Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Wahai Tuhanku, berikanlah daku Ilmu Hikmah [pengetahuan ugama] dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang Sholeh[Al-Syura:83]
Laluan Untuk Kenal Diri

Amru bin Osman Al-Makki adalah salah seorang guru dari guru Sheikh Junaid Al-Bagdadi. Suatu hari beliau menulis sepucuk surat kepada Sheikh Junaid, Syubli dan Hurairi yang berbunyi;

"Orang yang berani masuk ke dalam jalan keruhanian ini ialah orang yang telah menempuh 2000 batang sungai yang amat deras airnya dan 2000 buah gunung api sebelum ia mencapai "Kenal Diri". Barangsiapa yang tidak berani menghadapi percubaan itu, maka jangan cuba mengatakan(mendakwa) dirinya sebagai orang yang mencari Makrifat Allah".

Apabila surat dari Amru yang berada di Mekah itu sampai kepada Aulia-Aulia Allah yang berada di Iraq, mereka mentafsirkan bahwa;

2000 buah gunung api itu sebagai keadaan bukan wujud yang mesti ditempuhi oleh orang dalam perjalanan itu, dan 2000 batang sungai itu sebagai Wilayah Wujud yang akan dimasuki supaya sampai kepada kehampiran dengan Allah.

Mendengarkan ini, Sheikh Junaid berkata bahawa dia hanya telah menempuh satu halangan itu sahaja. Hurairi berkata beliau hanya baru berjalan tiga langkah sahaja. Syubli berkata mereka berdua itu telah beruntung juga kerana dia sendiri belum pun masuk ke dalam satu daripada keadaan-keadaan tersebut.

Jika ada wujud lain selain daripada Wujud Allah pada pendapat anda, maka anda mempunyai Tuhan yang lain selain Allah. Dia yang keluar dari batin kepada zhohir. Bukannya "Ghair"(yang lain). Firman Allah dalam Surah Yusof:106 yang bererti:"Ramai orang yang telah beriman dengan Allah tetapi masih juga syirik".

Tidak ada "Ghair". Allah tidak beranak. Alam ini bukanlah "Ghair Allah". Allah terzhohir dengan bentuk keupayaan dan sifat-sifatNya. Pendhohiran(manifestasi) digelar Alam. Alam atau dunia ini adalah penzhohiranNya. Alam(dunia) ini adalah pakaian Dia. Oleh itu tauhid ialah didapati dengan memfanakan diri, "mematikan diri" - dan menimbulkan diri hakiki itu.


 
Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH