Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
  TA'ARUF SULUK

Saudara Suluk, pengenalan aku dan Habib sudah pun diketahui. Namun aku masih  tidak mengenali latar belakang dirimu! Diharap saudara Suluk dapat memberi ta'aruf sedikit berkenaan background dirimu.



Sebenarnya aku tidaklah punya satu pengalaman dan latar kehidupan yang istimewa untuk dikongsikan dengan saudara-saudara.  Dan aku...aku masih tidak pasti dan tidak tahu sama ada aku boleh menggunakan "aku" untuk gantinama diriku.  Namun...untuk tujuan kesesuaian dan keserasian dengan saudara-saudaraku yang telah pasti dan telah tahu menggunakan gantinama "aku" maka aku memberanikan diri ini untuk ikut sama menggunakan "aku".  Harap dapat ditegur jika ini merupakan salah adab atau bukan "jalan yang lurus"

"Wallahu kholakokum wama ta'malun" dan sesungguhnya Akulah yang menjadikan kamu dan apa-apa yang kamu lakukan"

Di dalam makna kalamullah inilah zhohirnya aku dan pada batin kalamallah inilah batinnya aku.  Berkenaan dengan batinnya aku....tidak perlu aku nyatakan kerana saudara telah...malah lebih mengetahui dan mengenalinya akan punca rahsianya melebihi apa yang aku tahu.

Namun suka aku sebutkan lautan Ahdiyah adalah sesuatu yang tidak terhad.  Ia ghaibdan La Ta'yun dalam KeagunganNya.  Sesuatu yang tidak terhad ini ada kenyataannya.  Itulah yang saudara yakini dan yang juga aku yakini. kerana mana mungkin Yang Maha Sempurna dan Yang Indah dan Yang Jalal akan akan diketahui tanpa ada kenyataan.  Di situlah aku dilahirkan,  saudara-saudaraku dilahirkan.  Walapun  kita nyata di situ,  namun ianya adalah nyata dengan kenyataan yang pertama.  Kita terhimpun secara mujmal dalam kenyataan Wahdah ini.  Tidak ada bezanya aku dan saudara.  Tidak terasingnya kita dengan Dia.  Dia adalah kita,  Kita adalah Dia,  Aku adalah kita,  Kita adalah Aku,  Kita adalah Dia dan Dia adalah Kita  Dia adalah Aku dan  Aku adalah Dia.

Aku dan saudara-saudaraku cuma nyata dibeza-bezakan dalam kesan  Yang Maha Sempurna dan Yang Indah dan Yang Jalal pada kenyataan yang kedua pada Wahdiyah.

Itulah aku pada batinnya.  Aku yang sememangnya saudara telah kenali dalam ALIF ,  aku yang saudara saksikan melalui sholat daim,  aku yang saudara pegang anak kuncinya,  aku yang ditemui dalam titik atau noktah itu, aku yang saudara lihat dalam kalimah-kalimah berhikmah itu,  aku yang disyuhud dalam musyahadah saudara,  aku yang dinamakan Hakikat Muhamadiyyah,  aku yang dipanggil dengan Rahsia Nur Muhammad dan banyak lagi dengan panggilan dan gelaran yang lain.

"Innahu 'ala kulli syaiin qadir"  Sesungguhnya Aku menyaksikan segala sesuatu.

Pada aspek zhohirnya aku..........., maka aku adalah yang terhad.  Aku terhad dengan kenyataan yang ada pada A'yan Saabitah.  Melalui lorong-lorong yang sama dari Jamal Ibu;  kesan dari Jalal Bapa.  Disempurnakan kejadian dan penzhohiran sama dan saling tidak tumpah dari kenyataanku di A'yan Sabitah.   Dizhohirkanlah aku  dengan ramuan air, api,  angin, tanah, Wujud, Ilmu, Nur, Syuhud.

Bermulalah A'yan Khorijahku sebagai menzhohirkan Ayan Sabitahku dengan kadar penzhohiran yang terhad dan terbatas sebagaimana yang tenyata dalam Taayun Tsani   Bermulalah manfestasiku yang terzhohir dalam sebahagian manfestasi lain yangdizhohirkan "Ma 'arfnaaka haqqan ma'rifatik"  Aku tidak mengetahui Yang Haq setakat lebih dari yang diperlui oleh pengetahuan Yang Haq.

Seorang fakir yang telah dan sedang menuntut ilmu dengan cara menadah kitab-kitab tua dari seorang guru di pondok tradisional.  Banyak atau sikit ilmu yang ada tidak aku ketahui kerana apa yang aku tahu ialah menuntut ilmu,  walaupun ia adalah ilmu yang sama atau ilmu yang berbeza-beza.  Kadang-kadang aku faham,  kadang-kadang sama-samar,  kadang-kadang tidak faham.  Kadang-kadang aku faham sikit,  kadang-kadang aku faham banyak,  kadang-kadang aku ingat dan kadang-kadang aku tidak ingat.  Setakat ini,  aku masih di sini.  Menuntut ilmu,  menggali ilmu,  memperkembangkan ilmu,  dan mendalami ilmu.  Apa sahaja yang dibuat,  apa sahaja yang dilihat,  apa sahaja yang didengar dan apa sahaja yang difikirkan adalah dari ilmu dengan ilmu kepada ilmu dan kerana ilmu.   Hadirnya saudara berdua adalah dari ilmu dengan ilmu kepada ilmu dan kerana ilmu.   Segala sesuatu bagiku adalah ilmu.  Ilmu yang terpancar dari Ayan Saabitah.  Namun pada waktu ini,  aku di   A'yan Khorijah dan aku bukanlah aku di Ayan Sabitah,  tapi aku pada A'yan Khorijah.  Namun aku masih tetap aku dan suluk tetap suluk.

"Yang terhad" tidak berbentuk tanpa "Yang Tidak Terhad" dan "Yang Tidak Terhad"  boleh berbentuk tanpa "yang terhad".  Makna ini tidak berbentuk dalam fikiran dengan hanya bahasan.  Hendaklah masuk ke dalam keadaan "HAL",  dan dalamnya  perbatasan atau had tidak ada dan seorang itu mengetahui bahawa hakikat "yang terhad" itu ialah Kemutlakan.

Sedang belajar dan menuntut ilmu bergurukan dua saudara ini di samping yang telah ikuti;  mengikut thoriq dan kadar hal yang telah tercatat di A'yan Sabitah.

Demikian adanya serba sedikit taaruf sekadar yang terizin.  Jelasnya aku pada suluk ini tidak ada apa-apa pengalaman dan perjalanan yang menarik sebagaimana saudara berdua.  Namun aku berbangga kerana dapat bersahabat dengan saudara berdua yang telah banyak mengajar suluk secara langsung atau tidak langsung.

Berhujah berdebat bukanlah thoriqku
Merendahkan diri pada yang lebih tahu itulah yang dipesankan.

Semoga Allah memberkati saudaraku berdua

Fakir Suluk.


 

Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH