Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Pengajian Kitab Hikam pada hari Khamis ( 06. 05. 1999 / 20 Muharram 1420)

Sambungan dari bahagian pertama
 
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka  sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (patuhi perintahKu),dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.[Baqarah: 186]

Bahagian Kedua

Menyambut Seruan Allah Ke HadiratNya


Keterangan Suluk

Perbincangan bahagian kedua ini adalah sebagai lanjutan  kupasan Pengarang Kitab berkaitan dengan Kalam Hikmah Sheikh Ibni Athoillah Askanddari seperti yang dibincangan dalam tajuk yang lalu.

Bebaskan dirimu daripada semua sifat-sifat kemanusiaanmu yang bertentangan dan yang menyalahi Haq Kehambaanmu supaya mudah bagimu untuk menyahut dan menyambut panggilan Allah Taala dan mendekatkan diri kepadaNya dengan cara menyerahkan diri di bawah kehendak dan kekuasaanNya.

Berkata Pengarang Kitab Hikam; [Petikan dari tajuk lalu]

Dan kata Sheikh Abu Tholib Al-Makki rahimallahi Taala;

Dan tiadalah jadi orang yang murid itu ganti{Wali Abdal} sehingga

Maka ketika itu jadi ia Wali Abdal yang hampir [iaitu mendapat cara atau jalan yang mudah untuk hampirkan diri dengan Allah]

Maka apabila telah mendirikan[mengerjakan] orang yang murid pada yang demikian itu, maka hendaklah ia menetapkan segala Wazifah[pekerjaan] yang telah disuruhkan dia iaitu dengan dialah menyucikan hatinya dan membaiki dirinya dan bersifatlah ia dengan segala sifat yang terpuji dan diperolehnya dengan dia hampir kepada Tuhan.

Maka zhohirlah pada ketika itu atasnya Asar{bekas/kesan] sifat Hamidah[terpuji] itu daripada

Sambungan perbincangan seterusnya;

Dan bersifatlah ia pada ketika antara segala makhluk dengan

Keterangan Suluk

Pengarang cuba menjelaskan lagi ciri-ciri  atau sifat-sifat seorang murid yang berjaya dalam perjuangan keruhaniannya dengan menjadi seorang Wali Abdal yang mana keseluruhan sifat-sifat itu memperihalkan  kemulian yang ada padanya di mana seluruh makhluk sama ada haiwan, tumbuh-tumbuhan dan manusia akan mendapat keberkatannya. Sifat-sifat seperti yang tersebut di atas adalah merupakan pakaian dan perhiasan diri mereka hasil dari  perjuangan mereka dan limpah rahmat Tuhan.  Dengan ini, jika kita melihat seorang manusia mukmin yang bersifat dengan sifat tersebut, maka sesungguhnya ia adalah Wali Abdal. Sebaliknya jika terdapat lagi rupa atau bayangan sifat-sifat yang berlawanan dengan dengan sifat-sifat itu, maka ketahuilah ia adalah manusia yang masih terpalit dengan dosa-dosa dan aib diri.

Dari sini dapatlah difahami bahawa, perjuangan ahli sufi adalah untuk memperbaikkan adab kehambaan dan adab ketuhanan dengan membersihkan diri dan jiwa dari sifat-sifat yang tercela sebagaimana kenyataan berikutnya......

Berkata lagi Pengarang Kitab Hikam

Dan hasilnya  itu telah mengibaratkan [oleh] segala orang yang ahli sufiah iaitu dengan menanggalkan/membuangkan [segala] daripada sifat yang mazmumah[tercela] dan memakai daripada segala sifat yang mahmudah[terpuji] itu seperti;


Dan apabila telah sah bagi orang yang murid itu kepada perjalanan ini dan berbalik{bertukar} ia daripadanya kepada yang terlebih afdal ketetapannya(Allah); maka tahqiqlah Ubudiyah bagi Tuhannya 'Azzawajalla.  Maka tiadalah yang menghambakan dia lain daripada Tuhannya dan baiklah ia dalam Qurbinya(hampir)  daripada Tuhannya kepada Maqam yang terlebih mulia. Maka adalah ia di sana Maqamnya dan ia berkenankan bagi seru Haq Taala kerana bahawasanya di serunya(Allah) dengan nama hambanya maka firmannya Hai hambaKu. Maka diperkenankan pada ketika itu dengan nama Tuhanya. Maka katanya(hamba)"Labbaikallah Hai Tuhanku".  Maka adalah ia shodiq (benar) dalam berkenankannya  mentahqiq dalam nisbahnya dan adalah ia hampir daripada hadiratnya kerana jauhnya daripada  dirinya.

Keterangan Suluk.

Mengikut keterangan guru suluk, maksud sah di sini ialah bukanlah dengan banyak amal dan ibadat yang zhohir, tetapi sah di sini ialah tetap dan istiqamah jiwanya dengan sifat-sifat yang terpuji tanpa sedikitpun unsur-unsur mazmumah.  Kata guru suluk lagi...tiada faedah malah binasa semua amalan kita yang banyak seandainya keruhanian kita belum sah dengan mahmudah.

Dengan tetapnya jiwa itu bersifat dengan sifat yang terpuji maka bertambah mantap dan teguhlah ia dengan haq-haqUbudiyah seperti hina, fakir, dhoif, lemah, jahil, haqir(lekeh) dan sebagainya untuk dihadapkan  bagi Allah Taala dalam melaksanakan kehambaannya.

Dengan tahqiqnya Ubudiyah ini, maka pada masa itu tiadalah sesuatu lain yang menjadi penyembahannya hatta untuk kepentingan  diri sendiri pun.  Sentiasalah ia berada dalam kehampiran dengan Allah melalui maqam-maqam yang terlebih mulia dari sebelum ini hinggalah sampai ke maqam di mana jiwanya terarah dengan sendirinya untuk melihat, menyaksikan dan menyahut panggilan atau seruan dari  Allah Taala hingga sampailah mereka

Kejayaan hamba untuk sampai kepada kehampiran dengan Allah ini dengan berada di Hadiratul Qudsi ini adalah kerana mereka telah meninggalkan diri mereka (fana) dan hidup jiwa mereka dengan sentiasa memandang Allah Taala tanpa sedikit pun memandang akan wujud dirinya.  Di saat inilah mereka mendapat apa yang mereka cari-cari dan mereka bertemu dengan apa yang mereka rindukan sebelum ini.  Mereka akan menjejaki hakikat akan segala hakikat. Mereka adalah golongan yang Washil iaitu yang sampai kepada Allah.

Berkata lagi Pengarang Kitab Hikam

Dan kata Sheikh Shazali RA.;

Apabila dimuliakan Allah seorang hamba itu, maka didirikan(ditetapkan) baginya Ubudiyahnya dan ditutup daripada segala bahagian nafsunya. Maka berbalik ia dalam Ubudiyahnya. Dan apabila dihinakan seorang hamba, maka didirikan baginya segala bahagian nafsunya dan ditutup daripadanya Ubudiyahnya. Maka berbalik ia dalam segala syahwatnya.

Keterangan Suluk.

Kata-kata salah seorang ulama besar guru tasauf ini bermaksud untuk memperihalkan tanda-tanda hamba yang dimuliakan oleh Allah.  Mereka akan diteguhkan dengan hal-ahwal peribadi yang mulia yang jauh daripada sifat-sifat yang terlibat dengan nafsu syahwat. Dengan kata lain mereka dianugerahkan sifat-sifat ikhlas dalam ibadat. Makan dan minum hanya kerana sebagai keperluan untuk mendapat tenaga bagi melangsungkan ibadat. Bukan untuk meransangkan selera makan dan berlazat-lazat dengannya.  Demikian juga dengan hal-hal yang lain seperti  mencari rezeki, berkahwin, menuntut ilmu, beribadat dsb. bukan untuk kepentingan diri tetapi adalah didasarkan kepada melaksanakan tuntutan sebagai seorang hamba yang patuh dan taat dalam apa jua keadaan hidup. Soal kaya, miskin, susah senang, pahala syurga bukan menjadi perhitungannya..tetapi mencapai keredhoan Allah menjadi pertimbangannya.

Sebaliknya apabila ingin dihinakan seseorang hambanya, maka Allah akan menjadikan hamba itu seorang yang lalai dan sentiasa mengikut gerak syahwat nafsunya dalam melangsungkan makan kehidupan ini.  Tumpuan hamba itu hanyalah kepada kelazatan dunia, kemewahan, kemegahan, kesombongan, bergaya dan berlumba-lumba dalam menimbun kekayaan dunia.  Tidak kira sama ada dengan menipu, mengambil haq orang, memfitnah orang, asalkan matlamat tercapai, semua cara akan dihalalkan. Jika beribadat sekalipun, mereka akan riya dan mengharapkan sesautu untuk kepentingan dirinya, tanpa mempersoalkan sama ada ibadat yang dikerjakan itu betul mengikut syarat dan rukunnya atau sama ada diterima atau ditolak.

Berkata lagi Pengarang Kitab Hikam

Dan ketahui olehmu bahawasanya tiada atas orang yang Tholib( iaitu orang yang menuntut kehampiran dengan Allah) yang memberi mudhorat{kemusnahan)  akan dia;  terlebih daripada redhonya daripada nafsunya.  Dan [adalah] demikian itu jalan [yang] menjauhkan dan memutuskan [daripada Allah]  seperti kata Syeikh Ibni Athoillah Askandari yang bermaksud;

"Bermula asal tiap-tiap maksiat dan ghaflah(lalai) dan syahwat itu redho daripada nafsunya dan asal tiap-tiap taat dan jaga akan ibadat dan memelihara dirinya itu ketiadaan redho daripada nafsu".

Bersambung dalam pengajian  seterusnya.

Allahu Allah.

[[Kembali ke Index Pengajian Kitab Hikam]]

Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya
Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Besar