Ini sesuatu fasal pada menyatakan hakikat Al-Tauhid yang iaitu asal bagi
tawakkal itu dan menyatakan beberapa darjat atau Al-Tauhid kata Imam Ghazali
rahmah Allah Taala ini makna Al-Tauhid ertinya, dan ketahui olehmu
bahawa makna Tauhid itu iaitu yang membahasakan akan dia itu oleh kata.
Yakni tiada tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah Taala pada hal
ia atas yang tiada sekutu baginya dan adalah iman dengan kadar itu
membahasakan akan dia itu oleh katamulah yakni baginya kerajaan dan adalah
iman dengan kemurahan Allah Taala dan hikmatnya membahasakan akan dia itu
oleh katamu 'Alhamdu' yakni dan baginya segala puji maka barang siapa ghalib
makna perhimpunanan itu di dalam hatinya nescaya jadi ia tawakkal atas
Allah Taala dan adalah asal Tawakkal itu iaitu Tauhid yang tersebut itu
empat martabat ertinya maka martabat yang pertama itu bahawa mengata manusia
dengan lidahnya 'Lailahailallah' dan adalah hatinya itu lali daripada mengenanya
atau adalah munkar baginya seperti Tauhid orang yang munafik. Ertinya
dan yang kedua bahawa membenar dengan makna lafaz itu oleh hatinya seperti
membenarkan dengan makna oleh kebaikan awam orang yang muslim dan iaitu
iktikad awam dan inilah tauhid yang tersebut di dalam alam dinamakan akan
dia Tauhid awam dan inilah yang dibicarakan oleh faqha' dan alima' muttakammin
daripada Asharah dan mataridih. Ertinya dan ketika bahawa memandang
ia dengan hatinya akan keesaan Allah Taala itu dengan jalan terbuka hatinya
itu dengan perantaraan nur yang sebenarnya yang didalam hati orang yang
menjalani alam toriqah dan iaitu makam orang yang munkarbin dan adalah
yang demikian itu bahawa melihat ia dengan mata hatinya akan suatu yang
baik itu tetapi melihat akan dia itu atas baiknya itu pada hal terbit perbuatannya
itu daripada tuhannya yang Esa yang benar sifat dengan qahar dan dinamakan
oleh ahli Al-sufi akan martabat yang ketika ini Tauhid Al-Fa'al dan masuk
didalamnya itu Tauhid Al-Asma' dan Tauhid Al-Sifat (bermula) makna
tauhid Al-Fa'al itu iaitu bahawa syahud akan segala perbuatan makhluk
samada manusia atau binatang iaitu terbit daripada satu perbuatan
jua iaitu perbuatan jua iaitu perbuatan Allah Taala itu satu jua tiada
berbilang (adapun) perbuatan segala makhluk yang berbilang itu iaitu kenyataan
perbuatannya Allah Taala yang Esa jua seperti kata Sidi Al-Syeikh Musatafi
Al-Bukri rahmah Allah Taala. Ertinya bermula pemandanganmu itu akan
perbuatan segala perbuatan di dalam tiap-tiap sesuatu itu iaitu satu perbuatan
jua dan dinamakan Tauhid inilah yang dibicarakan oleh orang menjalani Thoriqat
ahli Al-Sufi dan dengan menjalani Thoriqat ahli Al-Sufi ini hasil Tauhid
pada martabat yang ketiga ini dan kata Imam Ghazali rahmat Allah Taala
didalam ................. Ertinya dan hasil daripada makna
Tauhid Al-Fa'al dan Tauhid Al-Sifat itu bahawa terbuka bagimu di dalam
hatimu bahawa tiada yang berbuat di dalam perbuatan sekalian alam ini melainkan
Allah jua inilah makna Tauhi Al-Fa'al dan lagi bahawasanya segala wujud
di dalam alam ini daripada kejadian sesuatu dan rezeki pemberian dan tegah
dan hidup dan mati dan kaya dan fakir hingga sekalian sifat yang lain daripada
yang demikian itu maka iaitu yang ber bersendiidengan berbuat akan dia
sekalian yang makin itu dan menjadikan sekalian yang makin itu iaitu Allah
Taala yang tiada bagainya sekutu di dalam perbuatan inilah makna Tauhid
Al-Sifat dan dengan Tauhid pada martabat yang ketiga ini jadi Tawakkal
atas Allah Taala. Ertinya dan Tauhid yang keempat ini bahawa tiada
ia melihat didalam wujud alam ini melainkan zat tuhan yang esa yang wajib
Al-Wujud dan iaitu pemandangan dengan orang yang Sidikkin yang a'arafin
dan dinamakan akan dia oleh Ahli Al-Sufi akan fana didalam Tauhid maka
tiada melihat ia akan dirinya kerana batinnya itu karam ia dengan Syuhud
akan zat Tuhan yang Esa itu maka melupakan akan dikau mengatakan akan diriku
dan inilah sehingga-hingga orang yang manTauhidkan Allah Taala dan dinamakan
Tauhid yang keempat itu Tauhid........... dan inilah makna...................
yakni lamaujud 'ilallah' yakni tiada yang wujud yang sebenar-benarnya itu
melainkan wujud Allah Taala yang Esa yang tiada baginya seumpama suatu
yang berdiri ia dengan sendiriannya seperti yang tersebut didalam
hadis nabi s.w.t.. Ertinya adalah Allah Taala itu dan tiada suatu
sertanya dan adalah Tauhid yang keempat ini yang dibicarakan oleh orang
yang Ahli Al-Sufi yang ................. yang A'rafin dan dinamakan alam
yang membicarakan Tauhid yang keempat ini alam hakikat dan alam makrifat
dan Wahdatul Wujud (Shahdan) ketahui olehmu bahawa makrifat akan wujud
Allah Taala yang wajib Al-Wujud yang esa yang tiada baginya sekutu yang
tiada baginya seumpama suatu daripada yang baharu itu iaitu diketahui akan
dia dengan tujuh martabat maka martabat yang pertama itu martabat Ahdiyah-La'ahdiyah
dan dinamakan pula akan martabat ... dan dinamakan martabat AL-Tholak dan
dinamakan pula martabat zat Al-Bahas iaitu ibarat daripada keadaan semata-mata
wuju di zat Allah s.a.w yang Esa yakni memandang dengan hatinya akan semata-mata
wujud zat Allah Taala dengan tiada iktibar sifatnya dan asma'nya dan afhalan
sekira-kiranya Ghaib ia dengan memandang Allah Taala itu daripada segala
alam hingga Ghaib ia daripada dirinya pula tiada ia ingat di dalam hatinya
itu hanya Allah Taala jua dan hasil martabat ini dengan membimbangkan martabat
makrifat wujud Allah yang Esa dan membanyakkan Allah Taala seperti firman
Allah Taala. Ertinya maka sebut olehmu akan Allah Taala itu dengan
sebutan yang baik dan lagi firman Allah Taala. Ertinya sebut oleh
kamu akan akan Allah Taala itu pada hal kamu berdiri dan kamu duduk dan
kamu berbaring dan sabda nabi s.w.t.. Ertinya banyakkan oleh kamu
daripada menyebutkan zikir Allah hingga mengata kebaikan manusia bagi kamu
gila dan lagi sabda nabi s.w.t.. Ertinya sebut olehmu akan zikir
Allah pada hal membanyakkan akan dia hingga mengata oleh munafik bahawa
kamu itu riak dan dari kerana inilah menyuruh Syeikh kita Sidi Muhammad
................... akan muridnya membanyakkan zikir Allah dengan katanya.
Ertinya hai saudaraku surah olehmu akan manusia membanyakkan mengata 'lailahaillallah'
samada kanak-kanak kecil atau besar dan perempuan dan laki-laki dan orang
tua dan zhohirkan olehmu akan kalimah Al-Tauhid itu kepada kepada orang
yang banyak dan jangan engkau hiraukan daropada perkataan orang yang mengata-ngata
dengan kecelaian akan dikau tetapi adalah di dalam yang demikian itu membanyakkan
martabatmu kepada Allah Taala dan lagi kata Sidi Musatafi Al-Bukri rahmah
Allah Taala. Ertinya dan ketahui olehmu bahawasanya yang terlebih
hampir segala jalan kepada makrifat Allah itu iaitu zikir Allah maka kerana
bahawa orang yang ahli Al-zi-karoit ahli Allah dan orang yang tertentu
hampir kepadanya dan mereka itulah orang yang duduk hampir kepada Allah
Taala dan adalah martabat marikat martabat segala orang yang dipercayai
Allah Taala atas rahsianya pada hal mengampunkan marikat akan segala
akan segala martabat yang terdahulu daripada orang yang banyak dan martabat
yang kedua itu martabat Al-wahidah dan dinamakan pula martabat Al-Tai'in
Al-Awal dan dinamakan pula akan hakikat Al-Muhammad iaitu ibarat daripada
ilmu Allah Taala dengan wujud zatnya dan segala sifatnya dan segala yang
mewujud diatas jalan perhimpunan dengan tiada beza setengahnya itu dengan
setengah (dan) martabat yang ketiga itu martabat Al-Wahadiah namanya dan
dinamakan pula akan hakikat Al-Nisaniah itu iaitu ibarat daripada ilmu
Allah Taala dengan zatnya dan segala sifatnya dengan segala makhluk atas
jalan pencariannya dan jalan jalan perbezaannya setengahnya daripadasetengahnya
maka adalah segala martabat yang tiga ini dinamakan Qadim lagi Azli kerana
martabat yang tiga ini iaitu tiada ada yang mewujud pada ketika itu melainkan
zat Allah s.a.w. dan segala sifatnya jua (adapun) sekalian makhluk pada
ketika itu mewujud didalam ilmu Allah Taala jua belum Zhohir didalam wujud
yang Khoroji (dan) martabat yang keempat itu iaitu martabat ilmu Al-Rukh
dan dinamakan pula nur Muhammad s.w.t. iaitu ibarat daripada keadaan suatu
yang halus yang yang semata-mata yang belum menerima susun dan belum berbeza
setengahnya (dan) martabat yang kelima itu iaitu ilmu Al-Misal namanya
iaitu ibarat keadaan suatu yang halus yang tiada menerima susun yang tiada
dapat diceraikan setengahnya daripada setengahnya dan tiada menerima pesok
dan tiada menerima bertampal (dan) martabat yang keenam itu iaitu martabat
ilmu Al-Ajsam namanya iaitu ibarat daripada keadaan suatu yang dipersusun
daripada empat perkara yakni dipersusun daripada api dan ingin dan tanahdan
air sekalian yang kasar yang menerima bersusun dan bercerai-cerai setengahnya
daripada setengahnya dan jadi daripada empat perkara itu iaitu batu dan
sekalian tumbuh-tumbuhan dan sekalian haiwan dan sekalian manusia dan sekalian
jin (dan) martabat yang ketujuh itu iaitu martabat Al-Jema'ah yakni martabat
yang menghampunkan sekalian martabat yang enam dahulu itu iaitu martabat
Al-Insan dan dinamakan pula akan martabat yang ketujuh ini akan martabat
Al-Tajli (tok tahu) yakni kenyataan Zhohir Allah Taala yang kemudian sekali
dan ketahui pula olehmu bahawasanya adlah martabat yang pertama daripada
martabat yang ketujuh itu dinamakan akan dia martabat Al-Zhohur yakni iaitu
martabat semata-mata wujud zat Allah jua belum Zhohir kenyataan zat Allah
Taala itu kepada yang lain daripadanya dan hanyasanya zat Allah Taala dengan
semata-mata zatnya jua dan dinamakan pula zat Allah Taala pada martabat
ini akan martabat (tok tahu) kerana wujud Allah Taala pada martabat