Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Petikan dari bicara saya yang terdahulu;

Tidak salah jika menerima yang "ranting-ranting" itu asalkan kita faham berkenaan bentuk-bentuk yang ditunjukkan oleh Asma itu.  Tidaklah bercerai atau pemisahan masa antara Syuhudul Kasrah Fil Wahdah dan Syuhudul Wahdah Fil Kasrah ;  malahan bagi yang arif adalah segala pandangan itu pada suatu masa jua.

Kata Sheikh Shodruddin Al-Buniyyu,   Khalifah Sheikh Muhyiddin Ibnu 'Arabi QaddasaLlahhi Sirrahima;

Telah dilihat oleh orang yang Arif itu akan

Maka adalah segala pandangan yang demikian itu pada suatu masa jua.

Jika saudara "still can go" atau berhajat kepada perincian dan huraian kata-kata di atas mengikut Ilmu Martabat Tujuh......insya Allah fakir sedia untuk berkongsi barang sepatah dua.



Keterangan Suluk mengikut Kitab Manhalus Shofi.

Telah dilihat oleh orang yang Arif itu akan

Maka adalah segala pandangan yang demikian itu pada suatu masa jua.
 

Dan dikehendaki(dimaksudkan) dengan katanya;  1.  dirinya dan tiap-tiap sesuatu daripada suatu pihak yakni daripada pihak Ta'yun Thani(Wahidiyah) itu lain daripada Haq Taala kerana sudah ia bermasing-masing dengan kelakuan yang tertentu ia dan jikalau ia qadim sekalipun;  kerana ia ibarat daripada maklum IlmuNya( perincian kepada A'yan Saabitah atau Wahdah).

Pandangan pada Martabat Wahidiyah adalah pandangan yang telah membeza-bezakan antara aku,  engkau,  dia,  kamu,  mereka dan kami.  Yang bukit itu a'yannya bukit,  yang jin a'yannya jin dan yang insan a'yannya insan atau yang alam itu alam.  Sudah diperincikan dan dibezakan-bezakan bakat-bakat yang Ijmal(terhimpun atau terpendam) dalam Ta'yun Awal iaitu di A'yan Saabitah.  Sudah ada tafsilnya daripada yang sebelumnya tersembunyi dalam perhimpunan itu.  Sudah ada hamba,  alam dan makhluk-makhluk lain. dan sudah ada perbezaan dirinya dan tiap-tiap sesuatu.

Walaupun ia qadim sekalipun,  pandangan yang berbeza-beza pada Martabat Wahidiyah(Ta'yun Thani/Nyata Yang Kedua ini telah wujud akan pandangan yang membeza-bezakan antara dirinya dan Haq Taala.  Sama sekali tidak diizinkan di sini untuk  menyamakan hamba dengan Allah,  dan di sini tidak pernah ada yang mengingau menjerit "Ana Al-Haq".  Jika ada juga,  maka tergelincirlah ia ke dalam gaung kekufuran.

Ini adalah pandangan(Musyahadah) seorang arif pada pihak Martabat yang ketiga,  iaitu pada Martabat Wahidiyah.  Jelaslah pada kita,  mengapa ia dipanggil Ta'yun Thani,  iaitu Nyata yang kedua yang mentafsilkan Ta'yun Awal seumpama(sebagai kiasan/ibarat) pelapah,  bunga,  ranting,  daun,  buah,  batang,  pokok yang mentafsilkan bijih benih yang terpendam sebelum itu.

Pun begitu,  dalam masa yang sama,  pada waktu yang itu juga,  Musyahadahnya sentiasa tersyuhud kepada pihak yang lain pula.

Dan dikehendaki dengan katanya 2.  dan pada suatu pihak PekerjaanNya yakni

pada pihak martabat Ta'yun Awal yang ijmal itu pekerjaanNya kerana ia Syu'un Zaatiyah lagi Qaibiyah.  Maka dikatakan pekerjaanNya kerana tiada berbeza setengah daripada setengahnya.

Pada suatu pihak yang lain pula,  dengan waktu dan masa yang sama,  Syuhud seorang Arif itu terarah juga pada pihak Ta'yun Awal(Nyata Yang Awal) iaitu pada pihak A'yan Sabitah.  Pada A'yan Saabitah,  tiada ada sebarang tafsil,  perbezaan dan apa-apa yang nyata.  Dinamakan ia Ta'yun Awal iaitu ibarat daripada takluk IlmuNya akan ZatNya,  SifatNya dan akan segala yang maujudat atas jalan Ijmal itu terhimpun di dalam tersembunyi kerana tiada berbeza setengahnya dengan setengah yang lain.  Semata-mata menunjukkan wujudnya Pekerjaan Zat itu kerana ianya Syu'un Zaaitiyah yang qhaibiyah yakni kelakuan yang bangsa Zat yang Mengetahui Allah akan ZatNya.

Syuhud disinilah yang menyedarkan diri kepada WujudNya Zat yang Qadim Yang Bersifat dengan Sifat-Sifat Kamalat(KesempurnaanNya;  bukan semata-matanya Sifat 20 sahaja,  tetapi keseluruhan Sifat Yang Tiada Terhad).  Tidak lebih dan tidak kurang dari itu.

Syuhud pada Martabat Wahdah inilah yang membukakan kesedaran kepada nyata dan zhohirnya Zat Yang Meliputi segala yang maujudat ini.  Tidak terasing dan bercerai malah ianya bersatu dalam Keesaan Zat itu.  Seumpama satu buih yang timbul dari ketenangan lautan itu.

Dengan kerana itulah,  dalam musyahadah Pekerjaan Zat(Syu'un Zaatiyah) ini;  adalah sampai berkata;
Aku Engkau di dalamnya,  dan kami Engkau,  dan Engkau Ia.
yang menunjukkan kehairanan hamba di mana tidak dapat dibeza-bezakan antara Tuhan dan alam.  Di sini,  hamba dan Tuhan sudah tidak dapat dibezakan-bezakan lagi malah bersatu dalam PekerjaanNya yakni kenyataan SifatNya Yang Qadim lagi Azali.

Dan dikehendaki dengan katanya 3.  pada suatu pihak KeadaanNya yakni Thomsi(hapus/lenyap Syuhudnya) pada AhadiyahNya.  Maka dilihatnya tatkala itu Keadaan Allah Jua.

Musyahadah pada pihak yang ini akan melenyapkan terus ilmu dan syuhudnya hatta dirinya sendiri.  Hapus dan lebur.....,  menjadikan ia bersatu pada Keadaan Allah Yang Maha Mulia,  Maha Tinggi lagi Maha Suci.  Suci dengan Keadaan Allah Yang Maha Suci.  Inilah yang dimaksudkan Martabat Ahadiyah.yakni martabat KUNHI ZAT yang tiada nyata sesuatu nisbah bagi yang memandang kecuali Zat Allah semata-mata.

Sebab-sebab dipanggilkan sebagai KeadaanNya semata-mata ialah martabat ini adalah Martabat Yang ITloq yakni lepas sertanya daripada ada sesuatu.  La Ta'yun dengan sebab TIADA ADA NYATA sesuatu jua pun hatta diri yang memandang binasa sema sekali. Firman Allah;  "Segala-galanya binasa kecuali WajahNya"

Dan dikehendaki dengan katanya 4.  dan dilihat Haq Taala itu cermin yang dilihat di dalamnya akan hal dirinyayakni kerana adalah kerana adalah dirinya dan segala yang lain tiada ia wujud ainnya sekali-kali selain daripada wujud Allah yang Istiqlal

Misal bila tasybih

Kenyataan segala-gala alam ini bayang-bayang yang menunjukkan bagi wujud Allah Taala;  dan tiada ada bagi bayang-bayang  itu wujud ain yang istiqlal(asing) sendirinya lain daripada Ampunya bayang-bayang iaitu; [Laisakamislihi Syai'an].  Maka jadilah Ampunya bayang-bayang itu kenyataan seperti cermin bagi bayang-bayang.

Dan dikehendaki dengan katanya 5.  ia melihat dirinya tempat nyata bagi wujud Haq Taala yakni maka melihat ia akan TuhanNyadi dalam dirinya dan segala AsmaNya dan Segala SifatNya dengan sekira-kira penerimaan yakni dengan Iktibar TajalliNya;  kerana adalah alam ini  TajalliNya bagi Keadaan WujudNya jua.  Maka adalah tiap-tiap TajalliNya dapat menyatakan seperti umpama cermin yang dilihatkan bagi diriNya.

Dan lagi difaham daripada kalam ini,

Mengisyaratkan pula akan dua maqam.  Maqam yang pertama itu katanya dilihatnya  Allah Taala itu cermin yang menyatakan tafsil hal dirinya itu;

Pandang Kasrah Fil Wahdah seperti dimisalkan oleh setengah Arifin;

seperti biji khurma.  Maka dipandangkan pada bijinya itu akan pohonnya dan pelapahnya dan bunganya sekelian itu lengkap pada bijinya.

Dan pada katanya seperti melihat dirinya itu tempat nyata bagi wujud Haq Taala  ,  maka mengisyaratkan maqam ini

Pandang Wahdah Fil Kasrah yakni seperti

ia memandangkan pada buahnya dan pohonnya dan bunganya dan pelepahnya dan batangnya akan bijinya.

Maka adalah segala pandangan yang demikian itu pada suatu masa jua.

Pandangan(Musyahadah)  kepada Ahdiyah
Pandangan(Musyahadah)  kepada Wahdah
Pandangan(Musyahadah)  kepada Wahidiyah
Pandang Kasrah Fil Wahdah
Pandang Wahdah Fil Kasrah

Pandangan atau Syuhud Arif di atas berlaku dan bergerak serentak dan dalam satu masa yang sama jua di mana yang satu itu tidak menghijabkan satu yang lalu.  Ditegaskan lagi sekali,  ia dalam satu masa jua.  Tiada lindung melindungi atau hijab menhijabkan.
====================

Tanbih:

Hal keadaan yang sebegini amat payah untuk diterangkan,  tetapi agak mudah untuk diperkatakan.  Dan apabila mereka berkata,  maka berkatalah mereka dengan "lisan hal" yakni dengan menghidangkan buah yang masak ranum,  bukan dengan "lisan ilmu" yang mengagak-agak berdasarkan fikiran dan kefahaman dari maklumat-maklumat yang diterima.

Antara buah yang masak ranum ialah;

Apabila buih berpecah, air tetap tinggal seperti dahulu juga. Buih itu pada hakikatnya adalah air juga. Rupa atau bentuk itu adalah pada zhohir sahaja tetapi wujudnya tidak ada. Air sekarang seperti air yang dulu juga. "Yang lain adalah tidak lebih dari hanya nama pada fikiran sahaja".

Oleh yang demikian, semua nama(ASMA) adalah penzhohiran(manifestasi) daripada satu hakikat. Kadang-kadang hakikat itu lautan; kadang-kadang buih; kadang-kadang ais; dan kadang-kadang salji; kadang-kadang Allah; kadang-kadang makhluk 'benda'; kadang-kadang tidak terhad; kadang-kadang terhad. Nama itu banyak dan yang dinama adalah SATU.

Allahu A'lam

Fakir Suluk