Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Mendeka!!!!!   Merdekakah Anda?????

Sesungguhnya ada satu golongan manusia yang apabila mereka melihat sesuatu,  mereka lebih suka untuk melihat kepada apa yang "haq" daripada yang batil di samping lebih suka memandang kepada apa yang batin di samping apa yang zhohir.  Ini adalah kerana dalam melihat dan memandang sesuatu itu mereka melihat dan memandang dengan "Nur" Allah.

"Sesungguhnya barangsiapa  yang Allah tidak berikan cahaya,  maka tidaklah ada cahaya baginya".  (Al-Quran)

Telah disebut oleh seorang sufi yang juga seorang Wali Allah yang sudah tersohor dari dulu hingga kini, dalam kitabnya  "Hikam Ibn Athoillah";

Adalah martabat merdeka itu atas beberapa martabat

Kemerdekaan yang sebeginilah seharusnya diperjuangkan oleh kita semua!!!  Perjuangan untuk melepaskan diri dari belenggu nafsu syahwat dan kejahilan sahaja yang boleh menyelamatkan kita daripada diperbodohkan oleh diri sendiri,  diperkudakayukan oleh manusia,  dikelirukan oleh makhluk yang mungkin menyebabkan kita menjadi tawanan "Alam-alam" lain yang ada lebih-lebih lagi tawanan Allah di  akhirat nanti.

Sekian,  sekadar sumbangan untuk muhasabah diri dalam keghairahan menyambut Hari Kemerdekaan Negara.

Firman Allah Taala yang beermaksud;

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (AL-AN'AM:32)

Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah;

samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah
kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.(Al-HADID:20)

Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kita dan menunjukki ke arah
"jalan yang lurus"

"Sesungguhnya barangsiapa  yang Allah tidak berikan cahaya,  maka tidaklah
ada cahaya baginya".  (Al-Quran)

Wallahu A'lam.

[[Kembali ke Index Pengajian Kitab Hikam]]

Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya
Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Besar