka mesti berusaha ke arah mempertingkatkan akademik.

 

 

Bibliografi

 

Abdullah Yusoff (2002) Perbualan Abdullah dengan Teh Kean Hoe dan Amir & Ibu Amir berkaitan dengan “Penguasaan BM” dalam “Sambutan Hari Orang Pekak Pulau Pinang”.  Secara bebas.

 

Abdullah Yusoff (dlm persiapan) Deaf Children And Their Writing. Birmingham: University of Birmingham (PhD Thesis Submitted To The University OF Birmingham, England [Final Draft])

 

Abdullay Yusoff. (1997) Pembentukan Bahasa Isyarat Di Kalangan Pelajar Pekak (The Formation Of Sign Language Among Deaf Pupils). Kuala Lumpur: Fakulty Of Linguistic University Malaya. (Unpblished M.A Tesis)

 

Abdullah Yusoff. (1996) Pemaparan Idea Dalam Karangan: Kajian Kes Terhadap Karangan Pelajar Pekak (An Expression Of Idea In A Composition: A Case Study On A Deaf Student). Jurnal Dewan Bahasa, 40: 4, 321-336.

 

Abdullah Yusoff. (1993) Kesalahan Struktur Ayat Di Kalangan Pelajar Pekak (Linguistic Errors In Deaf Children Writing). Jurnal Dewan Bahasa, 37:3, 220-228.

 

Abdullah Yusoff (1993b) Struktur Ayat BM: Satu Kajian Kes Terhadap Pelajar Pekak. Jurnal Dewan Bahasa. 37:3, 516-524

 

Abdullah Yusoff & Che Rabiaah Mohamed (2002) Proses Pendengaran dan Implikasi Kecacatannya Terhadap Berbahasa.Dewan Bahasa, Ogos halaman 54-59.

 

Chua, T. (1970) Special Education in Malaysia, Jurnal Kementerian Pelajaran Malaysia. 15:37, 95-98.

 

Chua, T. (1976) Communication for Hearing-handicapped People in Malaysia, in Oyer, Herbert (edt). Communication for the Hearing Handicapped: An International Perspective, 471-493.

 

Chua, T. (1977) Strength & Weakness in the Education Programme for the Deaf in Malaysia, in Proceeding of the First National Symposium on Deafness 1977.  Kuala Lumpur.

 

Chua, T. (1991) Methods of Teaching Deaf Children in Singapore and Malaysia. Singapore: Institute of Education, Singapore.

 

Deawan Bahasa dan Pustaka (1983) Kamus Dewan. Kuala Lumpur: deawan Bahasa dan Pustaka.

 

Goh, & Teh,  (1990) Analisis Semantik Terhadap Karangan Oleh Pelajar Pekak. Jurnal Dewan Bahasa. 34:11, 873-879.

 

Goh, & Teh, (1993) Bahasa Tulisan Pelajar Pekak: Analisis Struktur Sintaksis Ayat Berdasarkan Teori Tatabahasa Transformasi Genaratif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

 

Harris, T., & Hodges, R. (1995) The Literacy Dictionary: The Vocabluary Of Reading & Writing. Delaware: International Reading Association.

 

Izani, D. (1995) Perbandingan Penulisan Karangan Antara Pelajar Pekak Dengan Pelajar Normal: Satu Kajian Kes (A Comparison On Written Language Between The Deaf And Hearing Children: A Case Study). Jurnal Dewan Bahasa. 39: 11, 980-989

 

Mcintire, M. (Ed) (1994) The Acquisition Of American Sign Language By Deaf Children. Burtonsville: Linstok Press.

 

Nik Safiah, K. (1978) Bahasa Malaysia Syntax: Some Aspects Of Its Standardization. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

 

Kreshan & Terrell (1983). The Natural Approach Language Acquisition In The Classrom. Oxford: Pergamon Press.

 

Kretschmer, R. & Kretschmer, L.  (1978) Language Development And Intervention With The Hearing Impaired.  Baltimore: University Park Press.

 

Kyle, J. & Woll, B. (1985). Language In Sign: An International Perspective On Sign Language. London:  Croom Helm.

 

Marschark, H., (1997) Raising And Educating A Deaf Child. Oxford: Oxford  University Press.

 

Maher, J. (1996)  Seeing Language In Sign.  Washington:  Gallaudet University Press.

 

Mohd Hashim Omar (1985) Meeting special education need of the hearing impaired in Malaysia: Its challenges in the Eighties, Paper presented at the International Congress on Education of the Deaf, University of Manchester, England.

 

Paul, P. (1998) Literacy And Deafness: The Development Of Reading, Writing And Literate Thought. Boston: Allyn & Bacon.

 

Paul, P. & Quigley, S (1994) Language And Deafness. San Diego: Singular Publishing Group.

 

Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2000) Bahasa Isyarat Malaysia. Kuala Lumpur: Persekutuan Orang Pekak Malaysia.

 

Teng, S., (1986) Beberapa Aspek Akademik dan Psiko-Sosial Murid Cacat Pendengaran di Sekolah Percantuman di Negeri Johor (A Study of Some Aspect of Academic and Psycho-Sosiol of Hearing Impaired Students in Johor). Kuala Lumpur: University Malaya. (Unpublished M.A Thesis).

 

Volterra & Erting (1994) From Gesture To Language In Hearing And Deaf Children.  Washngton: Gullaudet University Press.

 

Zeshan, U. (2000) Sign Language In Indo-Pakistan: A Description Of A Signed Language. Amstradam: John Benjamins Company.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAMPIRAN 1

 

Gangguan proses pendengaran dan impak berbahasa

 

Bahagian telinga

Punca gangguan

Kemungkinan impak

Telinga luar

§         Pina tertutup semenjak lahir

§         Tersumbat saluran auditori oleh benda asing

§         Tahi telinga keras dan menutupi saluran auditori

§         Tempani berlubang/pecah atau tidak berfungsi

 

§         Dikelaskan mengalami pekak sedikit

§         Mengalami sedikit masalah pendengaran seperti sukar bertindak atau mendengar kadar percakapan biasa

§         Terpaksa memberi perhatian keseluruhan percakapan jika mahu memahami isi sepenuhnya, hal ini amat meletihkan dan menjemukan kepada murid-murid sekolah dan boleh membawa kepada ketinggalan dalam pelajaran

§         Bermasalah dalam pertuturan, mungkin sebutan menjadi tidak jelas pada fonem atau suku kata tertentu.

§         Terpaksa menghalakan telinga ke arah punca bahasa

§         Minta diulang percakapan

§         Sesekali tidak dapat memahami perbualan

§         Menampakkan reaksi tidak memberi respon segera ke arah percakapan atau arahan

 

Telinga tengah

§         Tulang-tulang osikal tidak berfungsi semenjak lahir

§         Jangkitan kuman atau berpenyakit yang merosakkan tulang osikal

 

§         Dikelaskan mengalami pekak sederhana

§         Lebih bermasalah berbanding dengan kerosakan di telinga luar

§         Tidak memberi respon yang cepat apabila nama dipanggil dengar kadar biasa

§         Mungkin mendengar dan memahami sebahagian mesej/perbualan sahaja

§         Mungkin paras pendengaran akan menjadi lebih baik pada masa tertentu dan sebaliknya pada masa yang lain. Contohnya, baik dalam bilik sempit berbanding bilik luar.

§         Mungkin sukar mendengar apabila berlatarkan bunyi bising yang orang biasa dapat mendengar

§         Mungkin menunjukkan tingkah laku luar biasa pada situasi tertentu apabila arahan lisan tidak difahami. Hal ini biasa berlaku kepada kanak-kanak

§         Mudah hilang tumpuan di situasi yang memerlukan tumpuan lama kerana hal ini memenatkan

§         Pemakaian alat bantuan pendengaran dapat membantu

Telinga dalam

§         Koklea tidak terbentuk dengan sempurna semenjak lahir

§         Koklea rosak dan tidak berfungsi

§         Berpenyakit berbahaya seperti deman panas, campak (measles), benguk (mumps)

§         Kerosakkan kepada saraf auditori

§         Terdedah kepada bunyi kuat yang sangat lama

§         Dikelaskan sebagai pekak teruk

§         Sukar memahami percakapan

§         Tidak mendengar bunyi-bunyi bahasa atau jika mendengarpun tidak memahaminya

§         Pemakaian alat bantuan pendengaranpun tidak banyak membantu.

§         Tidak dapat bercakap atau kalau dapat bercakap bunyi-bunyi bahasa yang diujarkan sukar difahami

§         Kecenderungan menggunakan bahasa isyarat

§         Jika kanak-kanak, besar kemungkinan bersekolah di sekolah khas (sekolah bermasalah pendengaran)

 

(Sumber daripada Abdullah & Che Rabiah dalam Dewan Bahasa Ogos 2002 halaman 54-59)

 

LAMPIRAN 2

Keputusan UPSR & PMR Bagi Calon Pekak

 

1. UPSR

Tahun

Mata pelajaran

GRED

Jumlah

A

B

C

A+B+C

D

E

2000

BM Kefahaman

0

0

7

7

71

84

162

BM Penulisan

0

0

3

3

6

153

162

Bahasa Inggeris

0

0

9

9

18

133

160

Matematik

0

5

26

31

54

75

160

Sains

0

0

11

11

54

97

162

2001

BM Kefahaman

3

8

60

71

135

82

288

BM Penulisan

4

5

10

19

11

257

287

Bahasa Inggeris

2

3

31

36

27

226

289

Matematik

2

5

56

63

82

142

287

Sains

2

1

33

36

71

182

289

2002

BM Kefahaman

1

4

59

64

99

140

303

BM Penulisan

2

8

9

19

23

258

300

Bahasa Inggeris

1

5

37

43

57

205

305

Matematik

3

19

69

91

104

110

305

Sains

0

2

29

31

71

201

303

 

2. PMR 

Tahun

Mata pelajaran

GRED

Jumlah

A

B

C

D

A,B,C,D

E

2000

B Melayu

0

1

7

34

42

248

290

B Inggeris

0

1

2

16

19

271

290

Sejarah

2

1

16

182

201

89

290

Geografi

1

1

20

144

166

124

290

P Islam

0

0

1

1

2

156

158

Matematik

3

6

18

132

159

132

291

Sains

0

2

5

224

231

59

290

K Hidup

0

1

60

117

178

113

291

2001

B Melayu

0

4

4

26

34

210

244

B Inggeris

0

1

3

14

18

227

245

Sejarah

1

3

14

140

158

87

245

Geografi

2

2

17

168

189

55

244

P Islam

0

1

1

0

2

167

169

Matematik

2

7

19

97

125

120

245

Sains

2

1

8

176

187

58

245

K Hidup

2

1

45

102

150

96

246

2002

B Melayu

0

2

4

81

87

200

287

B Inggeris

1

2

4

21

28

259

287

Sejarah

0

1

18

164

183

101

284

Geografi

0

3

8

163

174

112

286

P Islam

0

0

0

5

5

189

194

Matematik

2

5

21

128

156

129

285

Sains

0

0

7

216

223

63

286

K Hidup

0

5

99

122

226

64

288

 

(Sumber daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2003)

 

Lampiran 3

 

Karangan murid-murid pekak

 

Murid A (Tingkatan 3)

Saya pergi sampai pintu rapat. Saya rasa tidak ada orang di dalam rumah. Saya akan mencarai mengelilingi akhir tidak ada kunci.

 

Saya lihat sudah malam. Saya akan pergi jiran beritahu. Saya ada kunci dia dengan saya cakap saya kunci tidak ada sudah sebar (sabar).

 

Saya duduk di tangga tunggu sebar (sabar).  Saya lihat mengapa itu. Saya rasa ibu dan bapa. Saya tahu emak dan bapa saya gembira. Ibu bapa pergi tiba di dalam rumah. emak bawa kunci hidup. Saya tukar baju dan mandi sudah. akhir.

 

Murid B (Tingkatan 2)

Lima orang pelajar sedang jalan naik bas. Mereka  dari pulang ke bersekolah. Tiga orang pelajar perempuan dan lelaki jalan bas tutun berhentian.

 

            Mereka orang ramai pelajar sedang bas turun. Dua orang peljar jalan tidak nampak melanggaran jatuh kereta. Orang ramai tengok menolong menelefon cepak (cepat) datnag ambulan. Kawanya-kawan pelajar menolong kelungan (keluarga) pulang ke hospital.

 

            Bapa dan emak keluarga pulang msuk di hospital. Kawanya-kawan orang ramai hadiah sebuah banyak hospital.

 

 

Murid C (Tingkatan 3)

Pada hari Jumaat saya tidak bersekolah. Sekolah cuti. Saya suka hari Jumaat. Saya menanam pokok bunga. Saya menanam cangkul biji bunga. Saya menyiram pokok bunga cantik.

            Saya suka hari Jumaat. Saya baiki rosak basikal. Saya baiki habis basikal saya gembira. Saya tengok kotor basuh basikal jadi cantik. Saya suka sayang basikal dan saya jaga baik simpan rumah.

            Saya suka hari Jumaat. Saya memasak nasi goreng saya nasi gorang itu sedap.

            Saya buat kerja hari Jumaat. Saya membaca buku cerita. Saya suka menyapu mengemas rumah bersih cantik. Saya pakai dalam mesin baju lepas saya baju ampiana. Saya baju lipat banyak lepas saya bawa baju almari simpan baju.

            Saya suka hari Jumaat saya buat kerja boleh sendiri

 

 

Sumber: Koleksi penulis

 

 

 

 

Lampiran 4

 

 

Bilangan Pelajar Pekak Belajar

Di IPT Dalam dan Luar Negara (1970-2001)

 

Name of University

 

Graduated

 

Studying

 

Total

Local University

 

University of Science Malaysia

 

2

 

0

 

2

University of Technology Malaysia

 

1

 

1

 

2

Overseas University

 

Gallaudet University, USA

 

14

 

1

 

15

Rochester Institute of Technology, USA

 

0

 

1

 

1

Local Teacher Trainee College

Specialist Teacher Trainee College

 

2

 

0

 

2

Pulau Pinang Teacher Trainee College

 

1

 

0

 

1

 

Total

 

 

 

20

 

3

 

23

(Sumber daripada homepage e-pekak)

               

 

Kembali ke

© www.abdullahyusoff.cjb.net 2005