Ulama dulu-dulu sama ada di tanah Jawi atau di tanah Arab mengerjakan
sembahayang sunat tarawikh 20 rakaat dengan sepuluh salam dan kemudian
di iringi dengan sebahayang witir 3 rakaat.
Namun bergiu apa yang kita lihat sekarang ini kebanyakan di madrasah-madrasah, surau-surau malah di mesjid-masjid apabila imam selesai memberi salam pada rakaat yang ke lapan maka jadi sepi saf-saf yang tadinya dengan sepuluh saf yang tinggal hanya satu atau dua saf. Malah ada yang tinggal hanyalah tok-tok makmun sedangkan tok-tok imam entah kemana.
Yang menyedihkan lagi ada yang membidahkan sembahayang tarawih dengan
20 rakaat. Jadi insyAllah akan kami cuba bincangkan dengan secara ilmiah
duduk perkara sebenar tentang masalah ini. Dengan Allah jualah kami minta
tolong dengan taufik dan hidayahnya agar berhasil maksud kami.
Maksud sembahayang dalam hadis ini ialah sembahayang sunat tarawih
kerana senbahayang fardu lima waktu termasuk anjuran yang keras, kerana
sembahayang itu wajib hukumnya. Hadis ini juga menunjukkan bahawa Nabi
saw mengarahkan umat islam supaya memperbanyakkan sembahayang sunat dalam
bulan Ramadan, dan hendaknya lebih banyak dari bulan-bulan yang lain.
Telah diriwayatkan oleh Siti Aisyah, beliau berkata:
Dalam hadis ini menerangkan bahawa Nabi saw hanya datang berjamaah
hanya pada malam pertama dan kedua sahaja kerana takut-takut nanti sembahayang
itu di fardukan keatas umat Islam yang tentu akan membebankan umat.
Dalam kedua-dua hadis ini tiada disebut akan jumlah rakaat Nabi mengerjakan
sembahayang tarawih. Dan pada waktu sekarang ini umat Islam boleh mengerjakan
sembahayang tarawih secara berjamaah berterusan kerana wahyu yang akan
mewajibkan tidak akan turun lagi.
Dari Abdul Rahman bin Abdul Qarai beliau berkata:
Abdul Rahman bin Abdul Qarai adalah seorang Tabi'in yang lahir ketika
Nabi saw masih hidup. Beliau adalah murid Saidina Umar ra. dan wafat pada
tahun 81H ketika berusia 78 tahun.
Tersebut di dalam kitab Al-Muwatta bagi Imam Malik pada mukasurat 138, juzuk 1:
Nampaknya sahabat-sahabat nabi telah diperintahkan oleh Umar mengerjakan
sembahayang sebanyak 23 raka'at iaitu 20 raka'at sembahayang tarawih dan
3 raka'at sembahayang witir sesudah tarawih.
Berkata Imam nawawi dalam kitab Al-Majmu syarah Al-Mahzab jilid IV mukasurat 32:
Berkata Imam Sarbini Al-Khattab di dalam Mughni Al-Mutaj, juzu 1
mukasurat 226 yang bererti:
Dan banyak lagi Imam-Imam dalam mazahab kita Shafie yang memfatwakan
bahawa sembahayang tarawih ialah sebanyak 20 rakaan seperti Imam Ramli
(lihat dalam Nihayatul Muhtaj juzu 2, mukasurat 122), Imam Jalaluddin Al-Mahli
(lihat dalam Al-Mahli Muhtaj juzu 1, mukasurat 217) dan Imam Sayid Bakri
Syatta (lihat dalam Ia'natut Talibin, juzu 1, mukasurat 265).
Demikianlah fatwa ulama-ulama besar dalam Mazhab Shafie iaitu mazhab yang dipakai di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia, Brunai, Singapura, Indonisia, Thailand, Burma, Filipina dll.
Dari hadis ini mereka mengambil dalil bahawa Nabi saw. hanya sembahayang
8 rakaat dan diiringi dengan 3 rakaat sembahayang witir. Mereka jua menuduh
bahawa sembahayang tarawih yang dilakukan lebih daripada 8 rakaat adalah
bidah.
Pertamanya marilah kita lihat hadis Siti Aisyah (yang dibuat dalil bagi mereka yang membantah). Perkataan Ummul Mu'minim Siti Aisyah itu diakui kebenarnanya dan hadis ini terdapat di dalam kitab Hadis Sahih Bukhari pada juzu ke 3, mukasurat 275.
Persoalannya apakah maksud sembahayang malam yang dikatakan oleh Siti Aisyah itu. Apakah jenis sembahayang yang dilakukan oleh Nabi saw. pada tiap-tiap malam yang tidak lebih dan tidak kurang daripada 11 rakaat itu.
Jika kita kata itu ialah seluruh sembahayang malam, maka itu tidak benar kerana sekurang-kurang sembahayang malam ialah 18 rakaat, iaitu 3 rakaat magrib, 2 rakaat sesudah magrib, 2 rakaat sebelum Isya 4 rakaat Isya dan dua sesudahnya, dan tahajjut paling kurang 2 rakaat dan ditambah dengan witir yang paling kurang 3 rakaat.
Kalau hendak dikatakan sembahayang tarawih pun tidak mungkin kerana di dalam hadis itu Siti Aisyah ada menyebut ".. pada bulan Ramadan dan bulan lainnya.." menjadi dalil bagi kita bahawa maksud sembahayang malam itu tidak titujukan pada sembahayang tarawih kerana sembahayang tarawih hanya dilakukan pada bulan ramadan sahaja. Maka dengan ini dalil ini tidak sesuai dibuat dalil pada sembahayang tarawih.
Jika ditakdirkan bahawa benar yang dimaksudkan oleh hadis Siti Aisyah itu sembahayang tarawih, kenapakah Saidina Umar bin Al-Khattab dan Sahabat-sahabat Nabi pada zamam Saidina Umar sepakat mengerjakan 20 rakaat?
Andai kata maksud Siti Aisyah dengan sembahayang malam itu ialah sembahayang tarawih umpamanya, maka dalil dari Siti Aisyah tidak dapat mengalahkan dalil Saidina Umar dan Sahabat-Sahabat Nabi sezamam dengan Saidina Umar yang sepakat mengatakan sembahayang tarawih itu 20 rakaat kerana menurut keadah usul fikah "Yang menetapkan ada didahulukan atas yang meniadakan". Siti Aisyah hanya seorang sahaja melihat Nabi saw. sembahayang 11 rakaat (termasuk 3 rakaat witir) sedangkan sahabat-sahabat Nab yang utama juga melihat 23 rakaat (termasuk 3 rakaat witir). Maka orang yang banyak ilmunya di dahulukan dari orang yang sedikit ilmunya. Inilah maksid keadah usul fekah ini.
Maka bergitu juga perkataan ustaz-ustaz yang mengajar di surau-surau atau di madrasah-madrasah dan masjid-masjid tidak dapat mengalahkan perkataan Ulama-ulama muktabar dalam mazhab Shafie kerana keadah ini juga dimana orang yang banyak ilmunya (seperti Ulama-ulama Shafieyah) di dahulukan dari orang yang sedikit ilmunya.
Tidakah Nabi saw. pernah bersabda bahawa sahabat-sahabat baginda seperti bintang dilangit dan barang mana yang kita ikut dari sahabat-sahabat baginda kita akan mendapat pertunjuk.
Maka kesimpulannya:
Rakaat sembahayang tarawih adalah 20 rakaat kerana sudah ijma Sahabat
Nabi dan kita umat Islam diwajibkan mengikut ijma, apa lagi ijma Sahabat.