Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Aku (Ghazali) berkata seolah-olah orang itu tidak tahu tentang cara-cara untuk mendapatkan ilmu dan tidak tahu pula kerja ' JIWA INSANI ', KEMURNIAANNYA DAN CARA-CARA PENERIMAAN DARI ALAM GHAIB DAN ILMU ALAM MALAKUT."
 

Berdasarkan perbandingan di atas dapatlah pula dikatakan bahawa KEJAHILAN adalah dari kelaziman-kelaziman jisim, manakala ILMU adalah daripada sifat-sifat JIWA. Oleh itu JIWA LEBIH MULIA DARIPADA JISIM.
 

Ketahuilah bahawa Allah Taala menjadikan manusia ini terdiri daripada dua suatu yang
berbeza iaitu:

     Jisim yang gelap, tebal, termasuk di bawah kejadian dan kebinasaan (Al-Kun
     Wal-Fasad) yang tersusun, bersifat ketanahan yang tidak dapat melaksanakan
     urusannya melainkan dengan yang lain.
     Jiwa Jauhari yang tunggal yang bercahaya, mencapai, bertindak lagi
     menggerakkan dan menyempurnakan alat-alat (alat-alat dalam badan manusia
     baik yang bersifat ruhaniah seperti Ruh Haiwani, Ruh Tobie dan lain-lain atau
     bersifat jasmaniah seperti otak dan bahagian-bahagiannya dan lain-lainnya.

Allah Taala ada menghubungkan ruh kepada urusan dan kadang-kadang kepada
'IZAH'Nya(zat yang tiada boleh dicapai dengan akal dan fikiran) dengan firmanNya yang
bermaksud:

'Dan Aku(Allah) tiupkan padanya ruh dariKU' (Surah Al-Hijr ayat 39).

dan firmanNya lagi yang bermaksud:

'Katakanlah (hai Muhammad) bahawa roh itu adalah urusan tuhanku'
(Al-Israk ayat 85)

dan firmanNya lagi yang bermaksud:

'Lalu kami tiupkan padanya dari roh kami.'(Surah Al-Tahrim ayat 12)
 
 

Berhubung dengan ilmu yang tersusun ini, meskipun Imam Ghazali tidak menerangkan dengan
jelas, kita dapat mengenainya dalam kitabnya "Al-Ahyaa' ketika menerangkan tentang "hakikat
fikiran dan buahnya". Menurut keterangannya bahawa fikiran (Al-Fikr/Takakur) adalah
bererti mendatangkan dua makrifat dalam Qalbu untuk untuk menghasilkan
makrifat yang ketiga. Dengan ini bermakna bahawa Ilmu Aqli yang berasaskan akal
semata-mata itu mengandungi dua ilmu yang tersusun yang melahirkan ilmu yang ketiga.

Bila ilmu yang ketiga ini telah didapati dengan erti telah terterap pada Qalbu,

     suatu perubahan pada 'hal Qalbu' terjadi yang menyebabkan
     berubahnya pula tindakan-tindakan anggota.
     Jadinya dengan "fikiran" menerusi sistem duaan itu menelurkan
     "ILMU".
     Ilmu ini menelurkan pula "HAL"
     dan hal menelurkan "Tindakan" (Al 'Amal atau Al-Fi'li) [lihat Al-Ahyaa'
     penggal 4 muka 412-413].
 

Di atas Imam Ghazali berkata bahawa daripada Ilmu 'Aqli lahir ilmu yang tersusun iaitu ilmu
ahli-ahli Tasauf. Bagaimanakah cara lahirnya ilmu yang tersusun dari Ilmu 'Aqli itu ??

Caranya begini; andaikata menerusi akal seseorang mendapat ilmu yang tiada ragu-ragu lagi
bahawa "sampai kepada Allah" adalah modal yang paling penting untuk hidup di dunia dan di
akhirat. Ini adalah Ilmu 'Aqli. Bila ilmu ini terterap pada Qalbu, ia mengubahkan "hal Qalbu"
yang menyebabkan ia melakukan "Tindakan" mencari "Ilmu Tentang Cara-cara
Beramal" atau "Ilmu Ibadat" sebagai jalan untuk sampai kepada Allah itu dan ahirnya ia
mendapatinya. Sekarang nampaklah fungsi Ilmu 'Aqli itu.

Kita bicarakan pula tentang hasil daripadanya "Ilmu Tentang Cara-cara Beramal" itu
merupakan satu ilmu yang tunggal. Ia tidak menghasikan apa-apa kalau tidak
diamalkan. Bila ia diamalkan, datanglah "WARID-WARID" iaitu makna-makna(Maani) yang
datang dari Alam Malakut ke atas Qalbu. Bila satu warid terterap pada Qalbu, ia mengubahkan
"Hal Qalbu". Perubahan-perubahan pada hal Qalbu oleh Warid-warid ini melahirkan beberapa
sifat Qalbu seseorang. Sifat-sifat ini jika sebentar sahaja dinamakan "HAL" dan kiranya ia
menetap dinamakan "MAQAM".