
|
|
Pada masa itu seluruh kerajaan berada pada kekuasaannya. Lalu ia mengajak raja-raja bawahannya untuk bermesyuarat dan berkata kepada mereka: “Aku akan membangun syurga seperti yang difirmankan Allah dalam kitab-kitab-Nya. Mereka menjawab: Hal itu terserah kepada tuan hamba, kerajaan ini kepunyaan tuan hamba.”
Kemudian ia memerintahkan agar dikumpulkan semua emas dan perak dari Timur hingga ke Barat. Setelah itu ia berkata: “Bangunkanlah untukku syurga dalam masa tiga ratus tahun.” Maka berkumpullah segala macam bentuk tukang bangunan. Maka dipilihlah tiga ratus di antara mereka setiap seorang dari tukang tersebut memimpin sebanyak seribu anak buah.
Mereka mengelilingi bumi selama sepuluh tahun, akhirnya mereka menemukan suatu tempat yang paling baik. Ada pokok-pokok, sungai-sungai. Maka mereka pun mulai membangun syurga yang dirancangkan itu satu parsakh demi satu parsakh. Satu parsakh daripada emas dan satu parsakh daripada perak.
Setelah mereka anggap semuanya telah sempurna, lalu mereka alirkan sungai-sungai, mereka dirikan pokok-pokok yang batangnya terbuat daripada perak, cabang dan rantingnya terbuat daripada emas. Dan mereka bangun istana-istana dari mirah delima, dengan dihiasi berbagai permata, seperti intan, berlian dan lain-lain. Kemudian mereka sirami dengan minyak yang paling wangi. Setelah itu baru mereka memberitahukannya kepada Syadad.
Syadad pun bersiap-siap untuk ke sana. Keberangkatan mereka itu selama sepuluh tahun perjalanan. Untuk mewujudkan keinginan Syadad tersebut, raja-raja dan para pembantu mereka telah mengambil emas dan perak daripada rakyat dengan cara paksaan. Sehingga tidak tertinggal sedikit pun emas dan perak daripada rakyatnya, melainkan yang masih ada pada leher seorang anak, yang beratnya kira-kira satu dirham.
Ketika mereka ingin merampasnya, maka anak itu berkata: “Janganlah tuan ambil emasku ini.” Akan tetapi mereka berusaha untuk mengambilnya, dan mereka berkata: “Kami diperintahkan oleh raja untuk mengambilnya.” Lalu emas yang sedikit itu mereka paksa mengambilnya daripada leher anak kecil itu.
Maka anak tersebut mengangkat tangan, sambil berdoa: “Wahai Tuhanku, Engkau Maha mengetahui tentang apa yang telah dilakukan oleh orang yang zalim ini terhadap hamba-hamba-Mu yang lemah. Maka tolonglah kami, wahai Zat yang menolong kepada orang-orang yang meminta pertolongan.”
Semua malaikat mengaminkan doa anak tersebut. Kemudian Allah SWT mengutus Jibril as. Ketika itu rombongan Syadad telah sampai dekat syurga yang mereka buat. Akan tetapi tiba-tiba Jibril memekik dengan suara yang sangat keras dari atas langit. Maka dalam masa yang singkat mereka semuanya mati, sebelum sempat memasuki syurga tersebut. Firman Allah SWT:
Khalifah Usman bin Affan menghantar bantuan tentera dari Madinah dengan dipimpin oleh panglima muda Abdullah bin Zubair putera Zubair bin Awwam. Sebaik saja pasukan bantuan itu tiba di Tripoli, mereka disambut dengan laungan takbir ‘Allahu Akbar’ yang membuat pasukan Rum bimbang. Mereka menjangka pasukan Islam telah bertambah berkali ganda.
Pihak musuh merasa takut, kerana tanpa bantuan tentera Islam berjaya mengundurkan tentera Rum. Apa akan jadi kalau tentera tambahan datang.
Panglima Patrick Gregorius sangat panik memikirkan apa yang akan terjadi pada diri dan tenteranya. Kini ia cuba menggunakan taktik kotor apacara sekalipun untuk menghancurkan pasukan Islam, sekalipun cara itu sebagai pengecut dan licik.
Gregorius mengeluarkan maklumat kepada orang ramai: “Barangsiapa yang dapat membunuh Abdullah bin Sarrah Panglima perang pasukan Islam akan diberi ganjaran 100,000 dinar dan akan dikahwinkan dengan anak perempuan Gregorius yang terkenal dengan kecantikannya.”
Iklan ini bukan sahaja membuat setiap pasukan Rum
menjadi ghairah dan bersemangat tinggi, tapi juga telah menjalar kepada
pasukan Islam yang menjadi bingung kerananya. Akibat daripada tersiarnya
berita ini, panglima Abdullah bin Sarrah khuatir dan jarang keluar dari
perkhemahannya untuk memimpin terus pasukannya.
Abdullah bin Sarrah khuatir akan keselamatan dirinya. Seolah-olah ia
kurang percaya kepada pasukannya sendiri.
Dalam keadaan menggelisahkan ini, panglima Abdullah bin Zubair mendapat akal untuk menandingi taktik Gregorius itu. Cadangan itu disampaikannya kepada panglima Abdullah bin Sarrah. Cadangan itu ialah “Barangsiapa yang dapat membunuh Panglima Patrick Gregorius akan mendapat ganjaran 100,000 dinar dan akan dikahwinkan dengan puterinya yang cantik jelita.”
Cadangan ini dipersetujui oleh panglima Abdullah bin Sarrah. Walaupun sebenarnya pasukan Islam tidak mempunyai wang sebanyak itu. Memang perang adalah strategi. Kalau tidak pandai membuat tipu helah, tentu akan musnah kena perangkap musuh. Pengumuman itu diseludupkan masuk ke dalam benteng Sufetula oleh pasukan-pasukan pemanah dan tersebar luas di kalangan pasukan Rum.
Perang nafsu wang ini telah membuat Gregorius runsing dan khuatir akan keselamatan dirinya. Ia sentiasa menyembunyikan diri dari memberi arahan terus kepada perajuritnya. Seluruh benteng hangat dengan isu maklumat dan janji dari panglima Abdullah bin Sarrah. Ramai pasukan yang gelisah dan khuatir panglimanya akan mati oleh tindakan orang yang khianat.
Dalam suasana runcing, di dalam saat itulah Panglima Perang Abdullah bin Sarrah mengerahkan pasukan Islam untuk mengadakan serangan besar-besaran dari semua penjuru. Tentera-tentera berani mati menyerbu dengan disertai pekikan ‘Allahu Akbar’. Mereka menggunakan alat penebuk, pelontar dan pemanjat untuk membuka pintu benteng. Beberapa pasukan berjaya memanjat dinding benteng dan membuka pintunya. Di antaranya ialah Abdullah bin Zubair. Apabila pintu dapat dibuka, pasukan Islam masuk mencurah-curah sambil melaungkan takbir.
Kuda-kuda Arab yang ditunggangi oleh pahlawan-pahlawan handal melompat ke merata-rata tempat sambil memijak tubuh-tubuh musuh yang rebah. Panglima pasukan Rum Patrick Gregorius bertempur dengan semangat tinggi di atas kudanya yang didampingi oleh puterinya yang cantik jelita. Puterinya juga handal bermain pedang dan menunggang kuda. Ia menarik tali kekang kudanya sambil menetak setiap musuh yang cuba menyerang ayahnya. Panglima Abdullah bin Zubair mengejar Gregorius dan terjadilah permainan pedang yang seru antara dua panglima itu. Namun kehandalan panglima muda Abdullah bin Zubair itu tidak dapat dikalahkan dan Gregorius jatuh tersungkur dengan bermandikan darah.
Puterinya yang terkenal cantik jelita yang dijadikan
pertaruhan oleh Gregorius tidak berhasil menyelamatkan nyawa ayahnya walaupun
ia telah bertempur mati-matian. Akhirnya puteri jelita itu dapat ditawan
oleh Abdullah bin Zubair.
Dengan tewasnya panglima Patrick Gregorius, maka bandar Sufetula yang
terkenal makmur dan indah itu jatuh ke tangan umat Islam. Umat Islam memperolehi
harta rampasan yang sangat banyak dalam peperangan ini setelah melakukan
pengepungan selama 15 bulan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|