| Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan
15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak
mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari
kiamat. |
| Enam seksa semasa hidup di dunia: |
| 1. |
Ditinggalkan berkat pada umurnya. |
| 2. |
Allah akan menghapuskan tanda-tanda
orang salih daripada mukanya. |
| 3. |
Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada
diberikan pahala kepadanya. |
| 4. |
Segala doanya tiada diperkenankan
oleh Allah. |
| 5. |
Dia dimarahi dan dibenci oleh segala
makhluk di dunia. |
| 6. |
Tidak ada baginya bahagian daripada
doa orang-orang salih. |
| Tiga seksa tatkala hendak mati: |
| 1. |
Dia mati dalam kehinaan. |
| 2. |
Mati dalam keadaan yang sangat lapar. |
| 3. |
Mati dalam keadaan yang sangat haus,
sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia
tetap merasa tidak puas. |
| Inilah 3 seksaan tatkala hendak menghembuskan
nafasnya yang terakhir. |
| Tiga seksa ketika di alam kubur: |
| 1. |
Disempitkan kuburnya. |
| 2. |
Dinyalakan api, di mana dia akan
membalik-balikkan dirinya di dalam bara api itu. |
| 3. |
Allah mngerahkan ular yang paling
besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK'
dan ular itu akan berkata, "Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku
untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke
Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap
hari dan malam sehingga hari kiamat. |
| Tiga seksa di hari kiamat: |
| 1. |
Allah memerintahkan malaikat azab
agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka. |
| 2. |
Allah menilik pada orang yang tidak
sembahyang itu dengan tilikan yang murka. |
| 3. |
Allah akan mengira orang yang tidak
sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan
ke dalam neraka, sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa
kamu ke neraka?" Mereka menjawab, "Kami tidak sembahyang." |
| Barang siapa yang meninggalkan sembahyang
fardu, seksanya umpama:- |
| Subuh: |
Allah akan mencampakkannya ke dalam
neraka jahanam selama 60 tahun. |
| Zuhur: |
Dosanya seperti membunuh seribu orang
Islam. |
| Asar: |
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah. |
| Maghrib: |
Dosanya seperti berzina dengan ibu
atau bapanya sendiri. |
| Isyak: |
Allah berseru kepada mereka, "Hai
orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau
tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak-gerinya
seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah. |
|