Adapun yg dikatakan syariat yg zahir iaitu segala amal ibadat badaniah dari segala hukum-hukum yg zahir. Maka adalah syariat yg zahir diajarkan Nabi Muhamad kpd seluruh bangsa manusia dgn tidak kecualinya kpd rata-rata umum manusia, tapi syariat yg batin itu, hanya diajarkan Nabi Muhamad kpd sahabat-sahabat pilihan yg telah kukuh kebatinannya menerima syariat yg batin seperti Saidina Abu Bakar, Umar Alkhattab, Osman Affan, Ali bin Abi Talib, Abu Hurairah dan lain-lain sahabat. Perhatikanlah firman Allah dalam surah Luqman : 20 yg bermaksud:
“DisempurnakanNya atas kamu nikmatNya zahir dan batin”
Utk memperjelaskan apa yg dikatakan nikmat batin, perhatikan beberapa
hadis Nabi SAW.iaitu sabdanya yg bermaksud:
“ Sesungguhnya setengah daripada ilmu itu (sangat rahsia) seperti keadaan
sesuatu yg tersembunyi, tidak dapat diketahui ilmu (yg sangat rahsia itu)
kecuali oleh ‘ulama Billah’. Maka apabila mereka (ulama Billah) menyebutkan
ilmu rahsia itu maka tidak akan mengingkarkannya kecuali oleh org
yg bukan ahli ilmu Billah.” Rawahu Abu Mansor.
Dan lagi berkata Abu Hurairah r.a yg bermaksud :
“Aku peroleh dari Nabi Muhamad SAW dua bijan daripada ilmu. Maka adapun
satu daripada dua ilmu itu aku ceritakan akan dia dan adapun ilmu lain
yakni yg kedua daripadanya itu tiada aku ceritakan akan dia, Maka jikalau
aku ceritakan akan dia nescaya dipotong org akan leherku ini.”
Dan sabda Nabi SAW yg bermaksud:
“ Ilmu itu ada dua, ilmu yg ada di dlm hati, iaitulah ilmu yg memberi
manfaat dan ilmu yg ada pada lidah, iaitulah menjadi hujjah keterangan
Allah atas anak Adam.”
Dan lagi sabda Nadi SAW yg bermaksud:
“Bermula ilmu batin yakni ilmu hakikat dan makrifat itu ialah suatu
rahsia daripada beberapa rahsia Allah Taala dan satu hukum daripada beberapa
hukum Allah Taala, Allah mencampakkan(mengurniakan) ilmu batin itu
di dlm hati sesiapa yg dikehendakiNya daripada hambaNya.:
Dan lagi berkata Saidina Ali Karramallahu wajhah yg bermaksud:
“ Ya Tuhanku, mutiara sesuatu ilmu itu jikalau aku nyatakan dgn berterus
terang nescaya akan dikatakan org kpd aku: Engkau(Ali) adalah org yg menyembah
berhala. Dan sesungguhnya ada org-org Islam yg menghalalkan darahku. Mereka
itu melihat perbuatan yg paling jahat yg mereka lakukan itu sebagai baik.”
Dengan beberepa keterangan tersebut nyatalah bahawa ada ilmu zahir dan
ada pula ilmu batin atau syariat yg zahir atau syariat batin. Kerana ilmu
batin tidak ketemu oleh org yg buta mata hati rohaninya., janganlah terburu
sangat mengatakan tidak syariat yg batin. Firman Allah dlm surah Yusuf
: 76 yg bermaksud:
“ Di atas
tiap-tiap org yg berpengetahuan ada pula lagi org yg lebih berpengetahuan.”
Walaupun tuan-tuan itu telah alim dlm zahir tentulah ada pula org yg
lebih alim iaitu org yg mengetahui ilmu batin. Firman Allah dlm surah Al
kahfi : 109 yg bermaksud:
“ Katakanlah( Ya muhamad): Kalau sekiranya lautan menjadi dakwat utk
menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sungguh habislah lautan itu, belum habis(ditulis)
kalimah Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).
Lagi firman Allah dlm surah Luqman : 27 yg bermaksud:
“ Dan seandainya pohon-pohon dibumi menjadi pena, dan laut menjadi
dakwat ditambahkan kpdnya tujuh laut( lagi) nescaya tidak akan habis-habis
ditulis, kalimah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
Sebab ilmu itu ada dua iaitu ilmu yg zahir dan ilmu yg batin, maka dalam ayat ini mendapat pula kita satu bayangan iaitu firman Allah dlm surah Hud:12 yg bermaksud:
“ Maka mudah-mudahan engkau ya Muhamad meninggalkan setengah barang yg diwahyukan kepada engkau”.
Setelah Nabi Muhamad SAW menerima firman Allah yg tersebut maka Nabi pun menimbang dgn sedalam-dalamnya kpd siapa patut disampaikan syariat yg zahir dan kpd siapa pula disampaikan syariat batin; dan kalau syariat yg batin itu disampaikan kpd manusia yg belum kukuh batinnya utk menerimanya tentulah mereka yg sedang ragu-ragu akan lari dari pengajaran Nabi, apalagi pada zaman baru zahir Islam yg masih banyak org musyrik dan munafik. Sedang ilmu yg mudah-mudah lagi banyak org melarikan diri, betapa pula kalau ilmu yg halus atau ilmu batin. Maka kpd sahabat-sahabat pilihan dibisikkanlah oleh Nabi ilmu batin itu maka ada di antara sahabat Nabi yg tidak memberi sedekah kpd Nabi, maka turunlah ayat 12 surah AlMujadalah yg bermaksud:
“Hai orang-org yg beriman! Apabila kamu mengadakan bisikan khusus dengan Rasul hendaklah kamu mengeluarkan sedekah(kpd org miskin) sebelum bisikan itu. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu dan lebih bersih. Jika kamu tiada memperoleh (yg akan disedekahkan) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Kerana di antara sahabat Nabi tiu ada yg sangat miskin, tidak ada yg patut akan disedekahkan kepada Nabi tetapi batin sahabat-sahabat amat suci sanggup menerima syariat yg batin maka bersedekah itu tidak lagi diwajibkan melainkan dijadikan sunnat sahaja. Kerana menurut kata ahli tafsir, wajib bersedekah itu telah dimansuhkan dgn firman Allah dlm surah AlMujadalah:13 yg bernaksud:
“Apakah kamu takut akan (menjadi miskin) kerana kamu memberikan sedekah sebelum bisikan dgn Rasul?Maka jika kamu tidak memperbuatnya, dan Allah telah memberi taubat kepadamu.”
Dengan dalil-dalil inipun telah cukup kita mengambil ibarat dan faham yg bahawasanya rasanya mencukupilah menurut bayangan firman Allah dan hadis Nabi yg tersebut bahawa nyatalah ilmu ada 2 iaitu ilmu yg zahir dan yg batin.
Sepatutnyalah kita akan mengerjakan dan mengamalkan kedua ilmu itu krn manusia itupun mempunyai dua tubuh, tubuh zahir mengerjakan syariat yg zahir dan tubuh yg batin mengerjakan syariat yg batin. Amal ibadat ada dua, ibadat yg zahir dan ibadat yg batin dan dosa itu pun ada dua pula iaitu najis yg zahir dan najis yg batin dan mata itupun ada dua pula iaitu mata yg zahir dan mata yg batin. Makanan itu ada dua pula iaitu makanan yg zahir dan makanan yg batin. Tubuh yg zahir itu akan hancur dimakan ulat dan darah daging akan dimakan ulat dan tulang akan lapuk dimakan tanah. Maka tubuh yg batin itulah yg akan menerima nikmat atau azab di dlm kubur di hari kiamat. Sampai ke syurga dan neraka, tubuh yg batin itulah yg bertanggungjawab dalam segala-segala hal, buruk ataupun baik kerana tubuh yg batin kekal tidak akan binasa selama-lamanya. Apakah yg dikatakan ilmu yg batin atau syariat yg batin akan saya sambung pada emel yg akan datang…Wallahu A’lam.
Dipetik dari buku Pertahanan Tarikat Naqsyabandiah karya Dr. Syekh Jalaludin dr Medan