Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Wahai Tuhanku, berikanlah daku Ilmu Hikmah [pengetahuan ugama] dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang Sholeh[Al-Syura:83]
Wajibal Wujud

Para Fuqaha' tidak bersetuju dengan pendapat Aulia Allah. Mereka tetap mengatakan wujud itu ada dua.

Satu yang asal dan yang lagi satu sementara, yang datang dari 'adam(tidak ada). Mereka berkata.. Allah tidak berkuasa menjadikan 'ghair' nya yang tidak ada wujudnya. Menjadi wujudnya benda-benda bukan dari 'tidak ada' tetapi adalah dari A'yan Saabitah Al-Ilmiah' (bentuk-bentuk tetap dalam ilmu) yang pada luarnya 'Adam Idhofi'(tidak ada menurut bandingan).

A'yan ternampak apabila apabila Penzhohir mengurniakan kepada mereka Wujud Idhofi(Wujud bandingan); iaitu pada luarnya mereka 'adam(tidak ada) tetapi wujud dalam ilmu. Oleh itu benda-benda(objek) tidak datang dari 'yang tidak ada' tetapi dari Wujud Allah, dalam Ilmu Allah. Mereka beserta dengan Wujud Allah. Pada luarnya mereka datang dengan Wujud Allah, tetapi sepanjang yang berkenaan dengan pengetahuan mereka tentang luar(zhohir) mereka itu, mereka tidak membawa-bawaan wujud dalam luarnya.

Dengan demikian perintah "KUN" atau 'Jadilah' bukan diarahkan kepada 'adam tetapi adalah kepada 'Ayan Saabitah iaitu bakat-bakat peribadinya sendiri yang asal. Yang nampak pada zhohirnya adalah sementara dan tidak kekal. Hakikat 'adam tidak boleh ditukar menjadi Wujud dan sebaliknya.

Perbezaan pendapat antara ulama dan orang-orang sufi bukanlah pada prinsip doktrin atau butir-butirnya tetapi adalah pada prinsip-prinsip berikut;

1. Berkenaan dengan kejadian atau makhluk. Ulama-ulama mengatakan wujud kejadian adalah berbeza dengan Wujud Allah. Ahli-ahli Sufi mengatakan tidak ada perbezaan' hanya satu jua iaitu A'yan bagi yang satu lagi.

2. Ulama-ulama mengatakan kejadian adalah dari 'adam dan perintah "KUN" atau 'Jadilah' adalah ditujukan kepada 'adam. Ahli-ahli Sufi mengatakaan "yang diperintahkan itu" mestilah ada atau wujud untuk menerima perintah itu dan ini ialah A'yan dalam pengetahuan; iaitu bakat dalam batin.

3. Perkara berkenaan "HUWA HUWA" dan "KA ANNAHU HUWA". Sufi seperti Shahabuddin Shahruwardi mengatakan bahawa dalam fana, benda atau makhluk(yang terhad) menjadi "KA ANNAHU" (seperti DIA) dan bukan "HUWA HUWA" (DIA DIA). Seperti besi dalam api yang menjadi seperti api dan bukan api yang sebenarnya. Hakikat besi berlainan daripada hakikat api. Menurut "Nafahatul Unsi"(Nama Kitab) 300 Aulia adalah mengikut Mazhab ini dan 300 lagi mengikut Sheikh Al-Akbar(Sheikh Muhibuddin Ibn Arabi) yang mengatakan makhluk menjadi "HUWA HUWA".

Sheikh Al-Akbar menyatakan Wujud tidak lebih daripada satu. Yang sama itu juga menzhohirkan kepada diriNya dengan diriNya. Seperti air menzhohirkan kepada dirinya dengan rupa ais secara pembatasan. Apabila dalam keadaan fana bentuk atau pembatasan hilang, Yang Mutlaq tinggal dan menjadi "HUWA HUWA". Mazhab ini pergi sampai kepada Wahidiah.

Mazhab yang kedua itu mengatakan ada dua wujud yang berlainan dan dua benda yang berlainan dalam pandangan mereka. Misalnya besi dan api. Besi menjadi api sementara, api tetap api dan besi tetap besi. Apabila ombak reda, laut tetap tinggal. Firman Allah yang bermaksud "Allah adalah Allah dan tidak ada apa pun besertanya". "Allah sekarang adalah seperti Allah dahulu jua".

Apabila buih berpecah, air tetap tinggal seperti dahulu juga. Buih itu pada hakikatnya adalah air juga. Rupa atau bentuk itu adalah pada zhohir sahaja tetapi wujudnya tidak ada. Air sekarang seperti air yang dulu juga. "Yang lain adalah tidak lebih dari hanya nama pada fikiran sahaja".

Oleh yang demikian, semua nama(ASMA) adalah penzhohiran(manifestasi) daripada satu hakikat. Kadang-kadang hakikat itu lautan; kadang-kadang buih; kadang-kadang ais; dan kadang-kadang salji; kadang-kadang Allah; kadang-kadang makhluk 'benda'; kadang-kadang tidak terhad; kadang-kadang terhad. Nama itu banyak dan yang dinama adalah SATU.

Filosuf dan Mutakallimun mengatakan bahawa kesan atau akibat perbuatan Allah tidak ada penzhohiran tanpa bentuk-bentuk atau rupa-rupa yang dizhohirkan. Kenyataan ini menunjukkan satu kecacatan dalam Uluhiyah(Esa Dalam Ketuhanan). Oleh itu, bentuk-bentuk itu adalah dirinya sendiri pada zhohirnya dan adalah hakikat-hakikatnya. DIA tidak bergantung kepada "YANG LAIN" untuk penzhohiran.


 
Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH