Wudhu' pada yang satu adalah penyucian diri daripada kenajisan badaniah dan moral; dan pada yang lain adalah pemisahan daripada diri (Al-wudhu' infisal wa'sh-shalaat ittishal).
Wudhu' adalah pemisahan dan solat adalah pelekatan (penyatuan). Inilah hakikat wudhu'. Bagaimana caranya? Ia adalah penyatuan aliran di dalam zikir nafas untuk dihantar kepada maqam-maqamnya yang tertentu kepada anggota yang disucikan. Kalau nak diterangkan di dalam penulisan ini, aku rasa tidak bertepatan dengan kesesuaiannya. InsyaAllah akan aku khabarkannya kemudian nanti secara nyata!
Sebab apa kita perlu berwudhu'? Ini adalah kerana tubuh kita (jasad) menanggung roh! Ada puak sembahyang dengan tidak berwudhu', ini tidak betul caranya. Ini dusta! Kecualilah wudhu' pertamanya tidak batal, bolehlah wudhu'nya digunakan. Ini nak kena faham. Bagaimana sembahyang dengan tidak berwudhu', sedangkan jasad menanggung roh! Kalau dah badan kita kotor, macam mana roh hendak dikenali dengan nyatanya???
Seperti di dalam suatu Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Adalah haram bagi mereka yang tidak bersuci, menyentuh Al-Qur'an."
Apa yang aku nak maksudkan Al-Qur'an di sini ialah, tubuh kita inilah yang dikatakan Al-Qur'an Al-Azziim! Dari Alif hinggalah kepada akhir Ya, meliputi tubuh kita yang zahir dan batin ini. Inilah yang dikatakan Al-Qur'an yang sebenarnya. Al-Qur'an yang hidup dan berkata-kata dengan sendirinya! Mutakallimun wahdah!
Wudhu' ini boleh kita ibaratkan kepada dua pecahan :
1. Zikirullah - adalah sabun kepada penyucian najis yang zahir dan batin. Membuang daki-daki junub yang menghijab tubuh badan kita daripada ma'rifat kepada Allah Ta'ala.
2. Air (ma'al hayat) - adalah pelentur sabun yang membuang kekotoran daki junub yang melekat pada tubuh badan kita. Membuang segala kesyirikan yang menjadikan hijab selama ini.
Kadang-kadang kita cerita bab-bab yang tinggi di dalam ilmu hakikat, namun dalam pada itu cara nak mandi junub hakikat pun tak reti-reti. Ini adalah penting, kerana adalah tidak sah ibadah kita yang tidak suci mandian junubnya! Ini nak kena ambil perhatian!
Di dalam konteks penyucian diri ini, keutamaan pembersihan diri
adalah yang paling-paling afdhal!
Kalaulah dah jasad menjadi kotor, bagaimana rohani yang suci boleh
diketemukan???
Di bawah ini aku catitkan hurufnya Al-Qur-an dan kenyataannya pada sifat Nabi.
Alif - Jantung Muhammad
Ba' - Dahi Muhammad
Ta' - Rambut Muhammad
Sa' - Kening Kedua Muhammad
Jim - Hidung Muhammad
Ha' - Mata Kanan Muhammad
Kho' - Mata Kiri Muhammad
Dhal - Bibir Atas Muhammad
Dzhal - Bibir Bawah Muhammad
Ro' - Darah Muhammad
Zai - Daging Muhammad
Sin - Tapak Tangan Kiri Muhammad
Shin - Tapak Tangan Kanan Muhammad
Shod - Peha Kanan Muhammad
Dhod - Peha Kiri Muhammad
Tho - Siku Kanan Muhammad
Dzho - Siku Kiri Muhammad
Ain - Tengkuk Muhammad
Ghain - Kerongkong Muhammad
Fa' - Leher Muhammad
Khof - Telinga Kanan Muhammad
Khaf - Telinga Kiri Muhammad
Lam - Hati Muhammad
Mim - Ubun-ubun Muhammad
Nun - Buah Di Dalam Daging Muhammad
Wau - Tulang Muhammad
Ha' - Dada Muhammad
Lam Alif - Kaki Kiri Muhammad
Hamzah - Kaki Kanan Muhammad
Ya - Utusan Muhammad
Adakah saudara berdua sudah mengetahui hakikat penyucian diri ini secara hakikat???
Dan bagaimanakah cara mandi junub hakikat???
Wudhu' adalah penyucian diri yang zahir dan batin. Kalau kita
dapat melaluinya proses penyucian ini
secara hakikat, akan berlakulah perubahan pada bau, rasa dan
warna!
Jadi, tak payahlah lagi nak pakai minyak attar sebagai aroma di badan sebagai untuk menghilangkan bau, warna dan rasa!
Wallahu ta'ala a'lam.......
Wassalamu.......
Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
20 Disember 1999 / 12 Ramadhan 1420