|
Sambungan keterangan Tok Pulau Manis dari Pengajian Sebelum ini
Maka jadikan olehmu akan hamba bagi Allah, dan sempurnakan olehmu akan "janjiNya" dan jangan engkau kerjakan bagi sesuatu ghorob(faedah) yang kembali ia kepadamu.
Keterangan Suluk
Mengikut keterangan guru suluk; yang dimaksudkan dengan "janjiNya"ialah janji semua ruh manusia semasa di Alam Arwah. Pada masa semua ruh kita telah melafazkan janji kepada Allah Subhanahuwa Taala untuk berTuhankan Allah sebagaimana yang difirman oleh Allah Taala dalam Al-Quran yang bermaksud;
"Apakah Aku ini Tuhan kamu, maka jawab sekelian roh; Bahkan(Ya) Engkaulah Tuhan kami."
Lafaz kesaksian ruh ini membuktikan bahawa dari segi asal kejadiaannya, ruh kita semua memang mempunyai makrifat yang membolehkan mereka mengenali Allah dan sanggup (dalam erti kata secara fitrah sudah terarah atau tertumpu) untuk memperhambakan diri padaNya. Tetapi kesedaran tentang hakikat ini telah tertutup(terhijab) setelah manusia dizhohirkan ke Alam Syahadah(Alam Nyata/Alam Kejadian) yang penuh dengan kegelapan. Untuk mencapai hakikat ini, manusia perlu kembali ke tempat asalnya iaitu dari Alam Rendah ke Alam Tinggi atau dari Alam Jasad ke Alam Ruh atau dari Alam Gelap ke Alam Cahaya..
Penerangan mengenai perkara ini agak halus dan rumit serta ianya perlu didokong oleh beberapa ilmu yang lain. Kita tinggalkan dahalu bicara berkenaan ruh ini, kerana ianya bukanlah termasuk dalam bidang perbahasan kita di sini.
Tok Pulau Manis cuba menyentuh hal "perjanjian" di Alam Arwah dahulu dengan bertujuan untuk memperingatkan salik bahawa mereka hendaklah melakukan segala amal dan ibadat itu semata-mata kerana berikhlas kepada Allah dengan mengenepikan apa jua kepentingan dan faedah(keuntungan/pahala) yang kembali kepada mereka, sama ada untuk hal-hal keduniaan atau keakhiratan sebagaimana yang telah dibahaskan dalam keterangannya sebelum ini.
Bagi memperhalusi keterangan beliau mengenai kaitan perjanjian di Alam Arwah serta hal-ahwal mereka yang beramal dan beribadat, Tok Pulau Manis, meneruskan huraiannya kepada wajah-wajah atau bentuk-bentuk perjalanan(hemah atau maksud Salik dalam beramal) daripada yang kurang kepada kesempurnaannya sebagaimana yang telah dicapai oleh orang-orang yang Wasil atau orang yang sampai kepada Allah. Perhatikan huraian beliau seterusnya.
Keterangan Tok Pulau Manis seterusnya;.
Adapun berjalan dari suatu keadaan kepada suatu keadaan itu tiga perkara
Keterangan Suluk
Maka yang awal itu(yang pertama), apabila ada ia(beramal) dengan nisbah Iktisab(hasil usaha) perangai yang hamidah(terpuji) itu; pada halnya kasih bagi kesempurnaannya dan benci bagi kurang iaitu barang yang tiada bagi Allah.
Keterangan Suluk
Adapun sebab-sebab kenapa dikatakan berpindah seorang dari sifat-sifat yang keji(mazmumah) kepada sifat-sifat yang terpuji(mahmudah) itu masih kurang ialah kerana si hamba Allah dalam usaha mengubah sikapnya atau amalannya; mereka bertungkus-lumus memperbaiki amalan mereka supaya dilihat oleh manusia lain bahawa merekalah hamba yang baik dalam agama.
Dan yang kedua itu Hamidah(baik) pada dirinya tetapi apabila
melihat ia(amal) akan memberi manfaat pada dirinya; tiada daripada
Allah yang mengadakannya(amal); maka iaitu Mahjub(hijab) dengan
dia(diri sendiri). Maka bahawasanya diri itu Akuan(makhluk yang)
tiada memberi mudhorat dan tiada memberi manfaat.
Keterangan Suluk
Golongan kedua pula ialah mereka yang terdiri dari hamba Allah yang melakukan suatu usaha amalan dari sesuatu yang kurang kepada yang lebih seperti;
Keterangan Tok Pulau Manis seterusnya;.
Dan yang ketiga itu mahmudah(terpuji) pada suatu wajah dan mazmumah(tercela)
pada suatu wajah seperti; ikhlas daripada Darul Fana(negeri
yang binasa iaitu dunia) kepada Al-Baqa(negeri yang kekal iaitu akhirat).
Maka adalah ia sejahtera daripada azab.
Maka wajah yang mazmumah itu ialah shughul(berbimbang hati)
pada bahagian nafsunya (dengan meninggalkan)daripada musyahadah TuhanNya.
Keterangan Suluk
Golongan hamba Allah yang ketiga pula terdiri
daripada mereka yang telah fakeh dengan kebanyakan amalan dan kebajikan
yang dikerjakan.
Mereka berusaha dengan menjadikan setiap perbuatan
mereka sebagai ibadat dengan landasan ilmu syariat.
Kata guru suluk; kenapa kalut dan menyibukkan diri dengan menghitungkan akan pahala amalan serta tingkatan-tingkatan keberkatan dan darjat? Bukankah Allah Taala itu Maha Adil dan janjiNya pasti ditunaikan? Tugas hamba hanyalah beribadat dan menghambakan diri kepadaNya, bukannya mengira-gira ganjaran yang bakal diperolehi. Betapa bodohnya merosakkan sesuatu yang diusahakan dengan perkara remeh yang tidak sepatutnya difikirkan.
Dengan sebab itulah Tok Pulau Manis mengakhiri keterangan beliau berkenaan dengan tiga golongan hamba itu dengan katanya;
Dan tiadalah demikian itu (hal ketiga-tiga golongan)daripada hal orang yang Arif.
Dan adalah berjalan kepada Allah Taala itu dengan "FANA PADA SEGALA KAINAT" dengan melihat MakwinNya(Allah). Itulah yang dituntut dan inilah kesudah-sudahan perjalanan "Orang Yang Muntahi"(orang yang Wasil atau yang sampai kepada Allah).
Keterangan Suluk
Di sini kita dapat mengetahui bahawa matlamat akhir perjuangan kaum sufiah ialah untuk "Memfanakan diri". Dengan fana inilah mereka akan mendapat kunci untuk mencapai "Baqa" iaitu kekal dengan Allah di mana setiap hakikat Allah akan terlihat dalam tiap-tiap sesuatu. Sheikh Al-Junaid Al-Bagdadi yang menjadi Imam Tasauf kepada golongan Ahli Sunnah Wal-Jamaah pernah membicarakan tentang fana ini dengan kata-kata beliau seperti berikut:
|
Ikutilah perbahasan selanjutnya berkaitan dengan Kalam Hikmah di Pengajian berikutnya
Allahhu A'lam
|
|