![]()
Sememangnya sahabat, adalah tidak keterlaluan jika Suluk katakan, anda
bisa melakukan sesuatu yang lebih lagi jika anda menjadikan
petunjuk-petunjuk ini
sebagai perhiasan diri anda menggantikan perhiasan diri anda yang sebelum
ini. Jika anda bisa memakainya, bermakna anda telah dianugerahkan Allah
Taala perhiasan yang dianugerahkan kepada mereka yang "Sholihin"
yang juga "Wali-wali Allah". Satu pesanan dan nasihat Suluk untuk
sama-sama kita perhatikan ialah:
Orang yang pandai Mengungkapkan atau menyatakan tentang "zuhud" tidaklah sama dengan mereka "yang zuhud", demikianlah juga orang yang tahu menyatakan keagungan Allah tidaklah sama dengan yang tenggelam dalam keagungan Allah.
Yang pastinya tidaklah sama "orang yang mengetahui" dengan "orang-orang yang mengenali". Orang yang mengetahui menyatakan sesuatu sifat {mengeluarkan sesuatu kalimah) mengikut pertimbangan maklumatnya yang diketahui dengan akalnya, manakala orang-orang yang mengenali menyatakan sesuatu berdasarkan penyaksian dan pengalaman mereka. Oleh itu tidak dapat disangkal lagi bahawa memperihalkan sesuatu yang disaksikan sendiri lebih teguh(Tahqiq) daripada menyatakan sesuatu yang didengari. Sempurnanya ketahqiqan seseorang itu dengan "merasai" sendiri kemanisan itu. Samalah bezanya antara tiga golongan ini
1.
Orang yang cuma mendengar cerita tentang lazat buah durian tapi tak pernah
melihatnya.
2.
Orang yang melihat sendiri dengan mata kepalanya buah durian dan tidak
memerlukan penerangan dari orang lain untuk mengenalinya.
3.
Orang yang melihat, mengopek dan seterusnya memakan serta merasai kaifiat
rasa lazat durian itu yang beliau sendiri tidak dapat memperihalkannya
kecuali dengan kalimah "lazat"...'lazat'.....'lazat'
Tapi bagaimanakah lazatnya?????
Rasalah sendiri barulah tahqiq pada anda wajah "lazat"...'lazat'...'lazat' itu.
Semoga tulisan yang kerdil ini bisa membesarkan jiwa anda untuk meneruskan pendakian ke puncak idaman.
Wasallam,
Suluk.
![]()