Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Bahagian Kedua
  USUL MA'RIFAT 

Ini aku persembahkan apa yang dikatakan terdapat beberapa maqam di dalam perlaksanaan perlakuan di dalam solat. Sebahagian daripada tafsiran-tafsiran  Laduni yang aku perolehi daripada Guru-guru Mursyid yang mu'tabar lagi ariffin di samping ilham dan pengalaman yang aku perolehi dari amalan ilmu itu sendiri.

Aku berpegang pada sebuah Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Barangsiapa beramal akan sesuatu ilmu yang diketahuinya, akan dianugerahkan  pula sesuatu ilmu yang tidak diketahui (Laduni)."

"Barangsiapa dikehendaki Allah akan memperolehi kebaikan, nescaya dianugerahkan-Nya pemahaman dalam agama dan diilhami-Nya petunjuk." [HSR. Bukhari & Muslim]

Dan firman Allah Ta'ala bermaksud :

"Contoh-contoh itu Kami buat untuk manusia dan tidak ada yang mengerti  kecuali orang-orang yang berilmu." [Al-Ankabuut : 43]

Hayatilah ianya dengan sebaik mungkin dan buatlah penilaian sebagai  persediaan di dalam amalan.

USUL MA'RIFAT

ADAPUN yang dikatakan Takbiratul ihram itu ialah di atas tiga perkara :

1. Mi'raj
2. Munajat
3. Tabdul
4. Ihram

1. Mi'raj - ertinya iaitu nyata ia di atas suatu dan keluar ia tiap-tiap suatu. Maka apabila ia masuk daripada suatu yang lain, Mi'raj namanya.  Seperti mana di dalam Hadis sabda Rasulullah SAW, bermaksud:

"Keluar daripada batang leher dan nyawa mu yakni keluar daripada halkum dan daripada suruh ku maka sampailah kamu kepadanya."

Adapun maksudnya yang sebenar-benar Mi'raj itu sudahlah berpindah-pindah ia.  Daripada yang zahir kepada yang batin dan diri yang batin menghadapi akan rahsia Allah Ta'ala.

Seperti sabda Rasulullah SAW, bermaksud :

"Tiada wujud ku lagi melainkan sudah berpindah kepada wujud Allah."

Maka tiada sembah dan puji di dalam solat itu melainkan Allah semata-mata.  Adapun yang menyembah itu roh, yang disembah itu Zat Allah Ta'ala. Maka nyatalah bukannya syariat yang menyembah. Tatkala semasa hamba yang berdiri itu, dalah pekerjaan syariat. Mustahil syariat boleh menyembah Tuhan, kerana syariat itu jisim yang kasar. Melainkan roh sahaja yang menyampai pekerjaan hamba kepada Tuhannya.

2. Munajat - adapun makna Munajat itu ialah ibaratnya sudahlah berjumpa diri hakikat hamba itu dengan Tuhannya. Maka tatkala itu tiada lagi nampak ilmu  ini. Seperti sabda Rasulullah SAW, bermaksud :

"Pada masa itu di mana kamu hadapi di situlah wajah Allah."

Oleh itu janganlah sekali lalai hati semasa kita di dalam Takbiratul ihram.

3. Tabdul - yakni menyatakan ia sudah berpindah kepada kalimah ma'nikam kembali ia di dalam kalimah insan. Maka inilah dinamai rahsia Allah dan rahsia inilah yang menghidupkan syariat hamba semasa Tabdul kerana di masa itu hakikat hamba hanya semata-mata menumpukan kepada Zat Allah. Demikianlah hendaknya hakikat kita di dalam sembahyang janganlah diubah-ubah sekali-kali
daripada panduan ini.

4. Ihram - ertinya tercengang-cengang maka tatkala itu Ihram fana' diri kita terlebih dahulu fana' sifat mu kepada sifat Allah. Fana' wujud mu di dalam wujud Allah. Fana' mulia mu di dalam mulia Allah. Maka tatkala fana' itu biarlah sebenar-benar hilang segala perasaan mu terhadap alam ini.
Seumpamanya waktu kedatangan lazat kepada kita, tiada terkenang pada yang lain melainkan Af'al Allah semata-mata.

Seperti kata arifbillah, bermaksud :

"Pada masa itu tiada berkehendak pada yang lain melainkan Allah semata-mata."

Maka inilah jalannya yang dikatakan Usul Ma'rifat tahkik namanya martabat Ulama Laduni.

Seperti kata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, bermaksud :

"Tiada yang lebih sempurna tiada yang lebih jelas selain daripada ilmu Ketuhanan."

Dengan itu apa yang hendak aku fahamkan kepada sahabat-sahabat ku yang dikasihi tentang amalan di dalam setiap perlakuan solat itu ialah fana'kan dirimu daripada "menyembah" dan yang "disembah". Apanila ada lagi yang menyembah dan yang disembah, maka masih menjadi dua, belum menjadi esa
hukumnya.

Seperti kata Ahli Hakikat :

MAN 'ABADA' L-ISMA DUNA'L -MA'NA....

Ertinya : "Barangsiapa menyembah nama tiada dengan makna (ertinya), maka  bahawasanya telah KAFIR-lah ia...."

WA MAN 'ABADA'L -MA'NA DUNA'L -ISMA FAHUWA MUSHRIK....

Ertinya : "Barangsiapa menyembah makna (erti) tiada dengan nama, maka ia itu menduakan...."

WA MAN 'ABADA'L -ISMA WA'L -MA'NA FAHUWA MUNAFIQ....

Ertinya : "Barangsiapa menyembah nama dan makna (erti) nama, maka ia itu munafiq...."

WA MAN TARAKA'L -ISMA WA'L -MA'NA FAHUWA MU'MINUM HAQQAN.

Ertinya : "Barangsiapa meninggalkan nama dan makna (erti) nama, maka ia Mu'min yang sebenar-benarnya."

Adapun fana' itu, pada ibarat ialah melenyapkan segala ghair Allah. Jika orang fana' lagi tahu akan fana'nya, belum ia fana' kerana fana' itu, pada ibarat hapus daripada ghair Allah. Apabila belum hapus daripada ghair Allah,  belum fana' hukumnya; apabila hapus daripada ghair Allah nescaya yang menyembah pun lenyap, disembah pun lenyap daripada rasanya. Yakni menjadi esa, iaitu tiada lenyap sekali-kali. Adapun kepada suatu ibarat, fana itu "syirik" kepada Allah Ta'ala kerana si 'asyik tiada berwujud. Apabila tiada berwujud fana' hukumnya, kerana kepada hakikat Ia Sendiri-Nya, tiada lain.

Seperti sabda Rasulullah SAW, bermaksud :

'ARAFTU RABBI BI RABBI

Ertinya : "Aku kenal Tuhan ku dengan Tuhan ku."

LA YARA'L -LAHA GHAYRA' LLAH

Ertinya : "Tiada melihat Allah melainkan Allah."

MA'ARAFA'L -LAHA GHAYRA' LLAH

Ertinya : "Tiada mengenal Allah lain daripada Allah."

RA'AYTU RABBI BI 'AYNI RABBI

Ertinya : "Ku lihat Tuhan ku dengan mata Tuhan ku."

Apabila lain daripada Allah tiada dilihatnya, maka fana' hukumnya pada  ibarat ini. Perkataan ini terlalu mushkil. Hendaklah kita benar-benar ketahui dan menghayatinya dengan sedalam-dalamnya pengertian.
 


 

Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH