Jumud atau fikiran yang tidak berkembang samalah seperti mengatakan sesuatu yang mandul. Dengan itu orang yang jumud ialah mereka yang mempunyai pemikiran yang mandul. Inilah satu label atau tuduhan yang dilemparkan kepada satu golongan manusia.yang banyak memikirkan dan bertindak mengikuti jalan syarak Allah. Nampak seperti banyak perkara yang tidak boleh dilakukan oleh golongan ini.
Berkata lagi golongan yang berfikiran terbuka;
Dewasa ini, untuk menghasilkan sesuatu yang seimbang antara dunia dan akhirat, kita mesti mempunyai pemikiran yang kritis, kreatif, optimis, inovatif dan objektif. Untuk memiliki semua ini kita harus bersedia untuk menerima idea-idea baru. Dengan lain perkataannya kita mest pandai membuat penyesuaian diri dan memiliki pemikiran yang terbuka. Jika kita asyik fikirkan akhirat semata-samata tanpa mempedulikan urusan dunia kita maka bilakah kita akan maju dan berjaya seperti bangsa-bangsa yang lain. Janganlah jadi seperti mereka yang konservertif ortodok itu. Mereka itu adalah kaum yang jumud.
Nah!!!.... demikian hebatnya kejahilan si pemikir kritis ini. Betapa jauhnya mereka tersasar dari 'Siratul Mustaqim' jalan hak yang bebas dari sebarang gangguan yang menyesatkan. Sebenarnya mereka hanya memperkatakan tentang sesuatu yang mereka sendiri pun tidak mengerti. Istilah-istilah tertentu mereka igunakan sewenang-wenangnya sedangkan mereka jahil dengan maksud sebenar yang dikehendaki atau sesuatu yang dikatakan sebagai yang 'Haq'
Jika anda faham dan mengerti akan hakikat jumud itu akan akan mengatakan si pemikir kritis itulah yang sebenar-benaarnya jumud. Jumud mengikut perkiraan orang Muhaqqiqinditujukan kepada satu golongan hamba Allah yang tidak terbuka pemikiran mereka untuk melihat alam-alam lain di samping alam yang nyata yang mereka dakwakan sebagai perlu dimajukan. Fikiran mereka hanya terikat dengan hal-hal keduniaan, dibelenggu keperluan basyariah dan tidak tembus pemikiran mereka untuk meninjau ke alam-alam lain seperti:
Jauh sekali...... kerana mereka hanya mengambil yang sedikit dengan meninggalkan sesuatu yang banyak....... yang tiada kehinggaannya.