Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Ilham Tingkat Tengah

Ilham yang timbul dari "Al-Aqlu Kulli" iaitu dari hakikat ruh orang yang lain dalam kumpulan "Al-Aqlu Kulli", bukan hakikat ruh si penerima ilham itu sendiri. Ilham ini datang dengan cara mendengar suara dengan pendengaran batin dan nampak tokoh-tokoh dalam Alam Hakikat dengan penglihatan batin, baik tokoh itu seorang Rasul, seorang Nabi, seorang Wali atau seorang Malaikat. Ingat...ini adalah malaikat dalam Alam Hakikat. Kadang-kadang seseorang dapat menghadirkan hakikat ruhnya sendiri di depannya yang dapat dilihat dengan penglihatan batin, kemudian bertanyakan sesuatu masalah, jawapannya yang menyelesaikan masalah itu termasuk dalam Ilham Tingkat Tengah ini juga.

Dalam Kitab Al-Ahyaa, Imam Ghazali menerangkan bahawa ilmu yang jatuh dalam qalbu itu kiranya dapat dilihat malaikat yang mengajarnya dinamakan "Wahyu". Keterangan ini tidaklah berlawanan dengan keterangan kita di atas dan tidaklah menunjukkan Ilham dan Wahyu itu sama. Persamaan ini hanya dipandang dari segi nampaknya malaikat sahaja, tetapi ia berbeza dari segi nilai ilmu yang tidak diketahui sama sekali, di luar dari dugaan seseorang, sebagaimana yang telah diterangkan.

Kembali