Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Firman Allah Taala

"Dan bahawasanya, jikalau tetap berjalan lurus di atas jalan itu benar-benar Kami akan memberikan minum kepada mereka air yang segar ."[Al-Jin : 16]

"Maka barangsiapa yang ingin akan menemukan Allah,  maka hendaklah ia mengerjakan amalan Sholeh(baik) dan janganlah ia mempersekutukan Allah" (Al-Kahfi:110)

Sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah;

".............Apakah Ikhsan itu? Jawab Nabi : Ikhsan iaitu keadaan engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya maka Allah melihat engkau."[HR. Bukhari]

Ayat ini oleh para Ulama' ahli Sufi dijadikan pegangan hukum dasar melaksanakan amalan-amalan
yang diajarkan. Meskipun masih ada sebahagian orang yang menentang dijadikannya ayat itu sebagai
dasar hukum tersebut (Tasauf).

Para Ulama' dari kalangan aliran/mazhab apa pun sama berpendirian bahawa faktor Iman dapat dipelajari daripada ilmu pengetahuan yang dinamakan Ilmu Usuluddin atau Ilmu Kalam atau juga Ilmu Tauhid. Sedang Islam dapat dipelajari daripada Ilmu  Fiqeh atau sering juga dikenal dengan sebutan Ilmu Syariat.  Demikian pula halnya dengan Ikhsan dapat dicapai dengan mempelajari dan mengamalkan Ilmu Tasauf yang dinamakan juga dengan Ilmu Makrifat..

ASAL USUL MAKRIFAT

Rasulullah SAW mengajar kepada sahabatnya Saidina Ali Karamullah.
Saidina Ali Karamullah mengajar kepada Imam Abu Hassan Basri.
Imam Abu Hassan Basri mengajar kepada Habib An Najmi.
Habib An Najmi mengajar kepada Daud Attaie.
Daud Attaie mengajar kepada Maaruf Al Karhi.
Maaruf Al Karhi mengajar kepada Sirris Sakati.
Sirris Sakatari mengajar kepada Daud Assakatar.
Daud Assakatar mengajar kepada Al Junaidi.

Maka Al Junaidi yang terkenal sebagai pengasas MAKRIFAT.
Maka pancaran makrifat itu dari empat sumber iaitu:
Pancaran daripada sumber SULUK yang dinamakan Makrifat Musyahadah.
Pancaran daripada sumber KHALUAT yang dinamakan Makrifat Insaniah.
Pancaran daripada Inayah yang dinamakan ROHANI.
Pancaran daripada Pertapaan yang dinamakan JIRIM.

Maka dari sumber amalan itulah terbit makrifat yang tinggi dan mempunyai rahsia yang sulit.
 



Kata Syeikh Abul Muwahib Muhammad Zainal Abidin Ibni Muhamammad AlGhamari rahimallah Taala  di dalam Kitabnya yang bernama "Minahul Ilahiyah".  Bermula Tauhid itu empat martabat:

Pertama.  LailahaillaLlah serta lalai hati daripadanya atau serta mengingkarinya,  seperti tauhid orang munafiq.

Kedua Tauhid segala 'Awamul Muslimin iaitu menyebut LailahaillaLlah serta membenarkan pada hati akan yang demikian itu.

Ketiga;  Tauhid orang "Muqarrabin" iaitu jalan kasyaf dengan perantaraan "Nurul Haq" Seperti ia melihat akan segala perkara itu keluar sekelian nya dari Allah Taala dengan halnya.

Keempa;  Tuahid "Khowashul khowash"  iaitu bahawa tiada dilihat pada wujud ini melainkan Tuhan Yang Esa.  Dinamakan "Ahlush Shifi",  "fana" di dalam tauhid.  Tiada dilihat akan dirinya sebab melihat akan Tuhannya.  Dan inilah sehingga nya di dalam "Ilmu Kasyaf",  iaitu "Musyahadah orang yang Siddiqin".





Pertama : Dari segi existetensi amalan tersebut yang bertujuan hendak mencapai pelaksanaan syariat
secara tertib dan teratur serta teguh di atas norma-norma yang semestinya dikehendaki oleh Allah
dan Rasul-Nya. Hal ini sesuai dengan firman Allah Ta'ala, yang bermaksud :

"Dan bahawasanya, jikalau tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam)
benar-benar Kami akan memberikan minum kepada mereka air yang segar (rezeki yang
banyak)."[Al-Jin : 16]

Ayat ini oleh para Ulama' ahli Sufi dijadikan pegangan hukum dasar melaksanakan amalan-amalan
yang diajarkan. Meskipun masih ada sebahagian orang yang menentang dijadikannya ayat itu sebagai
dasar hukum tersebut (Tasauf).


Sebagaimana diterangkan di dalam Hadis Rasulullah SAW, bermaksud :

"Diriwayatkan dari Abu Hurairah berkata bahawa pada suatu hari Nabi berada  di tengah-tengah
sekelompok orang banyak, tiba-tiba ada seorang laki-laki (Jibrail) datang kepadanya seraya
bertanya : Apakah Iman itu? Nabi menjawab: Iman ialah :

1. Kamu percaya adanya Allah.
2. Dan percaya kepada Malaikat-Nya.
3. Percaya akan bertemu Allah di hari Akhirat.
4. Percaya terhadap para Rasul-Nya.
5. Percaya kepada adanya hari kebangkitan.

Selanjutnya laki-laki tersebut bertanya lagi kepada Nabi : Apakah Islam itu?  Jawab Nabi : Islam
ialah menyembah kepada Allah dan jangan menyekutukan-Nya,   mengerjakan solat (fardhu),
menunaikan zakat, berpuasa Ramadhan. Kemudian  laki-laki itu bertanya lagi kepada diri Nabi :
Apakah Ikhsan itu? Jawab Nabi : Ikhsan iaitu keadaan engkau menyembah Allah seakan-akan
engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya maka Allah melihat engkau."[HR. Bukhari]

Dalam Hadis ini dapat difahami adanya beberapa pengertian bahawa kehidupan agama dalam jiwa
seseorang akan menjadi sempurna jika dapat dikumpulkan tiga faktor pokok yang sangat
menentukan, iaitu Iman, Islam dan Ikhsan. Masing-masing dapat dicapai lantaran mempelajari dan
memahami serta mengamalkan ilmu-ilmu yang membicarakan tentang masalahnya. Para Ulama' dari
kalangan aliran/mazhab apa pun sama berpendirian bahawa faktor Iman dapat dipelajari daripada
ilmu pengetahuan yang dinamakan Ilmu Usuluddin atau Ilmu Kalam atau juga Ilmu Tauhid. Sedang
Islam dapat dipelajari daripada Ilmu  Fiqeh atau sering juga dikenal dengan sebutan Ilmu Syariat.
Demikian pula halnya dengan Ikhsan dapat dicapai dengan mempelajari dan mengamalkan Ilmu
Tasauf.

Iman, Islam dan Ikhsan, ketiganya berkaitan erat dalam mencapai sasaran pokok yakni "Mengenal
Allah untuk diyakini". Hal ini menuntut terwujudnya sikap tindak perbuatan nyata dalam hidup ini,
sebagai bukti kepatuhan melaksanakan segala yang diperintah, dikerjakan dan yang dilarang
ditinggalkan dengan penuh ikhlas kerana Allah semata disertai penuh rasa cinta terhadap-Nya.
Manakala keadaan semacam ini sudah sampai pada puncaknya maka akan tercapailah hakikat tujuan
hidup yang sebenarnya sesuai dengannya



Ilmu Tasauf yang benar tidak sekali-kali bertentangan dan memang tidak boleh bertentangan dengan
ajaran Al-Quran, Hadis dan Sunnah Rasulullah SAW. Sebab sebagai suatu cabang cabang ilmu ke
Islaman, Tasauf tidak boleh bertentangan dengan sumber asalnya. Andaikata terdapat seorang yang
mengaku dirinya Sufi atau mengaku dirinya sudah kenal hakikat, tetapi ia menyalahi dan melanggar
hukum-hukum syariat, ternyata benar bahawa mereka itu adalah manusia jahil dan sesat Imannya.

Saya ingin menyentuh sedikit tentang bab Solat (sembahyang) di dalam perbahasan ini. Ada seorang
netters yang mempertikaikan tentang ajaran Keronahian ini yang katanya tidak perlu mengerjakan
solat, cukup setakat berniat sahaja. Begitu juga dengan puasa, cukup dengan berniat sahaja. Dan
perkara ini pula berlaku ke atas kerabatnya (keluarga) sendiri. Lalu dengan firasat yang rendah
akhlaknya, menisbahkan perkara yang bertentangan syara' ini disama tarafkan dengan ajaran
"Tariqat/Tasauf"!  Apakah bendanya ini???   Apakah celupar dan dangkalnya (jumud) fikiran
mereka???

Ini adalah tidak benar! Sesuatu yang amat tidak benar!

Kemantapan jiwa dicapai dengan solat (sembahyang), zikir, doa, istighfar,  mentauhidkan Allah,
menginsafi kebesaran Allah, menautkan diri dengan pengucapan-pengucapan Rabbani, Puasa dan
sebagainya. Perkara-perkara ini dilakukan secara terus-menerus tiap masa beraleh dan beredar.
Amalan ini dikaitkan dengan masa tertentu agar manusia merasakan betapa nikmat Allah dalam
penghayatan masa-masa itu dan betapa mahalnya nilai masa-masa itu.

Oleh itu, janganlah diletakkan perkara atau hal ini kepada Tasauf kerana ilmu Tasauf tidak bersifat
tercela malah tidak pernah menganjur atau menaburkan bid'ah-bid'ah dhalalah (sesat), dan tidak
pernah mendidik pada sesiapa dengan perkara yang bertentangan dengan hukum-hukum syariat
Rasulullah SAW, bahkan menganjurkan perkara yang dituntut oleh syara' iaitu mematuhi dan mentaati
segala perintah Al-Quran, Hadis dan mengikut Sunnah Rasulullah SAW. Dari itu bukanlah salah ilmu
Tasauf malah tidak ada kena-mengena langsung kepada apa yang dilakukan oleh manusia durjana
sama ada yang mengaku diri orang Sufi atau mengaku diri diri sudah kenal hakikat,  kesalahan yang
mereka lakukan itu, merekalah yang bertanggungjawab, bukannya ilmu Tasauf/Tariqat yang hendak
disalahkan.